Pengenalan Tamadun

4
[SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL] February 28, 2008 TUGASAN ISL SOALAN 1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN-TAMADUN UTAMA DUNIA Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan. Penduduk-penduduk prasejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka menghasilkan makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadi perkampungan yang kecil. Lembah sungai Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak awal lagi tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di situ. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang. Iklim Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak dapat bertamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat. Pertambahan penduduk Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak,

Transcript of Pengenalan Tamadun

Page 1: Pengenalan Tamadun

[SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL] February 28, 2008

TUGASAN ISL

SOALAN 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN-TAMADUN UTAMA DUNIA

Bentuk muka bumiBentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan. Penduduk-penduduk prasejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka menghasilkan makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah bertamadun. Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadi perkampungan yang kecil.

Lembah sungaiSungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak awal lagi tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di situ. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.

IklimSatu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak dapat bertamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat.

Pertambahan pendudukPerkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua dengan sistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta

Page 2: Pengenalan Tamadun

[SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL] February 28, 2008

sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan baru dengan menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandai menganyam bakul dan membuat barang-barang tembikar.

Kemajuan perlindunganMenurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan kompleks.

Kemajuan teknologiSatu lagi faktor perkembangan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat tembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan jasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang-Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir.

Perkembangan agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.

SOALAN 2

PENGERTIAN TAMADUNDaripada catatan Kamu Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.

Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Page 3: Pengenalan Tamadun

[SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL] February 28, 2008

Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya.

SEBAB-SEBAB KEBANYAKAN TAMADUN BERMULA DI LEMBANGAN SUNGAI

Secara umumnya, tanah di lembah sungai adalah lebih subur. Setiap tahun sungai-sungai ini akan mengaliri daratan-daratan di sekitarnya dan membentukan satu lapisan tanah yang kaya dengan galian. Misalnya, Lembah Tigris-Eupharates dan Lembah Sungai Nil memiliki tanah lanar. Pembentukan tanah subur di Lembah Hwang Ho berbeza sedikit, tanah subur serta halus yang dipanggil "loess" yang dimendapkan oleh angin-angin yang kencang. Kawasan-kawasan sedemikian amat sesuai untuk bercucuk tanam. Lebihan makanan turut wujud disebabkan teknologi yang bertambah maju. Keadaan ini mendorong pertambahan penduduk seterusnya menggalakkan pengkhususan di dalam bidang teknikal dan vokasional. Tumpuan penduduk di satu-satu kawasan terus menggalakkan kewujudan masyarakat yang lebih dinamik. Idea-idea serta ciptaan-ciptaan baru dapat berkembang dengan mudah. Sementara itu, kawasan lembah sungai juga mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata. Keadaan ini sesuai untuk membina petempatan dan telah menarik ramai orang berhijrah ke kawasan lembah. Misalnya, dikatakan orang Sumeria datang ke Lembah Tigris-Eupharates dari kawasan pergunungan yang berdekatan. Sistem pengairan yang maju juga merupakan sebab penting yang menggalakkan kebangkitan sesebuah tamadun di kawasan lembah. Sungai boleh membekalkan air untuk pengairan tanam-tanaman. Terusan dan empangan yang telah dibina sejak kira-kira 5,000 tahun dahulu turut memainkan peranan dalam konteks ini dan meningkatkan daya pengeluaran. Kemudahan-kemudahan ini dapat menghasilkan makanan yang lebih banyak untuk menampung pertambahan penduduk yang pesat. Selain itu, lembah sungai juga mempunyai bekalan sumber-sumber semula jadi yang kaya. Misalnya, sungai kaya dengan sumber makanan yang penting seperti ikan. Lembah Sungai Tigris dan Eupharates pula membekalkan mensiang (sejenis rumput panjang) dan tanah liat yang sesuai untuk pembinaan. Keadaan iklim juga merupakan salah satu sebab yang penting. Keadaan iklim di kawasan lembah adalah sederhana, iaitu tidak terlalu panas atau sejuk. Hal ini membolehkan aktiviti penanaman dijalankan tanpa banyak masalah. Malah, manusia tidak perlu menghabiskan banyak untuk mengatasi cabaran alam seperti iklim yang terlalu sejuk. Keadaan ini memang menggalakkan kebangkitan sesebuah tamadun. Sungai-sungai yang menjadi asas kepadatan tamadun-tamadun awal ini pula menjadi alat perhubungan yang penting. Sungai yang menghubungkan petempatan di kawasan hilir dengan kawasan hulu merupakan satu cara pengangkutan yang mudah. Pedagang-pedagang menggunakannya untuk menghantar barang-barang ke kawasan-kawasan lain. Hal ini telah menggalakkan perdagangan dan perkembangan tamadun di kawasan lembah. Akhirnya lembah-lembah yang dalam akibat hakisan sungai turut bertindak melindungi tamadun-tamadun awal ini daripada serangan-serangan luar. Oleh itu, didapati kebanyakan tamadun awal wujud di lembah sungai Memandangkan pelbagai kemudahan dan kebaikan telah dibekalkan di kawasan lembah sungai, memang tidak hairanlah kebanyakan tamadun awal manusia bermula di situ. Tamadun-tamadun lain yang tidak wujud di lembah sungai seperti Tamadun Hattites, Tamadun Greek, Tamadun Kush dan Tamadun Olimecs turut memilih tapak yang berhampiran dengan punca air seperti tepi laut dan tepi sungai.