PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui...

21
PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI MAIN PERANAN DALAM MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 NORHAFIZAH BINTI HUMAIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui...

Page 1: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI MAIN PERANAN

DALAM MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4

NORHAFIZAH BINTI HUMAIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti
Page 3: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti
Page 4: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI MAIN PERANAN

DALAM MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4

NORHAFIZAH BINTI HUMAIDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

ii

Page 6: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

iii

DEDIKASI

Sujud kesyukuranku pada-Mu Tuhan Yang Maha Esa di atas kurniaan-Mu, kesihatan diri,

kecelikan akal untukku meneruskan perjuangan hidup di muka bumi-Mu ini.

TERISTIMEWA BUAT…

Mak dan abah tercinta,

Doa dan pengorbananmu tidak ternilai dan tidak termampu untukku membalasnya walau

segunung dan selautan emas ku huhurkan untuk membalas jasa dan pengorbananmu.

Semoga Allah memberikan masa, murahkan rezekiku serta mengurniakan kesihatan yang baik

untuk membantumu, meringankan bebanmu dan dapat menjagamu.

Semoga Allah merahmati dan memberkatimu.

Kau lah permata yang amat bernilai dalam hidupku…

Kakak dan abang yang ku sayangi,

Kejayaan, pertolongan dan dorongan yang kalian berikan akan ku jadikan sebagai sumber

inspirasiku dalam mengejar cita-citaku

Teman-teman seperjuangan,

Mohd Fahmi, Kamelia, Norlizawati dan teman-teman lain,

Pandangan, bantuan dan dorongan kalian, memberikan daku semangat untuk terus berusaha

bersungguh-sungguh demi mencapai sebuah kejayaan yang bernilai.

Terima kasih kerana sentiasa bersama-sama mengharungi suka dan duka bersama-samaku.

Page 7: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan

salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, dengan izinNya serta usaha yang telah

dilaksanakan, kajian yang dijalankan telah dapat disiapkan dalam jangka masa yang

telah ditetapkan. Sekalung penhargaan buat penyelia Pn. Mahani Binti Mokhtar.

Terima kasih atas segala teguran dan tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan.

Tidak dilupakan juga , penghargaan buat pihak yang terlibat, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Pengetua,

Guru Panatia Sains, Guru matapelajaran kimia Pn.Siti Rohmatun Binti Mashirun dan

pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz yang telah

banyak memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.

Buat akhirnya, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung di atas idea dan pandangan yang diberikan

dalam menjayakan kajian ini.

Page 8: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan kaedah

simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran kimia. Kajian ini

telah dilakukan di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, Selangor iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Ungku Aziz. Kajian ini melibatkan 62 orang pelajar

tingkatan empat. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi

pencapaian pelajar ialah soalan struktur manakala untuk mendapatkan maklumat

berkaitan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menggunakan soal selidik. Semua data

yang di perolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package of The

Social Science (SPSS)” versi 10.0. Dapatan dari kajian ini menunjukkan pencapaian

pelajar meningkat setelah menggunakan kaedah simulasi berbanding kaedah

tradisional. Selain daripada itu kaedah simulasi juga dapat menarik minat pelajar dan

mereka berharap agar kaedah simulasi dapat digunakan dengan lebih kerap semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Diharap hasil kajian ini dapat memberikan

manfaat dan idea kepada guru-guru untuk mengaplikasikan kaedah simulasi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini bukan sahaja memberi kepuasan

kepada guru tetapi kepada pelajar khususnya. Ini kerana pelajar-pelajar lebih mudah

untuk memahami pelajaran dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka di

dalam peperiksaan.

Page 9: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to know whether the use of simulation can

increase students’ achievement. The samples of the research consisted of form four

students from Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz, Sabak Bernam,

Selangor. 62 respondents were involved in this research. Structured questions were

used to collect data on students’ achievements while questionnaires were used to get

information on students’ perception. All the data were analyzed using “Statistical

Package of the Social Science (SPSS)” version 10.0. The results of the research

showed that the use of simulation was able to increase students’ achievement as

compared to traditional method. Besides, the simulation method used was able to

attract students’ interest in learning chemistry and they hoped that the simulation

method will always be used during their learning process. The method will be able to

create satisfaction in teachers and students. It can initiate students’ understanding and

simultaneously help to increase their achievements in examinations.

