PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool...

13
MODUL PEDAGOGI PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P PENGENALAN Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam: • Penerbitan bercetak • Buku • Majalah • Poster • Penerbitan Digital • Persembahan Multimedia • Rekabentuk Laman Web • Kiosk A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS6 1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start, pilih Program, dan klik pada Adobe Photoshop CS6. 2. Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut:

Transcript of PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool...

Page 1: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

PENGENALAN

Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam:

• Penerbitan bercetak • Buku • Majalah • Poster • Penerbitan Digital • Persembahan Multimedia • Rekabentuk Laman Web • Kiosk

A. Memulakan Aplikasi Photoshop CS6 1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start,

pilih Program, dan klik pada Adobe Photoshop CS6.

2. Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut:

Page 2: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

3. untuk memulakan kerja, clik file pilih new.

Paparan ini akan kelihatan

Buat pilihan tajuk, panjang, lebar, resolution, color mode dan background contents.

Ukuran boleh dibuat dalam Pixels, inches, cm, mm, points, picas dan columns.

Page 3: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut:

B. Toolbox

Toolbox di dalamAdobe Photoshop merupakan koleksi ikon-ikon yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut merupakan keterangan ringkas bagi setiap ikon yang disediakan di dalam Toolbox Adobe Photoshop CS6.

Page 4: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

Fungsi Ikon Toolbox Adobe Photoshop CS6

1. Marquee Tool

Ikon ini membolehkan pengguna membina kawasan pilihan (selection) pada imej.

2. Move Tool

Ikon ini membolehkan pengguna mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi asal ke lokasi lain. Jika sebahagian sahaja bahagian imej yang ingin dipindahkan, maka imej tersebut perlulah dipilih menggunakan marquee tool.

3. Lasso Tool

Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak khusus atau sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya. Terbahagi kepada 3 iaitu:

Terdapat 4 jenis marquee iaitu: Rectangular Marquee- Digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat Elliptical Marquee - Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat Single Row Marquee - Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membaris Single Column Marquee - Digunakan untuk memilih kawasan imej secara lajur

Memindahkan sesuatu objek yang sedang aktif ke tempat lain.

Naturally, most of the tools in the toolbox have a keyboard shortcut.

You can learn each tool’s shortcut by hovering your cursor over a

tool for a few seconds: a tooltip box will appear, displaying the name

of the tool and its shortcut.

Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang

dikehendaki secara bebas. Sesuai untuk memotong dan menyalin

imej.

Lasso Tool - Digunakan untuk membina kawasan pilihan secara

lakaran tangan dengan menggunakan tetikus.

Polygonal Lasso Tool - Membina kawasan pilihan dengan cara

mencantumkan titik-titik. Terhad kepada bentuk polygon

Magnetic Lasso Tool - Membina kawasan pilihan dengan

melalukan pointer tetikus kepada kawasan yang hendak dipilih.

Kawasan tersebut akan dipilih secara automatik.

Page 5: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

4. Magic Wand Tool

Alat ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakan-akan atau hampir sama pada sesebuah imej. Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar pilihan bagi ikon Magic Wand. Setting tolerance yang rendah akan menghadkan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas.

5. Crop Tool

Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian tertentu yang dipilih pada sesuatu imej. Imej yang tidak dipilih oleh ikon Crop Tool merupakan bahagian imej yang tidak dikehendaki dan ianya akan terpadam secara automatik.

Digunakan untuk memilih bahagian imej yang akan disurih untuk

diedit. Dengan menggunakan tool ini hanya klik pada bahagian yang

dikehendaki maka bahagian tersebut akan difokus untuk diedit. Kerja

akan menjadi lebih mudah dan cepat.

The Magic Wand Tool (W) selects areas of similar color. You can

change the tolerance (how close the color values should be to the

sampled color in order to be selected) of a Magic Wand selection,

and choose whether you want the selection to be contiguous (pixels

that are touching) or not (in which case, matching colors across the

entire document will be selected).

Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian tertentu yang dipilih

pada sesuatu imej. Imej yang tidak dipilih oleh ikon Crop Tool

merupakan bahagian imej yang tidak dikehendaki dan ianya akan

terpadam secara automatik.

