PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ......

24
PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI LAPAN BUAH KANTIN SEKOLAH RENDAH DI BANDAR KUANTAN ZAMALIAH BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ......

Page 1: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI LAPAN

BUAH KANTIN SEKOLAH RENDAH DI BANDAR KUANTAN

ZAMALIAH BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi

pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI LAPAN BUAH KANTIN SEKOLAH RENDAH DI BANDAR KUANTAN.

2007/2008

ZAMALIAH BINTI ALIAS

( √ )

DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN1481 LRG SELAMAT 8, JLN TJG API, 25050 KUANTAN, PAHANG.

28 APRIL 2008 28 APRIL 2008

Page 3: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ……………….......................................................

Penyelia : DR. MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI LAPAN

BUAH KANTIN SEKOLAH RENDAH DI BANDAR KUANTAN

ZAMALIAH BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : ZAMALIAH BINTI ALIAS

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

iii

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhamad S.A.W.

Istimewa buat ayahanda dan bonda tercinta

Alias bin Mamat

Khatijah bt Jenal

Buat, abang dan adik-adik yang dikasihi,

Mohd Zamri, Zariati, Muhamad Zaiham, Mohd Zailan & Zuriana

Ucapan terima kasih yang tak terhingga atas dorongan, nasihat, semangat

dan doa kalian telah memberi kekuatan dan keyakinan pada diri ini untuk terus

berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Budi dan jasa kalian akan ku semat

di sanubari hingga akhir hayat. Ku doakan kesejahteraan dan kesihatan yang

berpanjangan buat kalian semua.

Khas buat teman-teman seperjuangan,

segala sumbangan dan pertolongan kalian tidak akan kulupakan. Semoga ia

mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara kita dan memperolehi kejayaan dan ilmu

yang diberkati daripada Allah yang maha esa..

Page 7: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Syukur Alhamdulillah Kehadrat Allah SAW, kerana dengan taufik dan hidayahNya dapat saya menyempurnakan penyelidikan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini, merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Anuar bin Abd. Rahman selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan perbincangan yang telah diberikan sepanjang masa saya menyiapkan penyelidikan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima Kasih diatas kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Darul Makmur, serta guru besar, pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam kajian ini di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan serta kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu dan memberi sokongan yang amat bernilai untuk menjayakan penyelidikan ini. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan ILLAHI.

Page 8: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap

pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin

sekolah rendah di lapan buah sekolah di bandar Kuantan. Seramai empat puluh

orang responden yang terdiri daripada pengendali kantin sekolah rendah dan lima

puluh tiga orang terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan sebagai ahli

jawatankuasa kantin sekolah dari lapan buah sekolah di sekitar bandar Kuantan.

Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil kajian rintis

menunjukkan nilai alpha bagi soal selidik untuk pengendali kantin sekolah ialah 0.84

dan untuk AJK Kantin sekolah pula ialah 0.85. Analisis data dibuat dengan

menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi,

peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t dan ANOVA

Sehala. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan

sanitasi makanan dikalangan pengendali kantin di lapan buah sekolah rendah adalah

tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AJK kantin lelaki dan

AJK perempuan sekolah rendah terhadap pengamalan sanitasi makanan di kalangan

pengendali kantin sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

pengetahuan sanitasi makanan berdasarkan pengalaman di kalangan pengendali

kantin di lapan buah sekolah rendah di bandar Kuantan. Berdasarkan dapatan kajian,

beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan

lagi tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali

kantin sekolah rendah.

