PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU: SATU … fileinvolved by 100 teachers. The instrument use in...

23

Transcript of PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU: SATU … fileinvolved by 100 teachers. The instrument use in...

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU: SATU TINJAUAN

DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH

DAERAH KUBANG PASU, KEDAH.

NAJAH BT. SULAIMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

OKTOBER 2003

iv

DEDIKASI

Sekalung ucapan buat :

Ayah , Emak yang dicintai….

Pengorbananmu terlalu banyak

Kesabaran dan kecekalanmu tiada terhingga

Dalam membesar dan mendidikku menjadi insan berguna.

Abang - abang dan adik yang dikasihi…..

Terima kasih kerana membantu.

Selagi ada hayatku

Akanku balas sedaya upayaku.

Pensyarah-pensyarah yang disayangi…..

Kudoakan kebaikanmu selalu.

Ilahi,

Terlalu banyak yang kau beri

Dan terlalu sedikit yang mampu ku balas……

Kuredha segala ujian yang Kau beri.

v

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak

membantu saya dalam menyelesaikan Projek Sarjana Muda dan akhirnya dapat

menyiapkannya juga.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penyelia yang

dihormati, En. Mohd. Fadzli B.Ali yang telah banyak membimbing serta memberi

tunjuk ajar dalam menjayakan PSM ini dengan jayanya. Terima kasih juga untuk

pensyarah penilai yang baik hati, Puan Hajah Norani Bt. Mohd. Noor dan

En.Shahrin B. Hashim. Tidak dilupai kepada pihak sekolah yang memberikan

kerjasama sepenuhnya, juga mereka yang telah terlibat sama ada secara langsung

ataupun tidak langsung.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang

disayangi iaitu Juwita Ahmad, Dalilah Abd. Ghany, Zuriyah Johari, Azainun

Kamarudin, Noriza Hijaz, Zainon Daud, Nor Hasimah Abd Karim, Norhayati

Yahaya, Norhayati Yaakub, Khairul Azman Mohamad dan keluarga serumah di

Melawis dimana telah banyak berkerjasama dan membantu serta memberi buah

fikiran yang berguna dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Akhir sekali tidak dilupai kepada keluarga tercinta yang jauh di mata ,

yang telah banyak memberi dorongan dari segi fizikal dan mental , serta sokongan

moral demi menimba ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.

Hanya Allah juga yang dapat membalas jasa kalian dan sesungguhnya yang

baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

SEKIAN , TERIMA KASIH.

vi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penggunaan komputer multimedia di

kalangan guru-guru di empat buah sekolah menengah daerah Kubang Pasu dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang guru.

Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan

kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang

responden. Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab keempat-empat

persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperolehi telah diproses dengan

menggunakan Statistical Package for Social Science, Version 10.0 (SPSS) untuk

menilai peratusan kekerapan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

penggunaan komputer multimedia di kalangan guru adalah pada aras sederhana.

Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh

diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk memaju dan meningkatkan lagi penggunaan

komputer multimedia di kalangan guru.

vii

ABSTRACT

This research wants to study about the multimedia computer using among

the teachers at four secondary schools in Kubang Pasu District. This research

involved by 100 teachers. The instrument use in this descriptive study was a set of

questionnaires. Element A for respondent background and element B for statement

based on the aspects of studies. Statistical Package for Social Science (SPSS),

Version 10.0 analyzed the collected data. All data were analyzed into mode and

percentage. The result was showed about the using of multimedia computer among

the teachers had a medium level. Lastly, The study limitation was stated and a few

recommendations for further studies were also given in this research. All the

information in this research hoped to increased about the multimedia computer using

to all the teachers.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Multimedia 10

1.8.2 Pengajaran 11

1.8.3 Penggunaan 11

ix

1.8.4 Media Pendidikan 12

1.8.5 Teknofobia 12

1.8.6 Inovasi 12

1.8.7 Motivasi 12

1.8.8 Sikap 13

1.8.9 Kreatif 13

1.9 Penutup 13

BAHAGIAN DUA

BAB 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian-kajian yang berkaitan 16

2.2.1 Penggunaan Multimedia 16

2.2.2 Kepentingan Multimedia 17

2.2.3 Masalah Penggunaan

Multimedia 18

2.2.4 Ciri-ciri Latarbelakang

Guru dalam Penggunaan

Multimedia 19

BAHAGIAN TIGA

BAB 111

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 21

x

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22

3.4 Lokasi Kajian 23

3.5 Instrumen Kajian 23

3.5.1 Bahagian A 23

3.5.2 Bahagian B 24

3.6 Prosedur Kajian 24

3.6.1 Kajian Rintis 25

3.6.2 Kajian Sebenar 26

3.7 Analisis Data 26

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 29

4.2 Analisis Data Bahagian A 29

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 30

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 30

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf 31

4.2.4 Taburan Responden Pengalaman 31

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Waktu 32

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Matapelajaran

Utama Diajar 32

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 33

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pernah 33

Berkursus Dalam Teknologi Maklumat 34

4.2.9 Tempoh Berkursus 34

4.3 Bahagian B 34

4.3.1 Mengenalpasti kemudahan Fizikal

xi

Komputer Di Sekolah 35

4.3.2 Mengenalpasti Pengetahuan Guru

Terhadap Komputer bagi

Penggunaan Dalam Pengajaran 38

4.3.3 Mengenalpasti Penggunaan Komputer

Dalam Proses Pengajaran Guru 42

4.3.4 Mengetahui ‘Technofobia’

Di Kalangan Guru 45

4.4 Kesimpulan dan Penutup 48

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Rumusan 51

5.2.1 Profil Responden 51

5.2.2 Persoalan Kajian 52

5.2.2.1 Persoalan Kajian Pertama 53

5.2.2.2 Persoalan Kajian Kedua 54

5.2.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 55

5.2.2.4 Persoalan Kajian Keempat 55

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 56

5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 57

5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 58

5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 58

5.4 Cadangan 59

5.4.1 Guru 59

5.4.2 Pihak Sekolah 59

xii

5.4.3 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri 60

5.4.3 Pihak Kementerian 61

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.6 Penutup 62

RUJUKAN 63

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL JADUAL MUKA SURAT

3.3.1 Populasi dan sampel kajian. 22

3.7.1 Skala Likert 27

3.7.2 Pemeringkatan Skala Likert 27

3.7.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 28

3.7.4 Julat Peratusan Responden 28

4.1 Taburan Responden 30

4.2 Jantina Responden 30

4.3 Taraf Pendidikan 31

4.4 Pengalaman Mengajar 31

4.5 Waktu Mengajar Seminggu 32

4.6 Mata Pelajaran Utama Diajar 32

4.7 Tingkatan Utama Diajar 33

4.8 Pernah Berkursus Dalam Teknologi Maklumat 33

4.9 Tempoh Berkursus 34

4.10 Analisis untuk mengenalpasti tahap kemudahan

Fizikal komputer di empat buah sekolah

Menengah daerah Kubang Pasu, Kedah. 35

4.11 Analisis untuk mengenalpasti pengetahuan

Guru terhadap Komputer bagi Penggunaan

Dalam Pengajaran 38

4.12 Analisis untuk mengenalpasti Penggunaan

Komputer Dalam Proses Pengajaran. 42

4.13 Analisis Untuk Mengetahui ‘Technofobia’

Di Kalangan Guru 45

4.14 Kesimpulan Dapatan Secara Keseluruhan 48

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Dari Mementerian

Pendidikan Malaysia.

C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah.

D Surat Akuan.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kini, teknologi maklumat sudah menjadi suatu perkara biasa. Kebanyakan

guru dan pelajar sedang menggunakannya melalui komputer sebagai suatu aktiviti

penting di sekolah-sekolah. MSC( Gagasan Koridor Raya Multimedia) yang

dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 29 Ogos

1995 menjadi tanda dan kesungguhan kerajaan dalam usaha untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan teknologi maklumat.

Keadaan ini telah mengangkat teknologi multimedia menjadi tunggak dan

strategi pembangunan terbaru Malaysia bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.

Dalam MSC terdapat tujuh agenda utama. Antaranya ialah kad serbaguna dunia,

penyelidikan dan pembangunan (R & D), kerajaan elektronik, jaringan pembuatan

seluruh dunia, pusat pemasaran tanpa sempadan , teleperubatan dan Sekolah Bestari

( Smart School ).

Oleh itu , dalam mencapai matlamat ini, usaha kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan telah mewujudkan Sekolah Bestari bagi meletakkan asas kepada

pembangunan sumber manusia untuk abad ke 21 dan menjamin sebuah negara benar-

benar maju menjadi realiti. Falsafah asas sekolah ini ialah untuk membangun

keupayaan pelajar supaya mampu berfikir dengan lebih inovatif , kreatif dan

analitikal ( Jasiman Ahmad dan Nora Samat, 2000).

2

Sekolah Bestari juga melibatkan keupayaan belajar melalui penggunaan

teknologi maklumat khasnya multimedia. Sekolah ini membolehkan penerokaan dan

pembangunan potensi pelajar melalui kemahiran berfikir dan kemudahan transfomer

yang disediakan. Oleh demikian pembangunan sumber manusia mampu menguasai

dan mempelopori teknologi maklumat dalam sistem pendidikan, ia merupakan satu

langkah yang tepat dan berpandangan jauh.

Justeru itu, penggunaan multimedia menjadi semakin penting untuk guru

terutamanya kemahiran dalam membina slaid dan membuat persembahan Power

Point supaya strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dengan lebih

cekap dan berkesan.

Ini tentunya akan melatih pelajar menggunakan ICT (Teknologi Maklumat

dan Komunikasi) dalam proses pembelajaran mereka. Dengan cara ini, proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih seronok dan dapat

mencabar kebolehan dan keupayaan pelajar (Bahagian Teknologi Pendidikan ,

2001). Ini tentunya menarik minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran tersebut.

Banyak faedah multimedia dalam pendidikan, antaranya ialah menjadikan

pengajaran lebih efektif dengan adanya integrasi elemen-elemen multimedia, pelajar

dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa sahaja, menjimatkan masa

dan kos, tidak memerlukan tenaga pengajar kerana guru cuma bertindak sebagai

fasilitator sahaja, pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan dengan

adanya kemudahan internet dan perpustakaan maya dan yang paling penting, dapat

menarik minat dan memotivasikan pelajar.

Menurut Clark dan Solomon ( 1986), menyatakan bahawa sudah ada anjakan

paradigma dalam pembangunan sistem pengajaran iaitu dari teori behaviorisme ke

kognivitisme ke konstruktivisme. Anjakan paradigma sesungguhnya telah mengubah

pengajaran tradisional kepada pengajaran teknologi pendidikan yang memerlukan

proses, prosedur, rangkakerja konsepsi dan teori-teori yang boleh memudahkan

perubahan dan penyebaran teknologi.

3

Dalam masa yang sama, guru juga memerlukan masa dan kefahaman tentang

bagaimana teknologi dapat menolong mereka ( Chin dan Hortin, 1996). Daripada

kajian yang dibuat oleh Nor Azilah Ngah dan Zarina Samsudin (1997) terdapat

beberapa pola yang menarik pada persepsi dan pengalaman di antara guru-guru.

Untuk kumpulan yang tidak pernah menggunakan komputer, mereka melihat

penggunaan komputer lebih kepada alat pemprosesan perkataan untuk menyediakan

kertas peperiksaan serta menolong mereka dala hal-hal pentadbiran dan pengurusan

rekod pelajar.

Pada masa yang sama, mereka khuatir tentang penyalahgunaan komputer

seperti kesan negatif kepada budaya akibat dari pendedahan pelajar kepada

maklumat yang tidak ditapis melalui internet. Mereka juga bimbang tentang

kelekaan murid dengan permainan komputer, kekurangan komputer di sekolah dan

kurangnya kemahiran komputer dikalangan guru-guru.

Sebenarnya, media teknologi adalah unsur penting persekitaran untuk

membekalkan maklumat yang akan mengubahsuai pengetahuan sedia ada pelajar

melalui penambahan, talaan dan penstrukturan semula atau ciptaan skemata

(Rumelhart dan Norman , 1978). Yang penting bagi pendekatan kognitif ialah pelajar

aktif secara mental mengurus dan memproses maklumat.

Kini terdapat pelbagai jenis perisian kursus untuk pendidikan atau lebih

dikenali sebagai courseware di pasaran dan ianya boleh diklafisikasikan mengikut

kaedah yang digunakan dalam penyampaian kandungan seperti tutorial, latih tubi

dan simulasi.Kemudian ianya diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

bergantung kepada kaedah yang digunakan dalam kandungan perisian.

Ini tentunya akan menjadi alat bantu mengajar yang sungguh berkesan.

Connel (1981) menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai pada

umumnya menjadikan pendidikan lebih konkrit, condong untuk menimbulkan rasa

ingin tahu dan minat serta menambahkan variasi kepada pengajaran dalam kelas.

Che Su dan Mohd. Fo'ad(1993) berpendapat bagi meningkatkan dan memantapkan

4

mutu pengajaran ketika proses pembelajaran, guru digalakkan menggunakan

komunikasi media mengikut kesesuaian mata pelajaran yang hendak disampaikan.

Maka, wajarlah penggunaan multimedia ini diperluaskan penggunaannya di

seluruh Malaysia, agar pengajaran guru menjadi lebih menarik dan berkesan.

Disamping itu penekanan dan latihan mengenai multimedia perlu diadakan sentiasa

agar masyarakat pendidik ini didedahkan kepada teknologi ini secara drastik.

1.2 Latar Belakang Kajian

Adakah terlaksana penggunaan teknologi pendidikan terkini dalam

pengajaran guru seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan?

Kubang Pasu merupakan satu daerah pendidikan yang terletak di utara negeri

Kedah. Ia bersempadan dengan Perlis dan Thailand. Daerah pendidikan ini

mempunyai 15 buah sekolah menengah. Dua daripadanya ialah sekolah bestari iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim,Tanah Merah, Jitra dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Jitra, Jitra.Terdapat juga beberapa buah sekolah biasa yang

dikenali sebagai sekolah literasi komputer. Antaranya ialah SMK Tunku Anum

Tunku Abd. Rahman dan SMK Changlun.

Penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar di sekolah masih lagi

pada tahap yang kurang memuaskan di kalangan guru-guru seperti penggunaan

perisian tertentu. Ini disebabkan beban tugas, pentadbiran sekolah yang kurang

memberi dorongan , masalah perlaksanaan, masalah kewangan , kekurangan

komputer, keadaan bilik darjah , tenaga mahir,kekurangan latihan,bimbingan dan

pendedahan kepada komputer, kemudahan fizikal dan bahan bilik sumber serta sikap

guru itu sendiri yang menolak inovasi (Ritchie dan Rodrigeuz,1996).

5

Perubahan sikap mesti berlaku. Walaupun latihan itu perlu dan guru

sepatutnya mempunyai kebolehan dan kemahiran di dalam penggunaan perisian -

perisian tertentu, mereka mesti selesa dengan penggunaan teknologi dalam setiap

aspek pekerjaan mereka. Mereka tidak boleh sama sekali menjadi 'teknofobia', lalu

memusuhi teknologi pendidikan ini. Menurut Omar Mohd. Hashim (1993), kepada

orang tertentu , teknologi pendidikan merupakan konsep baru. Oleh itu, timbul salah

faham dan menganggap teknologi pendidikan itu semata-mata sebagai satu proses

yang menitikberatkan penggunaan alat-alat moden sahaja seperti radio, tv, VCR,

OHP dan komputer.

Menurut kaca mata golongan ini, teknologi pendidikan merupakan alat

automasi, proses menggunakan alat-alat mekanikal dan mungkin juga kaedah

menggantikan guru biasa dengan guru robot pula. Sebab inilah maka timbul satu

perasaan di kalangan sesetengah guru yang takut kepada teknologi pendidikan ,

hinggakan mereka bersikap memusuhi teknologi.

Sikap seumpama ini adalah salah kerana berdasarkan fahaman yang salah

tentang pengertian teknologi pendidikan . Ini kerana penggunaan teknologi ini akan

membantu dalam peningkatan persembahan pengajaran mereka. Walaupun ini

mengambil masa yang lama,( Dupagne dan Krendl ,1992), semasa membuat ulasan

karya tentang sikap guru terhadap komputer, mendapati bahawa pengalaman

menggunakan komputer akan memupukkan sikap positif kepada teknologi komputer.

