Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam...

7
147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam Kanak-Kanak Mohammad Rahimee Ibrahim Asia e University ABSTRAK Kajian ini yang menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pola pendidikan islam di Malaysia samada secara rasmi atau tidak memfokuskan kepada kemajuan teknologi di dalam bidang pendidikan. Kesedaran akan kepentingan pendidikan Islam di usia awal kanak-kanak yang semakin meninggi di Malaysia turut disumbang oleh kemajuan teknologi maklumat. Penggunaan pelbagai medium canggih berasaskan teknologi maklumat didapati banyak mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak di dalam mempelajari agama Islam di usia awal mereka. Di akhir kajian, penggunaan teknologi maklumat di dapati bahawa penggunaan teknologi maklumat menyokong perkembangan pendidikan awal Islam kepada kanak-kanak tanpa mengambil peranan “guru” sebagai murabbi. Pengenalan Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal ayat ke 28 yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar” Mengambil pentaddaburan dari Surah Yusuf; apabila saudara-saudara Nabi Allah Yusuf meminta izin Nabi Yaakub untuk membawa Yusuf keluar bermain, mereka berkata “Lepaskanlah ia bersama kami esok untuk bersuka ria dan bermain. Kami akan menjaganya” Surah Yusuf ayat 12. Nabi Yaakub tidak menyalahkan mereka malah membiarkan Yusuf pergi bersama mereka. Ini menunjukkan Islam mengiktiraf dan menggalakkan keinginan bermain di dalam diri kanak-kanak. Pada zaman Rasullullah SAW, kanak-kanak dimuliakan dan dilayan dengan mengambil kira hak mereka di dalam masyarakat. Kanak-kanak dibiarkan meneroka di pelbagai aktiviti kemasyarakatan sehinggakan masjid juga diibaratkan menjadi taman permainan buat mereka. Kaedah pendidikan sedari usia muda ini diterapkan Rasullullah SAW tanpa menolak hak-hak mereka sebagai seorang kanak-kanak. Selari dengan peredaran zaman, kemajuan teknologi telah banyak mengubah struktur kehidupan manusia. Kebergantungan manusia terhadap kecanggihan teknologi telah menjadikan manusia semakin bergerak tanpa sempadan masa dan tempat. Bidang pendidikan sendiri telah banyak berlaku revolusi di mana pembelajaran secara maya semakin dimajukan oleh pelbagai pihak. Kepantasan capaian internet membuka ruang yang luas buat manusia sejagat untuk beredar di ruang maya yang luas. Ini secara tidak langsung membuka satu ruang pengetahuan dan ilmu yang terlalu luas. Dalam konteks pendidikan awal Islam kanak-kanak, tanpa kita sedari telah banyak unsur-unsur teknologi diselitkan di alam pengenalan pendidikan mereka. Media-media maya dan kecanggihan produk-produk pembelajaran semakin mendapat tempat di kalangan pendidik terutamanya para

Transcript of Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam...

Page 1: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

147

Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam Kanak-Kanak

Mohammad Rahimee Ibrahim

Asia e University

ABSTRAK

Kajian ini yang menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pola pendidikan islam di Malaysia

samada secara rasmi atau tidak memfokuskan kepada kemajuan teknologi di dalam bidang

pendidikan. Kesedaran akan kepentingan pendidikan Islam di usia awal kanak-kanak yang

semakin meninggi di Malaysia turut disumbang oleh kemajuan teknologi maklumat. Penggunaan

pelbagai medium canggih berasaskan teknologi maklumat didapati banyak mempengaruhi

perkembangan pemikiran kanak-kanak di dalam mempelajari agama Islam di usia awal mereka.

Di akhir kajian, penggunaan teknologi maklumat di dapati bahawa penggunaan teknologi

maklumat menyokong perkembangan pendidikan awal Islam kepada kanak-kanak tanpa

mengambil peranan “guru” sebagai murabbi.

Pengenalan

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal ayat ke 28 yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan

sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”

Mengambil pentaddaburan dari Surah Yusuf; apabila saudara-saudara Nabi Allah Yusuf meminta

izin Nabi Yaakub untuk membawa Yusuf keluar bermain, mereka berkata “Lepaskanlah ia

bersama kami esok untuk bersuka ria dan bermain. Kami akan menjaganya” Surah Yusuf ayat 12.

