PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina...

45
Pengenalan Keperluan untuk berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Sejak permulaan zaman lagi, manusia telah berkomunikasi menggunakan pelbagai jenis teknik dan kaedah. Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita mengenalpasti kadah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi. Kebanyakkan bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding gua. Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga penggunaan simbol. Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi untuk digunakan kemudian. Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas. Penglipur lara sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi, menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada ahli puak yang lain. Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon. Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan 1

Transcript of PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina...

Page 1: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Pengenalan

Keperluan untuk berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian

manusia. Sejak permulaan zaman lagi, manusia telah berkomunikasi menggunakan

pelbagai jenis teknik dan kaedah. Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita

mengenalpasti kadah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi. Kebanyakkan

bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding

gua. Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga

penggunaan simbol. Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi

untuk digunakan kemudian. Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh

puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk

berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas. Penglipur lara

sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi,

menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat

kepada ahli puak yang lain.

Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon.

Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat

tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan

kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan untuk model ini dan telah

diterbitkan sebagai buku dalam tahun 1949. Weaver melihat kemampuan model

komunikasi Shannon dalam ruang lingkup yang lebih luas dan bukan hanya untuk

telefoni sahaja dan semenjak itu ia telah bertindak sebagai asas untuk menerangkan

komunikasi.

1

Page 2: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Maksud Telekomunikasi dan Komunikasi

Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat

jauh”. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah

kandungan maklumat tersebut. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen-

komponen berikut :

Penghantar – mencipta maklumat yang akan dihantar.

Bahantara - maklumat akan dihantar melaluinya.

Penerima - menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan.

Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon

dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.

Gambarajah sistem telekomunikasi mudah

Komunikasi berasal daripada perkataan ‘pemproses data’ dan telekomunikasi. Secara

umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau

mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian

telefon, mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik. Komunikasi data

atau juga dikenali sebagai telepemproses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti

perkakasan yang boleh ‘bercakap’ antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian

komunikasi.

2

Page 3: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Komunikasi sebenarnya berada di sekeliling kita. Manusia telah berkomunikasi dalam

pelbagai cara sejak permulaan kewujudan mereka dalam bentuk tulisan , lukisan isyarat,

simbol dan bahasa.

Terdapat banyak paras komunikasi daripada inter, intra, kumpulan, organisasi

kebangsaan dan global. Kita juga boleh bercakap mengenai komunikasi haiwan dan juga

cara komputer berkomunikasi dimana komputer menjadi pengantara mesej tersebut.

Dalam era maklumat, banyak bentuk komunikasi yang kita terima telah menjadi

pengantara dalam beberapa cara oleh teknologi.

Kesimpulannya komunikasi merupakan sebahagian daripada telekomunikasi, dimana

‘tele’ di hadapan perkataan komunikasi menerangkan kepada kita bahawa komunikasi

tersebut mempunyai jarak yang jauh antara penghantar dan penerima. Semua pengguna

boleh berhubung antara satu sama lain tidak kira walau dimanapun mereka berada di

dunia ini sekiranya mempunyai bahantara komunikasi atau rangkaian tersebut seperti

telefon.

3

Page 4: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Evolusi Rangkaian Komunikasi Moden

Sejarah komunikasi elektronik moden bermula dengan eksperimen telefon Alexander

Graham Bell, dimana percakapan boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik dan dihantar

melalui wayar fizikal dan distrukturkan semula apabila sampai kepada penerima.

Percakapan sebenarnya ialah getaran udara yang menggetarkan sebuah kon kertas dimana

satu gelung yang kecil diletakkan. Ini akan menghasilkan isyarat elektrik dalam gelung

tersebut yang mana berkadaran dengan getaran kon kertas. Satu isyarat elektrik yang

sama telah dibina dalam gelung tersebut yang mana kemudiannya boleh dihantar bersama

sepasang wayar kepada alat penerima yang akan menukar isyarat elektrik tadi kepada

gelombang bunyi semula.

Alexander Graham Bell dilahirkan Edinburgh, Scotland pada tahun 1847. Kemudian dia

bermigrasi ke Amerika Syarikat dan menetap di Boston. Bell berminat dalam pendidikan

golongan yang pekak dan telah mencipta mikrofon dan selepas itu pada tahun 1876 pula,

beliau telah mencipta mesin percakapan elektrik yang kini dikenali lebih sebagai telefon.

Pada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven,

Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan jarak jauh telah dibuat merentasi

Boston, Massachussetts dan Bandar New York.

Dalam eksperimen awal untuk memindahkan percakapan ini, wayar kuprum telah

digunakan sebagai media sambungan dimana isyarat bergerak. Ini adalah kerana wayar

kuprum merupakan konduktor yang baik yang mana ia membenarkan isyarat elektrik itu

mengalir ke dalam wayar itu dengan mudah. Apabila penggunaan telefon semakin

popular, lebih ramai orang mahu berkomunikasi antara satu sama lain, jadi satu pusat

pertukaran (pertukaran telefon) dibina. Setiap pelanggan disambungkan kepada

pemindahan telefon melalui satu wayar yang membawa isyarat daripada telefon mereka.

