PENGGUNAAN KOMPUTER DI GURU-GURU SEKOLAH … komputer di kalangan guru... · kajian ini terdiri...

download PENGGUNAAN KOMPUTER DI GURU-GURU SEKOLAH … komputer di kalangan guru... · kajian ini terdiri daripada 155 orang gum-guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam ... Sumber Manusia

If you can't read please download the document

Transcript of PENGGUNAAN KOMPUTER DI GURU-GURU SEKOLAH … komputer di kalangan guru... · kajian ini terdiri...

  • PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH

    DI BANDARAYA KUCHING UTARA

    AZHAR HAJI AHMAD

    Tesis ini dikemukakan sebagai mementh sebahagian daripada syarat untuk memperolehi

    Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia

    Fakulti Sains Kopitif dan Pemban&~;unan Manusla UNIVEKSI7'1 MA1 ,aA\r'SIA SARA\+'AIi

    .fun I qQ8

  • Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Sarawak

    Adalah disahkan bahawa kami telah membaca tesis ini yang bertajuk "Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Bandaraya Kuching Utara" oleh Encik Azhar bin Ahmad, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia.).

    Dr Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit (Penyelia),

    (Pemeriksa Dalam )

  • PERAKUAN

    Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil keja penyelidik sendiri dan tiada bahagian dari tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di universiti ini atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain.

  • ABSTRAK

    Kajian ini adalah satu tinjauan tentang penggunaan komputer di kalangan gum-guru sekolah menengah di Bandaraya Kuching Utara, Sarawak. Penyelidikan ini bertujt~an untuk mengenalpasti sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer, mengenalpasti perbezaan sikap terhadap komputer berdasarkan kumpulan subjek yang diajar oleh guru, jantina, pemilikan komputer peribadi dan pengalaman mengajar serta mengenalpasti hubungan di antara sikap terhadap komputer dengan faktor-faktor pembolehubah bebas iaitu tahap kelulusan akademik, latihan ikhtisas, latihan komputer, tugas di sekolah, tugas berkaitan komputer dan persepsi kecekapan komputer. Sampel kajian ini terdiri daripada 155 orang gum-guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam dan Sains di sebelas buah sekolah menengah di Bandaraya Kuching Utara. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan satu set soalselidii yang telah digunakan oleh Robertson et al. (1995) yang mengandungi 53 item subskala sikap terhadap komputer. Penganalisisan data kajian untuk mengenalpasti sikap terhadap komputer dilakukan secara deskriptif. Manakala Ujian t dan Analisis Varian Sehala digunakan untuk mengenalpasti perbezaan sikap terhadap komputer. Ujian korelasi koeffisiensi pula digunakan untuk melihat hubungan di antara subskala sikap terhadap komputer dengan beberapa faktor pembolehubah bebas. Dapatan kajian menunjukkan sikap yang positif terhadap komputer terutama pada aspek tingkahlaku (min=20.21) dan penggunaan komputer (min=24.80). Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan sikap positif yang rendah terdapat pada aspek kecekapan komputer (min=17.90) dan sikap kognitif (min=45.46). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara kumpulan guru Pendidikan Islam dengan guru Sains dari aspek tingkahlaku (t=2.77; p

  • ABSTRACT

    This is an explorato~y stu& regarding the usage of computer an1011g teachers i r ~ secondary schools in Kuchirtg Ci/y North, Sarawak. The aims of this research are to idetttrfy the attitlrde of the teachers toward contputers, to identtfy the difference of attitude towards computers based on the subjects taught, gender. computer ownership a d teachi~tg experience and to ider~trfy the relationship befweert the attitude towards computers and the independent variables i.e. academic level. professio12a training, con~puter trairzing, assignmetzts at schools, assignments related to the use computer and the level of computer competency as perceived by the samples. 155 teachers teachirtg Islan~ic Education and Science subject from eleven secondary schools in Kuching City North participated in this study. Data collection was done with a set of questionnaire used by Robertson et al. (1995) containing 53 items attitude toward computer sub-scales. The data collected was descriptively analysed. T test and One way ANOVA were used to idertt~fy the difference of the attitude towards contpttters and correlation coefficient was used to identrh the relatiomhip between the computer attittide sub-scales and tlte independent variables. General&, the findings recognised the positive attitude tauards computers among the respondents especial!^ in the behavioral (n1ean=20.21) and computer use aspects (mean=24.80). It also recognised the competency (mean=17.90) and cognitive attitudes (mean=45.46) as being the least positive attitudes. The findings shaved that there was a signrficant dgference between the islantic Ed~rcation teachers and the science subject teachers in the behavioral aspect (/=2.77; p

  • SKETSA BIOGRAFI

    Penyelidik telah dilahirkan pada 15 November 1964 di Karnpung Jemukan, Simunjan.

