Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

7
Penggunaan Buku Teks dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Pengenalan Tumpuan kertas kerja ini membincangkan pandangan guru-guru pelatih terhadap kaedah penggunaan buku teks Bahasa Melayu yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara individu. Perbincangan secara umum difokuskan kepada maklum balas atau pandangan guru pelatih berkaitan dengan konsep umum buku teks iaitu aspek kandungan, aktiviti dan latihan, persembahan dan grafik buku teks berkenaan. Kajian ini juga membincangkan kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah serta jenis aktiviti yang digunakan untuk menarik minat murid memahami isi kandungan buku teks. Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu murid lemah dalam pembelajaran melalui penggunaan buku teks yang berkualiti. Pernyataan Masalah Buku teks merupakan sumber terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran yang berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku teks yang berkualiti akan menghasilkan informasi yang berkesan kepada murid-murid. Selaras dengan itu, dalam penghasilan buku teks yang berkualiti beberapa pandangan dan respon daripada guru-guru diperlukan bagi mengenal pasti keseluruhan isi kandungan buku teks mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pernyataan masalah dijelaskan secara ringkas dan terperinci. Justifikasi dan dasar pemikiran yang dijelaskan menyentuh beberapa pandangan yang jelas dari sudut kandungan buku teks itu sendiri, aktiviti dan latihan yang terdapat dalam buku teks, persembahan dan juga bahan grafik yang digunakan dalam buku teks tersebut. Pandangan dan respon daripada guru pelatih sangat diperlukan bagi membantu penghasilan buku teks yang berkualiti kerana idea-idea baru diperlukan dalam memupuk minat dalam kalangan pelajar terhadap penggunaan buku teks sebagai sumber rujukan utama semasa sesi pembelajaran dalam kelas.

description

contoh

Transcript of Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

Page 1: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

Penggunaan Buku Teks dalam Pengajaran & Pembelajaran di SekolahPengenalan

Tumpuan kertas kerja ini membincangkan pandangan guru-guru pelatih terhadap kaedah

penggunaan buku teks Bahasa Melayu yang berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara

individu. Perbincangan secara umum difokuskan kepada maklum balas atau pandangan

guru pelatih berkaitan dengan konsep umum buku teks iaitu aspek kandungan, aktiviti

dan latihan, persembahan dan grafik buku teks berkenaan. Kajian ini juga

membincangkan kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah

serta jenis aktiviti yang digunakan untuk menarik minat murid memahami isi kandungan

buku teks. Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu

murid lemah dalam pembelajaran melalui penggunaan buku teks yang berkualiti.

Pernyataan Masalah

Buku teks merupakan sumber terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

mana guru mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran yang berkesan bagi mencapai

objektif pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku teks yang berkualiti akan menghasilkan

informasi yang berkesan kepada murid-murid. Selaras dengan itu, dalam penghasilan

buku teks yang berkualiti beberapa pandangan dan respon daripada guru-guru

diperlukan bagi mengenal pasti keseluruhan isi kandungan buku teks mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian ini, pernyataan masalah dijelaskan secara ringkas dan terperinci. Justifikasi

dan dasar pemikiran yang dijelaskan menyentuh beberapa pandangan yang jelas dari

sudut kandungan buku teks itu  sendiri, aktiviti dan latihan yang terdapat dalam buku

teks, persembahan dan juga bahan grafik yang digunakan dalam buku teks tersebut.

Pandangan dan respon daripada guru pelatih sangat diperlukan bagi membantu

penghasilan buku teks yang berkualiti kerana idea-idea baru diperlukan dalam memupuk

minat dalam kalangan pelajar terhadap penggunaan buku teks sebagai sumber rujukan

utama semasa sesi pembelajaran dalam kelas.