Page 9: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the knowledge level and food

sanitation practice among eight schools’ canteen operators in Kuantan. Fourty

respondents from the primary school canteen operators and fifty three teachers who

are the school’s canteen committee members from eight primary schools at Kuantan

are involved. Two set questionnaire form are used as the research instruments. The

outcome of the pilot research showed that the alpha value for the items on canteen

operator was 0.84 and 0.85 on the canteen committee members. The data received

were analyzed by using the SPSS application version 14.0 to get the frequency value,

percentage, min, standard deviation and hypothesis testing through the t-test and

One-Way ANOVA. The outcome showed that the knowledge level and food

sanitation practice for the primary school canteen operators was high and there are no

significant differences between the male and female canteen committee members of

primary school towards food sanitation practice among the canteen operators. The

outcome also showed there were differences in knowing about food sanitation based

on their experience among the at eight primary school canteen operators. Based on

the research outcome, several suggestions were made to the person involved in

upgrading the knowledge level and food sanitation practice among the primary

school canteen operators.

Page 10: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Rasional Kajian 7

1.8 Kepentingan Kajian 7

1.9 Batasan Kajian 8

1.10 Definisi Istilah 9

1.10.1 Pengetahuan 9

1.10.2 Pengamalan 10

Page 11: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

viii

1.10.3 Sanitasi makanan 10

1.10.4 Penyediaan makanan 10

1.10.5 Penyajian makanan 10

1.10.6 Kebersihan 11

1.10.7 Pengendali makanan 11

1.11 Penutup 12

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kantin sekolah 14

2.2.1 Bangunan Kantin sekolah 15

2.2.2 Kemudahan-kemudahan Asas bagi Kantin 16

2.3 Sanitasi makanan 16

2.3.1 Kebersihan makanan 17

2.3.2 Kebersihan peralatan 18

2.3.3 Kebersihan tempat persekitaran menyedia dan

menghidang makanan 21

2.3.4 Kebersihan diri pengendali makanan 22

2.4 Penutup 25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Tatacara Kajian 32

3.7 Analisa Data 33

3.8 Penutup 34

Page 12: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

ix

4. ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 36

4.2.1 Analisis latarbelakang responden

pengendali kantin sekolah rendah 37

4.2.2 Analisis latarbelakang responden AJK kantin

sekolah rendah 39

4.3 Analisis berdasarkan persoalan kajian 41

4.3.1 Tahap pengetahuan sanitasi makanan yang

dimiliki oleh pengendali di kantin sekolah. 41

4.3.2 Apakah elemen pengetahuan pengetahuan

sanitasi makanan yang paling diketahui oleh

pengendali kantin sekolah rendah. 47

4.3.3 Tahap pengamalan sanitasi makanan pengendali

kantin sekolah rendah yang diamalkan dalam

penyediaan dan penyajian makanan. 48

4.3.4 Apakah elemen sanitasi makanan yang paling

tinggi diamalkan oleh pengendali kantin sekolah. 55

4.3.5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

guru AJK Kantin lelaki dan guru AJK Kantin

perempuan sekolah rendah terhadap pengamalan

sanitasi makanan dikalangan pengendali kantin

sekolah. 56

4.3.6 Tidak terdapat perbezaan pengetahuan sanitasi

makanan berdasarkan pengalaman di kalangan

pengendali kantin sekolah rendah. 57

4.4 Penutup 58

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan 59

5.3 Perbincangan 62

Page 13: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

x

5.3.1 Pengetahuan sanitasi makanan yang dimiliki

oleh pengendali makanan di kantin sekolah. 62

5.3.2 Pengamalan sanitasi makanan yang diamalkan oleh

Pengendali makanan di kantin sekolah 66

5.4 Cadangan 71

5.4.1 Cadangan Tindakan 71

5.4.2 Cadangan Lanjuan 72

5.5 Penutup 73

RUJUKAN 74

Lampiran A-G 78 - 112

Page 14: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nama sekolah rendah dan bilangan responden 27

