Pengertian Tauhid

5
PENGERTIAN TAUHID (RINGKASAN) Beriman kepada Allah adalah asas segala Akidah *sila rujuk terjemahan untuk ayat-ayat yang dikemukakan Al-Baqarah : 177, 285 An-Nisa’ : 136 Beriman kepada Allah adalah perkara asas, setiap rukun iman yang lain mengikut dan bersandar kepadanya. Tidak akan terlintas iman kepada rasul jika tidak beriman kepada Pengutus rasul. Juga tidak beriman kepada balasan dan perhitungan kecuali setelah beriman kepada Pemberi Balasan & Perhitungan. Beriman kepada Allah merangkumi - wujudnya Allah - beriman kepada keEsaan-Nya dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah (al-Baqarah : 163) -beriman kepada asma ul-husna yang melahirkan sifat-sifat kesempurnaan Tauhid Yang Dituntut 1. Tauhid dari sudut iktikad ilmi (kepercayaan) – rububiyyah 2. Tauhid dari sudut suluki (tingkah laku) – uluhiyyah Tauhid Rububiyyah Iaitu iktikad adanya Tuhan langit dan bumi. Dia pencipta keduanya dan apa-apa yang ada padanya. Pemilik segala urusan buat alam seluruhnya, tiada sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak dipersoalkan pemerintahan-Nya. Hanya Dia sahaja Tuhan bagi setiap sesuatu, Pemberi Rezeki kepada setiap yang hidup, Pentadbir setiap perkara. Hanya Dia sahaja yang boleh merendahkan atau meninggikan, mengurniakan atau sebaliknya, pemberi mudarat dan manfaat. Dia berkuasa memuliakan dan menghinakan. Tiada yang mampu memberi mudarat atau manfaat samada kepada diri sendiri atau orang lain kecuali dengan izin Allah dan kehendak-Nya. Al-Ankabut : 61, 63

description

Islam

Transcript of Pengertian Tauhid

PENGERTIAN TAUHID (RINGKASAN)

PENGERTIAN TAUHID (RINGKASAN)

Beriman kepada Allah adalah asas segala Akidah

*sila rujuk terjemahan untuk ayat-ayat yang dikemukakan

Al-Baqarah : 177, 285

An-Nisa : 136

Beriman kepada Allah adalah perkara asas, setiap rukun iman yang lain mengikut dan bersandar kepadanya. Tidak akan terlintas iman kepada rasul jika tidak beriman kepada Pengutus rasul. Juga tidak beriman kepada balasan dan perhitungan kecuali setelah beriman kepada Pemberi Balasan & Perhitungan.

Beriman kepada Allah merangkumi

- wujudnya Allah

- beriman kepada keEsaan-Nya dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah (al-Baqarah : 163)

-beriman kepada asma ul-husna yang melahirkan sifat-sifat kesempurnaan

Tauhid Yang Dituntut

1. Tauhid dari sudut iktikad ilmi (kepercayaan) rububiyyah

2. Tauhid dari sudut suluki (tingkah laku) uluhiyyah

Tauhid Rububiyyah

Iaitu iktikad adanya Tuhan langit dan bumi. Dia pencipta keduanya dan apa-apa yang ada padanya. Pemilik segala urusan buat alam seluruhnya, tiada sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak dipersoalkan pemerintahan-Nya. Hanya Dia sahaja Tuhan bagi setiap sesuatu, Pemberi Rezeki kepada setiap yang hidup, Pentadbir setiap perkara. Hanya Dia sahaja yang boleh merendahkan atau meninggikan, mengurniakan atau sebaliknya, pemberi mudarat dan manfaat. Dia berkuasa memuliakan dan menghinakan. Tiada yang mampu memberi mudarat atau manfaat samada kepada diri sendiri atau orang lain kecuali dengan izin Allah dan kehendak-Nya.Al-Ankabut : 61, 63

Al-Mukminun : 84-89

Tauhid rububiyyah harus diikuti oleh tauhid uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah

MengEsakan Allah dalam ibadah, taat sepenuhnya, tunduk kepada-Nya, tidak menyembah kecuali Dia, tidak syirik kepada-Nya dengan sesuatu, baik di langit atau di bumi. Uluhiyyah harus dihimpun bersama rububiyyah.

Ibadah tunduk yang sempurna yang bergabung dengan cinta yang sempurna

Bentuk dan Jenis Ibadah

1. Doa penumpuan kepada Allah dengan memohon agar dikurniakan manfaat atau sebaliknya. Doa ialah otak ibadah.

2. Mendirikan syiar-syiar Islam seperti solat, puasa, zakat, haji, sembelihan, nazar dsbgnya.

3. Tunduk dan patuh kepada ajaran agama, menurut hukum yang ditetapkan Allah, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram, menentukan hudud, menyusun hal ehwal kehidupan.