Dalam hal menggunakan multimedia sebagai alat bantu mengajar, guru perlu

diberi latihan semasa di institusi pengajian lagi, manakala bagi guru yang bertugas di

sekolah diberikan khusus jangka pendek secara berperingkat-peringkat dalam

perkhidmatan., guru lebih banyak menggunakan kaedah tradisional iaitu kapur dan

bercakap ataupun yang terbaru menggunakan papan putih .

Cara-cara pengajaran pembelajaran tradisional yang menggunakan kapur

dan bercakap serta bergantung hanya kepada buku-buku tidak lagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran , apatah lagi sebagai kaedah untuk

menguji dan mencabar keupayaan fikiran , kebolehan dan daya imiginasi pelajar-

6

pelajar. Walaupun pada ketika dan situasi tertentu cara-cara pengajaran dan

pembelajaran tradisional boleh digunakan di dalam kelas akan tetapi ia seringkali

menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar-pelajar (Kassim Abas, 1982).

Untuk melengkapkan diri dengan ciri-ciri tersebut, para guru perlu

mempunyai jati diri yang mantap, komited dalam profesion perguruan , bersemangat

dan kuat bagi menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar kini iaitu di era

yang pastinya melibatkan ICT.

Guru perlu menginovasikan pengajaran mereka dengan teknologi terkini

yang mengabungkan elemen-elemen pandang, dengar dan lihat seperti penggunaan

teks yang menarik, audio,video,visual dan animasi yang interaktif.

Ini dikuatkan lagi dengan kajian computer Tecnology Research (CTR, 1993)

menyatakan bahawa seseorang dapat menyimpan hanya 20% daripada apa yang

mereka lihat, 30% daripada apa yang mereka dengar, 50% daripada apa yang mereka

lihat dan dengar dan 80% daripada apa yang mereka lihat, dengar dan buat serentak.

Ini disokong oleh pepatah Cina. Conficius menyatakan “ aku dengar aku lupa, aku

lihat aku ingat , aku buat aku faham.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang mahal dan paling

penting untuk pembangunan negara. Semua cerdik pandai negara lahirnya dari

sekolah. Oleh itu guru-guru perlu sentiasa membimbing, memimpin serta

menggunakan teknologi-teknologi baru untuk menjadikan sistem pendidikan negara

lebih produktif dan efesien.

Pembelajaran bukan sahaja terhad kepada buku dan alatan tulis - menulis

tetapi juga meliputi alatan elektronik yang canggih seperti komputer dan video. Alat

7

teknologi ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghasilkan output

pembelajaran yang maksimum (Azma ,1990)

Walaubagaimanapun, persoalannya ialah sejauh mana alat teknologi

multimedia yang dibekalkan di sekolah-sekolah digunakan sepenuhnya oleh guru-

guru dalam pengajaran di bilik-bilik darjah. Adakah ia mencukupi untuk menampung

sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Daripada kajian -kajian

dan tinjauan yang dijalankan di sekolah- sekolah didapati penggunaan multimedia

dalam pendidikan di kalangan guru-guru masih kurang memuaskan terutamanya di

sekolah harian.

Seperti pernyataan oleh Ahmad Ramzi, (1993) Memang tidak dapat

disangkalkan terdapat sebilangan kecil guru yang menggunakan media pendidikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keengganan guru menggunakan media

pendidikan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terbatas dan

kurang berkesan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk :

1.4.1 Mengenalpasti kemudahan fizikal komputer di sekolah yang dikaji .

1.4.2 Mengetahui sejauh mana pengetahuan guru terhadap penggunaan komputer.

1.4.3 Meninjau sejauh mana penggunaan komputer dalam proses pengajaran guru.

1.4.4 Mengenalpasti sejauh mana ‘technofobia’ mempengaruhi guru dalam

mengendalikan komputer.

8

1.5 Persoalan Kajian.

1.5.1 Bagaimanakah kemudahan fizikal komputer di sekolah?

1.5.2 Sejauh manakah pengetahuan guru terhadap penggunaan komputer?

1.5.3 Sejauh manakah penggunaan komputer dalam proses pengajaran guru?

1.5.4 Adakah ‘technofobia’ mempengaruhi guru dalam mengendalikan komputer?