    Sarawak dan dibesarkan di Kampung Pulo Ulu, Kuching. Beliau telah mendapat

    pendidikan rendahnya di Sekolah Rendah Kerajaan Pulo. Pada tahun 1977, beliau

    terpilih sebagai kelompok pelajar perintis di Sekolah Menengah Kerajaan Agama

    Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang. Setelah bejaya di dalam peperiksaan Sijil

    Rendah Pelajaran, beliau telah dipilih untuk menuntut di sebuah sekolah berasrama

    penuh iaitu Kolej Islam Kelang, Selangor mulai tahun 1980 sehingga tamat tingkatan

    enam atas pada tahun 1983. Pada tahun 1984, beliau memulakan era pengajian sebagai

    seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia sehiigga memperolehi ijazah

    Sajana Muda Pengajian Islam (Kepujian) dalam jurusan Usuluddin dan Falsafah.

    Kerana minat dan kecenderungan, beliau mengikuti program Diploma Pendidikan pada

    tahun 1989. Sepanjang rempoh berrnula dari tahun 1989 sel~ingga 1996, beliau telah

    berkhidmat sebagai seorang gum, Penolong Kanan, Pemangku Pengetua dan Penolong

    Pengarah Pendidikan sebelum melanjutkan pengajian Sajana Sains Pembangunan

    Sumber Manusia pada akhir tahun 1996 melalui program kembar IAB / UNIMAS.

  • Diabadikan klras untuk:

    ayahanda dan bonda yatlg dikasihi. Haji Ahmad Materang

    Hajjah Mahdiah Haji Mohamad berkat doa dun semangat yang sentiasa dikobarkan sejak dilahirkan

    isteri tercinta. Dr Sadiah Mohamad Ali teman setia

    sumber inspirasi &tz dorongan

    armuk-anak tersqang. Asma' Aneesa

    Abu Zarrin helaiatl jiwa dart perletup hari

    harapan ~vawasan

  • PENGNARCAAN

    Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat nahi diatas segala kesempatan dan

    kekuatan yang dilimpahkanNya sehingga saya mampu uctuk menyiapkan kajian ringkas

    ini. Pada hakikatnya, usaha ini tidak mungkin terhasil tanpa bimbingan, kejasama,

    dorongan, kritikan membina dan juga doa pelbagai pihak. Atas sumbangan ikhlas yang

    diberikan, saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua

    yang terlibat dengan usaha ini.

    Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Haji Abang Ahmad

    Ridzuan Abang Awit yang telah be~tungkus lumus memberi bimbingan dan tunjuk ajar

    sebagai penyelia kajian ini merangkap peranan sebagai penyelaras dan pensyarah

    program ini. Pengl~argaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Profesor Razali

    Arof, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan Dr Ibrahim Ahmad

    Bajunid, Pengarah Institut Arninuddi Baki. Wawasan, inisiatif dan usaha gigih mereka

    telah menjadikan program ini satu kenyataan bermakna. Penghargaan dan terima kasih

    juga diucapkan kepada semua 'guru' saya diatas segala ilnlu dan pn~galarr~al~ berharga

    yang telah dicurahkan di dalam program ini iaitu: Prof. Madya Dr Napsiah Mahfoz,

    Prof. Madya Dr Mohammed Awang, Prof. Madya Dr Zoraini Wati Abas, Prof Madya

    Dr Peter Songan, Dr Gabriel Tonga Noweg, Dr Hadj Ratatia, Dr Farid Megane, Dr

    Spencer Ernpading Sagin, 1)r llarnlan Shah Abdullah. I)r Bahciar Manwr, I)r

  • Maheswary Kandasamy, Puan Jennifer Songan, Encik Sharaf al-Deen Sami Horani dari

    Encik Mehander Singh.

