PengertianTasauf

download PengertianTasauf

of 7

Transcript of PengertianTasauf

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    1/7

    TASAUF DAN MATLAMATNYAHubungan Ketinggian Hal-ahwalnya denganSyariat

    --------------------------------------------------------------------------------

    Pada pandangan tuan, apakah sebenarnya tasauf? Adakah wahdatul wujud itu tasauf?

    Apakah matlamat (ultimate goal) belajar tasauf? Ramai yang saya jumpa mereka-mereka yang belajar tasauf itu meringan-ringankan syariaat. Sepatutnya, semakin tinggi ilmu tasauf semakin kuat syariaatnya. Sebagaimana kata-kata Imam Ghazaliand Syeikh Ahmad Sirhindi, tak mungkin menemui hakikat bathin jika tidak melalui hakikat zahir. Apa pendapat tuan?

    --------------------------------------------------------------------------------

    Demikianlah catatan seorang netters yang menghubungi Suluk. Sebenarnya suluk sendiripun bukan seorang ahli yang boleh memberikan pandangan yang boleh memuaskan hati saudara yang bertanya, kerana ternyata ilmu dan pengalaman dalam bidangkeruhanian ini amat sedikit sekali. Namun setelah melihat kepada dua "statement

    " yang menarik di atas, saya rasa persoalan ini perlu diketengahkan dan dikongsikan dengan saudara-saudara yang lain. Ini adalah kerana perkara ini adalah berkaitan dengan "kekeliruan" yang mungkin boleh menatijahkan fitnah-fiTnah yang tidak sepatutnya dilontarkan kepada kesucian Ilmu Tasauf atau mungkin menjadi barah dalam memahami erti sebenar Tasauf.Kali ini dengan Taufiq Allah saya akan cuba memberi pandangan saya kepada persoalan "Ramai yang saya jumpa mereka-mereka yang belajar tasauf itu meringan-ringankan syariaat. Sepatutnya, semakin tinggi ilmu tasauf semakin kuat syariaatnya".Persoalan mengenai "Adakah wahdatul wujud itu tasauf?" terpaksa dibincangkandalam bicara yang berasingan. Insya Allah.

    Untuk itu terlebih dahulu terpaksalah saya kutip dan himpunkan untuk dijadikansandaran dari kata-kata dari Aulia Allah, Ulama-ulama dan Tokoh-tokoh sufi meng

    enai persoalan yang berselerak dalam Kitab-kitab Pengajian dan bahan-bahan rujukan yang ada. Dan saya amat mengharapkan limpah kurnia petunjuk dari Allah Taalaagar membimbing perbincangan ini kepada sesuatu yang boleh membawa barakah danmanfaat kepada saudara-saudara yang membacanya. "La haula wala Quwwatailla billah".

    Apakah sebenarnya tasauf?

    Menurut catatan Al-'alim Al-'Alamah A-Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Mustafa Al-Fathoni (Guru kepada Wali Allah Yang Tersohor Tok Kenali);

    Kata "Tasauf" timbulnya dari banyak pengertian, akan tetapi dipersingkatkan dar

    i dua istilah sahaja iaitu "Pengertian pada lughah" dan "Pengertian pada istilahahli hakikat".

    1. Makna pada lughoh ialah;

    Memakai shauf ertinya bulu(bulu baju). Bahawa adalah sebahagian besar pengikut-pengikutnya pada zaman dahulu memakai baju yang dibuat daripada bulu-bulu. Kelakuan mereka dengan pakaian demikian itu menyalahi adat kebanyakan manusia yang selalu dengan pakaian yang serba indah. Pengikut tasauf tidak gemar dengan pakaian yang indah-indah.