4

Page 5: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Apabila keperluan untuk sambungan dalaman telefon pelanggan bertambah, mereka

disambungkan melalui wayar atas kepada pusat pertukaran dimana wayar fizikal daripada

setiap pelanggan disambungkan kepada wayar fizikal pelanggan yang lain melalui

operator manual. Oleh kerana lebih ramai pelanggan disambungkan, maka lebih banyak

operator diperlukan untuk menyambung panggilan. Ini telah menimbulkan masalah,

jadi pembangunan untuk proses pengautomatikan sambungan diantara pelanggan pun

bermula, seterusnya pertukaran pemindahan telefon automatik teleh menjadi kenyataan

dan menggantikan operator tempatan tetapi mereka masih digunakan untuk menyambung

panggilan jarak jauh.

Wayar pelanggan daripada rumah mereka ke pusat pertukaran telefon berada diatas, dan

dipasang dengan cara yang sama dengan kebanyakkan wayar elektrik yang ada sekarang

di atas tiang yang dimasukkan ke dalam tanah sejauh 15 kaki tinggi. Ini menyebabkan

ianya sukar untuk diuruskan. Kualiti pemindahan diganggu oleh cuaca kerana apabila

hujan akan terdapat kebocoran yang menyebabkan isyarat pergi ke tanah dimana

sepatutnya ia bergerak disepanjang wayar.

Pelanggan luar bandar mula berkongsi kabel jadi satu kabel boleh menampung beberapa

pelanggan sama ada satu panggilan pada satu masa atau pada masa yang sama

menggunakan isyarat radio untuk memisahkan setiap perbualan. Untuk menyambungkan

pemindahan telefon bersama-sama, kerja –kerja bermula dengan menggunakan kabel

yang berlainan dan penggunaan isyarat radio melalui kabel seperti coax. Untuk

pelanggan luar bandar, yang tinggal lebih jauh daripada pusat pertukaran ianya adalah

terlalu mahal untuk menyediakan satu kabel untuk satu pelanggan . Jadi keperluan untuk

membolehkan satu kabel membawa lebih dari satu perbualan menigkat supaya dengan

cara ini pelanggan dapat berkongsi satu kabel dan menjimatkan duit syarikat telefon. Jadi

dalam masa yang singkat, dengan menggunakan isyarat radio, setiap kabel wayar terbuka

mampu membawa 12 perbualan yang berasingan dengan isyarat telegraf sebagai pilihan.

5

Page 6: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Jarak kemudiannya menjadi satu faktor penghalang, jadi kerja untuk meningkatkan jarak

yang boleh dilalui oleh isyarat untuk dihantar dan diterima dimulakan. Satu cara ialah

dengan menambah diameter kabel yang juga boleh menyebabkan kabel itu menjadi lebih

berat. Kos untuk membeli kabel adalah sangat tinggi sebelum peralatan yang khusus

digunakan untuk membawa lebih dari satu perbualan percakapan dalam satu pasang

wayar. Ini dilakukan dengan satu teknik yang dikenali sebagai ‘multipleksing’.

Ini telah merendahkan kos untuk meyediakan talian percakapan kepada pelanggan.yang

mana sebelum ini satu kabel hanya untuk satu talian perbualan, sekarang satu kabel boleh

memuatkan ratusan talian percakapan . Ini membolehkan peningkatan dalam hasil untuk

dikumpul bagi setiap kabel oleh syarikat telefon.

Apabila isyarat bergerak melalui kabel, sebahagian daripadanya diserap oleh kabel dan

akhirnya isyarat yang sampai telah hilang kekuatannya jika dibandingkan dengan

sewaktu isyarat itu dihantar. Jadi ini bermaksud jika kabel tersebut adalah terlalu

panjang, tidak ada isyarat yang akan sampai di akhirnya atau isyarat itu akan jadi terlalu

lemah dimana kita tidak akan dapat mendengarnya.

Satu kabel yang lebih tebal kurang menjejaskan isyarat jika dibandingkan dengan kabel

yang lebih nipis, jadi kita boleh menghantar isyarat pada jarak jauh dengan menggunakan

kabel yang lebih tebal sebelum isyarat itu menjadi terlalu lemah. Walau bagaimanapun,

kabel yang tebal adalah lebih mahal dan lebih berat. Sistem wayar terbuka asalnya dibuat

daripada kuprum, tetapi kosnya kini telah meningkat.

Attenuation adalah satu ukuran untuk mengira berapa banyak isyarat yang telah hilang

apabila ia bergerak melalui medium komunikasi. Sebahagian daripada isyarat itu

bertukar sebagai haba atau diserap oleh medium komunikasi. Bukan semua isyarat yang

dihantar sampai kepada penerima. Attenuation diukur dalam unit decibles(dB).

Kehilangan 3dB bermaksud separuh daripada isyarat telah hilang apabila ia sampai

kepada penerima. Lebih jauh jarak yang dilalui oleh isyarat, lebih banyak attenuation

yang akan dialami oleh isyarat tersebut.

6

Page 7: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Sistem wayar terbuka berasaskan kuprum telah memberi laluan kepada sistem wayar

terbuka berasaskan aluminium. Kabel jenis ini mestilah lebih tebal kerana aluminium

tidaklah sebagus kuprum tetapi ianya adalah lebih ringan dan lebih murah. Masalah lain

yang timbul pula ialah aluminium mengalami pengoksidaan apabila terdedah kepada

udara dan ini juga akan menjejaskan isyarat apabila ia bergerak melalui kabel. Kabel

aluminium mula digunakan semenjak perang dunia kedua iaitu apabila kuprum sukar

didapati.