    Tidak lupa juga diucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga

    pengurusan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS dan Institut

    Aminuddm Bnki yang telah banyak memberikan bantuan di dalam menjayakan program

    ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Dr Haji Adi

    Badiozaman Tuah yang telah banyak memberi bimbingan di dalam proses penyiapan

    kajian ini.

    Terima kasih khusus ditujukan kepada semua sekolah, gum-guru dan mereka yang

    terlibat di dalam kajian ini. Akhir sekali, kepada temac-teman sepejuangan di dalam

    Program Kembar IAB-UNIMAS Kohort 2. segala budi dan jasa mereka akan tetau

    diabadikan selamanya. Semoga terus cemerlang.

  • KANDUNGAN

    Mukasurat

    Perakuan

    Abstrak

    Sketsa Biografi

    Dediasi

    Penghargaan

    ~ a n d u n ~ a n

    Dafiar Jadual

    Dafiar Carta dan Rajah

    Daftar Singkatan

    BAB 1 PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Tujuan Kajian 1.4 Soalan Penyelidikan 1.5 Definisi Operasional 1 .c Kepentingan Kajian 1.7 Skop Kajian dan Persaqelan

    BAR 2 KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pendahuluan 2.2 Konsep Teknologi Pendidikan 2.3 Teori Sikap dan Pemhclajaran

    2.3.1 Teori-teori Pembelajaran 2.3 2 Teori-teori Ketehalan 2.3.3 l'eori-teori Tindakbalas Kognirif

    ii

    iii

    iv

    vi

    ix

    X

    xi

  • BAB 3

    2.4 Teori Pembelajaran Berasaskan Komputer 2.4.1 Teori Behaviorisme 2.4.2 TeoriSistem 2.4.3 Teori Kognitif

    2.5 Penggunaan Komputer Di dalam Pendidikan 2.6 Kajian Mengenai Sikap Terhadap Komputer 2.7 Kerangka Konsep Kajian 2.8 Kesimpulan

    METODOLOGI KA.JIAN

    3.1 Pendahuluan 3.2 Subjek Kajian 3.3 lnstrumen Kajian 3.4 Pentadbiran Soal Selidik 3.5 Penganalisisan Data 3.6 Kesimpulan

    BAB 4 DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pendahuluan 4.2 -Analisis Sikap Guru Terhadap Komputer

    4.2.1 Kebimbangan Terhadap Komputer 4.2.2 Koyakinan Terhadap Konlputer 4.2.3 Sikap Kognitif 4.2.4 Tingkahlaku 4.2.5 Kesukaan Kepada Komputer 4.2.6 Penggunaan Komputer 4.2.7 Kecekapan Komputer 4.2.8 Kesimpulan

    4.3 Perbezaan Sikap Terhadap Komputer 4.3.1 Perbezaan Dari Aspek Kumpulan

    Matapelajaran (Subjek) 4.3.2 Perbezaan Dari Aspek Jantina 4.3.3 Perbezaan Dari Aspek Pemilikan

    Komputer Peribadi 4.3.4 Perbezaan Dari Aspek Pengalaman

    Mengajar 4 3 5 Kesimpulan

    3.3 I iubungan Di antara l'enibolehubah Bebas Ilengan Sihap 'l'erhadap Konipurer

  • 4.4.1 Hubungan Di antara Pembolehubah Bebas Dengan Subskala Sikap Terhadap Komputer

    4.4.2 Kesimpulan

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pendahuluan 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 5.3 Rumusan 5.4 Cadangan 5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

    Bibliografi

    Lampiran:

    Borang Soalselidik

    Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

  • DAFTAR JADUAL

    Mukasurat

    Agihan dan pulangan soal selidik 47

    Latarbelakang demografi responden 4 8

    Taburan kekerapan kebimbangan terhadap komputer 6 1

    Tabman kekerapan keyakinan terhadap komputer 6 8

    Taburan kekerapan sikap kognitif 73

    Taburan kekerapan tingkahlaku 77

    Taburan kekerapan kesukaan kepada komputer 8 1

    Taburan kekerapan penggunaan komputer 84

    Taburan kekerapan kecekapan komputer 88

    Rumusan sikap terhadap komputer 90

    Perbezaan dari aspek matapelajaran yang diajar (subjek) 92

    Perbezaan dari aspek jantina 93

    Perbezaan dari aspek pemilikan komputer peribadi 9 5

    Perbezaan dari aspek pengalaman mengajar

    IJjian Scheffe perbezaan subskala tingkahlaku

    Ujian Scheffe perbezaan subskala kecekapan

    Hubungan di antara pembolehubah bebas dengan subskala sikap terhadap komputer 10 1