Hipotesis

Page 2: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

Dalam jurnal ini, hipotesis yang dinyatakan adalah jelas. Hipotesis tersebut dikemukakan

untuk menjelaskan hasil penyelidikan yang ingin dicapai supaya mudah dicapai dan

dicerap. Antara hipotesis kajian yang dinyatakan oleh penulis adalah bertujuan untuk

memerhatikan pandangan pelbagai kumpulan guru pelatih seperti berikut:

        Meninjau pandangan guru-guru pelatih pengkhususan Pengajian Melayu terhadap

peranan dan keberkesanan buku teks Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

   

     Meninjau pandangan guru-guru pelatih pengkhususan Kajian Sosial dengan Bahasa Melayu

sebagai mata pelajaran elektif terhadap peranan dan keberkesanan buku teks Bahasa

Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dikemukakan, hipotesis yang terhasil ini

adalah secara logiknya saling berkaitan antara satu sama lain. Hipotesis ini membantu

penulis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam proses kajian.

Secara kesimpulannya, kajian yang dilakukan oleh penulis dapat memberikan

sumbangan terhadap keberkesanan penggunaan buku teks Bahasa Melayu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sorotan Literatur

Keberhasilan pengajaran ditentukan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut antara lain kurikulum, guru-

guru dan para pelajar. Secara umum di dalam kurikulum termaktub tujuan, metode dan strategi pembelajaran di

kelas. Kurikulum merupakan panduan guru dan pelajar dalam melaksanakan pembelajarannya di dalam kelas.

Cambridge International Dictionary of English memberi menjelaskan “A book that

contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.”

Dent (1955) pula menjelaskan bahawa buku teks ialah alat pembelajaran yang penting

dan sukar diganti dengan bahan lain. Menurut Dr. Mohd Puad (2009) dalam kenyataan

akhbar beliau, buku teks sekolah disediakan dengan menggunakan pelbagai kaedah

pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif Falsafah Pendidikan

Negara bagi membentuk keupayaan individu secara holistik dan berintegrasi.

Gopinathan (1983) pula memberi definisi buku teks sebagai alat yang digunakan secara

meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih

dalam era teknologi maklumat pada masa kini.

Page 3: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

Ryan McFall (2005) dalam kenyataan beliau menjelaskan “A textbook written at a high

level assumes a reasonable amount of prior content knowledge, while a low level

textbook often seeks to “water down” the concepts so that readers new to the field can

understand them”. Kata pengantar merupakan kata pembuka dan arahan yang dapat

digunakan guru sebagai alat untuk membuka cakerawala dan wawasannya tentang isi

buku teks. (Suparti, Sugiran dan Sulisstiyono, 2010)

Subjek dan Populasi

Kajian yang berbentuk tinjauan ini telah dijalankan secara kuantitatif. Bagi mendapatkan

data yang tepat, tinjauan soal selidik telah digunakan. Seramai 41 orang guru pelatih

daripada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah terlibat dalam tinjauan ini dan

guru pelatih ini terbahagi kepada dua kumpulan; 20 orang guru pelatih pengkhususan

Pengajian Melayu dan  21 orang lagi guru pelatih daripada pengkhususan Kajian Sosial

dengan Bahasa Melayu sebangai subjek elektif.

Berdasarkan maklumat di atas, dapat dijelaskan bahawa populasi dalam kajian ini dapat

dikenal pasti. Ini kerana hanya 41 orang sahaja guru pelatih yang terlibat dalam kajian

ini. Manakala kaedah dalam pemilihan sampel pula adalah jelas kerana setiap sampel

mewakili populasi dan sampel yang terlibat ialah dalam kalangan guru pelatih Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2008 di Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang. Sampelan secara kelompok telah dipilih berdasarkan populasi,

seperti pilihan rawak berdasarkan pengkhususan dalam sesebuah Institut Pendidikan. Ini

menunjukkan bahawa sampelan yang dipilih mampu menghasilkan dapatan yang tepat

dalam menghasilkan analisis.

Instrumen

Terdapat dua kriteria penting dalam mengenal pasti instrumen iaitu kesahan dan

kebolehpercayaan. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah set soal selidik

yang terdiri daripada empat komponen utama. Setiap komponen mempunyai 7-10 item.

Item-item setiap komponen telah dibina dan diubah suai daripada sumber Bahagian

Buku Teks, KPM dan pengkaji sendiri. Skala Likert telah digunakan dalam soal selidik ini.