Slice Tool - Berfungsi untuk memotong sesuatu imej menjadi

beberapa imej yang lebih kecil. Ini biasanya dilakukan untuk

kegunaan rekabentuk laman web. Imej-imej kecil ini akan disimpan

kepada beberapa fail imej yang berlainan.

Slice Select Tool - Digunakan untuk mengubah saiz poongan setiap

imej tadi.

Page 6: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

6. Eyedrop tool

7. Healing Brush/ Patch/ Color Replacement Tool

8. Paintbrush Tool

Eyedropper Tool - Berfungsi untuk mendapatkan warna yang

terdapat pada sesuatu imej dengan cara mengklik pada kawasan

yang dipilih. Warna yang dipilih akan dipaprkan pada warna latar

hadapan toolbox.

Color Sampler Tool - Digunakan untuk mendapatkan contoh

pelbagai warna dengan memaparkan nilai warna RGB dalam

bentuk nombor pada tetingkap palet info.

Measure Tool - Digunakan untuk mengukur jarak diantara 2 titik

pada sesebuah imej yang sedang diubahsuai.

Healing Brush Tool - Digunakan untuk memperbaiki ketidak

sempurnaan pada sesuatu imej. Kita menggunakan fungsi ini untuk

mewarna sample piksel daripada imej. Fungsi ini juga membolehkan

penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-bayang.

Patch Tool - Membolehkan pengguna memperbaiki sesuatu

kawasan yang telah dipilih dengan menggantikan kawasan tersebut

dengan piksel daripada kawasan lain.

The Brush Tool - Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus

lukisan. Ia digunakan untuk melukis atau mewarnakan sesuatu

objek. Warna ditentukan mengikut latar hadapan (foreground).

Pencil - Berfungsi seperti pensil biasa dan digunakan untuk

menulis, melakar dan melukis sesuatu objek atau gambarajah.

Color Replacement Tool - Digunakan untuk menukarkan warna

bahagian tertentu pada imej kepada warna yang dikehendaki.

Page 7: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

9. Clone Stamp/ Pattern Stamp Tool

9

10. History Brush/ Art History Brush Tool

11. Eraser Tool

Digunakan untuk memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej.

Clone Stamp-Untuk membuat salinan imej atau memberi kesan

tertentu pada imej dengan cara membuat salinan pada bahangian

tertentu pada imej dan diletakkan pada bahagian yang lain.

Alt + Klik pada bahagian yang hendak disalin kemudian warnakan

pada bahagian yang dikehendaki sepertimana penggunaan

Paintbrush Berperanan menampal corak yang dipilih pada bar

pilihan kepada sesuatu imej. Selepas corak dipilih, warnakan pada

bahagian yang dikehendaki.

History Brush Tool - Berfungsi untuk mendapatkan kembali

kawasan imej yang telah dipadam atau diconteng oleh tool-tool lain,

contohnya oleh Pencil dan Paintbrush Tool.

Art History Brush Tool - Mempunyai fungsi yang hampir sama

dengan History Brush Tool, bezanya ia mengembalikan kawasan

imej yang dipadam atau diconteng secara lebih artistic berdasarkan

ruangan Styles yang dipilih di bar pilihan.

Terdapat 3 jenis Eraser Tool iaitu:

Eraser Tool - Digunakan sebagai pemadam biasa.

Background Eraser Tool - Memadamkan warna latar belakang

sesuatu imej. Ianya akan memadam piksel imej berdasarkan

penetapan tolerance dan sampling yang dipilih di bar pilihan

Magic Eraser Tool - Memadamkan piksel imej yang mempunyai

warna yang seakan sama.

Page 8: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

12. Gradient/ Paint Bucket Tool

Fungsi kedua-duanya adalah untuk mewarnakan kawasan pilihan atau objek.

13. Blur/ Sharpen/ Smudge Tool

10

14. Dodge/ Burn/ Sponge Tool

Gradient Tool -Gradient Tool bersama pilihan Linear Gradient di bar

pilihan digunakan untuk mewarnakan objek secara lorekan warna

seperti ton warna dalam bentuk linear atau garis lurus. Lorekan

bukan linear boleh dilakukan menerusi pilihan Gradient, Angle

Gradient, Refl ected Gradient dan Diamond Gradient di bar pilihan

Paint Bucket Tool -Digunakan untuk mewarnakan sesuatu pilihan

ataupun objek secara terus, tanpa lorekan ton warna.