  • DAFTAR CARTA

    Mukasurat

    Carta 4.1 Peratus Kekerapan Kebimbangan Terhadap Komputer

    Carta 4.2 Peratus Kekerapan Keyakinan Terhadap Komputer

    Carta 4.3 Peratus Kekerapan Sikap Kognitif

    Carta 4.4 Peratus Kekerapan Tingkahlaku

    Carta 4.5 Peratus Kekerapan Kesukaan Kepada Komputer

    Carta 4.6 Peratus Kekerapan Penggunaan Komputer

    Carta 4.7 Peratus Kekerapan Kecokapan Komputer

    DAFTAR RAJAH

    Rajah 2.1 Kerangka konsepsual hubungan antara kepercayaan, sikap, niat dan tingkahlaku

    Rajah 2.2 Kerangka Konsep Kajian

    Mukasurat

    18

    44

  • DAFTAR SINGKATAN

    BIMBANG

    YAKlN

    SUKA

    GUNA

    CEKAP

    KOGNITIF

    SD

    SE

    SS

    MS

    ns

    S

    d f

    Grp

    Kebimbangan Terhadap Komputer

    Keyakinan Terhadap Komputer

    Kesukaan Kepada Komputer

    Pmggunaan Komputer

    Kecekapan Penggunaan Komputer

    Sikap Kognitif

    Standard Deviation (Sisihan Piawai)

    Standard Error

    Sum of Squares

    Mean Squares

    No! Sigtlrficat~l( Tidak Signifikan)

    Sigtrrficatli (Signifikan)

    Degree of'Freedom (Da rjah Kebebasan)

    Groups (Kumpulan)

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari

    menjelang tahun 2010 memberikan satu gambaran tentang ams perubahan besar yang

    berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan

    teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara

    untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelaug tahun 2020 dengan memberikan

    penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia.

    Koridor Raya Multimedia, sebagai satu langkah strategik ke arah tnencapai matlamat

    untuk mewujudkan sebuah masvarakat bermaklumat telah menetapkan sekolah bestari

    sebagai salah satu dari lapan aplikasinya.

    Selain penggunaan teknologi maklumat dalam aspek pengumsan dan pentadbiran

    pendidikan terutamanya di sekolah, gagasan sekolah bestari juga ini difakuskan

    kepada penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    (Fiske, 199 1 ).

    Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia telah bermula dengan

    peneenalan program kelab komputer melalui kegiatao kokurikulum di sekolah-sekolah

  • pada tahun-tahun 1980an (Zoraini, 1991). Mulai tahun 1995, Kementerian Pendidikan

    telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi

    penekanan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains

    dan Matematik. Gum-gum mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan juga telah

    mengumumkan pada tahun 1996 untuk menjadikan mata pelajaran Literasi Komputer

    sebagai salah satu mata pelajaran dalam pengajian di peringkat Sijil Tinggi

    Persekolahan Malaysia.

    Penggunaan teknologi maklumat pada dasamya akan menjadi teras aplikasi proses

    pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran di sekolah-sekolah bestari yang

    akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1999. Penggunaan tekonologi maklumat

    bukanlah bertujuan untr~k mengambilalih peranan guru sebagai pendidik, mrlsh ia akan

    dijadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru sebagai

    pemudahcara dalam proses tersebut (Mohd. Yusof, 1997).

    Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

    menggunakan teknologi rnaklumat bergantung kepada keupayadn dan kebolehan

    aplikasi teknologi maklumat yang ada pada guru-gum dan pelajar-pelajar yang terlibat.

    Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan

    mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi maklumat di kalangan gum-guru

    secara aninya. Apakah mereka sudah bersedia untuli menukar peranan yang mcreka

  • jalankan selama ini kepada sebagai pemudahcara dengan menggunakan teknologi

    maklumat di hadapan pelajar-pelajar mereka. Bagaimanakah caranya mereka dapat

    memainkan peranan hi dengan berkesan dalam konteks pendidikan yang sebenarnya

    iaitu untuk membawa perubahan sikap dan pengetahuan ke arah merealisasikan

    matlamat sekolah bestari? Sistem pendidikan kita adalah dalam era anjakan paradigma

    ke arah globalisasi dan Koridor Raya Multimedia dan sudah tentu memerlukan banyak

    kajian dan penyelidikan.