Dalam kajian ini, instrumen yang terhasil adalah untuk mengukur sejauh mana tahap

keberkesanan penggunaan buku teks Bahasa Melayu KBSR di sekolah-sekolah.

Instrumen yang tidak sempurna mengandungi item yang salah dan kesahan diperlukan

untuk menentukan isi kandungan dan ketepatan ramalan bagi melengkapkan soal

Page 4: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

selidik. Instrumen yang dihasilkan akan menghasilkan ukuran yang sama setiap kali

sampel yang sama digunakan. Manakala kebolehpercayaan dalam kajian ini pula

merujuk kepada skor yang diperolehi sama ada keberkesanan dan kualiti buku teks

mampu kekal secara konsisten atau tidak. Secara ringkasnya, penulis telah

menggunakan instrumen yang bersesuaian dengan fungsi kebergantungan

pembolehubah dan data yang telah terkumpul akan melalui proses analisis

menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS)

 Analisis Data

Setelah data dikumpulkan, perisian komputer Statistical Package for Social

Science(SPSS) digunakan untuk menganalisis data tersebut secara statistik deskriptif dan

statistik inferensi. Statistik deskriptif sangat sesuai digunakan dalam merumus kajian ini

kerana deskriptif akan digunakan untuk menerangkan pola sampel seperti taburan

kekerapan, min, median dan mod.  Manakala statistik inferensi pula sesuai digunakan

dalam menguji hipotesis kerana inferensi membolehkan penyelidik membuat andaian

tentang populasi dan perlu memenuhi beberapa kriteria seperti perwakilan data. Antara

analisis data yang digunakan ialah ujian-T, ANOVA, khi-kuasa-dua dan korelasi. Kedua-

dua jenis statistik ini adalah bersesuaian untuk mentafsirkan dapatan yang tepat kerana

penyelidik dapat menggunakan statistik yang lebih berupaya menentukan signifikan

penyelidikan dan statistik yang digunakan ini adalah bersesuaian dengan tahap

pengukuran sesuatu data itu.

Hasil dapatan ini dipersembahkan menggunakan jadual kekerapan, peratusan dan min

untuk melihat pandangan guru pelatih terhadap kualiti buku teks Bahasa melayu KBSR. 

Keputusan Kajian

Berdasarkan keputusan dapatan, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa aspek

yang perlu diberi perhatian khusus agar pihak sekolah dan murid dapat memanfaatkan

penggunaan buku teks secara optimum di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Keputusan daripada semua pengujian hipotesis telah dipersembahkan dengan jelas dan

jadual kekerapan telah digunakan bagi menguji beberapa pandangan guru pelatih

berkenaan penggunaan buku teks ini. Statistik juga telah dijelaskan dengan tepat di

mana statistik deskiptif dan statistik inferensi digunakan bagi merumus dan menguji data

yang diperolehi bagi menghasilkan dapatan yang tepat. Keputusan kajian ini telah

dipersembahan dengan jelas dengan adanya penggunaan perisian komputer Statistical

Package for Social Science (SPSS) yang menghasilkan keputusan yang tepat dan relevan.

Page 5: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

Jadual kekerapan, peratusan, min, median dan mod juga dapat dihasilkan dengan tepat

berdasarkan penggunaan SPSS.

Perbincangan

Berdasarkan dapatan kajian, komponen yang terdapat dalam buku teks merupakan satu

aspek yang penting kerana buku teks merupakan panduan utama kepada guru

mengenai perkara yang hendak diajar di dalam kelas. Di Malaysia, kandungan buku teks

dibahagikan kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan guru mengajar tajuk-tajuk

kecil dengan skop yang lebih meluas. Dalam kajian ini, pengkaji telah menerangkan

implikasi yang mungkin memberi kesan terhadap dapatan kajian. Pengkaji juga ada

menegsakan bahawa halaman pertama merupakan rangsangan yang penting dalam

setiap unit. Biasanya halaman pertama ini mengandungi bahan grafik yang menarik

minat murid untuk berfikir dan berbincang mengenai tajuk yang dipelajari terlebih

dahulu. Pengkaji juga ada membincangkan penggunaan buku kerja yang menjejaskan

fungsi buku teks sebagai sumber rujukan utama. Ini dibuktikan melalui tinjauan beliau

terhadap kajian pengkaji lain yang menunjukkan bahawa buku teks paling kurang

digunakan oleh guru untuk memberi latihan kepada murid di dalam kelas.

