PENGHARGAAN

32
PENDAHULUAN Dadah adalah sejenis bahan yang berbahaya kepada manusia kerana ianya boleh mengakibatkan masalah ketagihan yang teruk. Masa depan seseorang akan hancur sekiranya menjadi mangsa dadah. Justeru kempen anti-dadah diadakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Dadah atau "drug" adalah bahan kimia psikoaktif yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Manakala teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, Page | 1

description

asas

Transcript of PENGHARGAAN

Page 1: PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

Dadah adalah sejenis bahan yang berbahaya kepada manusia kerana ianya boleh mengakibatkan masalah ketagihan yang teruk. Masa depan seseorang akan hancur sekiranya menjadi mangsa dadah. Justeru kempen anti-dadah diadakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi penyalahgunaan dadah.

Dadah atau "drug" adalah bahan kimia psikoaktif yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu

menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Manakala teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Takrif seorang Penagih Dadah

Page | 1

Page 2: PENGHARGAAN

Seorang adalah Penagih Dadah apabila:-

Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting kehidupan seharian;

Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup;

Daya tahan meningkat di mana semakin banyak dadah perlu digunakan untuk mengalami kesan yang diharapkan;

Mengalami gejala apabila tidak mengguna dadah;

Merasa terdesak untuk menggunakan dadah terlebih lagi apabila cuba mengurang atau berhenti mengguna dadah serta tidak lagi dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan;

dan

Mempunyai kecenderungan untuk menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu.

JENIS-JENIS DADAH

1. MORFIN 

Page | 2

Page 3: PENGHARGAAN

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfinsulfat atau morfin hidroklorik. Kandungannya antara 4 hingga 21 peratus. Rasanya pahit dan tidak berbau. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan utama morfin terhad sebagai ubat penahan sakit. Di pasaran, ia boleh didapati dalam bentuk pil, kapsul atau cecair untuk suntikan. Apabila terdedah kepada udara dan cahaya, warnanya menjadi gelap. Morfin dihasilkan melalui pengestrakan tetapi kurang daripada heroin. Kini Morfin lebih dikenali sebagai bahan penagihan dadah.

Cara Menggunakan

Menelan

Menyuntik

Kesan Menyerang sistem saraf manusia.

Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan pengambil tidur.

Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan tidur yang lama dan menghalang sistem respirasi berfungsi secara aktif.

Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.

Nama Jalanan

M

White powder

Monkey

MorphoMorfin Mentah

Berbentuk blok/sebuk-bertanda '999'

Mengandungi 70% - 90% morfin-Juga dipanggil Heroin No. 1

Page | 3

Page 4: PENGHARGAAN

Bes Morfin

Seperti serbuk kopi halus

Mengandungi 60%-70% morfin

Pil-Pil Morfin

Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid-pil kecil berwarna putih/coklat pucat.Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

2. HEROIN 

Heroin adalah dadah jalanan yangpalingkerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih yangmerupakan produk yang terhasil daripdapemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Heroin ialah bahan separa-tiruan hasil daripada pengolahan morfin dan candu. Warna asalnya adalah putih, kadangkala perang setelah dicampurkan dengan bahan lain. Heroin sebenarnya

Page | 4

Page 5: PENGHARGAAN

tidak mempunyai sebarang kegunaan perubatan walaupun pada tahun 1930an ia pernah diiklan sebagai ubat. Heroin adalah produk daripada opium. Heroin adalah dadah semi-sentetik dan campuran dari morfin dan sangat merbahaya. Ia juga dicampurkan ke dalam rokok untuk menambahkan khayalan pada penghisapnya.

Cara Menggunakan

Hidu

Suntikan

Hisap

Kesan

Kegembiraan yang melampau

Menghilangkan rasa tekanan dan menambah kekuatan kepada penggunnya.

Kekejangan, koma dan maut

Penggunaan berulang menyebabkan jangkitan selaput jantung dan valve, kulit melecet dan paru-paru tersumbat

Nama Jalanan

Fit

Fun

Tepung

Cik putih

Barang

Penang pink

 

Page | 5

Page 6: PENGHARGAAN

3. CANDU

Candu adalah sejenis narkotik yang mmpunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti system saraf  tunjang. Candu dihasilkan daripada buah popi yang bertukar daripada warna putih kepadacoklat dan kehitaman. Ia mmpunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepadaudara.