    1.2 Permasalahan Kajian

    Usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik dajah membayangkan pembahan yang dramatik di

    kaiangan gum-gulu (ZuXcifli dan Raja Mazns!i, 1994). Kajian-kajian yang telah

    dilakukan di Amerika Syarikat di antara tahun 1987 dan 1992 mendapati bahawa

    penggunaan media komputer masih menjadi suatu matlamat yang elusif bagi

    kebanyakan guru-guru (Sculley, 1987; Butzin, 1992). Dalam ha1 ini, Morton

    (1996:417) telah merumuskan fenomena ini sebagai " while the real world uses

    contprrters to move formard, educators iw often look studiorcrly backward' sehingga

    menjadikan penggunaan komputer dalam pengajaran tertinggal di belakang. Morton

    j u ~ a mendapati walaupun pihak kerajaan telah memberi dorongan yang kuat disanlping

    sarnbutan oleh pihak swasta terhadap program kon~puter. namun tidak terdapat bukti

  • yang menunjukkan penerimaan yang kuat dari kalangan guru-guru sendil-i. Oleh yang

    demikian, terdapat keperluan yang amat tinggi untuk menilai status penerimaan guru-

    gum terhadap teknologi komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran (Gbomita,

    1997).

    Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiian di kalangan anggota adalah

    penting ke arah sesuatu perubahan di dalam sesebuah organisasi (Steers dan Black,

    1994). Di antara petunjuk-petunjuk kepada persediaan mental di kalangan anggota

    organisasi ialah mempunyai sikap yang positif terhadap agenda perubaban yang

    dicadangkan disamping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang

    akan dilaksanakan. Sikap terhadap komputer adalah satu dari tiga faktar yang

    menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer selain dari

    faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk pecerimaan

    penggunaan komputer (Gbomita, 1997). Ia juga mempengaruhi motivasi seseorang

    untuk mempelajari sesuatu (Clark dan Sugrue, 1995). Sikap yang positif adalah penting

    untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Zulkifli dan Raja Manah,

    1994).

    Sikap seperti yang ditakrifkan oleh Z i b a r d o dan Leippe (1991) sebagai " an

    ewlz~ative dispositiotl toward some object based upotl cogtlitive, aflective reactiotu,

    behavioral itltetltiot attd past behaviors ... that cat1 itrJ~retrce cognitiotls, aflective

    re.ypotm?s atrdjrrure rt~tuifrotls and behavrors" adalah merupakan perkara asasi yang

  • perlu diambilkira sebelum melaksanakan usaha untuk memperkenalkan program

    komputer di kalangan gum kerana ia bukan sahaja mempengaruhi penerimaan awal

    terhadap teknologi maklumat, tetapi juga akan mempengaruhi tingkahlaku mereka

    terhadap komputer pada masa akan datang. Dengan hanya membekalkan perkakasan

    dan perisisan semata-mata tidak akan menjamin integrasi teknologi maklumat ke dalam

    pendidikan secara berkesan tanpa mengambilkira faktor kecenderungan pelatih atau

    guru untuk menggunakan teknologi (Selwyn, 1997). Kay (1990) pula memmuskan

    bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk

    menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. Woodrow

    (1991:165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer

    sebagai " a central criterion in the evaluation of conlputer courses and in the

    development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap , segala

    program pembahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar

    untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama pembahan iaitu sumber manusia ke

    arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organisasi besar seperti

    Kementerian Pendidikan.

    1.3 Tujuan Kajian

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sikap gum-gum

    sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching Utara terhadap penggunaan

  • komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan ini, kajian ini

    juga akan cuba menghuraikan beberapa objektif kajian seperti berikut:

    1. Mengenalpasti sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer di dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran

    2. Mengenalpasti perbezaan sikap terhadap penggunaan komputer di antara kumpulan

    mata pelajaran, jantina dan pengalaman mengajar

    3. Mengenalpasti hubungan angkubah-angkubah demografi dengan sikap guru-guru

    terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    1.4 Soalan Penyelidikan

    Sebzgsi panduar, untuk nencapai tujuzn dan objcktif-objektif kajian ini, beberapa

    persoalan kajian berikut diiernukakan:

    1. Apakah sikap guru-guru sekolah menengah di Bandaraya Kuching Utara terhadap

    penggunaan komputer

    2. Adakah wujud perbezaan sikap yang signifikan terhadap penggunzan komputcr di

    kalangan guru sekolah menengah di Bandaraya Kuching Utara berdasarkan subjek

    yang diajar, jantina, pemilikan komputer dan pengalaman mengajar.

