Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Ict Dalam Pp

6
Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT ) DALAM P&P Oleh Azmi Ramli Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. Manfaat ICT Dalam Pembelajaran Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran: berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan meningkatkan motivasi murid membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning ) membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima meningkatkan kemahiran ICT Syarat Untuk Memanfaat ICT Dalam P&P Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian : Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai 1

description

tekn

Transcript of Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Ict Dalam Pp

Kursus Multimedia Pendidikan ILDAS

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( ICT ) DALAM P&P

Oleh Azmi RamliMaksud Penggunaan ICT Dalam P&P

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.Manfaat ICT Dalam Pembelajaran

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan

meningkatkan motivasi murid membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )

membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa

meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima

meningkatkan kemahiran ICT

Syarat Untuk Memanfaat ICT Dalam P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian : Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P

Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Penggunaan ICT Dalam P&P

Cakera padat

CD RomInternetAplikasi

Perisian Kursus Pendidikan (Tutorial) CoursewarePencarian maklumat search Engine 1 browsing + pangkalan data + membangun laman web home page designPemprosesan Data - Microsoft Word

- Microsoft Publisher

- Page Maker

Pangkalan Data Database Komunikasi

- Forum

- email - chatHamparan elektronik

- Microsoft Excel

Ensaiklopedia / Maklumat / Sumber MultimediaMuat turun DownloadPersembahan

- Microsoft Power point

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKANMaksud Multimedia

Multimedia ialah gabungan persembahan satu atau lebih elemen seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Bahan multimedia juga boleh digabungkan dengan konsep interaktif. Interaktif bermakna pengguna boleh bertindak balas dan mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

Kepentingan Dan Kesan Ciri-Ciri Bahan Multimedia Terhadap Audien Bahan multimedia yang mempunyai paparan grafik yang menarik dapat memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera

Bahan multimedia yang bercorak interaktif mampu menarik perhatian audien. Audien akan lebih menumpukan perhatian terhadap maklumat yang hendak disampaikan. Latihan secara interaktif berasaskan komputer lebih berkesan, lebih menjimatkan untuk jangkamasa panjang dan mampu meningkatkan motivasi audien kerana multimedia mampu menyediakan kemudahan seperti interaktiviti serta kesan audio visual yang lebih menarik.

Dalam bidang pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan bermutu di mana guru-guru dan pelajar-pelajar tidak terikat dengan kaedah pengajaran konvensional. Pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain dari teks seperti audio, video, animasi dan grafik. Konsep pembelajaran baru iaitu edutainment mampu memindahkan isi pelajaran ke bentuk permainan dan hiburan yang pasti menjanjikan keseronokan kepada pelajar. Contohnya ujian, latihan atau penilaian yang menarik dan interaktif. Ia juga menyediakan pangkalan data dan laluan capaian terus ke halaman-halaman web yang bersesuaian bagi mendapatkan maklumat-maklumat.PANDUAN PEMBINAAN PERISIAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN

Penyediaan bahan P&P

1. Menganalisis masalah mengumpul data, menganalisa dan menentukan keperluan supaya pembinaan bahan multimedia lebih sistematik dan terancang. Beberapa soalan perlu dibincangkan sebelum membangunkan sesuatu bahan

multimedia. Contoh-contoh soalan:

Apakah tajuk yang hendah disampaikan?

Siapakah kumpulan sasaran?

Apakah pendekatan yang ingin digunakan? Contoh : pendidikan, motivasi, penerangan dan sebagainya.

Apakah yang anda ingin pengguna dapat setelah menonton persembahan ini?

Bagaimana untuk mencapai matlamat dengan sumber yang sedia ada?

2. Mengenalpasti dan merancang penyelesaian

Selepas menganalisis masalah, kita perlu kenal pasti dan merancang penyelesaian.

Langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

Lakukan sumbangsaran untuk mengenal pasti masalah dan merancang penyelesaian.