Page 10: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Hipotesis 5

1.6 Kepentingan Konsep 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Skop Kajian 6

1.9 Definisi 7

Page 11: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 9

2.1 Konsep Kaedah Simulasi 11

2.2 Jenis-jenis Kaedah Simulasi Dalam Pengajaran 12

2.2.1 Main Peranan 12

2.2.2 Permainan 13

2.23 Model 15

2.3 Kajian-kajian Yang Lepas 16

2.4 Penutup 18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 19

3.1 Reka Bentuk Kajian 19

3.2 Populasi Kajian 20

3.3 Instrumen Kajian 20

3.4 Kajian Rintis 26

3.5 Prosedur Kajian 27

3.6 Analisis Data 28

BAB 4 ANALISIS DATA 30

4.0 Pengenalan 30

4.1 Analisis Pencapaian Pelajar Mengikut Kelas 31

4.2 Analisis Pencapaian Pelajar Dalam 32

Menjawab Soalan Struktur

4.3 Perbezaan Tahap Pencapaian Pelajar Di Antara 34

Kelas Simulasi Dengan Kelas Tradisional Dengan

Kelas Tradisional

Page 12: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

ix

4.4 Analisis Minat Pelajar Terhadap Proses 35

Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Dijalankan Oleh Guru

4.5 Analisis Perspesi Pelajar Terhadap 37

Kaedah Simulasi Dalam Meningkatkan Prestasi

4.6 Analisis Pelaksanaan Pengajaran Guru 39

Berdasarkan Kaedah Simulasi

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.0 Pengenalan 41

5.1 Perbincangan 41

5.1.1 Pencapaian Pelajar Berdasarkan Kelas 41

5.1.2 Analisis Minat Pelajar Terhadap Proses 42

Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Dijalankan Oleh Guru.

5.1.3 Analisis Pelaksanaan Pengajaran 43

Guru Berdasarkan Kaedah Simulasi.

5.2 Kesimpulan Kajian 44

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 45

RUJUKAN 46

LAMPIRAN

A – C 50 - 64

Page 13: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan item-item soalan mengikut 25

objektif kajian

3.2 Nilai skor mengikut Skala Likert 26

3.3 Nilai kolerasi dan interprestasi daripada 27

Rowntree (1981)

3.4 Tahap penilaian terhadap min 29

3.5 Peratus markah berdasarkan skala 29

4.2 Kekerapan dan peratus responden 32

kelas eksperimen yang menjawab soalan

yang berkaitan dengan jirim

4.3 Kekerapan dan peratus responden 33

kelas kawalan yang menjawab soalan yang

berkaitan dengan jirim

4.4 Perbezaan tahap pencapaian pelajar di antara 34

kelas simulasi dengan kelas tradisional

Page 14: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

xi

4.5 Taburan skor min bagi minat pelajar terhadap 35

proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan oleh guru

4.6 Taburan skor min bagi kefahaman pelajar 37

terhdap pelajaran yang disampaikan oleh guru

4.7 Taburan skor min bagi pelaksanaan 39

pengajaran guru berdasarkan kaedah simulasi

Page 15: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Peratus pencapaian pelajar 31

Page 16: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik dan soalan struktur 50

B Skema soalan struktur 58

C Surat kebenaran menjalankan kajian 59

Page 17: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara industri pada tahun 2020.

Sebagai rakyat negara yang maju, mereka mestilah berpengetahuan tinggi, saintifik,

progresif dan berwawasan terutama dalam bidang sains. Ini kerana sains dan

teknologi saling bergandingan untuk menjadi sebuah negara maju. Melalui bidang

sains terutamanya dalam pendidikan kimia, pelajar dilatih untuk memahami kejadian

alam persekitaran bagi kesejahteraan manusia disamping dilatih untuk perkembangan

diri secara seimbang dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sahsiah (JERIS). Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, bidang

ilmu pengetahuan sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan

pelajar-pelajar memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan

menjadi lebih bermakna kepada pelajar jika mereka dibantu menghubungkan fakta

dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu

yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.