Cara Menggunakan

Page | 6

Page 7: PENGHARGAAN

Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the dragon'.

Kesan Menyerang sistem saraf manusia.

Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan tidur yang lama dan menghalang sistem respirasi berfungsi secara aktif serta khayal.

Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.

Nama Jalanan

Black Stuff

Opium

Madat

4. GANJA

Ganja diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC (Delta-9 tetra hydrocannabinol) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . 

Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.

Page | 7

Page 8: PENGHARGAAN

Ganja atau dikenali sebagai Kanabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Bahan psikoaktifnya yang utama ialah delta 9 – tetrahidokabinol (THC). THC serta bahan kimia lain dalam ganja boleh larut minyak dan tinggal terus di dalam lemak sel darah. Terdapat 61 bahan kanabinoid lain yang terdiri daripada bahan kanabinol dan kanabidiol yang bertindak menyokong kesan THC – kesan sinergi.

Cara penggunaan

Menghisap

Kesan

Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan.

Akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

Nama lain

Grass

Pot

Marijuana

Weed

Jenis / Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah

Marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan

Page | 8

Page 9: PENGHARGAAN

Kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul

5. SYABU

Syabu ialah sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant dan dikenali sebagai dikenali sebagai methamphetamine. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit. Syabu mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak. Ianya lebih merbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat dan merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.

Cara Menggunakan

Page | 9

Page 10: PENGHARGAAN

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Hidu (Chasing the dragon)

Suntikan

Hisap

Kesan

Boleh berjaga selama 3 – 4 hari.

Hilang berat badan atau sawan yang teruk.

Memberi kesan yang amat bahaya kepada sistem saraf otak.

Boleh menyebabkan mandul.

Dos yang berlebihan boleh menyebakan kerosakan yang teruk pada hati, buah pinggang, pembuluh darah dan kematian.

Nama lain

Ice

Glass

Crystal

Hirropon

Baby IceJenis / Bentuk

Kaca

Kristal

Pecah

Serbuk halus seperit tawas

Ciri-ciri penagih

Page | 10

Page 11: PENGHARGAAN

Yakin pada diri sendiri, bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur

Tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair,

Mual dan muntah-muntah

Hilang selera makan

6. ECTASCY/ MDMA

Ectascy juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3 - 4 - methylenedioxy methamphetamine . MDMA juga adalah dadah psychoactive. Ecstasy seringkali dicuba oleh remaja sebagai dadah untuk berhibur dan menari di pusat hiburan sepanjang malam. Golongan remaja ini menganggap bahawa penggunaan Ecstacy ini tidak merbahaya. Ianya dijual dalam bentuk pil yang pelbagai warna tetapi dicap dengan simbol Lolo, Roket, Playboy, Butterfly, WY, Wau, Loveshape, Apple, Arrow, Music Key dan A.

Cara Menggunakan

Menelan

Page | 11

Page 12: PENGHARGAAN

Campur

Minuman

Kesan

Loya

Bimbang

Kancing gigi

Mulut kering

Berdebar-debar

Rasa sejuk dan panas silih berganti.

Mengganggu perasaan dan urat saraf dan boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tidak rasional.

Degupan jantung/suhu badan/tekanan darah bertambah dan menyebabkan seseorang tidak berkeupayaan mengenal isyarat tubuh.

Jenis / Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal

Pil goyang kepala

YAMA

YABA

Ciri-ciri penagih

Gembira dan terlalu cergas

Berpeluh berlebihan

Page | 12

Page 13: PENGHARGAAN

Boleh melayan muzik yang kuat dan goyang kepala

Tindak balas terlalu cepat

Hilang selera makan

Mudah marah dan resah, halusinasi, cemas dan takut

Mulut kering dan tidak boleh tidur.

7. KETAMIN

Ketamin ialah sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves. Ia terdapat dalam bentuk serbuk kristal, cecair atau pil. Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung

Campur dalam minuman

Telan

Page | 13

Page 14: PENGHARGAAN

Suntikan

Kesan

Kesedaran yang rendah seperti berkhayal

Susah bernafas

Hilang kawalan diri

Boleh menjadi ganas

Hilang ingatan

Nama lain

K

Special K

Vitamin K

Kit KatJenis / Bentuk

Serbuk putih

Kristal

Cecair

Pil

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah, deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri

Boleh bertindak ganas

Hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah

Page | 14

Page 15: PENGHARGAAN

AKIBAT-AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat

Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah

Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

Page | 15

Page 16: PENGHARGAAN

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah. Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu: 

Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini

Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan

Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama.