Sistem wayar terbuka yang terdedah kepada cuaca selalunya gagal berfungsi sewaktu

musim hujan dan ribut. Ia biasanya disambar oleh kilat atau pokok tumbang. Tidak lama

selepas itu sistem wayar terbuka yang menyediakan perkhidmatan pada pelanggan luar

bandar telah digantikan oleh bentuk sistem komunikasi yang lain.

7

Page 8: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Alat- alat Telekomunikasi

1. Telefon

Dalam sejarah , telefon pada mulanya tidaklah diterima dengan baik. Pada peringkat

awal, suara melalui telefon hampir tidak dapat didengar. Kadar jarak jauh di

peringkat awal abad adalah terlalu mahal untuk hampir semua orang.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan tel;efon terus berkembang dan meningkat dan

sekarang ia merupakan sebahagian daripada keperluan komunikasi yang amat

penting.

Sejarah Telefon

1876 : Alexander Graham Bell mendapat paten untuk membuat telefon

1877 : Perkhidmatan telefon komersial yang pertama iatu Bell Telephone

beroperasi

1881 : Talian jarak jauh yang pertama digunakan untuk oaring awam diantara

Boston dan Providence

1891 : Sistem Dial Automatik yang pertama direka

1900 : Loading coil, satu alat yang significantly mengurangkan ‘tendency’

isyarat telefon menjadi lemah disebabkan jarak telah diperkenalkan

1915 : Pembukaan talian diantara New York dan Francisco secara rasmi

1927 : Perkhidmatan Telefon Komersial oleh radio diantara New York dan

London dibuka buat pertama kalinya.

1947 : Bermulanya penggunaan radio gelombang mikro yang kemudiannya

mendominasi karier untuk telefon jarak jauh di Amerika Syarikat

1965 : Bermulanya penggunaan sistem pertukaran elektronik dengan pejabat

pusat elektrik komersial yang pertama

8

Page 9: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

2. Faksimili

Mesin Faksimili, atau lebih dikenali sebagai mesin faks telah digunakan beberapa

tahun malahan mesin faks yang pertama dikeluarkan ialah pada tahun 1843. Walau

bagaimanapun mesin faks tidak digunakan dengan begitu meluas sehinggalah tahun

1970 an. Mesin faks yang pertama adalah dalam bentuk analog, oleh sebab itu, ia

mencetak maklumat pada masa yang sama semasa maklumat itu diterima. Mesin

penerima tersebut pula perlu tahu lokasi yang tepat pada muka surat yang diterima

untuk bertindak balas terhadap maklumat yang dihantar. Ini memerlukan

penyelerasan yang teliti kerana biasanya imej yang diperolehi telah rosak.

Sesetengah piawaian mesin faks yang terawal menggunakan hubungan komunikasi

yang perlahan tanpa sebarang pemampatan. Satu piawaian yang diklasifikasikan

sebagai “Group 1” menggunakan modulasi frekuensi secara terus untuk

menyampaikan maklumat imej. Setiap frekuensi menyatakan warna yang berbeza,

dan hanya dua warna yang terlibat iaitu : 1300 Hz mewakili piksel putih dan 2100 Hz

mewakili piksel hitam. Kaedah ini memerlukan lebih kurang 6 minit untuk

memindahkan sehelai muka surat maklumat.

Kumpulan 2 menukar kaedah modulasi kepada modulasi amplitud dan menindih

sideband untuk memampatkan bandwidth. Piksel putih dikenalpasti oleh isyarat

ampltud maksimum, piksel hitam pula dikenalpasti oleh isyarat amplitud minimum.

Secara keseluruhanya pemindahan ini memakan masa selama 3 minit untuk setiap

muka surat yang dihantar.

Dewasa ini, jenis mesin faksimili yang digunakan secara meluas ialah Kumpulan 3.

Komunikasi mesin faks jenis ini menggunakan kaedah modulasi yang

menggabungkan modulasi fasa dan modulasi amplitud. Tambahan pula, data digital

dipadatkan dengan menggunakan pengekodan panjang larian yang menghasilkan

masa pemindahan kurang dari seminit untuk setiap mukasurat. Satu lagi jenis faks

iaitu Kumpulan 4 biasanya digunakan dengan Rangkaian Data Awam. Disini, kita

9

Page 10: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

akan mengendalikan keperluan bahagian-bahagian kumpulan 3 yang paling popular

dan digunakan di atas talian telefon yang piawai.

Komunikasi Faksimili akan terus berkembang. Tambahan akan dibuat kepada

spesifikasi Kumpulan 3 seperti yang telah dibuat sebelum ini. Peningkatan dalam

komputer kos rendah dan peralatan komunikasi akan membawa peningkatan dalam

prosedur faksimili. Penggunaan Internet juga sudah semakin meluas dan sudah

terdapat pelbagai cara untuk menghantar faks melalui rangkaian komputer dunia dan

pastinya keadaan teknologi faksimili akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

10

Page 11: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Bahantara Komunikasi

Terdapat pelbagai jenis saluran komunikasi di Malaysia dan bahantara untuk

melaksanakan penghantaran maklumat ini adalah :

1. Pasangan Dawai

Juga dikenali sebagai dawai terpintal, terdiri daripada satu pasang dawai tembaga

berpintal. Kabel jenis ini mewakili teknologi penghantaran elektronik yang paling

lama, talian telefon biasa yang digunakan oleh sistem telefon ialah pasangan dawai.