Nabi Yaakub tidak menyalahkan mereka malah membiarkan Yusuf pergi bersama mereka. Ini

menunjukkan Islam mengiktiraf dan menggalakkan keinginan bermain di dalam diri kanak-kanak.

Pada zaman Rasullullah SAW, kanak-kanak dimuliakan dan dilayan dengan mengambil kira hak

mereka di dalam masyarakat. Kanak-kanak dibiarkan meneroka di pelbagai aktiviti

kemasyarakatan sehinggakan masjid juga diibaratkan menjadi taman permainan buat mereka.

Kaedah pendidikan sedari usia muda ini diterapkan Rasullullah SAW tanpa menolak hak-hak

mereka sebagai seorang kanak-kanak.

Selari dengan peredaran zaman, kemajuan teknologi telah banyak mengubah struktur kehidupan

manusia. Kebergantungan manusia terhadap kecanggihan teknologi telah menjadikan manusia

semakin bergerak tanpa sempadan masa dan tempat. Bidang pendidikan sendiri telah banyak

berlaku revolusi di mana pembelajaran secara maya semakin dimajukan oleh pelbagai pihak.

Kepantasan capaian internet membuka ruang yang luas buat manusia sejagat untuk beredar di

ruang maya yang luas. Ini secara tidak langsung membuka satu ruang pengetahuan dan ilmu yang

terlalu luas.

Dalam konteks pendidikan awal Islam kanak-kanak, tanpa kita sedari telah banyak unsur-unsur

teknologi diselitkan di alam pengenalan pendidikan mereka. Media-media maya dan kecanggihan

produk-produk pembelajaran semakin mendapat tempat di kalangan pendidik terutamanya para

Page 2: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

148

ibubapa. Kajian berdasarkan pemerhatian ini akan meneliti dan berbicara akan impak penggunaan

teknologi ke atas perkembangan pendidikan awal Islam kanak-kanak. Selain itu kita akan melihat

bagaimanakah masyarakat sekeliling melihat tanpa mereka sedari kebergantungan mereka

terhadap struktur awal pendidikan Islam anak-anak mereka.

Kaedah Konvensional Pembelajaran

Metod awal pendidikan dikatakan bermula seawal di kandungan ibu lagi. Tarbiah secara

kerohanian ini digalakkan untuk membantu bayi dalam kandungan untuk mula memahami pola

pembelajaran. Selepas kelahiran mereka pula Rasullullah SAW membahagikan peringkat

pembelajaran kepada 4 tahap dengan penekanan kasih sayang berada pada tahap satu dan dua dari

umur kelahiran sehinggalah berusia 7 tahun. Pada peringkat ini anak-anak dimanjakan dan

ditumpahkan sepenuh kasih sayang bagi membentuk sahsiah dan kekuatan ikatan kekeluargaan.

Tokoh pemikir Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan lain-lain lagi telah

memperkatakan akan kepentingan pembelajaran ketika bermain oleh kanak-kanak. Sifat

semulajadi kanak-kanak yang gemar bermain digarap agar menjadikan permainan mereka itu

menyumbang kearah pembentukan keperibadian kanak-kanak. Namun demikian pada zaman

moden ini, peranan “bermain” ini telah banyak di ambil alih oleh televisyen, permainan maya,

internet dan lain-lain media sosial. Kanak-kanak kini lebih gemar berada di dalam rumah dengan

keasyikan kesemua ini tanpa mahu lagi bermain di padang-padang permainan dan bersosial dengan

rakan-rakan sebaya yang lain.

Jika kita kembali merenung pada zaman dahulu, pembelajaran banyak disampaikan melalui

penceritaan. Ibubapa dan kalangan yang berusia akan bercerita kepada anak-anak akan sejarah

Islam, sirah Rasullullah SAW, kisah para sabahat dan sebagainya. Malah terdapat juga pelbagai

cerita rakyat yang terselit mesej-mesej insani bagi mendidik jiwa dan kerohanian anak-anak. Kita

sering diceritakan melalui pembacaan cerita-cerita hikayat akan kehebatan Islam, kitab-kitab

fekah, tauhid, rukun Islam, rukun iman, dan banyak lagi. Kesemua pembelajaran ini berlangsung

hampir secara tidak rasmi dan melibatkan banyak penggunaan hubungan jiwa di antara sang

pencerita dan si pendengar.