Tulis apa-apa sahaja idea yang difikirkan

Kemudian pilih idea-idea yang terbaik

Idea-idea yang terbaik ini akan digunakan dalam rekabentuk bahan multimedia

3. Membangunkan papan cerita dan skrip - Tujuannya untuk mengambarkan perancangan senario dalam menyampaikan cerita. Contoh papan cerita

Papan Cerita:

Membuat lakaran menggunakan tangan dan komputer Di sini aksi, imej dan penceritaan berkembang. Papan cerita yang terperinci menyediakan maklumat yang dapat membantu pengurus projek menghalusi jangkaan kos dan masa sesuatu kerja Papan cerita boleh mendefinisikan prototaip dan seterusnya produk berkenaanCASPER DAN WARNA

Mengapa Casper? Akan menjadikan persembahan yang dihasilkan lebih menarik dan berkesan

Akan menjadikan persembahan lebih berfokus kepada isi kandungan yang ingin disampaikan

Akan menjadikan persemabahan memenuhi standard sesebuah persembahan multimediaPRINSIP PEMBINAAN BAHAN PERSEMBAHAN BERSAMA CASPER

Terdapat 6 prinsip yang perlu diambil perhatian sewaktu membina bahan ICT untuk digunakan dalam proses p&p. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

Contrast / Berlawanan

Alignment / Susun atur

Simplicity / Permudahkan

Proximity / Jarak

Emphasis / Keutamaan

Repetition / Pengulangan berkesan

A.Contrast / Berlawanan

Sesebuah persembahan yang menarik perlulah mempunyai unsur yang berlawanan dari segi warna, imej dan tipografi yang digunakan. Guru harus bijak menggunakan unsur ini supaya matlamat P&P dapat dicapai.

B.Alignment / Susun atur

Imej dan tipografi yang hendak dimasukkan sebagai bahan persembahan hendaklah disusun dengan baik. Susun atur yang kemas dengan perancangan teliti dapat menghasilkan sebuah persembahan yang mantap dan berkesan.

C.Simplicity / Permudahkan

Jangan padatkan sesebuah persembahan anda dengan imej atau tipografi sehingga boleh mengganggu penumpuan pelajar. Uruskan persembahan anda semudah yang mungkin tetapi memberi impak yang berkesan kepada pelajar.

D.Proximity / Jarak

Segala imej dan teks yang digunakan dalam persembahan hendaklah disusun dengan baik dengan menambil kira jarak antara satu sama lain.

Pastikan jarak antara teks dan grafik berada dalam kedudukan yang selesa.

Jarak antara teks dengan teks

Jarak antara teks dengan grafik

Jarak antara grafik dengan grafik

E.Emphasis / KeutamaanSesebuah persembahan haruslah mampu menarik perhatian pelajar terhadap apa yang hendak difokuskan oleh guru. Isi yang hendak difokuskan dalam persembahan hendaklah lebih menonjol dan jelas daripada item yang lain.F.Repetition / Pengulangan berkesan

Sesebuah persembahan sebaik-baiknya wujud pengulangan yang berkesan dari segi:

Warna ( latarbelakang dan teks )

Jenis dan saiz font

Imej dan bentuk

Peranan Warna Dalam Penghasilan Persembahan Multimedia

Warna yang digunakan hendaklah sesuai dengan bahan yang hendak dipersembahkan dan dengan kumpulan sasaran. Warna memainkan peranan sebagai penegasan, mood sesebuah persembahan dan membangkitkan keceriaan persesmbahan tersebut.

Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh digunakan dalam proses pembinaan sesebuah persembahan multimedia, antaranya:

Warna panas

Warna sejuk

Warna hangat

Warna nyaman

Warna pucat

Warna gelap

Warna cerah

Warna semula jadi, dan

Monokrom

Sebelum menyediakan sesebuah persembahan pembina hendaklah mempertimbangkan penggunaan warna-warna yang sesuai dengan isi dan matlamat penyampaiannya agar persembahan yang disediakan lebih bermakna dan mencapai objektifnya.Kesimpulan

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.

Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti.No.slaid :

Audio :

Video :

Teks :

Animasi :

Butang :

1