    2. Makna pada istilah ahli hakikat ialah;

    Berakhlak dengan segala kelakuan "At-Thoifah Al-Sufiyah" bertawasul dengan segala sifat mereka, bertalian dengan rantai yang bersambung kepada mereka. BerkataImam Sufi Al-Sheikh Junaid Al-Bagdadi;

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    2/7

    "Dimatikan(fana) kamu oleh Al-Haq daripada engkau dan dihidupkan kamu dengan Dia"

    Tasauf juga diertikan; "Berhenti dengan sekelian adab yang dibangsakan kepada Syarak yang zhohir dan yang batin".

    Bererti juga; "Kesempurnaan manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan".

    Bererti juga; "Menyerahkan diri semata-mata kepada Allah atas sekelian kehendakdan cita-cita".

    Sebahagian orang berpendapat; "Berpegang dengan kefakiran dan Iftikor(berhajatkepada Allah). Tahqiq dengan pemberian dan Aisar (pengutamaan akan orang lain),meninggalkan tentangan qada dan qadar dan ikhtiar".

    Demikianlah pengertiaan Tasauf yang dibuat oleh Guru Tok Kenali.

    Basyir Al-Haris salah seorang Ahli sufi dalam memberi erti Tasauf, ia berkata;

    "Orang sufi ialah yang telah bersih hatinya semata-mata untuk Allah".

    Abu Muhammad Al-Jurairi berkata, Tasauf ialah masuk ke dalam budi menurut contoh yang ditinggalkan oleh Nabi dan keluar daripada budi yang rendah".

    Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari berkata; "Tasauf ialah ilmu yang menerangkan hal-hal tentang cara mensuci-bersihkan jiwa, tentang cara memperbaiki akhlak dantentang cara pembinaan kesejahteraan lahir dan batin untuk mencapai kebahgiaanyang abadi".

    Kata guru Tok Kenali(Sheikh Ahmad Al-Fathoni), semua defenisi yang berbagai corak itu ragam yang lebih tepat di sisi penghulu kita Al-Sufiah dapat difahamkan daripada dua bait puisi ini;

    "Bersalah-salahan manusia pada tempat pecahan sufi dan telah berlain-lainan pendapat mereka itu kepadanya; Mereka menyangka berasal daripada kata Saufa; Tiadalah aku memberi nama ini iaitu sufi itu akan yang lain daripada seorang pemudayang bersih dan berpakaian Sauf sehingga dia dinamakan seorang sufi.

    Asal kata sufi itu diambil dari kata "Sofa" yang dapat diertikan dengan bersih,jernih, dinamakan "SALIK" iaitu yang berjalan kepada Allah dengan cara-cara Sufi itu kerana bersih hatinya, suci batinnya dan bersih juga zhohirnya daripadalain daripada Allah. Perlu juga diperjelaskan nama-nama lain bagi Ilmu Tasauf ini. Berlain-lainan nama yang diberikan kerana berdasarkan perbezaannya pada hantarannya dan pendekatan yang digunakan, namun maksud dan arah tujuannya tetap satu jua. Antaranya ialah

    1. Ilmu Batin2. Ilmu Qalbi - Ilmu Hati3. Ilmu Laduni - Ilmu di sisi Allah4. Ilmu Mukasyafah - Ilmu Pembukaan5. Ilmu Asror - Ilmu Sekelian Rahsia6. Ilmu Maknun - Ilmu yang disembunyikan7. Ilmu Hakikat8. Ilmu Tahqiq9. Ilmu Makrifat10. Ilmu Diri11. dan lain-lain lagi.

    Tersebut dalam kitab "Jawahirul Feqah" bahawa Ilmu Qalbi itu adalah zauqi ertinya dibangsakan kepada perasaan semata-mata. Juga adalah dari Wujdan; ertinya di

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    3/7

    bangsakan kepada pendapat yang tidak dapat digigit, tak dapat dikomentrikan segala lidah kelam tak dapat ditulis oleh mata qalam, tak dapat meliputi oleh daftar dan waham. Status pada pengetahuan yang zhohir itu seumpama buah dengan pohon. Kemulian tetap bagi pohon kerana dia mendapat nama - tetapi pohon tidak bermanfaat jika tidak berbuah. Saya (Sheikh Ahmad Al-Fathoni) berpendapat;"Buah tidak diperdapat jika pohon hidup tidak subur".