Blur Tool - Digunakan untuk memberikan kesan kabur pada

bahagian tertentu imej mengikut kreativiti pengguna.Contoh

penggunaan adalah mengurangkan kejelasan sisi sesebuah imej

agar kelihatan lebih realistik.

Sharpen Tool - Digunakan untuk menjelaskan (sharpen) bahagian-

bahagian pada imej yang kabur

Smudge Tool - Memberikan kesan seperti menggosokkan jari pada

cat atau warna yang basah kepada imej pengguna.

Dodge Tool - Digunakan untuk mencerahkan bahagian-bahagian

tertentu pada imej mengikut kreativiti pengguna seolah-olah seperti

memberikan kesan pengcahayaan pada bahagian tersebut.

Burn Tool - Bertindak sebaliknya iaitu untuk menggelapkan

bahagian-bahagian yang dikehendaki oleh pengguna, seakan-akan

memberikan kesan bebayang pada bahagian tersebut.

Sponge Tool - Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan

menggunakan span pada imej.

Page 9: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

15. Path Selection/ Direct Selection Tool

16. Type Tool

Type Tool digunakan untuk memasukkan teks ke dalam imej pengguna.

17. Pen Tool

Pen Tool digunakan untuk membina garisan lurus atau lengkuk mengikut bentuk sesuatu imej atau gambar yang ingin dilukis. Garisan yang dilukis kelihatan seperti laluan (path) yang bersambungan. Titik-titik ini dikenali sebagai Anchor Point.

Path Selection Tool - Digunakan untuk memilih semua anchor point

(sila rujuk pada bahagian Pen Tool) pada sesuatu Shape yang telah

dihasilkan.

Direct Selection Tool - Untuk memilih sesetengah anchor point

pada suatu shape, Direct Selection Tool boleh digunakan dengan

cara klik dan drag pada bahagian yang dikehendaki.

Ia terbahagi kepada 4 jenis iaitu: Horizontal Type Tool - Memasukkan teks dalam kedudukan melintang Vertical Type Tool - Memasukkan teks dalam kedudukan menegak Horizontal Type Mask Tool - Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara melintang Vertical Type Mask Tool - Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara menegak

Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Pen Tool - Menghasilkan path secara klik titik demi titik

Freeform Pen Tool - Menghasilkan path dengan cara melakar

dengan menggunakan tetikus

Add Anchor Point Tool - Menambah anchor point baru pada path

Delete Anchor Point Tool - Membuang anchor point sedia ada

pada path

Convert Point Tool - Menukarkan bentuk yang berlengkuk kepada

bentuk polygon dengan mengklik mana-mana anchor point.

Page 10: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

18. Shape Tool

19. Eyedropper/ Color Sampler/ Measure Tool

Shape Tool - membolehkan imej vector dilukis di dalam Photoshop.

Imej-imej vector ini didatangkan di dalam beberapa bentuk mengikut

jenis-jenis Shape Tool:

Rectangle Tool - Menghasilkan imej berbentuk segiempat

Rounded Rectangle Tool - Menghasilkan imej berbentuk segiempat

dengan sisi yang dibulatkan

Ellipse Tool - Menghasilkan imej berbentuk bulat atau lonjong.

Polygon Tool -Menghasilkan imej polygon. Bilangan sisi polygon

boleh diubah pada bar pilihan untuk Polygon Tool.

Line Tool - Menghasilkan garisan

Custom Shape Tool - Menghasilkan imej vector daripada bentuk-

bentuk yang telah disediakan. Bentuk-bentuk ini boleh dipilih pada

bar pilihan.

Eyedropper Tool - Berfungsi untuk mendapatkan warna yang

terdapat pada sesuatu imej dengan cara mengklik pada kawasan

yang dipilih. Warna yang dipilih akan dipaprkan pada warna latar

hadapan toolbox.

Color Sampler Tool - Digunakan untuk mendapatkan contoh

pelbagai warna dengan memaparkan nilai warna RGB dalam bentuk

nombor pada tetingkap palet info.