Satu pasang dawai dapat melayan dua titik sahaja iaitu dua orang atau dua peranti

pada satu masa. Faedah paling besar yang yang didapati daripada penggunaan

pasangan dawai dalam komunikasi data pada masa kini ialah kerana talian telefon

boleh dikatakan sudahpun ada disegenap pelusuk dunia. Oleh itu maklumat seolah-

olah boleh dihantar kemana-mana tempat diserata dunia. Cara ini adalah murah.

Pasangan Dawai

11

Page 12: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

2. Kabel Sepaksi

Kabel Sepaksi terdiri daripada satu bahan pelindung berbentuk silinder berteraskan

dawai atau teras pejal yang disaluti dengan bahan penebat. Merupakan satu bahantara

yang lebih dipercayai untuk penghantaran data. Kabel ini digunakan didasar lautan

telah sekian lama untuk menyediakan komunikasi telefon antara benua.

Kabel Sepaksi

3. Kabei Gentian Optik

Kabel Gentian Optik merupakan kabel yang dicipta daripada gelas dan disalut oleh

selaput plastik. Isyarat dijanakan oleh diod foto (photo diode) dan diterima oleh

penerima foto (photo receptor). Kabel Gentian Optik tidak mengalami gangguan

elektromagnet, dan dapat mencapai kadar penghantaran data yang tinggi melalui jarak

jauh. Ia biasanya digunakan untuk sambungan WAN yang memerlukan lebar jalur

yang tinggi serta mencapai jarak yang jauh. Disebabkan setiap kabel optik gentian

hanya dapat menghantar isyarat sehala, maka sepasang kabel optik gentian mestilah

dibekalkan untuk mencapai komunikasi dua hala.

Kabel Gentian Optik

12

Page 13: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

4. Mikrogelombang

Merupakan isyarat radio yang mempunyai frekuensi tinggi, dihantar menerusi ruang

angkasa lepas. Isyarat ini dipancarkan dengan jitu dalam penghantaran garisan

penglihatan dari satu antenna ke antena lain. Antena tersebut diletakkan dipuncak

bukit, diatas menara atau diatas bangunan yang tinggi. Lazimnya jarak antara antena

tersebut ialah 25 hingga 50 batu. Penghantaran adalah lebih pantas dengan

mikrogelombang.

Mikrogelombang

13

Page 14: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

5. Satelit

Sistem komunikasi satelit menggunakan stesen bumi (earth station) untuk mencapai

satelit yang terdapat pada orbit sekeliling bumi. Terdapat beberapa kategori satelit,

iaitu GEO, MEO dan LEO. Satelit Geosynchronous Earth Orbit (GEO) merupakan

satelit yang paling mudah dicapai sebab ia terdapat pada tempat yang tetap. Namun,

masa lengah penyiaran (propagation delay) daripada stesen bumi ke satelit GEO

adalah lama (~130 ms). Sistem satelit Middle Earth Orbit (MEO) dan Low Earth

Orbit (LEO) telah dicadangkan untuk mengurangkan masa lengah penyiaran tersebut.

Berkaitan dengan teknologi satelit, Malaysia telah mempunyai empat laluan satelit

iaitu di Kuantan, Labuan, Melaka dan Sematan yang menyediakan hubungan trafik ke

negara lain dalam lingkungan lautan-lautan Hindi dan Pasifik. Malaysia juga kini

mempunyai dua buah satelit komunikasi iaitu MEASAT 1 dan MEASAT 2.

Perkhidmatan komunikasi satelit ini merupakan sebahagian daripada komponen

industri angkasa.

14

Page 15: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Perkembangan Dunia Telekomunikasi di Malaysia

Industri telekomunikasi dianggap penting sekarang di Malaysia memandangkan

sumbangannya sebagai alat teknologi untuk pertumbuhan pembangunan negara. Industri

telekomunikasi di Malaysia berkembang secara agresif dengan bermulanya pengunaan

telefon dan perkhidmatan telegrafik selepas Perang Dunia Kedua sehingga kepada

rangkaian telekomunikasi yang canggih menggunakan kabel fiber optik, gelombang

mikro dan sistem satelit untuk menghubungkan komuniti yang berada di desa dan bandar.

Rakyat Malaysia juga bertuah kerana dengan adanya Menara Kuala Lumpur dan

perkhidmatan All Asia Television and Radio Company (Astro) melalui Measat Broadcast

Network Systems Sdn Bhd (Measat Broadcast) adalah dua pekara penting dalam bidang

telekomunikasi negara yang meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju. Menara

Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi paling cantik pernah dibina sehingga kini.

Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dipertanggungjawabkan untuk

merangka polisi jangka pendek dan jangka panjang sektor telekomunikasi di Malaysia.

Berdasarkan polisi telekomunikasi sekarang, pihak yang terbabit diarahkan untuk

memajukan negara supaya kaya dengan maklumat melalui kemudahan rangkaian

telekomunikasi canggih .