    Kenyataan ini tidak berlawanan dengan penemuan kritis Imam Ghazali dalam memperkatakan tentang kedudukan Ilmu Tasauf ini jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yanglain iaitu;

    "Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang dalamnya terdapat seluruh Hal Ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khasdengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu". Ilmu mereka terdiri dari

    Hal,

    Waktu,Samaa',Wujdan,Sheikh,Sakr,Sohwu,Isbat,Mahwu,Fakir,Fana,Wilayah,Irodah,Murid

    dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan makam-makam.Yang dimaksudkan dengan terhimpun dari dua ilmu ialah gabungan antara "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal"(Ilmu Syariat) dengan Ilmu Yang Hasil dari Amalan. Dalamkitab-kitab tua kebanyakan pengarang lebih suka menggunakan istilah Wirid bagi menunjukkan amalan praktik Ilmu Syariat ini dan istilah Warid bagi menunjukkan Ilmu Yang Hasil dari Amalan Syariat.Kita lihat pula satu catatan yang amat bermakna dari Imam Ghazali pada kitabnyaAl-Munqidz-Minadhdholal(pembebasan dari kesesatan) yang boleh menjernihkan maknadan pengertian Tasauf ini sebagaimana berikut;

    "Perhatianku berpusat kepada jalan Sufiah. Nyata sekali jalan ini takkan dapatditempuh melainkan dengan Ilmu dan 'Amal. Pokoknya harus menempuh tanjakan-tanjakan batin dan membersihkan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan bathin dan kemudian mengisinya dengan zikir kepada Allah Taala. Bagiku ilmu lebih mudah daripada 'amal. Maka segeralah aku memulai dengan mempelajari ilmu mereka, membaca kitab-kitab mereka, di antaranya Kitab Qutul Qulub karangan abu Thalib Al-Makki dan kitab-kitab karangan Al Harsi Al Muhasibi serta ucapan-ucapan Al-Junaid,Asy-Syibli, Abu Yazid al-Bustomin dan lain-lain. Dengan itu dapatlah aku memahami tujuan mereka. Penjelasan lebih jauh aku dengar sendiri dari mulut mereka.Yang lebih dalam lagi hanya dicapai dengan Dzauk(rasa pengalaman bathin), pen

    galaman dan perkembangan bathin. Jauh nian perbezaan antara mengetahui erti sehat atau kenyang dengan mengalami sendiri rasa sehat dan kenyang itu. Mengalamimabuk lebih jelas daripada hanya mendengar keterangan tentang ertinya, padahalyang mengalami mungkin belum mendengar sesuatu keterangan tentang demikian itu.

    Tabib yang sedang sakit, tahu banyak tentang sehat, tetapi ia sendiri sedangtidak sehat. Tahu erti dan syarat-syarat zuhud tidaklah sama dengan bersifat zuhud. Yang penting bagi mereka adalah pengalaman bukan perkataan. Apa yang dapa

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    4/7

    t dicapai dengan ilmu telah kucapai. Selanjutnya harus dengan Dzauk dan "suluk"(menempuh perjalanan batin).

    Rumusan dan kefahaman yang boleh dibuat daripada definisi dan maksud-maksud di atas, Ilmu Tasauf ialah sesuatu Ilmu yang didasarkan kepada mengamalkan dengan Ilmu yang diketahui. Bukan semata-mata tahu teori dan bercakap dan menggunakan istilah-istilahnya, tetapi dengan beramal dan ianya mencakupi dalam mana-mana h

    al-ahwal mengikut kesucian jiwa dan ketinggian peribadi dan berperangai dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana isyarat berikut;

    Seorang Arifbillah berkata; At-Tasauf, iaitu berhenti serta adab syariat yang zhohir dan batin. Maka ia melihat akan hukumnya daripada zhohirnya di dalam batinnya. Yang batinnya pada zhohirnya. Maka shahih daripada dua hukum itu, sempurna dengan tiada sempurna kemudian daripadanya. Atau dikata "Jernih zhohir" daripada dosa dan "jernih batin" daripada agyar".