Kurikulum kimia di sekolah turut mengalami perubahan dan penyemakan

bagi menyambut cabaran terkini dan akan datang seperti perkembangan sains dan

teknologi yang canggih dan ledakan maklumat tanpa sempadan. Ia juga dapat

memenuhi keperluan negara bagi menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan,

mahir dan fikrah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kimia KBSM juga

merangkumi pendekatan konstruktivism, penglibatan secara aktif, penggunaan

Page 18: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

2

kemahiran berfikir, pengoperasian dan aplikasi kemahiran saintifik disamping

pembentukan sikap saintifik dan nilai murni (Abu Hassan,2003)

Sasaran Malaysia dalam merealisasikan Wawasan 2020 adalah untuk

menjadikan nisbah pelajar aliran sains kepada pelajar aliran sastera pada tahap 60 :

40. Namun mengikut statistik terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia nisbah

pelajar aliran sains kepada pelajar aliran sastera adalah 35 : 65. Nisbah pelajar aliran

sastera lebih banyak kerana pelajar-pelajar tersebut tidak berminat dengan

matapelajaran sains. Mereka juga beranggapan matapelajaran sains sukar untuk

dipelajari. Keputusan ini amat membimbangkan pihak kerajaan terutamanya pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia ( Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, 1996 ).

Oleh itu seorang guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk

menarik minat pelajar mempelajari matapelajaran sains dan membolehkan pelajar

mudah belajar. Pengajaran yang disampaikan hendaklah sesuai dengan aras dan

kebolehan pelajar serta memberikan galakan dan motivasi supaya pelajar terus

berminat untuk belajar (Slavin,1987). Cara guru menyampaikan pelajaran adalah

penting kerana ia menjadi titik tolak untuk menarik minat pelajar, sekaligus dapat

meningkatkan prestasi pelajar. Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan, guru hendaklah menggunakan

kaedah yang melibatkan pelajar secara aktif yang meliputi semua aspek

perkembangan. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru

sama ada dikelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu (Buku

penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 1995).

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan sering menjadi

sebutan. Bukan sahaja berkaitan dengan masalah disiplin pelajar tetapi isu

pengajaran dan pembelajaran juga menjadi perhatian. Isu utama pengajaran dam

pembelajaran adalah dari segi kepelbagaian pengajaran guru. Walaupun sistem

Page 19: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

3

pendidikan di Malaysia telah berkembang, namun masih terdapat guru yang

mengajar secara tradisional. Ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan ataupun

guru masih beranggapan kaedah yang digunakan benar-benar berkesan terhadap

pencapaian pelajar.

Di sekolah masih terdapat guru yang hanya menyampaikan penerangan dalam

pengajaran terutamanya dalam topik yang hanya melibatkan fakta sahaja. Menurut

kajian yang dijalankan oleh Sulaiman Ngah Razali et.al (1996 ), beliau mendapati

bahawa sebanyak 46.2 % pelajar sains berpendapat guru mereka hanya memberikan

kuliah sahaja. 45.2 % pula berpendapat, guru tidak pernah mengunakan buku teks.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun sesetengah guru sains menguasai

pengetahuan untuk disampaikan kepada pelajar, namun pengajaran guru masih tidak

kreatif atau kaedah yang tidak pelbagai untuk dipersembahkan kepada pelajar dalam

usaha meningkatkan pencapaian dan minat mereka.