3.2 Taburan item berdasarkan aspek persoalan kajian 29

3.3 Skala empat mata 29

3.4 Taburan item berdasarkan aspek persoalan kajian 30

3.5 Skala empat mata 31

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan min 33

4.1 Taburan responden yang menjawab soal selidik 36

4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 37

4.3 Taburan responden berdasarkan bangsa 37

4.4 Taburan responden berdasarkan kelulusan ikhtisas 38

4.5 Taburan responden berdasarkan pengalaman

sebagai pengendali makanan kantin sekolah 38

4.6 Taburan responden berdasarkan latihan atau kursus

yang pernah dihadiri 39

4.7 Taburan responden berdasarkan jantina 39

4.8 Taburan responden berdasarkan bangsa 40

4.9 Taburan responden berdasarkan pengalaman menjadi

AJK kantin sekolah rendah 40

4.10 Tahap pengetahuan sanitasi makanan yang dimiliki

oleh pengendali kantin di sekolah rendah 41

4.11 Tahap pengetahuan sanitasi makanan dari aspek

kebersihan makanan yang dimiliki oleh pengendali

di kantin sekolah rendah 43

Page 15: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

xii

4.12 Tahap pengetahuan sanitasi makanan dari aspek

kebersihan diri yang dimiliki oleh pengendali di kantin

sekolah. 44

4.13 Tahap pengetahuan sanitasi makanan dari aspek

kebersihan peralatan yang dimiliki oleh pengendali

di kantin sekolah. 45

4.14 Tahap pengetahuan sanitasi makanan dari aspek

kebersihan persekitaran yang dimiliki oleh pengendali

di kantin sekolah. 46

4.15 Elemen pengetahuan sanitasi makanan yang paling

diketahui oleh pengendali kantin sekolah rendah 47

4.16 Tahap pengamalan sanitasi makanan yang diamalkan

oleh pengendali kantin sekolah rendah dalam

penyediaan dan penyajian makanan. 48

4.17 Tahap pengamalan sanitasi dari aspek kebersihan

peralatan dalam penyediaan dan penyajian makanan. 50

4.18 Tahap pengamalan sanitasi dari aspek kebersihan

makanan dalam penyediaan dan penyajian makanan 51

4.19 Tahap pengamalan sanitasi makanan dari aspek kebersihan

persekitaran dalam penyediaan dan penyajian makanan. 53

4.20 Tahap pengamalan sanitasi makanan dari aspek kebersihan

diri pengendali dalam penyediaan dan penyajian makanan. 54

4.21 Elemen sanitasi makanan yang diamalkan oleh

pengendali kantin sekolah. 56

4.22 Analisis Ujian-t perbezaan persepsi tentang pengamalan

sanitasi makanan berdasarkan jantina di kalangan guru

AJK Kantin sekolah rendah. 57

4.23 Analisis ANOVA Sehala perbezaan pengetahuan

sanitasi makanan berdasarkan pengalaman di kalangan

pengendali kantin sekolah. 58

Page 16: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

xiii

SENARAI SINGKATAN

AJK - Ahli Jawatankuasa

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

HAS Hospital Sultan Aminah

Ho 1 Hipotesis 1

Ho 2 Hipotesis 2

JS - Jarang Sekali

K - Kerap

S - Setuju

SK - Sangat Kerap

SK Sekolah Kebangsaan

SS - Sangat Setuju

SPSS - Statiscal Packages For Social Sciences

SRJK Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

STS - Sangat Tidak Setuju

STP Sijil Tinggi Pelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pernah

HSC Higher Of School Certificate

MCE Malaysia Certificate Of Education

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

Page 17: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

xiv

SENARAI SIMBOL

f - Frekuensi

% - Peratus

& Dan

α Nilai Alpha

Page 18: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 78

B Surat Kebenaran EPRD 87

C Surat Kebenaran JPN Pahang 88

D Surat Kebenaran UTM 89

E Surat Pengesahan Soal Selidik 90

F Nilai Alpha Kajian Rintis 91

G Nilai Analisis Data 92

Page 19: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Makanan adalah keperluan asasi yang penting untuk menjamin kesihatan di

