Pengenalan Profesion Perguruan

4
1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Cubalah kita bayangkan, sekiranya dunia ini tidak ada guru yang boleh mengajar kita membaca dan menulis, apakah yang akan berlaku kepada diri kita dan apakah impak-impak yang akan dihadapi oleh dunia? Tanpa guru, masyarakat akan mempunyai kebanyakan orang yang berbuta huruf. Tanpa guru, negara tidak dapat mencapai kemajuan dengan pesat seperti hari ini. Tanpa guru, kita tidak dapat berkomunikasi dengan negara lain secara mudah. Hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai sesiapa yang boleh mengajar kita tentang bahasa-bahasa yang boleh digunakan sebagai "alat komunikasi" antara satu negara dengan negara yang lain. Oleh itu, guru, sebagai seorang pendidik, telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam konteks perguruan, perguruan merupakan satu profesion yang bermatlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu dapat menyedar diri tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang telah dicipta oleh Tuhan. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme, ia adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Jadi, apakah maksud bagi profesional perguruan? Profesional perguruan merupakan tugas seseorang guru yang perlu mempunyai produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab 1

description

Pengenalan Profesion Perguruan

Transcript of Pengenalan Profesion Perguruan

1. PENGENALAN1.1 Latar BelakangCubalah kita bayangkan, sekiranya dunia ini tidak ada guru yang boleh mengajar kita membaca dan menulis, apakah yang akan berlaku kepada diri kita dan apakah impak-impak yang akan dihadapi oleh dunia? Tanpa guru, masyarakat akan mempunyai kebanyakan orang yang berbuta huruf. Tanpa guru, negara tidak dapat mencapai kemajuan dengan pesat seperti hari ini. Tanpa guru, kita tidak dapat berkomunikasi dengan negara lain secara mudah. Hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai sesiapa yang boleh mengajar kita tentang bahasa-bahasa yang boleh digunakan sebagai "alat komunikasi" antara satu negara dengan negara yang lain. Oleh itu, guru, sebagai seorang pendidik, telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam konteks perguruan, perguruan merupakan satu profesion yang bermatlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu dapat menyedar diri tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang telah dicipta oleh Tuhan. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme, ia adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Jadi, apakah maksud bagi profesional perguruan? Profesional perguruan merupakan tugas seseorang guru yang perlu mempunyai produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab dalam tugasannya. Jadi, seseorang guru perlulah mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri serta mempunyai semangat persediaan untuk mengorbankan diri. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.Seseorang guru bertanggungjawab terhadap kepada golongan pelajar beliau. Sebagai contoh, beliau perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar. Selain itu, mereka juga hendaklah bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. Beliau juga perlu menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. Untuk mendapatkan kepercayaan daripada golongan pelajar, mereka mestilah merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya sahaja.Di samping itu, seseorang guru juga bertanggungjawab terhadap golongan ibu bapa. Beliau hendak berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Beliau perlu memberikan maklumat yang berkaitan kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan juga menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.Tambahan pula, guru juga berperanan penting terhadap masyarakat dan negara. Beliau perlu mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. Selain itu, beliau juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Tingkah laku seseorang guru juga perlu dijaga kerana beliau merupakan satu teladan kepada masyarakat. Setiap guru juga perlu mengekalkan etika profesion perguruan. Antara contohnya adalah seperti beliau perlu menjalankan semua tugas dengan jujurnya supaya tidak akan kehilangan amanah. Tambahan pula, beliau perlu memberi perhatian dan pengajaran yang setaraf untuk semua murid tanpa mengira bangsa, kaum dan kepercayaan. Beliau juga tidak haruslah menyatakan atau membuat sesuatu yang akan menyakitkan hati murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. Di samping itu, beliau haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. Sebagai seorang pendidik, beliau hendaklah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang dan menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.2. SUMBER MAKLUMAT

3. SUMBER MANUSIA

4. PENUTUP

RUJUKAN1. http://sks6kd3.tripod.com/tatasusila.html2. http://webmastering1.tripod.com/nantha/rank2.html

3