Strategi yang telah dirangkakan ialah perkhidmatan sedia ada dikembangkan secara lebih

sistematik dan menyeluruh. Menjelang 2002, adalah dianggarkan kadar perkhidmatan

telefon menjangkau 50 telefon untuk 100 orang di kawasan desa. Kerajaan juga akan

mengeluarkan lesen untuk syarikat telekomunikasi jika perlu untuk membekalkan

perkhidmatan dan infrastruktur bagi rangkaian jangka panjang. Dari segi infrastruktur,

rangkaian telekomunikasi akan menggunakan secara optima fiber optik, gelombang

mikro dan sistem satelit. Kerajaan juga akan sentiasa mengkaji semula kadar tarif agar

kos adalah pada kadar yang sepatutnya. Dalam menyediakan semua ini, tanggungjawab

sosial juga tidak akan diabaikan khususnya dalam penyediaan dan meningkatkan

kemudahan telekomunikasi bagi kawasan desa.

15

Page 16: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Kemudahan Infrastruktur Telekomunikasi

1. Koridor Raya Multimedia (MSC)

Kemudahan infrastruktur telekomunikasi merupakan salah satu kelebihan daya

saingan MSC. Multimedia Super Coridor(MSC) merupakan satu projek mega yang

amat berkait rapat dengan perkembangan telekomunikasi di Malaysia.

Memandangkan MSC dibangunkan di tempat yang baru yang sebelum ini merupakan

kawasan luar bandar maka soal menggantikan infrastruktur telekomunikasi yang lama

tidak timbul. Dengan ini, MSC dapat secara terus menggunakan teknologi terkini

untuk perhubungan rangkaian.

Keluasan kawasan MSC ialah 4500km persegi bermula daripada Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berakhir hingga ke KLCC. Wilayah

Persekutuan Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru di

mana konsep kerajaan elektronik diperkenalkan.

Sebagai sebuah bandaraya bestari, Putrajaya akan menawarkan kemudahan

perkhidmatan telekomunikasi yang canggih dan sesuai dengan kedudukannya di

dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perkhidmatan telekomunikasi

ini merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti telefon, pengaliran data,

televisyen dan video kabel, sistem penyiaran radio dan televisyen kerajaan dan

swasta, sistem kamera pengawasan (CCTV) dan jaringan data khusus.

Pembangunan perkhidmatan telekomunikasi ini menyediakan penyaluran maklumat

untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbagai-bagai di Putrajaya. Justeru itu,

jaringan gentian optik digital berkeupayaan 2.5 hingga 10 gigabit digunakan dalam

penyaluran maklumat untuk bandar raya ini.

16

Page 17: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Sementara itu, ibu sawat telekom yang dibina di Precinct Kerajaan akan dihubungkan

dengan ibu sawat di Bangi untuk liputan bagi kawasan sekitar Putrajaya. Untuk

liputan yang lebih menyeluruh ibu sawat Telekom ini dihubungkan dengan ibu sawat

di Kajang, manakala untuk liputan antarabangsa, jaringan ini dihubungkan dengan ibu

sawat di Kelana Jaya dan Raja Chulan.

Jaringan penyaluran maklumat ini dikawal selia dengan menggunakan sistem

berkomputer. Ini bertujuan memberikan perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik

dengan mengurangkan unsur-unsur gangguan dan penyaluran maklumat terputus.

 

 Bangunan ibu sawat Telekom yang siap dibina di Parcel Z di Precinct Kerajaan.

17

Page 18: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

2. Gentian Optik

Pelaburan yang besar telah dibuat untuk menyediakan infrastruktur komunikasi yang

mengandungi teknologi gentian optik, satelit dan selular bagi menyokong

pembangunan telekomunikasi dalam negara. Rangkaian gentian optik yang meluas

telah dipasang iaitu 62,600 kilometer yang menghubungkan negeri dan bandar utama

di seluruh negara. Rangkaian gentian optik membolehkan jalur lebar yang

berkeupayaan tinggi menghantar pelbagai bentuk trafik seperti data, suara dan video.

Berkaitan dengan teknologi satelit, Malaysia telah mempunyai empat laluan satelit

iaitu di Kuantan, Labuan, Melaka dan Sematan yang menyediakan hubungan trafik ke

negara lain dalam lingkungan lautan Hindi dan Pasifik.

Bagi MSC, rangkaian tulang belakang gentian optik yang merangkumi 360 kilometer

telah siap dibina. Pembinaan tulang belakang tersebut juga melibatkan pemasangan

suis Mod Pertukaran Asinkroni (ATM) di Cyberjaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

dan Bukit Jalil bagi menyokong penggunaan multimedia jalur lebar dan capaian

Internet berkelajuan tinggi. Infrastruktur jalur lebar MSC terdiri daripada empat jalur

utama di mana setiap satu mempunyai lebarjalur antara 2.5 ke 10 gigabit sesaat

(Gbps).

3. Internet

Internet dan teknologi tanpa wayar merupakan dua teknologi terpantas yang

dibangunkan dalam bidang telekomunikasi. Enam ISP telah diberikan lesen tetapi

hanya tiga yang telah mula menyediakan perkhidmatan Internet kepada pelanggan.

Bagi melengkapkan ISP, Pembekal Khidmat Capaian (ASP) juga turut diberikan

lesen. Terdapat 43 ASP di seluruh negara yang kebanyakannya beroperasi di Lembah

Klang dan Pulau Pinang. Dengan kemajuan teknologi tanpa wayar, peranti capaian

jenis baru yang berpatutan harganya telah tersedia untuk capaian Internet. Peralatan

ini termasuklah peranti Aplikasi Protokol Tanpa Wayar (WAP) seperti telefon mudah

alih, peranti pegang dan petak kotak.