samping memberi tenaga kepada manusia untuk melakukan kerja, tumbesaran,

membiak dan melaksanakan segala proses kelangsungan hayat. Namun begitu

kadangkala makanan juga boleh membunuh. Ianya boleh berlaku apabila makanan

tercemar akibat daripada pengabaian penjagaan makanan yang sempurna. Terdapat

lima jenis bahaya yang boleh berpunca daripada makanan, iaitu bahaya disebabkan

kuman, kurang makan dan terlebih makan, persekitaran yang tercemar, racun atau

toksin semulajadi dalam makanan dan aditif makanan. Bahaya yang disebabkan

kuman merupakan peringkat bahaya paling atas di antara kelima-lima jenis bahaya

tersebut (Jamal, 1998). Pengambilan makanan yang seimbang dan terjamin

kebersihannya dapat menjamin kesempurnaan kesihatan individu.

Walaupun makanan sering dikaitkan dengan kehidupan manusia yang

sempurna dan ianya sebagai sumber yang penting namun tidak dinafikan juga

adakalanya makanan boleh menjadi penyebab yang mengakibatkan penyakit serta

membawa maut. Ini kerana pengambilan makanan yang tercemar disebabkan tiada

penjagaan dan pengawalan kebersihan yang sempurna.

Keracunan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan kecuaian dan

kurangnya pengetahuan dalam pengendalian makanan. Keracunan makanan bukan

sahaja berlaku di tempat-tempat awam, malah ianya juga sering berlaku di kalangan

Page 20: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

2

murid-murid sekolah yang membeli makanan di kantin sekolah. Keracunan makanan

dapat dielakkan sekiranya pengendali makanan dapat mengenalpasti punca terjadinya

pencemaran makanan dan mengambil langkah-langkah pencegahannya.

Pencemaran makanan boleh terjadi disebabkan pelbagai punca antaranya dari

bahan makanan, peralatan yang digunakan dan juga tempat penyediaan. Selain itu

penyedia makanan yang lebih dikenali sebagai tukang masak dan kaedah penyajian

makanan itu dilakukan juga boleh menjadi penyebab berlakunya pencemaran dan

keracunan makanan. Pencemaranan dapat dielakkan sekiranya amalan kebersihan

dan keselamatan menjadi asas utama yang diamalkan sepanjang penyediaan

sehinggalah kepada penyajian makanan.

Menurut Abd Rahman (2007), gejala-gejala keracunan makanan dapat

dikesan selepas beberapa jam pengambilan makanan dan ada di antaranya

mengambil masa beberapa hari. Antara gejala-gejala akibat mengambil makanan

tercemar ialah seperti loya dan muntah, sakit perut memulas, cirit-birit, lemah tidak

bermaya, demam, kejang otot, dehidrasi, tekanan darah rendah dan kencing manis.

Gejala ini berbeza daripada seseorang keseseorang. Bergantung kepada jenis racun

atau bakteria pada makanan yang dimakan, umur dan daya ketahanan badan

seseorang. Adakalanya keracunan makanan yang serius boleh membawa maut.

Oleh itu kerajaan telah menetapkan garis panduan kepada para peniaga yang

bertujuan untuk melindungi orang ramai atau pengguna daripada tindakan yang

membahayakan kesihatan dan penipuan di dalam penyediaan, jualan, penggunaan

makanan dan juga yang berkaitan dengannya. Ini terkandung di dalam Akta

Makanan 1983 ( Akta 281 ) dan Peraturan Makanan 1985.

Kantin di sekolah merupakan sumber utama di mana pelajar memperolehi

makanan pada sesi persekolahan. Dengan itu, secara langsung kantin-kantin sekolah

memikul tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis makanan dan kemudahan

untuk keperluan fizikal dan emosi pelajar. Oleh itu adalah sangat penting

perkhidmatan makanan yang disediakan oleh pengendali kantin di sekolah sentiasa

berada dalam keadaan yang baik terutamanya dari segi sanitasi makanan.