Imam Al Ghazali menegaskan kepentingan ibubapa dan para guru sebagai mentor penting dan

ikutan kepada kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meniru perilaku orang lain

menjadikan konsep pembelajaran secara pemerhatian berlaku secara tidak langsung di dalam

pendidikan awal kanak-kanak. Maka dalam kitab beliau “Ayyuha al-Walad”, Imam Al Ghazali

menyarankan pendidikan jiwa dengan jiwa atau ahlal bilhal.

Konsep Pembelajaran Awal Islam Dahulu dan Kini

Pendidikan akhlak dan pembentukan sahsiah yang mulis menjadi teras pembentukan seorang

muslim yang baik. Islam dibentuk dengan kekayaan ilmu di seluruh pelusuk dunia. Amalan dan

pendekatan Islam perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif serta bersepadu

gabungan Islam di seluruh dunia.

Page 3: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

149

Pendidikan barat telah membangunkan banyak modul program pengasuhan kanak-kanak seperti

“Montessori”, “Reggio Emilio”, High Scope” dan sebagainya. Di negara Jepun pembentukan

pendidikan awal mereka terarah kepada aspek kebersihan, kesihatan dan pemakanan yang sihat.

Manakala di New Zealand pula penekanan kepada konsep kebudayaan dan menghormati tatacara

kehidupan masyarakat Maori dititikberatkan di dalam pembelajaran awal mereka. Ketika

masyarakat bukan Islam ini memperkenalkan kaedah-kaedah pembelajaran awal ini, ternyata Ibnu

Sina telah terlebih awal membincangkan kepentingan kebersihan dan penjagaan kesihatan kepada

asas pembentukan diri yang sihat. Manakala Ibn Khaldun berbicara akan perbezaan pengalaman

kanak-kanak dapat menjadikan diri mereka matang dan belajar dari kesilapan serta tidak mudah

putus asa.

Di zaman pemerintahan Khalifah Umar Ibni Al-Khattab, beliau banyak menyediakan ruang dan

aktiviti keduniaan di masjid-masjid. Segenap ruang masjid digunakan bagi menjalankan program-

program yang menggalakkan kesatuan ummah. Kanak-kanak juga tidak terkecuali di dalam segala

perancangan aktiviti dan program ini. Kanak-kanak dan golongan muda diberi layanan dan hak

yang sepatutnya malah diberi tempat bersama-sama dengan golongan dewasa di dalam pembuatan

keputusan.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam karangan kitabnya bertajuk Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Jilid 2)

menyarankan kerjasama antara rumah, sekolah dan masjid. Beliau menggariskan dua syarat utama

kerjasama ini iaitu keserasian antara bimbingan di rumah dan masjid serta bertujuan mewujudkan

keseimbangan dan integrasi dalam membina sahsiah muslim. Dr. Abdullah Nasih Ulwan

menyatakan bahawa sekiranya terjalin kerjsama ini maka kanak-kanak Islam akan menjadi anak

yang seimbang rohani, jasmani, akal dan psikologi.

Beliau turut menambah akan kepentingan menyediakan medium kebudayaan sebagai platform

pembelajaran kepada kanak-kanak. Medium-medium seperti penyediaan perpustakaan khas untuk

kanak-kanak, melanggan majalah Islam samada secara bulanan atau mingguan, menggunakan

kaedah filem, lawatan ke tempat-tempat ilmu seperti muzium dan sebagainya. Medium-medium

ini mampu mencorak pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih efektif bersesuaian dengan tabiat

dan fitrah kanak-kanak yang gemarkan aktiviti-aktiviti luar rumah. Meskipun demikian,

sebahagian medium-medium ini pada masa kini telah banyak ddidapati dalam bentuk elektronik.

Kemajuan teknologi maklumat telah memudahkan pembelajaran melalui bahan bacaan secara

digital seperti e-buku dan e-majalah. Filem-filem yang dihasilkan oleh para penggiat seni pula

telah membanjiri pasaran dan terdapat banyak karya-karya yang menyingkap akan sejarah Islam,

ketamadunan manusia dan perihal kejadian alam. Ini secara tidak langsung memudahkan

pemindahan maklumat kepada kanak-kanak dan menjadikan pembelajaran lebih seronok untuk

dipelajari.