    3. Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor pembolehubah

    bebas denpan sihap terhadap komputer. Dalam hontehs ini. fahtor-fahtor

  • pembolehubah kelulusan akadenlik, latihan ikhtisas, latihan komputer, tugas

    tambahan, tugas berkaitan komputer dan persepsi kecekapan penggunaan komputer

    telah dikenalpasti sebagai angkubah-angkubah yang digunakan di dalam kajian ini.

    1.5 Definisi Operasional

    1.5.1 Penggunaan komputer

    Penggunaan komputer merujuk kepada penggunaan komputer dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran melalui pelbagai aplikasi termasuk penggmaan CD-Rom, pengurusan

    panitia seperti sistem fail mesyuarat, rekod minit mesyuarat panitia, pengurusan

    peperiksaan dan markah pelajar dan lain-lain kegunaan komputer dalam menjalankan

    tugas di sekolah. Konsep penggunaan komputer ini merangkumi beberapa konsey dar~

    amalan penggunaan komputer dalam pendidiian seperti Pengajaran Berasaskan

    Komputer (Computer-based Instruction), Pengajaran Beruruskan Komputer

    (Computer-managed Ir?structioiz), dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

    (Contpu!er-asslsted Learning).

  • Gum-gum adalah memjuk kepada semua Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan

    Siswazah dan Bukan Siswazah yang dilatih khusus secara ikhtisas oleh Kementerian

    Pendidikan Malaysia dalam subjek Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Menengah dan seumpamanya seperti subjek Tasawur Islam, Pendidiian al-Quran dan

    al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiyab dan dalam subjek Sains dan Matematik

    dan seumpamanya seperti Sains Tambahan, Biologi, Kimia, Fi, Lukisan Kejumteraan

    dan Matematik Tambahan serta mereka diarahkan mengajar subjek-subjek berkenaan di

    sekolah dimana mereka berkhidmat.

    1.5.3 Sekolah-sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Utara

    Sekolah-sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Utara adalah terdiri dari semua

    sekolah-sekolah menengah yang berada di dalam lingkungan persempadanan dan

    tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuching Utara, pusat pentadbiran negeri Sarawak

    yang terletak di bahagian selatan negeri tersebut. Bandaraya Kuching yang meliputi

    kawasan seluas 69,205 km persegi ditadbir oleh dua dewan bandaraya iaitu Kuching

    Utara (53,190 km persegi) dan Kuching Selatan (16,075 km persegi) (Munan. 1988).

  • 1.6 Kepentingan Kajian

    Kajian mengenai sikap terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru perlu

    dijalankan bagi mengenalpasti tahap penerimaan dan persediaan mereka dalam

    menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan serta mengenalpasti faktor-faktor

    yang mempengaruhi tahap penerimaan tersebut. Hasil kajian ini akan :

    1. membolehkan Kementerian Pendidiian Malaysia khususnya Jabatan Pendidikan

    Islam dan Moral, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Perkhidmatan

    Komputer merangka dasar dan pelan bertindak pelaksanaan program penggunaan

    komputer bagi mata pelajaran Pendidikan Islzm dan Sains

    2. dapat digunakan oleh Kementerian Pcndidikan bagi merangka modul-modul latihan

    yang diperlukan untuk melaksanakan program penggunaan komputer dalam ma:a

    pelajaran Pendidikan Islam dan Sains dan,

    3. membolehkan pihak-pihak yang berkenaan menyediakan perisian komputer yang

    bersesuaian dengan pengajaran mata pelajaran Pendidian Islam dan Sains

    1.7 Skop Kajian dan Persampelan

    Kajian ini hanya akan memberi tumpuan terhadap sikap di kalangan guru-guru

    l'cndidihan Islam dan Sains di sekolah-seholah menengah yang terdapat di Bandaraya

    azhar haji ahmad