Pengenalansintaksis

24
Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110) 1.0 Pengenalan Ayat merupakan merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi dalam bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai- bagai bentuk dan bilangan yang yang tidak terhad. Dalam Kamus Dewan, Edisi Ketiga mendefinisikan ayat sebagai suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang saling berhubung dan terdiri daripada subjek dan prediket. Tokoh-tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza-beza tentang makna ayat. Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Za ba (1958:2156) yang mengatakan ayat adalah: ”Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini adalah dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jIka tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib Ini tidaklah memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan –perkataan itu bukanlah jadi ayat.” Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za ba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini bermaksud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka pula mendefinisikan sebagai : “ Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat .Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja.Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian iaitu: 1: benda atau subjek 2: cerita atau predikat.” (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 ). Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat. Wan Noryatini bt. Mahmood 1

Transcript of Pengenalansintaksis

Page 1: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

1.0 Pengenalan

Ayat merupakan merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi dalam

bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan

yang yang tidak terhad. Dalam Kamus Dewan, Edisi Ketiga mendefinisikan ayat

sebagai suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang

saling berhubung dan terdiri daripada subjek dan prediket.

Tokoh-tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza-beza tentang makna

ayat. Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah

Pendeta Za’ba (1958:2156) yang mengatakan ayat adalah:

”Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini adalah

dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat

dan jIka tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib Ini

tidaklah memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya.

Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan –perkataan itu

bukanlah jadi ayat.”

Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba maka boleh dibuat kesimpulan

bahawa ayat ini  bermaksud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang

boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan

perkataan yang telah sempurna maksud. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui

buku mereka pula mendefinisikan sebagai :

“ Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun

menjadi ayat .Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja.Tiap-

tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian iaitu:

1: benda atau subjek

2: cerita atau predikat.”

(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu

Mudah,2006 hlm 149 ). Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat

disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat

boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat

difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua

kompenen iaitu subjek dan predikat.

  Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan

Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn, Hashim Musa dan Hamid

Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :

Wan Noryatini bt. Mahmood 1

Page 2: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan

tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk

daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan”

( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam  Kursus Menguasai Bahasa Melayu

Mudah, 2006 hlm 150 ).   

 Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula, ayat merupakan unit

pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya

beberapa patah perkataan. Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan

di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi

dalam tatabahasa Melayu . Ayat boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang

mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Pembentukan

kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi. Binaan ayat terdiri

daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali

sebagai unsur atau konsituen.

Dalam bahasa Melayu, ayat digalurkan kepada dua kategori dengan

berdasarkan dua perkara iaitu struktur dan intonasi. Struktur ayat merujuk kepada

susunan dan binaan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat seperti ayat

tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal yang juga dikenali sebagai ayat selapis ialah

ayat yang mempunyai satu klausa sahaja yang terdiri daripada satu subjek dan satu

predikat. Manakala ayat majmuk pula merupakan beberapa gabungan ayat tunggal

yang dicantumkan dengan menggunakan kata hubung. Intonasi pula merujuk kepada

suara yang tinggi atau rendah ketika mengujarkan sesuatu ayat seperti ayat penyata

dan ayat tanya.

2.0 Ayat Majmuk

Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik,

ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat

majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara

tertentu dan tidak melanggar hukum tatabahasa. Oleh hal yang demikian, ayat

majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada

proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat

asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan

maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata

hubung.

Wan Noryatini bt. Mahmood 2

Page 3: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Contoh:

1. Dia sangat kaya.

2. Dia tidak sombong.

Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan,

akan terhasillah ayat majmuk yang berikut:

3. Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong.

Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang

dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal 1 mengandungi satu

maklumat sahaja, iaitu “kaya”. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal 2 yang

mengandungi satu maklumat lain, iaitu “tidak sombong”, ayat yang baharu terbentuk

dalam ayat 3 itu kini mempunyai dua maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 3

telah mengalami peluasan.

Terdapat beberapa jenis ayat majmuk. Pembahagian ayat majmuk dapat

digambarkan seperti rajah berikut:

Ayat Majmuk

Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2

Anita membaca buku. sambil Anita mendengar radio.

Kami membuat kerja sekolah. semasa Adik sedang tidur.

Dia memakai baju baru. yang Baju dijahit oleh emak.