Pengarang kitab Alla’bu Wabinaus Syakhshiyyatif; ‘Athif Abul’id Syeikh Muhammad Sa’id

Marsa yang diterjemahkan dalam edisi Indonesia; Bermain lebih baik daripada nonton TV;

menyebut bahawa Dr. Ahmad Shadiq al-Jaraf menjelaskan bahawa mainan kanak-kanak memiliki

pengaruh yang sangat penting kepada tumbesaran mereka. Mainan kanak-kanak disinonimkan

seperti makanan buat mereka yang menjadi inti kesihatan psikologi dan fizikal mereka. Kanak-

kanak harusnya digalakkan bermain di persekitaran luar rumah agar mereka dapat belajar

kehidupan sebenar di luar rumah. Di dalam ash-Shahihain dari Anas R.A, dia berkata “Ketika aku

sedang bermain-main bersama beberapa kanak-kanak lain tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan

Page 4: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

150

mengutusku untuk suatu keperluan”. Baginda juga membawa boneka dan patung-patungan untuk

Aisyah bagi digunakan bermain-main sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari Muslim.

Satu kajian oleh Akademi Kesihatan Otak Nasional di Amerika Syarikat telah membuktikan

bahawa ada empat hubungan negatif yang kuat antara menonton televisyen dan prestasi belajar.

Televisyen mampu untuk menjadi musuh kepada kanak-kanak dan merampas sebahagian besar

usia muda kanak-kanak yang menyebabkan masa-masa penting untuk mereka belajar, bermain dan

tidur tersia begitu sahaja.

Seorang pakar kanak-kanak, Dr. Sa’diyyah Bahwar menegaskan bahawa ibubapa bakal

menghadapi kesulitan yang serius sekiranya anak-anak mereka telah terpengaruh dengan segala

macam sogokan program-program di televisyen. Pengaruh televisyen yang tidak hanya datang dari

program-program televisyen malah iklan-iklan yang ditayangkan juga sebahagian besarnya

memberi impak yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak.

Noor Aini Ahmad (2014) turut menyokong penggunaan permainan atau bahan berteknologi

sebagai pemangkin bagi kenak-kanak mempelajari sesuatu namun bimbingan dan panduan

daripada orang-orang yang rapat dengan kanak-kanak ini mestilah wujud. Penggunaan permainan

yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak dan dengan pentafsiran akam mesej permainan dari

golongan dewasa mampu mencorak pemikiran kreatif kanak-kanak.

Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa bimbingan golongan dewasa seperti ibubapa dan

pendidik penting bagi memastikan kefahaman ilmu yang ditimba menerusi medium-medium

elektronik ini benar-benar menurut ajaran Islam yang sebenarnya. Kemunculan banyak ajaran-

ajaran yang menyimpang dari ajaran sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang juga turut

menggunakan media-media elektronik sebagai medium penyampaian mereka dibimbangi

merosakkan pemikiran dan kefahaman kanak-kanak. Oleh sebab itu, bahan-bahan pembelajaran

yang bersifat maya ini hanya boleh dikategorikan sebagai bahan sokongan pembelajaran yang

harus dipimpin pembelajarannya oleh golongan dewasa dan para pendidik.

Penggunaan medium-medium elektronik ini lebih banyak membantu golongan yang telah dewasa

untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Golongan yang telah matang akan mampu menterjemah dan

mentafsir perkara-perkara yang baik dan buruk menerusi pembacaan atau tontonan mereka.

Manakala kanak-kanak akan lebih bersifat menerima dan mempercayai segala yang dibaca dan

ditonton mereka. Para ulama’ melarang orang kafir ataupun orang yang fasik daripada mengasuh

anak-anak Islam kerana ia mampu membawa pengaruh yang negatif terhadap akhlak dan perilaku

anak-anak tersebut. Persoalan timbul apabila penggunaan teknologi masa kini telah banyak

menghasilkan bahan-bahan pembelajaran untuk kanak-kanak secara elektronik dan

kebanyakannya dihasilkan oleh mereka-mereka yang tergolong dalam larangan para ulama itu.

