PENGHARGAAN

download PENGHARGAAN

of 2

description

n bjhvgyugfuhjjkhuiyh

Transcript of PENGHARGAAN

PENGHARGAANPada mulanya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan yang memberi peluang ini kepada kami. Kami berasa sangat bersyukur apabila kami mendapat peluang ini. Kami dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh Pensyarah PSV 3073E, Encik Muhamad Sukri Bin Osman bagi kursus Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR dengan baik dan sempurna. Kerja kursus ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini dapat menonjolkan bakat kami kepada semua orang. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada setiap individu yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.Pertama sekali kami ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Beliau banyak memberikan penerangaan tentang tugasan semasa kami menyiapkannya. Malah beliau juga banyak memberikan nasihat kepada kami supaya kami dapat menyelesaikan tugasan tersebut dengan baik. Kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna dengan adannya dorongan dan nasihat daripada pensyarah. Kami juga sangat menghargai jasa pensyarah kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus ini serta membantu kami dari semasa ke semasa apabila kami mendapat susah dan senang. Jasa beliau akan kami kenang ke akhir hayat.Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Pusat Sumber yang menyediakan bahan-bahan keperluan bagi kerja kursus ini. Hal ini sangat membantu kami semasa kami menyiapkan tugasan yang diberi bagi kursus ini. Kami dapat mencari banyak buku-buku, jurnal dan artikel yang berkaitan dengan tajuk kami daripada pusat sumber. Contohnya, kami dapat mencari buku yang berkaitan tentang Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Hal ini sangat membantu kami semasa kami menyiapkan kerja kursus ini. Dengan adannya maklumat-maklumat dari pusat sumber kami dapat menyiapkan kerja kami dengan sempurna tanpa adanya sebarang masalah.Tambahan pula, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada senior-senior yang sangat membantu kami semasa kami menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya, kami tidak tahu bagaimana untuk bermula kerja kursus ini. Oleh yang demikian, mereka telah memberi bimbingan dan nasihat supaya kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberi dengan baik. Selain itu, mereka juga memberikan sedikit keterangan tentang tugasan ini. Mereka memberikan maklumat-maklumat yang sangat penting berkaitan dengan tugasan kami. Dengan bantuan mereka, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Bimbingan dan nasihat yang telah diberikan oleh mereka semua pihak sangat memanfaatkan kami. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu kami semasa kami membuat kerja kursus ini.