Berdasarkan beberapa cara pembentukan ayat seperti rajah di atas, maka ayat

majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis .

Rajah 1 : Jenis Ayat majmuk

Wan Noryatini bt. Mahmood 3

Jenis Ayat MajmukAyat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk Campuran

Page 4: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

2.1 Ayat Majmuk Gabungan

Nik Safiah menjelaskan bahawa Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri

daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau

mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, lalu, lagi,

seta, malah, tetapi dan sebagainya. Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri

daripada tiga atau lebih klausa.

Contoh pertama:

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

1. Aminah pandai melukis.

2. Aminah pandai mewarna

gambar.

3. Aminah pandai melukis dan mewarna

gambar.

Ayat yang (3) berasal daripada ayat (1) dan (2).

Kedua-dua ayat (1) dan (2) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.

Ayat (1) dan (2) sama tarafnya iaitu ayat utama.

Contoh kedua:

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

4. Pengetahuan beliau sempit.

5. Kupasannya cetek

6. Contoh-contoh yang diberikannya

pula tidak menarik. 

7. Pengetahuan beliau sempit, kupasannya

cetek serta contoh-contoh yang

diberikannya pula tidak menarik.

Ayat (7) berasal daripada daripada ayat-ayat (4), (5) dan (6). Ketiga-tiga ayat

digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''

Semua ayatnya adalah sama tarafnya, iaitu ayat utama dan ia boleh berdiri sendiri.

Ayat majmuk gabungan juga boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang

sejajar atau fakta yang bertentangan . Untuk fakta yang sejajar, kata hubung

seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Manakala untuk

fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti  tetapi, sebaliknya, padahal dan

sebagainya digunakan . Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-

Wan Noryatini bt. Mahmood 4

Page 5: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat

yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Terdapat

beberapa contoh yang menunjukkan ayat majmuk gabungan adalah bersifat setara

dan tidak boleh disongsangkan, seperti:

Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah

8a. Jamal menanam jagung dan

kacang.

9a. Zaki meminati badminton tetapi

adiknya meminati bola sepak.

8b. Dan kacang, Jamal menanam

jagung.

9b. Tetapi adiknya meminati bola

sepak, Zaki meminati badminton.

Walaupun begitu, ayat majmuk gabungan yang menggunakan kata hubung

sambil, boleh disongsangkan. Contohnya:

10a. Siti menyambut kehadiran kami sambil tersenyum lebar.

10b. Sambil tersenyum lebari, Siti menyambut kehadiran kami.

Secara lisan, ayat-ayat majmuk juga disambungkan tanpa kata hubung. Apabila

ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan

pernyataan.

Contoh:

11. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.

12. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.

Dalam ayat contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam

bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).

2.1.1 Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan.

Dalam pembentukan ayat majmuk gabungan, terdapat beberapa cara penggabungan

klausa. Apabila terdapat unsur yang sama dalam satu ayat, unsur yang sama itu perlu

digugurkan.Contohnya:

1. Pokok cili itu hidup atau mati. (unsur pokok cili itu digugurkan)

2. Ibu akan membeli sayur atau ikan ? (unsur ibu akan membeli digugurkan )

Wan Noryatini bt. Mahmood 5

Page 6: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Terdapat juga ayat majmuk gabungan yang mengekalkan kesemua klausa yang

digabungkan. Contohnya:

3. Semua pelajar pergi kecuali Amir saja yang pulang.

(semua klausa dikekalkan)

4. Indah membawa makanan manakala Sari pula membawa minuman.

(semua klausa dikekalkan)

Dalam pembentukan ayat majmuk gabungan, penggabungan dua klausa atau lebih

hendaklah berdasarkan jenis ayat yang sama, yakni bukan daripada ayat yang

berlainan jenis. Dan ia juga mestilah mempunyai hubungan makna yang logik.

Contohnya:

Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah

5a. Pihak peniaga juga perlu peka akan

kehendak pengguna dan mereka

tidak boleh memikirkan keuntungan

semata-mata.

( ayat penyata dengan ayat penyata)

6a. Ambillah pisang ini dan buatlah

jemput-jemput.

(ayat perintah dengan ayat perintah)

7a. Bapa pulang dan adik pun pulang.

(ada hubungan makna)

5b. Pihak peniaga juga perlu peka akan

kehendak pengguna dan janganlah

memikirkan keuntungan semata-

mata.