Al-Hajj : 62

Pentingnya Tauhid Uluhiyyah

Lailahaillallah ialah tema tauhid. Al Ilah menurut Ibn Taimiyah: yang ditaati oleh hati dengan cinta, tunduk dan merendah diri kepada-Nya, takut dan mengharap serta kembali kepada-Nya di saat susah, bermohon kepada-Nya dalam pelbagai kepentingan, tawakal kepada-Nya dalam pelbagai masalah, berlindung dan bertenang hati mengingati-Nya, rasa penuh kedamaian dalam mencintai-Nya. Kesemua ini tidak lain kecuali kepada Allah sahaja.

Tauhid Penekanan Utama Rasul

1. Menyeru supaya mengabdi hanya kepada Allah Yang Esa

2. Menyeru supaya menjauhi taghut

An-Nahl : 36

Al-anbiya : 25

Al-Araaf : 59

Hud : 25-26

Al-Maidah : 72

Tauhid ini juga adalah syiar Islam yang dilaungkan dalam azan dan iqamah, dibisikkan ke telinga bayi, agar kalimah tauhid menjadi kalimah pertama yang didengarnya.

Tauhid adalah Hak Allah atas hamba-Nya

An-Nisa : 36

Al-Anam : 157

Al-Isra : 22-23

Adz-Dzariyat : 56-57

Tauhid juga tanggungjawab umat Islam kepada seluruh umat

Ali-Imran : 64

Dengan Apakah Tauhid Ini Tercapai?

1. Keikhlasan ubudiyah kepada Allah

-jangan mengambil selain Allah sebagai Tuhan, mengagungkannya seperti mengagungkan Allah

Al-Anam : 164 | ali-Imran : 64

-jangan mengambil selain Allah sebagai penolong dan mencintainya seperti mencintai Allah

Al-Anam : 14 | al-Baqarah : 165-167 | asy-Syura : 9

*Bukan bermaksud tidak boleh meminta tolong sesama manusia, tetapi biar pengharapan hanya kepada Allah

At-Taubah : 17

-jangan mencari hakim selain Allah, memberi ketaatan kepadanya seperti memberi ketaatan kepada AllahAl-Anam : 114 | al-Mulk : 14 | Yusuf : 40 | an-Nisa : 60-61

2. mengkufurkan setiap taghut

-membersih dan menjauhi dari orang yang menyembahnya atau yang turut memberi kerjasama kepadanya.

-memberi hak uluhiyyah kepada-Nya baik dari segi kebesaran-Nya, kecintaan-Nya dan ketaatan

Az-zukhruf : 26-27 | al-Mumtahanah : 4

-tedapat ayat-ayat yang menyuruh mengkufurkan taghut terlebih dahulu kemudian beriman kepada Allah

Al-Baqarah : 256 | an-Nahl : 36

-taghut menurut Ibn Qaiyim: setiap apa yang dilakukan oleh seseorang dengan melampaui batasnya, sama ada sesuatu yang disembah, ditaati atau diikuti.

3. memelihara dari apa-apa jenis dan tingkatan syirik dan menutup pintu yang terdedah kepadanya.

-iaitu menjadikan sekutu bagi Allah dengan sesuatu yang hanya berhak kepada AllahAl-Kahfi : 110 | an-Nisa : 116 | al-Maidah : 72

Beberapa Jenis Syirik

1. Berdoa dan meminta tolong kepada orang mati.

Terjadinya ini kerana: -tidak mengiktiraf doa sebagai ibadah-kerana mereka mengatakan mereka tidak mengiktikadkan orang mati sebagai tuhan tapi sebagai perantara dengan Allah

Az-Zumar : 3

Ini adalah kejahilan terhadap Allah, menganggap Allah seperti raja yang zalim yang tidak boleh menemuinya kecuali dengan orang-orang perantara

Al-Baqarah : 186 | al-Mukminun : 60 | Qaf : 16

2. mengambil selain Allah sebagai penggubal undang-undang

at-Taubah : 31

Nabi s.a.w. menafsirkan ayat tersebut kepada Adi bin Hatim Attoie:

Ya! Sesungguhnya golongan tersebut menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal lalu mereka mengikutinya, ini bererti peribadatan (pengabdian) mereka terhadap golongan tersebut.

(riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

As-Syura : 21

3. bersumpah dengan nama lain selain Allah

4. bernazar selain Allah

5. menyembelih bukan kerana Allah

6. sangka buruk, merasa sial dengan sebab mendengar suara atau melihat suatu atau yang seumpamanya

Rujukan:

Pengertian Tauhid, Dr. Yusuf al-Qardhawi