Pengajaran guru yang kurang berkesan akan memberikan impak yang besar

kepada pelajar-pelajar. Jika pelajar hanya diberikan penerangan sahaja, mereka lebih

manghafal sesuatu perkara tetapi tidak semestinya mereka memahaminya. Selain itu,

kaedah menghafal ini hanya untuk ingatan jangka pendek sahaja. Selepas tamat

peperiksaan ataupun persekolahan, pelajaran yang mereka pelajari dilupakan begitu

sahaja. Selain itu, pengajaran guru juga tidak dapat menarik minat pelajar untuk

mempelajari matapelajaran yang diajar. Pelajar akan cepat berasa bosan dan tidak

menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

Masalah ini perlu diatasi agar pencapaian dan kualiti pelajar dapat

ditingkatkan. Para guru hendaklah bijak dalam memilih kaedah pengajaran yang

sesuai dengan pelajarnya. Guru di zaman moden ini perlu memiliki berbagai-bagai

kemahiran yang mungkin tidak diperlukan oleh guru-guru zaman dahulu (Abdul

Ghani, 1986). Pengajaran guru haruslah dipelbagaikan dan tidak digalakkan

pengajaran berpusatkan guru. Guru perlu merancang program pengajaran dengan

baik agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Terdapat pelbagai pendekatan

dan kaedah pengajaran yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikkan

Page 20: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

4

Malaysia. Antaranya pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar, pendekatan

berpusatkan bahan, pendekatan konstruktivisme, pendekatan inkuiri-penemuan dan

pendekatan masteri.

Dalam topik jirim, kaedah yang dijangkakan dapat menarik minat dan

memudahkan pelajar untuk mengingat adalah kaedah simulasi. Menurut Abu Hassan

(2003), simulasi adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kaedah ini bukan sahaja

memberikan keseronokkan kepada pelajar untuk belajar tetapi juga dapat

mengembangkan domain afektif pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Charles and

Robert (1989) melihat kesan simulasi berbanding penggunaan kertas kerja ke atas

kumpulan pelajar kelas biologi. Hasil kajian mendapati pelajar yang diajar melalui

simulasi menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari pelajar yang diajar dengan

kertas kerja. Ini kerana simulasi mampu memberikan fakta yang lebih baik. Pelajar

juga menunjukkan skor maklumat jangka panjang yang baik. Berdasarkan penemuan

ini dapat disarankan bahawa simulasi boleh digunakan sebagai alternatif bagi

menggantikan kaedah pengajaran sains secara tradisional.

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Pai Obanya (1980), untuk menentukan kaedah pengajaran yang

bersesuaian adalah satu perkara yang rumit. Ini kerana tidak semua matapelajaran

atau topik dapat menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama. Guru perlu

mempunyai pendekatan yang baik sebelum memulakan pengajaran agar pelajar dapat

memahaminya. Kaedah yang pelbagai dan bersesuaian dalam pengajaran mampu

untuk menarik minat pelajar serta dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam

tajuk yang diajar. Jika guru masih lagi menggunakan kaedah tradisional, pelajar akan

cepat berasa bosan dan tidak faham akan tajuk yang diajar. Oleh itu pengkaji ingin

mengkaji penggunaan kaedah simulasi dengan menggunakan aktiviti main peranan

terhadap prestasi pencapaian pelajar.

Page 21: PENGGUNAAN KAEDAH SIMULASI MELALUI AKTIVITI · PDF filepenggunaan kaedah simulasi melalui aktiviti main peranan dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 norhafizah binti humaidi universiti

5

1.3 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang perlu dikaji. Antaranya :

i. Mengkaji sama ada kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar.

ii. Mengkaji persepsi pelajar dari segi minat terhadap kaedah simulasi yang

dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran.dan pembelajaran.

iii. Mengkaji tahap perlaksanaan guru terhadap kaedah simulasi yang

dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Persoalan Kajian

i. Adakah kaedah simulasi dapat membantu dalam pencapaian pelajar

berbanding kaedah tradisional?

ii. Apakah persepsi pelajar dari segi minat terhadap kaedah simulasi yang

dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

iii. Apakah persepsi pelajar dari segi perlaksanaan guru terhadap kaedah simulasi

yang dijalankan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.5 Hipotesis

i. Hipotesis Null : Tidak terdapat perbezaan prestasi pencapaian pelajar yang

mengikuti pengajaran kaedah simulasi dengan kaedah

tradisional.