Dalam merungkaikan beberapa persoalan mengenai fungsi dan keberkesanan buku teks

ini, pengkaji telah membincangkan aplikasi yang bersesuaian dengan hipotesis yang

telah dibina. Aplikasi yang digunakan pula secara jelas dan logik menerangkan hasil

dapatan dan ia saling berhubung kait dengan teori yang dikemukakan dalam sorotan

literatur. Memandangkan peranan buku teks yang begitu penting dalam sistem

pendidikan di Malaysia, maka dengan itu pihak SPBT perlulah menjalankan kajian yang

terperinci dan mendalam bagi melihat tahap kualiti buku teks tersebut. Antara sampel

yang terlibat dalam kajian ini adalah ibu bapa atau penjaga murid, dan murid itu sendiri

yang boleh menambahkan lagi kebolehpercayaan, kesahihan dan akauntabiliti kajian.

Selain itu, pengkaji juga boleh menjadikan responden dari sekolah swasta sebagai

sampel kajian bagi membuat perbandingan tentang tahap maklum balas atau

pandangan mereka masing-masing dalam isu keberkesanan penggunaan buku teks di

sekolah.

Konklusi

Pada akhir kajian, pengkaji mendapati bahawa penggunaan buku teks dapat membantu

pencapaian objektif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sekiranya bahan

Page 6: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran1

yang terkandung di dalamnya bersesuaian dengan tahap dan keperluan murid. Bahan

yang terkandung dalam buku teks merangkumi teks utama, latihan dan aktiviti yang

bersesuaian. Maka dengan itu sudah jelaslah objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini.

Walaupun teknologi maklumat semakin berkembang, tidak dinafikan bahawa fungsi dan

peranan buku teks masih diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Jadi tidak hairanlah sekiranya pihak KPM mengarahkan supaya buku teks

diwajibkan sebagai sumber rujukan utama di dalam kelas. Penggunaan buku teks secara

berkesan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid dan ini dibuktikan sendiri

oleh guru dan murid yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan. Dalam kajian ini, pengkaji tidak menafikan kepentingan buku teks yang

digunakan sebagai sumber rujukan utama.

Rumusan

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa penggunaan buku teks dapat meningkatkan

prestasi murid dalam sesuatu pembelajaran di sekolah. Rumusan yang dibuat oleh

penulis adalah jelas, lengkap dan bertepatan dengan objektif yang ingin dicapai dalam

kajian ini. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu Bahagian Buku Teks dan panel

penulis untuk menghasilkan buku teks yang lebih berkualiti untuk manfaat semua pihak.

Bibliografi

Tay Meng Guat (2010). Pandangan Guru Pelatih Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah. Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang. Junal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 9, 2010

Hj. Shahruddin Basri, Chan Lee Chiun dan Muslimin Fadzil (2004). Penggunaan Buku Teks Secara

Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah untuk Murid Berprestasi Rendah

di Peringkat Sekolah Menengah. SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Miri Sarawak dan SMK

Tiram Jaya. Bahan Sejarah 2004

Ryan McFall (2005). Electronic Textbook That Transform How Textbooks Are Used”

Hope College, Holland Michigan, USA. The Electronic Library, Vol. 23, No. 1, 2005

Jamaludin Hj. Badusah dan Mohamed Amin Embi (2006). Keberkesanan Penggunaan Buku

Elektronik : Penulisan Karangan Berbentuk Deskriptif. Jurnal Teknologi Maklumat &

Multimedia 3 (2006): 43-54

Helen Gunter (2001). Critical Approaches to Leadership in Education. University of Birmingham, United

Kingdom Journal of Educational Enquiry, Vol. 2, No. 2, 2001

Surat Kepada Pengarang (2010). Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses pada 2

Oktober 2010 dari http://www.moe.gov.my