18

Page 19: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Di Malaysia, Internet kini menjadi alat berkomunikasi terpenting untuk bertukar

emel, melayari World Wide Wide (WWW), menghantar, mewujud dan membaca

mesej-mesej dalam kumpulan perbincangan ataupun papan buletin (BBS), dan yang

paling digemari, bersembang di bilik chatting. Namun, di negara-negara maju,

nampaknya mereka lebih suka membeli-belah menggunakan teknologi ini.

Tidak dinafikan juga kebanyakan pengguna internet menggunakan komputer peribadi

untuk megakses internet, tetapi kini internet boleh diakses menggunakan televisyen

dengan penambahan alatan tertentu tanpa perlu penggunanya memiliki sebuah

komputer, dan inilah sebenarnya yang dinamakan teknologi.

Untuk perkhidmatan yang lebih komersial, internet sebenarnya disediakan oleh beribu

Penyedia Khidmat Internet atau Internet Service Provider (ISP) yang menyediakan

perkhimatan mengakses internet di seluruh dunia. Ada yang terdiri daripada syarikat

telekomunikasi, syarikat suratkhabar dan ada juga perkhimatan yang ditawarkan oleh

syarikat tv kabel. Di negara kita ada empat Penyedia Khidmat Internet (ISP), bermula

dengan perkhidmatan Jaring yang disediakan oleh MIMOS Berhad, TM Net oleh

Telekom, Maxis serta TimeDotCom. 

4. Wireless Application Protokol

Secara asasnya WAP merupakan teknologi yang membolehkan pengguna mencapai

aplikasi interaktif seperti melayari Internet dari telefon selular. Melalui WAP,

kandungan yang disedia khusus bagi aplikasi ini akan dapat dilayari walaupun dengan

menggunakan input melalui papan kekunci kecil dan monitor terhad di telefon selular.

WAP juga dapat memberikan kebolehan lebih dari sekadar perkhidmatan pesanan

pendek atau Short Messaging System (SMS) seperti mana yang ditawarkan oleh

telefon selular digital sekarang ini. Jika SMS membenarkan pesanan teks statik

sepanjang 160 aksara sahaja, aplikasi WAP pula boleh disediakan dalam bentuk

grafik, teks dan bersifat interaktif.

19

Page 20: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

5. Perkhidmatan Telefon Protokol Internet (IP telephony) atau VoIP (voice over

IP) faks melalui protokol Internet

Protokol Internet (IP) hanya merupakan salah satu dari paras prorokol dalam suatu

rangkaian. Dalam bahasa paling mudah, apa-apa sahaja yang dihubungkan dengan IP

bermaksud melaksanakan komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi

yang baik untuk komunikasi data. Sekarang ini banyak syarikat di negara maju, tidak

ketinggalan di Malaysia, sedang membina rangkaian IP dengan matlamat untuk

menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. IP adalah satu paras prorokol

dalam rangkaian.

Bagaimana komunikasi melalui IP terjadi? Secara teorinya, suara dimampatkan dan

dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet, seperti mana kandungan e-mel

dipindahkan. Paket IP pergi dan kembali dalam Internet, dan membolehkan

pengguna bercakap dan mendengar pada masa yang sama. Dengan proses

pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh

mengendalikan jauh lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding

dengan panggilan telefon.

Terkini dalam pasaran ialah perkhidmatan pra-bayar kad Flexicall JARING

(www.flexicall.net). Perkhidmatan ini menggunakan teknologi VoIP dengan

menggunakan rangkaian tulang belakang optik fiber Internet yang dipunyai oleh

JARING. Para pengguna boleh menggunakan telefon PSTN di rumah dan dari mana-

mana pondok telefon awam. Ia sememangnya murah untuk membuat panggilan jauh,

khususnya panggilan ke sebarang laut.

20

Page 21: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

6. Bidang Pendidikan di Malaysia

Pada tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah

terpilih. Kini boleh dikatakan disetiap sekolah mempunyai makmal komputer untuk

tujuan pembelajaran. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat ramai anak

Malaysia yang celik IT. Kerajaan juga telah menubuhkan sekolah bestari iaitu sebuah

sekolah yang menggunakan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Inisiatif sekolah bestari telah diperkenalkan bertujuan melahirkan generasi baru

Malaysia yang celik ICT, kreatif dan inovatif serta berupaya membawa ekonomi

kepada Era Maklumat. Projek ini yang telah dilaksanakan sebagai projek perintis

dalam tempoh RMKe-7 melibatkan 90 sekolah yang terdiri daripada sembilan sekolah

baru yang sedang dalam pembinaaan dan 81 sekolah sedia ada yang dinaikkan taraf.

Sekolah-sekolah ini telah dilengkapkan dengan peralatan multimedia/komputer yang

terkini dan dibekalkan dengan bahan pengajaran bagi empat mata pelajaran iaitu

bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, sains dan matematik.

