Penggunaan Teknologi Dalam Perkembangan Tamadun Awal Manusia

3
Soalan: Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia. Jawapan cadangan: Penggunaan teknologi bererti penggunaan ilmu mengenai cara-cara mencipta barangan-barang dalam perusahaan seperti bagunan, jentera dan lain-lain. Manakala tamadun dapat didefinisikan sebagai suatu petempatan yang kekal dan suatu proses yang berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh masyarakat. Menurut Professor M.A.J.Beg, tamadun ialah pencapaian manusia dalam bentuk kata, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. Contohnya di Mesir dan Mesopotamia, struktur masyarakat menjadi lebih teratur apabila pembentukan sebuah kerajaan berlaku. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi sememangnya wujud dalam perkembangan tamadun awal manusia seperti tamadun Mesir, Mesopotamia, China, India dan sebagainya. Salah satu penggunaan teknologi dalam perkembagan tamadun awal manusia dapat dilihat dari segi teknologi pembinaan bandar terancang di tamadun India. Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. Pembinaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan penggunaan teknologi yang tinggi apabila bandar-bandar ini dibina secara terancang mengikut pelan yang sama. Pembinaan bandar-bandar di tamadun India menggunakan batu-batu yang bermutu tinggi. Batu-batu tersebut diperbuat daripada bahan yang dibakar di bawah suhu yang tinggi supaya dapat meningkatkan daya tahanan semasa pembinaan. Pembinaan kolam mandi besar (The Great Bath) berukuran 12*7 meter dan 2.5 meter dalam memperlihatkan kemajuan tinggi dalam teknologi pembinaan. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam menuju ke bahagian dasar kolam. Tangga ini dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Keunikan kolam ini ialah air kolam boleh dikosongkan dan diisi semula. Kolam mandi turut dibina dengan bilik-bilik mandi persendirian untuk kegunaan golongan pendeta. Selain itu, perkembangan tamadun awal manusia dapat dilihat melalui penggunaan teknologi peralatan. Kemunculan tamadun-tamadun awal seperti di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Logam-logam ini dibuat menjadi bajak dan alat

description

Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.

Transcript of Penggunaan Teknologi Dalam Perkembangan Tamadun Awal Manusia

Page 1: Penggunaan Teknologi Dalam Perkembangan Tamadun Awal Manusia

Soalan: Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.

Jawapan cadangan:

Penggunaan teknologi bererti penggunaan ilmu mengenai cara-cara mencipta barangan-barang dalam perusahaan seperti bagunan, jentera dan lain-lain. Manakala tamadun dapat didefinisikan sebagai suatu petempatan yang kekal dan suatu proses yang berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh masyarakat. Menurut Professor M.A.J.Beg, tamadun ialah pencapaian manusia dalam bentuk kata, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. Contohnya di Mesir dan Mesopotamia, struktur masyarakat menjadi lebih teratur apabila pembentukan sebuah kerajaan berlaku. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi sememangnya wujud dalam perkembangan tamadun awal manusia seperti tamadun Mesir, Mesopotamia, China, India dan sebagainya.

Salah satu penggunaan teknologi dalam perkembagan tamadun awal manusia dapat dilihat dari segi teknologi pembinaan bandar terancang di tamadun India. Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. Pembinaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan penggunaan teknologi yang tinggi apabila bandar-bandar ini dibina secara terancang mengikut pelan yang sama. Pembinaan bandar-bandar di tamadun India menggunakan batu-batu yang bermutu tinggi. Batu-batu tersebut diperbuat daripada bahan yang dibakar di bawah suhu yang tinggi supaya dapat meningkatkan daya tahanan semasa pembinaan. Pembinaan kolam mandi besar (The Great Bath) berukuran 12*7 meter dan 2.5 meter dalam memperlihatkan kemajuan tinggi dalam teknologi pembinaan. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam menuju ke bahagian dasar kolam. Tangga ini dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen. Keunikan kolam ini ialah air kolam boleh dikosongkan dan diisi semula. Kolam mandi turut dibina dengan bilik-bilik mandi persendirian untuk kegunaan golongan pendeta.

Selain itu, perkembangan tamadun awal manusia dapat dilihat melalui penggunaan teknologi peralatan. Kemunculan tamadun-tamadun awal seperti di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan penggunaan logam seperti

Page 2: Penggunaan Teknologi Dalam Perkembangan Tamadun Awal Manusia

tembaga, gangsa dan besi. Logam-logam ini dibuat menjadi bajak dan alat pertanian lain untuk kegiatan pertanian. Hasil penciptaan ini secara tidak langsung telah meluaskan kawasan pertanian. Kesan daripada ini, pengeluaran ekonomi bertambah dan mampu menampung keperluan sebahagian besar masyarakat di bandar mahupun di luar bandar. Jelasnya, penggunaan teknologi peralatan mampu menggalakkan ekonomi tempatan yang membawa perkembangan tamadun.