Page 21: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

3

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan

Malaysia (1989), kantin sekolah mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.

Tempat makan hendaklah dilengkapi dengan kemudahan mencuci. Makanan yang

disediakan mestilah daripada makanan yang mengandungi nilai nutrien dan hendak

disediakan dengan cara yang bersih. Menurut Norhayati (2000), permukaan kerja di

mana makanan disediakan perlu dijaga kebersihan dan menjadikan amalan

membersih sambil bekerja dijadikan rutin dalam proses penyediaan dan penyajian

makanan bagi mengelakkan pembiakan bakteria di kawasan kerja. Ini jelas

membuktikan selain kebersihan diri, peralatan dan makanan, tempat penyediaan

makanan (dapur) perlu dititikberatkan kebersihannya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam kepesatan dunia sekarang, manusia berlumba-lumba untuk mencapai

kemajuan. Ini menyebabkan tradisi menyedia dan memakan makanan di rumah telah

semakin berkurangan, mereka lebih gemar membeli makanan yang telah siap atau

membeli makanan segera. Ini juga adalah kesan dari kesuntukan masa dan waktu

luang yang terhad. Kesan peruntukan masa yang terhad mengakibatkan juga pelajar-

pelajar terpaksa membeli sarapan atau makan di kantin sekolah. Di ketika inilah

kantin-kantin sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan perkhidmatan

makanan yang baik dan terjamin kebersihannya.

Menurut Norhayati (2000), keracunan makanan seringkali belaku di kalangan

pelajar terutamanya yang tinggal di asrama. Berita-berita mengenai keracunan

makanan sering dimuatkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Antaranya ialah pada 6

Julai 2007 di Kulai, tiga lelaki dan tujuh orang murid perempuan berusia dua belas

tahun Sekolah Rendah Jenis (SRJK) Tamil Kangkar Pulai dikejarkan ke Hospital

Sultanah Aminah (HSA) selepas disyaki keracunan makanan Mary (2007). Murid

tersebut mengadu pening dan muntah selepas makan makanan di kantin sekolah pada

waktu rehat. Selain itu juga pada 27 Julai 2007 di Batu Niah seramai 23 murid

Sekolah Kebangsaan Tanah Liat dikejarkan ke hospital selepas megadu sakit perut

dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan yang disediakan di

Page 22: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

4

sekolah itu. Kesemua pelajar terbabit dilaporkan mengadu sakit perut selepas

dikatakan makan nasi, daging lembu masak kicap dan telur pada sesi kelas tambahan

di sekolah itu Sumi Maleng (2007). Manakala Jones dan Weimer (1997)

menyatakan bahawa di United Stated, 75% isi rumah pernah mengalami sakit perut

akibat memakan makanan yang telah rosak atau tidak selamat. Mereka mendapati

bahawa ianya berpunca dari pengetahuan dan amalan yang rendah tentang

pengendalian makanan secara bersih dan selamat.

Menurut Abd Rahman (2007), keracunan makanan tidak sepatutnya berlaku

kerana ia boleh dielakkan sekiranya proses penyediaan, penyimpanan makanan

mentah dan telah dimasak serta cara penyajian makanan dilakukan secara sempurna.

Namun demikian pengambilan makanan yang tidak bersih masih berlaku,

masyarakat perlu diberi pendedahan yang meluas tentang maklumat dan pengetahuan

yang semaksimum. Kaedah atau cara penyediaan makanan yang bersih bagi

menjamin kesihatan perlu dititikberatkan.

Dalam hal ini Aishah (1989) berpendapat kebersihan sewaktu penyediaan

makanan sangat perlu diamalkan kerana kebersihan merupakan kunci kepada

kesihatan dan kehidupan harmoni. Pengabaiannya boleh menyebabkan pembiakan

dan penyebaran bakteria.

Menurut Che Rajuna (2000), penjual dan pengusaha adalah antara elemen

yang terpenting dalam menentukan kadar kesihatan yang diamalkan akan dapat

menentukan tahap kebersihan dalam proses penyediaan, penyajian dan penjualan

makanan. Tanggungjawab pengusaha untuk mengamalkan amalan kebersihan dalam

menjalankan aktiviti mereka yang meliputi kebersihan diri, peralatan, penyediaan

makanan, penyajian, tempat jualan dan amalan tingkah laku adalah merupakan tugas

yang tidak sepatutnya dipandang mudah. Ini adalah disebabkan golongan pengusaha

dan pengendali makanan adalah orang yang bertanggungjawab di atas apa yang

disediakan kepada orang ramai.

Page 23: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

5

1.3 Penyataan masalah

Keracunan makanan yang seringkali berlaku adalah akibat kecuaian

pengendali makanan dan kurangnya pengetahuan dalam amalan sanitasi makanan

sewaktu menyedia dan menghidang makanan. Semua sekolah rendah telah diberi

pendedahan dan dibekalkan dengan buku garis panduan kantin sekolah. Oleh yang

demikian pengendali makanan bertanggungjawab memastikan bahawa semua proses

pengurusan makanan dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi

memastikan makanan yang disediakan dan disajikan selamat untuk dimakan. Ianya

penting memandangkan makanan yang dimakan oleh murid-murid haruslah

disediakan dengan pengetahuan dan amalan kebersihan yang baik bagi menjamin

mental dan fizikal murid untuk melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan

pengamalan sanitasi makanan pengendali kantin sekolah rendah di lapan buah kantin

di bandar Kuantan. Melalui kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan

maklumat yang berguna kepada pengendali makanan akan kepentingan

mengamalkan sanitasi makanan dalam proses penyediaan makanan bagi

mengelakkan daripada berlakunya keracuanan makanan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan amalan sanitasi

makanan oleh pengendali-pengendali makanan di kantin sekolah. Secara khusus

objektif kajian ialah untuk :

(i) Mengenal pasti tahap pengetahuan sanitasi makanan yang dimiliki

oleh pengendali kantin sekolah.

(ii) Mengenal pasti elemen pengetahuan sanitasi makanan yang paling

diketahui oleh pengendali kantin sekolah.

Page 24: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI · PDF fileKu doakan kesejahteraan dan kesihatan yang ... pengendali kantin sekolah dan guru-guru yang terlibat dalam ... 2.3.3 Kebersihan tempat

6

(iii) Mengenal pasti tahap pengamalan sanitasi makanan dalam

penyediaan dan penyajian makanan di kalangan pengendali di kantin

sekolah.

(iv) Mengenal pasti elemen sanitasi makanan yang paling tinggi

diamalkan oleh pengendali kantin sekolah.

(v) Melihat perbezaan persepsi guru AJK kantin sekolah tentang

pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah

berdasarkan jantina.

(vi) Melihat perbezaan pengetahuan tentang sanitasi makanan

berdasarkan pengalaman pengendali dalam penyediaan dan penyajian

makanan di kantin sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan masalah di atas persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini

adalah seperti berikut :

i) Apakah tahap pengetahuan sanitasi makanan yang dimiliki oleh

pengendali di kantin sekolah.

ii) Apakah elemen pengetahuan sanitasi makanan yang paling diketahui

oleh pengendali kantin sekolah.

iii) Apakah tahap pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali

kantin sekolah dalam penyediaan dan penyajian makanan.

iv) Apakah elemen sanitasi makanan yang paling tinggi diamalkan oleh

pengendali kantin sekolah.

v) Adakah terdapat perbezaan persepsi di kalangan guru AJK kantin

sekolah tentang pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali

kantin sekolah berdasarkan jantina.

vi) Adakah terdapat perbezaan pengetahuan tentang sanitasi makanan

berdasarkan pengalaman pengendali dalam penyediaan dan penyajian

makanan di kantin sekolah.