    Sekali-kali tidak berpisah dari hukum takhlif yang lima malah ia adalah pokok utama kepada Ilmu Tasauf. Bagaimana pula hukum takhlif(syariat) ini boleh diremeh-remehkan oleh seorang Sufi sebenar?.

    --------------------------------------------------------------------------------

    Apakah matlamat (ultimate goal) belajar tasauf?Tujuan pokok Ilmu Tasauf ialah untuk sampai kepada Allah, untuk mencapai makrifat dengan ertikata yang sebenarnya, terbuka hijab antara hamba dengan Dia(Allah).

    Telah berkata ahli-ahli sufi: "Permulaan tasauf adalah ilmu pengetahuan, pertengahan ialah Istiqamah dengan amal ibadat, akhirnya ialah Mahabbah adalah anugerah atau pemberian Allah".

    Maka ilmu pengetahuan itu membukakan kehendakAmal ibadat itu menolong apa yang dimaksudkanPemberian itu menyampaikan kepada apa yang dicita-cita.Di samping itu banyak sekali tujuan-tujuan yang hendak diperoleh antara lain iaitu :1. Dengan mengamalkan Tasauf bererti mengadakan latihan jiwa (Riadhah) dan berjuangmelawan hawa nafsu (Mujahadah), membersihkan diri dari sifat-sifat tercela dan diisi dengansifat-sifat terpuji dengan melalui perbaikan budi pekerti dalam berbagai seginya.sepertimana pakaian budi-pekerti Ambiya, Mursalin, Aulia Allah dan Sholihin.

    2. Selalu dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah Zat Yang Maha Besar dan MahaKuasa atassegalanya dengan melalui jalan mengamalkan wirid dan zikir disertai tafakkur yang secara terusmenerus dikerjakan.

    3. Dari sini timbul perasaan takut kepada Allah sehingga timbul pula dalam diriseseorang itu suatuusaha untuk menghindarkan diri dari segala macam pengaruh duniawi yang dapat menyebabkan lupakepada Allah.

    4. Jika hal itu semua dapat dilakukan dengan penuh ikhlas dan ketaatan kepada Allah, maka tidakmustahil akan dapat dicapai suatu tingkat alam Ma'rifat, sehingga dapat pula dik

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    5/7

    etahui segala rahsia dibalik tabir cahaya Allah dan Rasul-Nya secara terang-benderang.

    5. Akhirnya dapat diperoleh apa yang sebenarnya menjadi tujuan hidup ini.

    Demikian antara lain beberapa tujuan yang akan diperoleh bagi setiap orang yangmengamalkan

    Tasauf. Untuk Ilmu dan Menyempurnakan Amal Ibadat. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariat Allah dan Rasul-Nya dengan melalui jalan atau sistem yang menghantarkan tercapainya tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendaki oleh syariat itu sendiri.

    Tegasnya jika saudara dapat menanggapinya akan sebenar-benar maksud dan tujuan Tasauf ini saudara akan menyedari bahawa seorang yang merasa dirinya belajar IlmuTasauf perlu memiliki petunjuk-petunjuk seperti di atas sebagai pengesahan bahawa mereka belajar dan mengamalkan tasauf. Suka saya senaraikan ringkasan perkara-perkara yang boleh dijadikan petunjuk agar saudara-saudara tidak terkeliru.