Tambahan lagi, teknologi pengairan turut membawa kepada perkembangan tamadun. Hal ini demikian, kerana hasil pertanian sesuatu tamadun akan berkembang pesat sekiranya terdapat sistem perairan dan terusan yang sistematik. Proses pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesia memudahkan masyarakat untuk mengawal air-air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Malahan, proses perairan yang dijalankan membolehkan Mesir mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku yang boleh membawa kerosakan kepada tanaman. Kebanyakan tamadun-tamadun yang terletak di tebing sungai seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus dan Hwang Ho akan dilengkapi dengan sistem perairan untuk tujuan pertanian.

Penggunaan teknologi pengangkutan dapat dilihat dalam perkembangan sesuatu tamadun. Penciptaan roda membawa perubahan kepada corak pengangkutan. Dengan ini, kereta kuda dan lembu dicipta untuk mengangkut hasil pertanian yang lebih banyak. Hal ini telah menjimat tenaga manusia yang sebelum ini perlu mengangkut hasil tanaman dengan kekuatan manusia. Penggunaan teknologi roda juga dapat mempercepat industri seperti industri kerja tangan bagi memenuhi permintaan agama dan sosial. Penciptaan roda turut menyebabkan barangan yang dihasilkan secara seragam dan kemudiannya dapat dieksport. Contoh barang yang dapat dihasilkan dengan seragam yang melalui penggunaan teknologi roda ialah tembikar. Hal ini menggalakkan perdagangan antara tamadun. Misalnya, perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

Selain itu, penggunaan teknologi perkapalan memudahkan dan membantu pengangkutan barangan dari pulau ke tempat lain. Penggunaan teknologi ini dapat mengembangkan tamadun awal manusia. Dalam penggunaan teknologi ini, tenaga angin diperlukan sebagai corak pengangkutan baru dan untuk mengelakkan “Wind Mills”. Perdagangan jarak jauh dapat direalisasikan untuk memperoleh bahan-bahan mentah untuk keperluan pelbagai bidang antara tamadun-tamadun awal ini. Hal ini menyebabkan pertembungan tamadun-tamadun berlaku. Ciri-ciri kebudayaan

Page 3: Penggunaan Teknologi Dalam Perkembangan Tamadun Awal Manusia

pembinaan bangunan, agama dan ekonomi sesebuah kerajaan dapat diperkaya dengan pertukaran fikiran dan teknik perindustrian menerusi pertembungan tamadun-tamadun ini.

Perkembangan tamadun awal manusia juga dapat dilihat dalam penggunaan teknologi perekodan. Penciptaan sistem tulisan merupakan satu faktor yang penting dalam pembentukan dan perkembangan sesebuah tamadun awal. Hal ini disebabkan oleh tulisan adalah asas kepada penambahan pengetahuan dan berfungsi melicinkan pengurusan ekonomi. Dengan adanya tulisan, banyak perkara dapat direkodkan. Pengganaan teknologi tulisan yang berbentuk simbollisme dapat merekodkan hal-hal pentadbiran, keagamaan, aktiviti perniagaan, perdagangan dan sebagainya. Contoh tulisan yang berbentuk simbollisme ialah tulisan ideogram di China, Piktograf di India, Cuneiform di Mesopotamia, dan Heiroglif di Mesir. Jelasnya sistem tulisan memperlihatkan teknologi yang berkesan dalam merekod ingatan-ingatan dalam bentuk tulisan atau simbollisme.

Tambahan lagi, penghasilan pakaian oleh masyarakat turut memperlihatkan penggunaan teknologi tenunan yang berkesan. Manusia pada zaman paliolitik membuat pakaian mereka daripada kulit dan bulu binatang disebabkan suhu yang sejuk. Keadaan ini berbeza pada zaman Neolitik dimana manusia mula membuat pakaian mereka daripada gentian tanaman. Perubahan persekitaran telah mempengaruhi manusia pada masa itu untuk mencipta alat tenunan. Jelasnya, tamadun-tamadun yang muncul dalam zaman Neolitik telah menggunakan teknologi tenunan dalam membuat pakaian mereka.

Kesimpulannya, penggunaan teknologi sememangnya dapat dilihat dalam perkembangan tamadun awal manusia. Penggunaan teknologi yang berbagai bukan sahaja mengatasi masalah atau kekurangan yang dihadapi malahan mencapai kemajuan yang tinggi pada masa hadapan. Hal ini telah mengembangkan tamadun-tamadun manusia.