( ayat penyata dengan ayat perintah)

6b. Ambillah pisang ini tetapi di mana

kucing itu tadi?

(ayat perintah dengan ayat tanya)

7b. Apa pulang dan air sungai mengalir

deras.

(tiada hubungan makna walaupun kedua-

duanya daripada jenis ayat yang sama

iaitu ayat penyata)

Terdapat juga ayat majmuk gabungan yang dibentuk dengan menggabungkan unsur-

unsur yang berlainan manakala unsur-unsur yang sama disebut hanya sekali.

Penggabungan ayat-ayat majmuk ini terbahagi kepada lapan bentuk gabungan .

Wan Noryatini bt. Mahmood 6

Page 7: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Contoh:

Gabungan Ayat Contoh Ayat

a. Gabungan subjek dengan subjek.

b. Gabungan prediket dengan prediket.

c. Gabungan objek dengan objek.

d. Gabungan pelengkap dengan

pelengkap.

e. Gabungan keterangan dengan

keterangan.

f. Gabungan penerang dengan penerang.

g. Gabungan klausa dengan klausa.

h. Gabungan kata hubung berpasangan

8. Sarah dan Nisa pergi ke sekolah

9. Lelaki itu kaya tetapi kedekut.

10. Kami bertemu Karim dan Leman di

sana.

11. Kereta itu membelok ke kiri lalu ke

kanan.

12. Budak itubercakap laju tetapi jelas.

13. Baju biru dan hijau itu sangat cantik.

14. Aisyak sedang memasak manakala

Rahimi membaca akhbar.

15. Sama ada wajar atau tidak, puncak

bukit itu telah digondolkan.

2.1.2 Jenis Gabungan

Nik Safiah menceritakan ayat gabungan dibentuk menggunakan beberapa kata

hubung. Penggunaan kata hubung yang berbeza ini menghasilkan sekurang-

kurangnya empat jenis gabungan utma dalam pembentukan ayat, iaitu:

a. Gabungan Yang Susunan Faktanya Berturutan

Gabungan ini menunjukkan susunan fakta satu demi satu ataupun pertambahan.

Antara kata hubung yang digunakan bagi menunjukkan maksud ini adalah seperti dan,

lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, justeru, malahan, akhirnya dan lain –lain.

Contoh ayat:

1. Kereta itu membelok ke kanan kemudian berhenti.di tepi jalan.

2. Kak Nani baik orangnya malahan jarang-jarang sekai dia memarahi

adik-adiknya.

3. Pak cik datang ke rumah pukul 5 petang dan pulang pukul 6 petang.

Wan Noryatini bt. Mahmood 7

Page 8: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

b. Gabungan Yang Susunan Faktanya Bertentangan

Gabungan jenis ini menunjukkan pertentangan fakta dalam klausa-klausa yang

digabungkan. Antara kata hubung yang digunakan bagi menunjukkan maksud ini

seperti tetapi, sebaliknya, padahal, melainkan, kecuali dan lain-lain.

Contoh ayat:

4. Mereka tidak pergi memancing di sungai itu, sebaliknya pergi

mengembara di hutan yang berhampiran.

5. Orang itu sengaja tinggal di pondok usang, padahal dia mempunyai

rumah teres.

6. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk melainkan ditemani oleh orang

dewasa.

c. Gabungan Yang Susunan Faktanya Menunjukkan Pilihan

Gabungan jenis ini membawa maksud pilihan antara dua ataupun lebih. Kata hubung

yang boleh digunakan bagi menunjukkan maksud ini adalah atau.

Contoh ayat:

7. Asiah masih belajar atau sudah tidur ?

8. Kamu masih mengajar di sekolah itu ataupun sudah berpindah ?

9. Awak mahu makan nasi goreng atau nasi lemak ?

d. Gabungan Dengan Menggunakan Kata Hubung Berpasangan

Gabungan jenis ini melibatkan penggunaan kata hubung berpasangan. Kata hubung

yang digunakan adalah seperti daripada....lebih baik, lebih baik....daripada, sama

ada ...tidak, baik...mahupun, bukan sahaja...malahan, jangankan....pun dan lain-lain.

Contoh ayat:

10. Daripada berbual-bual kosong, lebih baik berbincang tentang kerja

sekolah.

11. Baik di bandar mahupun desa, masalah keruntuhan akhlak remaja tetap

sama.