Bahan ini bukan sahaja menambahkan kurikulum yang berasaskan rangkaian tetapi

juga membolehkan pelajar yang mempunyai keupayaan berbeza untuk memperolehi

kejayaan mengikut kemampuan masing-masing. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari

membolehkan pihak pentadbir sekolah menguruskan dengan lebih cekap dan

berkesan sumber yang ada serta mematuhi proses yang diperlukan untuk membantu

fungsi pembelajaran dan pengajaran untuk sekolah-sekolah tersebut. Sebagai

pelengkap kepada sekolah bestari, Rangkaian Sekolah Global telah juga diperkenal

untuk membolehkan sekolah di Malaysia dihubungkan secara elektronik dengan

sekolah yang dipilih di serata dunia.

21

Page 22: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

7. Telesidang dan Videosidang

Telesidang menggunakan peralatan telefon khas untuk membenarkan seorang atau

ramai orang berbincang dengan sekumpulan manusia yang berada di lokasi

berjauhan. Videosidang membenarkan kumpulan yang berada di lokasi geografik

yang berbeza melihat dan juga mendengar antara satu sama lain. Teknologi ini

menggunakan sambungan telefon khas untuk penghantaran suara dan hubungan

satelit untuk penghantaran video.

Kebanyakan organisasi di Malaysia terutamanya syarikat- syarikat swasta telah

menggunakan telesidang video satu hala dan telesidang audio dua hala. Contohnya,

sesetengah syarikat menghantar pelatih ke kolej dan universiti yang dibekalkan

dengan keupayaan komunikasi seperti yng disebutkan tadi.

Penuntut yang bakal menerima ijazah dapat melihat keadaan dalaman syarikat

manakal wakil syarikat tersebut dapat menjawab soalan penuntut dan menerangkan

apa yang sedang ditunjukkan. Ini adalah salah satu contoh penghantaran video satu

hala. Penghantaran video satu hala dapat memanfaatkan peralatan bergerak. Pada

masa kini video dua hala hanya dapat dilaksanakan dalam bilik persidangan khas

yang telah disetkan.

22

Page 23: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Kesimpulan

Telekomunikasi bukanlah satu bidang yang baru di negara kita. Bidang ini telah lama

berkembang tanpa kita sedari. Bermula dengan penciptaan telefon, faksimili dan

seterusnya internet yang membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia

tanpa mengira sempadan. Malaysia juga tidak pernah ketinggalan dalam menempuh

arus pemodenan bidang telekomunikasi ini. Ini dapat dibuktikan dengan pelancaran

MEASAT 1 dan MEASAT 2 pada sekitar tahun 1996.

Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa komited dalam usaha melaksanakan

pembangunan dan perkembangan IT yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap

pelbagai aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Zaman IT akan mendorong kita

mengubah cara hidup dan cara bekerja. Lebih awal kita menyesuaikan diri kita, dan lebih

cepat kita mempelajari ilmu berkaitan dengan IT, maka lebih mudahlan kita menjadikan

masa depan negara lebih cemerlang. Dalam zaman ini maklumat adalah kekayaan baru

dunia.

Pada masa kini teknologi komunikasi memainkan peranan penting untuk pembangunan

negara. Dalam menjayakan hasrat ini kerajaan telah menubuhkan MSC sebagai satu

langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi

dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

23

Page 24: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

Rujukan

1. Komputer dan Pemprosesan Maklumat

William M. Fuori, Louis V. Gioia

Prentice Hall, 1993

2. Introduction to Data Communications and Networking

Behrouz Forouzan

Mc Graw Hill, 1998

3. www.google.com

4. www.yahoo.com

5. www.bluehyppo.com.my

6. www.maxis.com

7. www.cari.com.my

24

Page 25: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)

SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 24 Jan 2002

Tempat : Kolej Ungku Omar

Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad

Sabariah Shariff

Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Kami memulakan sesi perbincangan pertama iaitu berkenaan dengan tajuk latihan

yang diberi. Ahli kumpulan diminta untuk mengemukakan pendapat masing-

masing. Saudari Yuzaila mencadangkan supaya semua ahli kumpulan mencari

maklumat yang berkaitan dengan tajuk dan akan dibentangkan pada perjumpaan

kedua.

2. Ketua kumpulan iaitu saudari Nor Azah telah membahagikan tugas kepada ahli –

ahli yang lain dan untuk perjumpaan kedua akan diberitahu kemudian. Selaku

ketua, saudari Nor Azah amatlah berharap agar semua ahli kumpulan dapat

memberikan kerjasama yang sepenuhnya . Majlis bersurai pada jam 10.30

malam.

25

Page 26: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)

SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 29 Jan 2002

Tempat : Kolej Ungku Omar

Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad

Sabariah Shariff

Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Ketua kumpulan meminta ahli kumpulan membentangkan maklumat yang mereka

perolehi berkenaan dengan tajuk. Malangnya maklumat yang diperolehi terlalu

sedikit dan laporan dokumentasi tidak dapat dimulakan lagi. Walaupun telah

berkunjung ke perpustakaan Tun Sri Lanang tetapi maklumat yang kami perolehi

terlalu sedikit. Saudari Sabariah mencadangkan supaya ahli kumpulan berjumpa

dengan Puan Rosilah selepas kelas untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai

tajuk tersebut.

2. Maklumat yang sedia ada telah diteliti dan menepati tajuk. Ahli- ahli kumpulan

bersurai pada jam 9.30 malam.