Measure Tool - Digunakan untuk mengukur jarak di antara 2 titik

pada sesebuah imej yang sedang diubahsuai.

Notes Tool - Meletakkan nota pada bahagian yang dikehendaki. Nota ini boleh diubah warna, font dan saiz fontnya.

Page 11: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

20. Hand Tool

Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara keseluruhannya.

21. Zoom Tool

Digunakan untuk membesarkan paparan imej pada skrin computer. Paparan imej juga dapat dikecilkan dengan menekan kekunci Alt + klik tetikus. (Paparan kecil atau besar imej hanyalah pada skrin komputer dan bertujuan memudahkan proses kerja).

22. Set Foreground/ Background Color Tool

Warna latar belakang pula merupakan warna yang digunakan oleh sesuatu fail baru apabila pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New. Warna latar hadapan (diwakili dengan kotak di bahagian hadapan) dan warna latar belakang (diwakili dengan kotak di bahagian belakang) boleh ditukar dengan cara mengklik salah satu kotak kemudian memilih warna yang dikehendaki pada Color Picker. Untuk kembali kepada warna asal (Latar Hadapan: Hitam dan Latar Belakang: Putih) boleh dilakukan dengan mengklik kekotak kecil di sudut kiri bawah ikon. Sekiranya pengguna ingin menukar warna di antara latar hadapan dan latar belakang, pengguna perlu mengklik symbol anak panah pada ikon.

Page 12: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

C. Fungsi Tetingkap Palet

1. Tetingkap Palet Navigator

Tetingkap ini mengandungi kemudahan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz paparan imej yang dibuka.

2. Tetingkap Palet Swatches

Tetingkap ini menyediakan pilihan warna yang telah siap dicampurkan dari pecahan warna spektrum RGB atau CMYK. Pemilihan sebarang warna pada tetingkap ini akan mengubah warna latar hadapan yang terdapat pada Toolbox.

Tetingkap ini akan memaparkan maklumat mengenai warna

kawasan pada imej yang dipilih oleh penunjuk tetikus kepada

pecahan warna RGB dan CMYK. Ianya juga memaparkan

kedudukan penunjuk tetikus pada paksi x dan y.

Tetingkap ini mengandungi bar kawalan untuk mengubahsuai

warna yang akan digunakan sebagai warna latar hadapan dan

belakang. Bar kawalan warna dipecahkan berdasarkan

pemecahan warna RGB mengikut sistem pemecahan warna

pada skrin paparan komputer.

Page 13: PENGENALAN - psv.ipg.edu.mypsv.ipg.edu.my/wp-content/uploads/2016/04/modul-cs6.pdf · of the tool and its shortcut. Digunakan untuk memilih dan membentuk kawasan yang dikehendaki

MODUL PEDAGOGI

PENGAPLIKASIAN ICT DALAM P&P

3. Tetingkap Palet Layers

Tetingkap ini mengandungi bilangan layer atau lapisan yang digunakan untuk membentuk sesuatu imej atau rekabentuk. Ianya boleh digambarkan sebagai konsep transparency tindih-menindih di mana setiap layer adalah lutsinar dan bertindih di antara satu sama lain. Imej yang berada pada setiap layer boleh diubah atau dibuang mengikut kedudukan imej pada setiap layer tanpa menjejaskan imej pada layer lain.

4. Tetingkap Palet History

Tetingkap ini memegang segala maklumat gerak kerja yang kita lakukan di dalam sesuatu proses kerja. Tetingkap ini berperanan sebagai undo pada menu edit yang membenarkan pengguna balik kepada langkah asal hanya sekali sahaja. Tetingkap Palet History ini membenarkan kita berpatah balik kepada gerak kerja yang kita perlukan lebih daripada satu langkah.

Layer background biasanya mengandungi imej atau warna yang

berfungsi sebagai latar belakang.

Layer teks mempunyai simbol T padanya

Untuk memadam sesuatu layer, drag layer tersebut kepada ikon

tong sampah di bahagian bawah tetingkap.

Untuk menambah layer, pilih Layer > New > Layer pada bar menu

atau klik pada ikon di bahagian bawah tetingkap.

Layer aktif mempunyai ikon mata di sebelah kirinya

Ikon berus menggambarkan proses kerja sedang dijalankan pada

layer tersebut.