12. Gadis itu bukan sahaja cantik malahan sopan pula.

Wan Noryatini bt. Mahmood 8

Page 9: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Terdapat beberapa kesalahan bahasa dalam pembinaan ayat majmuk gabungan jika:

i. kata sendi nama ke pada unsur yang kedua dalam ayat majmuk gabungan

yang menggunakan kata hubung dan dan atau digugurkan.

Contoh:

Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah

13a. Laili menuju ke kiri atau ke kanan.

14a. Kucing itu berlari-lari ke hulu dan ke

hilir.

13b. Laili menuju ke kiri atau kanan.

14b. Kucing itu berlari-lari ke hulu dan

hilir.

ii. penggabungan frasa sendi nama tanpa menggunakan kata hubung juga tidak

membenarkan kata sendi nama yang kedua digugurkan.

Contoh:

Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah

15a. Nenek merenung saya ke atas dan

ke bawah.

16a. Kami dari sini hendak ke sana.

15b. Nenek merenung saya ke atas dan

bawah.

16b. Kami dari sini hendak sa na.

iii. tiada pasangan bagi sesuatu kata hubung berpasangan dalam ayat majmuk

gabungan.

Contoh:

Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah

17a. Baik Rosli mahupun Saidi masih

tinggal di Kuala Dingin.

18a. Sejak kebelakangan ini kita sering

mendengar berita tentang aktiviti

samseng sama ada di radio

mahupun televisyen.

17b. Rosli mahupun Saidi masih

tinggal di Kuala Dingin.

18b. Sejak kebelakangan ini kita sering

mendengar berita tentang aktiviti

samseng sama ada di radio

mahupun televisyen.

Wan Noryatini bt. Mahmood 9

Page 10: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

2.2 Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan 

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini

bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu

atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata

hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis

berdasarkan cara pembentukan dan jenis klausa yang dipancangkan, iatu :

a. Ayat majmuk relatif

b. Ayat majmuk komplemen

c. Ayat majmuk keterangan.

2.2.1 Ayat Majmuk Relatif 

Ayat majmuk pancangan relatif merupakan ayat majmuk yang menggunakan kata

hubung ‘yang’. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat peluas kerana klausa relatif

berfungsi meluaskan frasa subjek ataupun frasa prediket. Klausa relatif ini akan

menjadi klausa yang menerangkan klausa bebas.

2.2.1.1 Pembentukan Ayat Majmuk Relatif

1. Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.

Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.

Ayat majmuk relatif : Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik

saya.

Berdasarkan contoh ayat pertama di atas menceritakan tentang subjek asalnya

adalah budak lelaki itu yang telah mengalami peluasan kepada yang duduk di atas

bangku itu.

2. Ayat induk : Saya membaca majalah itu.

Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.

Ayat majmuk relatif : Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu .

Manakala contoh ayat yang kedua di atas menceritakan tentang subjek asalnya

adalah majalah itu yang telah mengalami peluasan kepada yang dibeli di kedai itu.

Wan Noryatini bt. Mahmood 10

Page 11: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

2.2.1.2 Jenis ayat majmuk relatif.

a. Peluasan Subjek

b. Peluasan Prediket

Terdapat juga ayat majmuk relatif yang memberi perubahan klausa yang asalnya

klausa bebas berbentuk ayat aktif kepada klausa tak bebas berbntuk ayat pasif.

Tujuan perubahan ini adalah untuk memastikan subjek ayat adalah serupa.

Contoh:

3. Klausa bebas: Buku sejarah sangat mahal. (ayat aktif)

Kalusa bebas: Ahmad membeli buku sejarah.( ayat aktif)

Klausa tak bebas: Buku sejarah dibeli oleh Ahmad (ayat pasif)

Ayat majmuk relatif: Buku sejarah yang dibeli oleh Ahmad sangat mahal.

2.2.2 Ayat Majmuk Komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat yang mengandungi klausa komplemen bagi

melengkapkan ayat..Ayat komplemen ditandai oleh kata hubung ‘bahawa’ dan ‘untuk’.

Contoh:

Pemimpin itu mengatakan bahawa rakyat negara ini perlu bersatu.

2.2.2.1 Pembentukan Ayat majmuk Komplemen

2.2.2.2 Jenis Ayat Majmuk Komplemen

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.Kata hubung : bahawa 1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.Kata hubung : untuk

2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Wan Noryatini bt. Mahmood 11

Page 12: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

   ayat komplemen frasa nama

Ayat Komplemen Frasa Nama

Frasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan

objek sipi.Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek. 