26

Page 27: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)

SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 2 Feb 2002

Tempat : Kolej Ungku Omar

Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad

Sabariah Shariff

Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Sekali lagi kami telah mengumpulkan maklumat yang baru kami perolehi setelah

mendapat serba sedikit panduan daripada Puan Rosilah. Ketua kumpulan

mengarahkan supaya kami mengambil bahagian masing- masing dan berharap

agar laporan dokumentasi dapat disiapkan secepat mungkin.

2. Saudari Yuzaila telah mengemukakan masalah beliau iaitu masih terdapat

maklumat yang belum mencukupi terutama untuk bahagian pengenalan.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk meminjam beberapa buah buku

daripada kenalan yang telah bekerja. Kami bersurai tepat jam 10.30 malam.

27

Page 28: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)

SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 9 Feb 2002

Tempat : Kolej Ungku Omar

Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad

Sabariah Shariff

Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Maklumat yang diperolehi telah lengkap dan laporan dokumentasi telah hampir

siap. Kami mengambil kata sepakat untuk mengumpulkan kembali maklumat

tersebut sebelum cuti dan bersedia untuk di cetak.

2. Pada kali ini merupakan perjumpaan terakhir, ketua kumpulan meminta maaf

daripada ahli kumpulan sekiranya terdapat salah silap dan amatlah berharap

latihan ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli kumpulan dan berdoa

semoga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Komunikasi Data

dan Telekomunikasi.

Disediakan oleh,

(Yuzaila Yusuf)

28

Page 29: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

29

Page 30: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

http://www.scribd.com/doc/4292073/Ifiber-optic-

http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon

Telefon (Yunani: tēle, "jauh"; dan phōnē, "suara") adalah peranti a telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebanyakannya pertuturan biasa), biasanya antara dua orang tetapi kadang-kala, tiga atau lebih. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan hampir

sebarang pengguna telefon berhubung dengan hampir sesiapa yang memiliki telefon.

2.   Sistem telefon talian darat tradisi, juga dikenali sebagai perkhidmatan telefon lama biasa("plain old telephone service" - POTS), biasanya mengendalikan kedua-dua isyarat dan maklumat audio pada wayar bertebat dipilin berkembar (twisted pair): talian telefon. Talian dipilin berkembar lebih digemari kerana ia lebih berkesan menyingkir gangguan elektromagnet EMI ) dan cakap silang berbanding talian lurus berkembar. Panggilan kepada pihak yang melampaui ibu sawat tempatan dibawa melalui talian "utama" yang menyediakan sambungan antara ibu sawat. Dalam jaringan telefon moden, komunikasi optik fiber dan teknologi digital sering kali digunakan bagi sambungan seperti itu. Teknologi satelit mungkin digunakan bagi perhubungan antara jarak amat jauh.

3.   Pihak pemanggil yang ingin bercakap dengan pihak lain akan mengangkat pemegang telefon, dengan itu menoperasi suis butang atau "pengait suis", yang meletakkan telefon

Telefon 1896 dari Sweden.

Bagaimana Sistem Telefon berfungsi  (Akuan Video: InfinitiTelecom)

30

Page 31: PENGENALAN - Universiti Kebangsaan Malaysia A.doc · Web viewPada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven, Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan

dalam keadaan aktif atau "luat ganggang". Litar eletronik ini memiliki rintangan elektrik rendah (kurang dari 300 ohm) yang menyebabkan arus terus (minima, 48 volt) dari ibu sawat telefon mengalir melalui talian. Ibu sawat mengesan arus DC, meletakkan litar penerima digit pada talian, dan menghantar nada dail bagi menunjukkan kesediaan. Pihak pemanggil kemudian akan menekas butang nombor dalam turutan, selaras dengan nombor telefon pihak yang dipanggil. Sekiranya talian yang dipanggil belum aktif atau "sibuk", ibu sawat menghantar isyarat dering bersela (biasanya melebihi 100 volt AC) bagi menyedarkan pihak dipanggil mengenai panggilan diterima, ataupun isyarat sibuk dihantar kepada pihak pemanggil.

4.   Apabila pihak dipanggil mengangkat ganggang telefon, suis kait (switchhook) memutuskan peranti pemberitahu dan menghubung litar audio kepada talian. Kedua telefon menjadi aktif dan dihubungkan melalui ibu sawat, kedua pihak boleh bercakap. Bagi kebanyakan telefon, pemancar dan penerima (mikrofon dan pembesar suara) terletak pada ganggang. Menerima kuasa melalui talian, pemancar menghasilkan arus elektrik yang voltan berbeza menurut gelombang bunyi yang tiba pada diafragma. Arus yang terhasil dipancar sepanjang talian telefon kepada ibu sawat tempatan dan kemudiannya kepada telefon lain (melalui ibu sawat tempatan atau jaringan lebih besar), di mana ia melalui gelung pada penerima. voltan berbeza-beza pada gelung menghasilkan pergerakan seiring pada diafragma penerima, menghasilkan gelombang bunyi terhasil pada pemancar.

5.   Akuan bagi penciptaan telefon kekal dipertikaikan. Sebagaimana dengan ciptaan agung lain, terdapat beberapa pencipta yang melakukan kerja pembangunan awal dan membaiki pada idea sesama sendiri. Sejarah telefon awal dengan itu merupakan himpunan dakwaan dan dakwaan balas yang tidak dapat dijelaskan dengan sejumlah besar saman. Bagaimanapun, Paten Alexander Graham Bell dan Thomas Edison, menang secara forsenik dan perdagangan secara mutlak

31