Maka anasir-anasir negatif semakin mudah menempatkan keilmuannya ke dalam pemikiran dan

tabiat kanak-kanak Islam. Di sinilah peranan para ibubapa dan pendidik sekali lagi menjadi tunjang

atau pendinding terhadap kesemua bahan-bahan pembelajaran elektronik ini.

Ahmad Esa, Baharom Mohamad & Siti Nasrah Mukhtar (2007) menginginkan agar penggunaan

teknologi multimedia digunakan dengan meluas di dalam mendidik kanak-kanak di usia awal

mereka. Izam Shah (2007) menerusi kajiannya menyatakan bahawa perisian-perisian permainan

kini sengaja direka untuk menghibur dan dimainkan sebagai satu bentuk rekreasi kepada kanak-

kanak. Namun apa yang menyedihakan ialah perisian-perisian permainan untuk tujuan pendidikan

Islam amat kecil bilangannya. Latifah Abdul Majid (2012) memandang kepada peranan dan

Page 5: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

151

tanggungjawab TADIKA kerajaan dan swasta sebagai sumber utama pembelajaran awal kanak-

kanak meskipun tanggungjawab ini telah sedia ada pada ibubapa, guru, ahli keluarga dan

masyarakat. Beliau turt menyatakan bahawa peranan TADIKA ini harus diperluaskan kepada

pemebentukan sahsiah dan jati diri kanak-kanak tersebut.

Hasil Penulisan

Ibn Khaldun menerangkan bahawa “Manusia sebagaimana makhluk haiwan lainnya juga

mempunyai sifat hayawaniyat-nya seperti al-hiss (rasa), al-harakat (gerak), memerlukan alqiza

(makanan) dan tempat tinggal (al-kanni). Manusia berbeza dengan makhluk lain kerana manusia

berkeupayaan untuk berfikir. Dengan potensi itu manusia dapat mencari keperluan hidup. Dengan

potensinya, manusia dapat berinteraksi dengan sesamanya untuk tujuan-tujuan kesejahteraan

hidup bersama. Juga dengan potensinya, manusia dapat menerima ajaran-ajaran dari Allah yang

disampaikan oleh para Nabi kepadanya”.

Secara semulajadi manusia terbentuk dalam bentuk “potensi” untuk berkembang tahap demi tahap

di mana proses pengembangan tersebut berlanjutan dari awal kelahiran sehinggalah kita meninggal

dunia. Pendidikan secara rasmi dan tidak rasmi bertujuan untuk memaksimumkan pertumbuhan

dan perkembangan potensi semulajadi manusia ini. Kaedah ikhtiar atau sifat untuk terus hidup

menjadikan manusia lebih matang dan mampu mempelajari sesuatu yang baru menggunakan apa

jua medium pembelajaran.

Ibn Khaldun sendiri meletakkan pendidikan itu sebagai salah satu dari kerangka ketamadunan

dengan menititk-beratkan elemen-elemen kemasyarakatan di dalam pembelajaran. Beliau

berpandangan bahawa manusia yang dianugerahkan dengan kelebihan berfikir mampu mentafsir

dan memahami hal-hal yang berada di luar dirinya. Kemampuan inilah yang dikatakan sebagai

potensi diri yang bakal mencapai satu tahap pengembangan melalui al-ta’lim yakni pendidikan

dan al-riyadat yakni latihan. Pendidikan dan latihan yang bersesuaian dengan pergerakan

pengembangan pemikiran dan fizikal manusia mampu menjadikan seorang manusia itu hebat

berfikir. Beliau berbicara akan pengaruh luar yang berstruktur yang dapat memaksimumkan

potensi manusia kearah yang lebih sempurna.

Pentafsiran dari pendapat Ibn Khaldun ini menyokong teori pendidikan masa kini yang banyak

berkisar pada pemerhatian terutamanya kepada kanak-kanak. Pengaruh-pengaruh media

elektronik menguasai penyampaian ilmu kepada masyarakat. Bagi seorang kanak-kanak pula,

mereka lebih cenderung untuk meyakini apa yang ditonton dan diceritakan. Meskipun terdapat

banyak unsur-unsur negatif di dalam tontonan dan penglihatan mereka, tidak dapat dinafikan ianya

juga turut menyumbang kepada perkembangan pemikirian kanak-kanak tersebut.