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui ?

 Dadah Psiko aktif 

Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran

Contohnya; valium, ganja

Dadah bukan Psiko aktif 

Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

 Pergantungan

Keinginan fisiologi dan psikologikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih

Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa

Page | 16

Page 17: PENGHARGAAN

Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut

Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut.

Gejala Penarikan

Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadahdengan mendadak.

 Lali 

Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

Kenapa mereka mengambil dadah ?

Ingin mencuba

Suasana semasa. Contohnya : perang / amalan budaya / kelab malam

Tekanan / cabaran dalam kumpulan

Bagi tujuan merawat

Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

Opium / candu Morfin, Heroin - euphoria, painkiller : Melahirkan rasa euforia dan penahan

Sakit - Euforia, ubat tahan sakitPerangsang

Kokain, Amfetamina : Euforia, berkeyakinan

Penenang Anxiolytics / Anti-anxiety drugs : Benzodiazepines

Page | 17

Page 18: PENGHARGAAN

Halusimogen -Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan) Kanabis /Marijuana / Hashish / Ganja / Weed LSD - lysergic asid diethylamide, asid

Nikotin / Tembakau Terangsang dalam dos yang kecil

Alkohol - agen kemurungan Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang

berlebihan

Kanabis /Marijuana / Hashish / Ganja / WeedHidu (Inhalants / Solvent) Menghidu gam atau petrol / Minum air daun ketum

Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan.

TANDA DAN GEJALA

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah ?

Resah, gelisah

Prestasi kerja atau akademik yang merosot

Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja

Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian

Perubahan emosi secara tiba-tiba

Bercakap tentang perkara yang pelik

Mengabaikan penampilan diri

Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah

Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain

Kelihatan letih, penat dan mamai

Page | 18

Page 19: PENGHARGAAN

KOMPLIKASI

Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan menyababkan:

Kebersihan dan kesihatan diri tidak terjaga

Kesihatan mental terjejas

Prestasi pelajaran menurun

Hubungan sosial terganggu

Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

Penggunaan pelbagai jenis dadah

Aktiviti jenayah

Kaum keluarga

Masalah perubatan

Masalah psikiatri

Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

RAWATAN

Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Rawatan termasuk:

Detoksifikasi  Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

Terapi kelakuan Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

Page | 19

Page 20: PENGHARGAAN

 Kaunseling 

Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih terapi penggantian dadah

Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan

Methadone - Ketagihan ubat penenang

 Nikotin - Ketagihan rokok

PENCEGAHAN

Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah ?

Kesungguhan pada aktiviti yang lain

Status sosio-ekonomi

Pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya

Budaya dan etnik 

Nilai hidup yang sederhana

Motivasi untuk berjaya dan tidak takut pada kegagalan

Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah ?

Percaya diri sendiri dan berkemahiran menyesuaikan diri

Berkemampuan bangkit dari kegagalan

Berkeupayaan mengasah kekuatan diri

Menghargai kesihatan

Matang dalam fikiran

Page | 20

Page 21: PENGHARGAAN

Sokongan berterusan daripada keluarga

Seseorang itu perlu mendapatkan :

Latihan menjadi afektif 

Sokongan masyarakat

Pembangunan kerohanian diriPEMULIHAN

Melibatkan prosedur rawatan seperti :

Terapi dadah gentian

Pengurusan tingkah laku

Kaunseling

Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)

Latihan menjadi asertif

Sokongan masyarakat

Pengisian dan perlembagaan rohani

Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dariketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk :

Pembangunan kemahiran

Penempatan pekerjaan

Pusat bantuan setempat

Kumpulan sokongan :

Pusat pemulihan:

Page | 21

Page 22: PENGHARGAAN

Agensi Anti Dadah Kebangsaan

PEMADAM

PENGASIH

Page | 22

Page 23: PENGHARGAAN

Page | 23

Page 24: PENGHARGAAN

Page | 24

Page 25: PENGHARGAAN

Perubahan wajah ketagihan dadah dalam jangka masa 10 tahun

Page | 25

Page 26: PENGHARGAAN

21

Page | 26

Page 27: PENGHARGAAN

Page | 27