    1. Seorang ahli tasauf yang tulen ialah seorang yang mengetahui dan memiliki I

    lmu Fekah dan Ilmu Tauhid yang mantap sehingga digelar "Fakeh Yang Sufiah" bukan"Sufiah Yang Fakeh"2. Sentiasa menjunjung dan memuliakan hukum syarak Allah3. Amalan mereka sentiasa meningkat dari masa ke semasa malah melebihi kebanyakan orang sesuai dengan peningkatan maqamnya..4. Memiliki ketinggian dan kehalusan budi-pekerti yang mulia mewarisi peribadiRasul, Nabi, Aulia Allah dan Sholihin.5. Mendasari kepada panduan al-Qur'an dan jalan Rasulullah SAW, para sahabat,Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.6. Ikhlas dalam membuat hubungan Allah dan dengan sesama makhluk7. Bersifat zuhud dengan dunia.8. Sedikit cakap tapi amal banyak.

    Jika demikian bagaimanakah boleh terjadi "Ramai yang saya jumpa mereka-mereka yang belajar tasauf itu meringan-ringankan syariaat".

    Macamana mereka belajar ni ? Kaedah mana yang dipakai? sehingga boleh meringan-ringan syariat sedangkan Tasauf ialah gabungan amalan ilmu tentang cara-cara beramal(ilmu syariat) dengan Ilmu yang hasil dari amalan(Warid). Tanpa amal makatiada syariat. Bila tiada syariat maka tidak ada tasauf, demikian juga semakinlemah atau kurangnya wirid, maka semakin berkuranglah darjah kekuatan Ilmu Tasauf.

    Dinisbahkan kaitannya dengan syariat, belajar ilmu tasauf ini adalah semata-mata untukmenghidupkan ruh syariat di samping memperhiasinya dengan perhiasan dan pakaianjiwa aulia allah dan para Rasul dan Nabi. Tapi jika diringan-ringankan syariat,

    tidak ada syariat, atau dibuang syariat atau ditinggalkan syariat;

    maka apakah yang hendak dihidupkan?apakah benda yang hendak dihiaskan?dan apakah benda yang hendak dipakaikan?.mana amalan yang hendak dihakikatkanTentang ini, seringkali saya ingatkan dalam tulisan-tulisan saya dengan isyarat-isyarat seorang Aulia Allah akan kepentingan syariat ini seperti berikut;"Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Thoriqat belum betul lagikedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya."

    Ini amat perlu diingat-ingatkan selalu!!! Jika sekiranya ini berlaku di kalangan mereka yang mengaku belajar tasauf tetapi dalam pada itu meringan-ringan syari

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    6/7

    at atau meninggalkan terus syariat, yakinilah bahawa sebenarnya mereka hanya mendakwa semata-mata, malah mereka adalah golongan bidaah yang amat bahaya dan boleh mencemarkan kesucian Ilmu Tasauf ini.

    Berkata Abu Qasim Al-Qusyari r.a;

    "Tiap-tiap syariat yang tiada dikuatkan dengan hakikat adalah dia tidak diterima

    . Tiap-tiap hakikat yang tak diikatkan dengan syariat tiadalah berhasil. Makasyariat itu mendirikan dengan barang yang disuruh, sedangkan hakikat memandangkan kepada barang yang diqada dan qadar sama ada yang tersembunyi dan yang nyata".

    Berkata Imam Ghazali;

    "Barangsiapa menyangka bahawa dia berserta Allah, sehingga menggugurkan daripadaanya kewajipan sembahyang, atau halal meminum arak, maka wajiblah dibunuhnya.Membunuh orang seumpama itu lebih baik daripada membunuh seratus kafir kerana

    adalah dhorurah dariapadanya itu lebih banyak".

    Ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa ia setuju dengan pandangan Al-Fudhil binIyadh tentang satu ayat al-Quran: "Agar Dia menguji siapakah di antara kamu sekalian yan

    g lebih amalnya." (Hud:7)

    Kemudian dia melanjutkan; ...dengan ikhlas dan benar: Murid-muridnya bertanya; "mengapa mesti ikhlas dan benar?" Al-Fudhil menjawab;"Karena Allah tidak akan menerima perbuatan benar tanpa didasari ikhlas LillahiTaala, pun sebaliknya Dia tidak meridhai amal yang kamu dasari hati ikhlas sedangitu adalah perbuatan salah, maka amalmu harus didampingi keduanya, ikhlas dan benar".