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek

Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.

Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram. 

Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat

Pemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu.

Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah

   ayat komplemen frasa kerja

Ayat Komplemen Frasa Kerja.

Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan.

Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar.

   ayat komplemen frasa adjektif

Jenis-jenis Ayat Komplemen

Ayat Komplemen

Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.

(a) Perkara itu amat senang.

(b) Dia lulus ujian.

Kata komplemen:untuk. 

Ayat Komplemen Frasa Adjektif

Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.

Saya yakin bahawa dia akan berjaya.

2.2.3 Ayat Majmuk Keterangan

Wan Noryatini bt. Mahmood 12

Page 13: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

* Ayat keterangan

   jenis ayat keterangan

Wan Noryatini bt. Mahmood 13

Page 14: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab

Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila

Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan

Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga

Keterangan cara -->dengan

Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan KeteranganCara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.Ayat kecil : Hari hujan.Kata hubung : kerana1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.Kata hubung : apabila2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.

Ayat induk : Ibu menghiris bawang.Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.Kata hubung : dengan 3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.

Ayat induk : Mazli berdoa.Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.

Wan Noryatini bt. Mahmood 14

Page 15: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Kata hubung : agar 4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.

Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.Kata hubung : walaupun 5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.

Ayat induk : Adik rajin berusaha. Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.Kata hubung : jika 6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.

.

 

2.3 Ayat Majmuk Campuran

 

 

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.

Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat

majmuk pancangan. Ayat majmuk campuran merupakan ayat biasanya panjangkerana

terdapat beberapa klausa daripada pelbagai jenis. Namun begitu, panjang pendek

bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau

bilangan klausanya.

Dalam ayat majmuk campuran terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa.nSatu

daripada klausa itu merupakan klausa bebas dan dua atau lebih klausantak bebas.

Contoh:

1. Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk dijual bagi mendapatkan sumber

pendapatan.

Ayat majmuk campuran di atas mengandungi satu klausa bebas dengan klausa

keterangan seperti yang berikut:

i. Klausa bebas: lelaki itu menjolok buah kelapa.

ii. bKlausa keterangan: untuk (buah kelapa) dijual.

iii. Klausa keterangan: bagi (lelaki itu) mendapat sumber pendapatan.

Wan Noryatini bt. Mahmood 15

Page 16: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K'

dan bilangannya dinomborkan.

 

contoh 1: 

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2)

apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).

(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau

dua ayat utama dan satu ayat kecil.

 

contoh 2: 

Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami

diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan

Kampun (U3).

(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

 

contoh 3:

Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun

penduduk di situ cuba mengawal api (K2).

(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat

tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).

 

contoh 4:

Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1)

dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi

pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain

menyediakan infrastruktur negara (U2).

(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).

Wan Noryatini bt. Mahmood 16

Page 17: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Proses Penerbitan Ayat

Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan

penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses

yang dapat menerbitkan ayat yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama.

Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan

kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis perkataan/frasa, misalnya

kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.

Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis 

atau transformasi.

a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula

urutan subjek dan predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian

unsurnya akan dipindahkan ke pangkal ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat

+ subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat (sebahagian). Oleh sebab

predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa

sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini.

(2) a. Berdamai juga mereka akhirnya.

b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini.

c. Di sinilah rumah saya.

Ayat (2a) bermula dengan FK ”berdamai”, ayat (2b) bermula dengan FA ”sungguh

indah” dan ayat (2c) bermula dengan FSN ”disinilah”. Ayat (2a) diterbitkan melalui

pemindahan sebahagian unsur predikat ”berdamai juga akhirnya” manakala ayat (2b)

dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat. Ayat asalnya adalah seperti

yang berikut:

(2) a’. Mereka berdamai juga akhirnya.

b’. Pemandangan di pantai ini sungguh indah.

c’. Rumah saya di sinilah. 

Wan Noryatini bt. Mahmood 17

Page 18: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini

berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang.

Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.

b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan.

Dalam proses ini, perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek

sesuatu ayat digugurkan, meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk

mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri

daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang terjana akan bermula

dengan jenis perkataan ini.

(3) a. Membaca meluaskan pengetahuan.

b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.

c. Itu menara Kuala Lumpur.

d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek.

Dalam ayat (3a), KN yang digugurkan ialah ”hobi” (daripada FN ”hobi membaca”).

Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan ialah ”warna” (daripada FN ”warna putih”).

Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan itu”).

Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika

predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (4a’) dan

(4b’) yang dijana tidak gramatis. 

(4) a. Bangunan itu sangat cantik.

a’. *Itu sangat cantik.

b. Bangunan itu di Kuala Lumpur.

b’. *Itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan itu” menyebabkan ayat yang

dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (4a) dan

FSN ”di Kuala Lumpur” (4b).

Wan Noryatini bt. Mahmood 18

Page 19: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan yang

tinggi itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran

KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat

(5a’) dan (5b’) yang dijana tidak gramatis. 

(5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik.

a’. *Yang tinggi itu sangat cantik.

b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur.

b’. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan yang tinggi itu” menyebabkan

ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik

(5a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (5b).

Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut:

(3) a’. Hobi membaca meluaskan pengetahuan.

b’. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.

c’. Bangunan itu menara Kuala Lumpur.

d’. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

 

8.ANALISIS

Berdasarkan teks yang dipilih, iaitu “Bahasa Emosi dalam Kehidupan ” terdapat banyak

ayat majmuk di dalamnya. Dapatan daripada analisis yang terdapat dalam Lampiran I

menunjukkan keseluruhan ayat yang terdapat di dalam teks merupakan ayat majmuk

iaitu 100.00% berbanding dengan ayat tunggal iaitu (00.00%) . Manakala Ayat Majmuk

Campuran lebih banyak berbanding Ayat Majmuk Gabungan dan Ayat Majmuk

Pancangan.

Dan Ayat Majmuk Pancangan Komplemen merupakan ayat yang paling sedikit.

Berikut adalah beberapa contoh ayat majmuk yang terdapat dalam petikan :

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan merupakan dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi

satu ayat dengan menggunakan kata hubung dan , atau, tetapi, serta dan lain-lain lagi.

Wan Noryatini bt. Mahmood 19

Page 20: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Pertuturan bahasa dan kata-kata melibatkan emosi, seperti rasa cinta, kasih, sedih,

gembira dan takut. (perenggan 1:3)

Kata-kata dan bahasa banyak dipengaruhi oleh emosi. (perenggan ke2:3)

Emosi merujuk perasaan atau reaksi afektif. (perenggan 6:2)

Emosi merupakan kombinasi faktor persekitaran dan baka yang kompleks. (perenggan

ke 9: 1)

Setiap individu memerlukan hubungan persahabatan, jagaan, kemesraan dan kasih

sayang.(perenggan 18:5)

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang

dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga bentuk

ayat majmuk pancangan.

a. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat relatif biasanya dikenal dengan penggunaan perkataan ‘yang’ yang

memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.

Seorang dewasa yang marah akan mengeluarkan kata-kata emosi dengan penuh

kemarahan. (perenggan 2:9)

Perasaan yang menyeronokkan bagi seseorang itu mungkin menimbulkan kebosanan

bagi orang lain. (perenggan 8:5)

Bagi Charles Kingsley, perasaan bagaikan bahan kimia yang semakin dianalisis

semakin busuk baunya. (perenggan 13:8)

Bahasa yang digunakan mestilah dalam bentuk “menjaga keseimbangan emosi”.

(perenggan 18:8)

Mengawal bahasa yang lahir dari hati juga menjadi kewajipan bagi umat Islam.

(perenggan 21:12)

b. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat komplemen ialah sebahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi

sebagai ulasan yang melengkapkan ayat tersebut. Kata hubung komplemen seperti

‘bahawa’ ‘untuk’ dan ‘demi’ digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.

Wan Noryatini bt. Mahmood 20

Page 21: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Pendeta Za’aba dalam Ilmu Mengarang Melayu (2002:214) menjelaskan bahawa

bahasa emosi ialah bahasa merajuk.(perenggan 5:1)

Hadis ini menunjukkan bahawa ketika berbicara seseorang itu mestilah dikawal oleh

akalnya. (perenggan 22:1)

Peribahasa melayu ada mengatakan bahawa”ikut hati mati, ikut rasa binasa”.

(perenggan 12:10)

c. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat

kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh kata

hubung yang digunakan ialah ‘ketika’, ‘semoga’ ‘kerana’, ‘semasa’, ‘dengan’ dan

‘sungguhpun’.

Bahasa diluahkan melalui kata-kata dengan penuh perasaan. (perenggan 1:1)

Seorang anak kecil akan menangis dengan penuh emosi. (perenggan 2:5)

Begitulah juga andai seorang dewasa itu tidak dapat mengawal emosinya, dia akan

berkata-kata mengikut perasaan hati. (perenggan 3:1)

Bercakap tanpa berfikir menyebabkan mudahnya seseorang itu dipengaruhi oleh

emosi. (perenggan 15:7)

Kecerdasan emosi dapat dilihat apabila seseorang itu berkata-kata dengan penuh

bijaksana. (perenggan 18:1)

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,

iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan

berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat demikian biasanya panjang seperti dalam

contoh-contoh berikut:

Kajian berkaitan dengan bahasa menjelaskan bahawa emosi mempengaruhi hati dan

menyebabkan kata-kata yang dikeluarkan penuh dengan emosi. (perenggan 4:1)

Perbezaan ini disebabkan oleh emosi yang dianggap sebagai tindakan terhadap

sesuatu perkara yang relevan kepada keperluan, matlamat dan yang penting, untuk

dirinya.(perenggan 9:14)

Wan Noryatini bt. Mahmood 21

Page 22: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Oleh yang demikian, akal ialah kekuatan daya fikir yang berupaya mengawal apa-apa

juga bahasa dan perkataan yang lahir dari hati yang dipengaruhi oleh manusia.

(perenggan ke 12:1)

Sikap dalam aktiviti berfikir menurut tokoh Islam Taha Jabir Al-‘Awani, mengingatkan

kita bahawa usaha berfikir merupakan suatu usaha atau amalan yang sangat berkaitan

dengan pelakunya. (perenggan 15:1)

Psikologi pembangunan manusia mendapati bahawa melalui didikan, ilmu yang tinggi

dan iman yang mantap, seseorang itu akan dapat mengawal emosinya dengan fikiran

yang seimbang. (perenggan 17:6)

9.PENUTUP

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kita telah memperolehi beberapa maklumat

yang penting berkaitan teks yang dikaji iaitu untuk menganalisis dan membuat

perbandingan terhadap jenis ayat yang terdapat dalam teks. Didapati ayat tunggal

tidak wujud dalam teks yang dikaji sebaliknya semua ayat yang terdapat dalam teks

ialah ayat majmuk. Ayat majmuk tersebut terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk

gabungan, ayat pancangan, dan ayat majmuk campuran. Dari segi bilangan, ayat

majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran menunjukkan bilangan yang sama,

manakala ayat majmuk campuran kurang berbanding yang lain. Pada masa akan

datang, kajian lanjutan boleh dibuat sama ada dengan menambahkan teks yang sama

genre atau genre yang lain, atau cakupan yang lebih luas seperti dengan mengambil

kira jenis ayat yang berdasarkan intonasi. Contohnya, ayat tunggal yang berintonasi

ayat penyata, tanya, perintah, atau seruan. Begitu juga dengan ayat majmuk, boleh

dilihat dari sudut intonasinya. Selain itu, kajian juga boleh dibuat merujuk kepada

penulisan berbentuk sastera seperti puisi, sajak, gurindam dan sebagainya. Dapatlah

dirumuskan bahawa ayat majmuk bermaksud gabungan dua ayat tunggal atau lebih

mengikut cara tertentu sehingga menerbitkan ayat yang baharu.

Refleksi

Bibliografi

Buku

Wan Noryatini bt. Mahmood 22

Page 23: Pengenalansintaksis

Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan

Ton Ibrahim, (2012) ,Tatabahasa Asas. Rawang : Persatuan Pendidikan

Bahasa Melayu Malaysia.

Aminudin Mansor,(2013), Dewan Bahasa Jun 2013 ,Hulu kelang, Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2005) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, (2010).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Shahidah Hashim, (2012). Bahasa Melayu Teks STPM. Kuala

Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Raminah Haji Sabran et.Al (1985) Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan,

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet

http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-pancangan-keterangan

tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm

www.tutor.com.my/.../ayat_majmuk.../ayat_majmuk

www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_pancangan/ayat_majmuk_pancangan.htm

Wan Noryatini bt. Mahmood 23