Melalui penulisan ini, saya merumuskan bahawa:

1. Pendidikan di usia awal kanak-kanak menjadi sesuatu yang amat bernilai seumpama

menjaga sekecil api, bermanfaat buat kehidupan manusia namun menjadi musuh hebat

sekiranya menjadi besar.

Page 6: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

152

2. Pentarbiahan pendidikan awal kanak-kanak memerlukan bimbingan yang rapat dari

seorang dewasa di mana peranan sebagai pembimbing ini bukan sahaja pada ibubapa malah

keseluruhan masyarakat mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri.

Apabila bala Allah diturunkan, ianya bukan sahaja untuk mereka yang kufur kepadaNYa

tetapi untuk semua.

3. Kecanggihan teknologi maklumat mampu menyokong pertumbuhan pembelajaran kanak-

kanak dengan lebih berkesan namun tidak dapat menggantikan tugas sebagai pendidik

sejati. Pengajian secara talaqqi dan mendampingi guru-guru masih utuh sebagai medium

utama penyebaran dan penyampaian ilmu khususnya buat kanak-kanak.

Al-Quran yang dibaca melalui peralatan elektronik seperti telefon tangan dan sebagainya

tidak mungkin akan sama penghayatan dari segi kerohaniannya berbanding jika kita

memegang dan membaca sebuah kitab Al-Quran sebenar.

4. Masyarakat terutamanya ibubapa dan golongan pendidik tidak seharusnya menyerahkan

kepada kecanggihan teknologi semata-mata di dalam meningkatkan ilmu pengetahuan

anak-anak mereka. Meskipun dunia pendidikan kini terarah kepada pendidikan berteraskan

maya dengan segala macam portal elektronik dibangunkan, pendidikan Islam yang lebih

efektif di dalam membina jiwa dan adab insan masih memerlukan pendekatan bersemuka.

Bicara ilmuwan Islam menyentuh akan sistem pembelajaran bersemuka, pondok-pondok dan

madrasah-madrasah moden juga semakin giat didirikan, ilmuwan Islam yang hebat tidak ada yang

lahir dari sistem pembelajaran maya. Maka kaedah kuno ini perlu diteruskan dan disanadkan

kepada generasi yang akan datang. Pencorakan penyampaian dan pembelajaran buat kanak-kanak

telah lama wujud dari zaman Rasulullah SAW lagi dan dari situlah lahirnya begitu ramai ulama-

ulama dan pemikir-pemikir hebat Islam. Para ulama berpesan, sekiranya mahu menjadi hebat maka

kita harus berhijrah dan keluar dari zon selesa. Anak panah hanya menjadi hebat ketika ia

dilepaskan.

Rujukan

Abdullah Nasih Ulwan (2015); Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Jilid 2); PTS, 709-714, 777-791

‘Athif Abul’id Syeikh Muhammad Sa’id Marsa (2009); Bermain Lebih Baik Dari Nonton TV

(Terjemahan); Ziyad Visi Media

Abdul Mun’im Ibrahim (2010); Mendidik Anak Perempuan (Terjemahan); PTS

Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al Ghazali (2010); Wahai Anakku Yang Tercinta

(Terjemahan); Khazanah Banjariah

Page 7: Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/12-Mohamad-Rahimee.pdf · 147 Penggunaan Teknologi Di Dalam Pendidikan Awal Islam

153

Ahmad Esa Baharom Mohamad Siti Nasrah Mukhtar (2007). Peranan Multimedia Di Dalam

Pembelajaran Kanak-Kanak. Fakulti Pendidikan Teknikal (UTHM)

Noor Aini Ahmad (2014). Mengintegrasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat Sebagai Media

Pengajaran Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal Umur. UPSI

Izam Shah Basiron (2007). Perisian permainan pengembaraan multimedia: edutainment dalam

pendidikan Agama Islam sekolah rendah. Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat, UKM

Latifah Abdul Majid; Wan Nasyrudin Wan Abdullah; Nurul Hidayah Ahmad Zakhi (2012).

Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Prasekolah Melalui

Penggunaan Multimedia. Fakulti Pengajian Islam, UKM

Syahrul Riza (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun : Suatu Kajian

Terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam. Universiti Sains Malaysia