    Berkaitan dengan ini Asy-Syubli berpendapat tentang cinta kepada Allah:

    "Kamu durhaka kepada Allah, padahal kamu berharap cintanya. Hal itu jelas tidaklogik, bila cintamu itu tulus, pastilah kamu mentaatinya. Sesungguhnya orang yang bercinta itu patuh kepada yang dicintainya."

    Tersebut dalam Kitab Ilmu Tahqiq, Manhalus Shofi; Seorang Wali Allah yang tersohor, Abu Yazid Al-Bustomin, ketika mendengar munculnya seorang Wali di hujungsebuah kampung yang heboh diperkatakan oleh orang ramai. Beliau pun berhasratuntuk menemuinya lantas ke tempat tinggal Wali itu. Tapi setelah beliau melihat(sewaktu hampir sampai) orang yang dikatakan Wali itu meludahkan air liurnya kearah Kiblat, Abu Yazid terus berpaling dan beredar dari tempat itu sambil berkata, "Lelaki yang tiada percaya atas sunnah syariat maka bagaimana pula percayaatas Rahsia Wilayahnya".

    Jika dengan perkara makruh(meludah ke arah kiblat) pun diambil kira dalam menilaikan kesempurnaan atau betul salahnya, maka lebih-lebih lagilah jika ada yang mengerjakan perkara yang haram atau meninggalkan yang sunat. Semata-mata dusta dan jahil dalam agama. Dengan sebab itulah sebahagian dari takrif/maksud tasauf ialah "menghilangkan dakwa". Mendakwa diri seorang sufi atau beramal tasauf tetapi syariat-tunggang langgang. Ini manusia pembohong, pengkianat dan ahli bidaah yang mencemarkan kesucian ilmu orang-orang sholihin. Aulia Allah, para ambiyadan Mursalin. Dengan kerana adanya segelintir mereka inilah, berbagai-bagai fitnah dan tuduhan dilontarkan kepada Tasauf malah termasuklah kepada Aulia-auliaAllah. Kerena nila setitik rosak susu sebelanga.

    Junaid Al-Baghdadi, pada waktu menerangkan tujuan Shufi, mengatakan, "Kami ti

    dak mengambil Tasawwuf ini difikiran dan pendapat orang, tetapi kami ambil daridari menahan lapar dan kecintaan kepada dunia, meninggalkan kebiasaan kami sehari-hari mengikuti segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilara

  • 8/6/2019 PengertianTasauf

    7/7

    ng."

    Sebagai mentahqiqkan lagi kefahaman kita bahawa di dalam Ilmu Tasauf tidak ada sebarang kompromi dengan mereka yang mendakwa bahawa apabila sudah tinggi atau sampai ke puncaknya, maka tidak perlu bersusah dan berpenat-penat dengan amal yang banyak, sila ikuti sambungan bicara ini pada tajuk Tasauf Rasulullah, Para Sahabat dan Aulia-aulia Allah. Insya Allah akan terbukti bahawa mereka yang meri

    ngan-ringankan Syariat adalah golongan bidaah yang sesat, perosak kemurniaan Tasuaf, dan semata-mata " ditindih perasaan" atau mendakwa mereka ahli tasauf sedangkan mereka sebenarnya "Ahli Dakwa"

    Jika terserempak dengan mereka, berilah Peringatan kepada golongan ini dengan kata-kata yang dipesan oleh Wali Allah Abu Hassan al-Khorkhoni;

    "Menganggap diri sendiri sebagai seorang Sufi itu adalah satu anggapan besar, sekurang-kurangnya dia bukanlah sufi".

    Ikutilah sambungan bicara pada tajukTasauf Rasulullah, Para Sahabat dan Aulia-aulia Allah.

    Allahu A'lam

    8.35 am 03.01.2000 / 26 Ramadhan 1420

    Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu iniLAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH