PENGHARGAAN
description
Transcript of PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Semasa melaksanakan kerja kursus projek ini, kami telah banyak
mendapat bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan semangat daripada pelbagai
pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pertama sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan
penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Cik
Ahnizah binti Arshad. Beliau telah memberi taklimat yang amat jelas sekali
mengenai tugasan projek yang akan kami laksanakan ini. Selain itu, beliau juga
banyak memberi bimbingan sebelum dan sepanjang tempoh projek ini
dilaksanakan. Saya berasa amat bertuah kerana mendapat pensyarah
pembimbing yang berdedikasi seperti Cik Ahnizah Binti Arshad yang memberi
pengajaran yang berkaitan sebelum soalan diberi.
Selain itu,kami ingin mengucapkan terima kasih sesama ahli kumpulan
kami. Sebaik sahaja menerima tajuk tugasan kami, ahli-ahli kumpulan kami telah
bertungkus–lumus untuk mencari maklumat–maklumat mengenai kehendak
projek tugasan ini. Kami berusaha dengan sedaya upaya bagi menyiapkan
tugasan kami pada kali ini. Kami juga prihatin terhadap masalah-masalah yang
dialami oleh ahli-ahli kumpulan dan berusaha menyelesaikannya bersama. Bak
kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jika tiada kerjasama yang
baik antara ahli, maka tugasan ini tidak dapat diselesaikan dalam masa yang
ditentukan.
[i]
Akhir sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu dan membimbing kami sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam usaha melaksanakan tugasan projek ini. Kami
percaya ianya akan menjadi sukar untuk kami untuk menjayakan projek ini
sekiranya tanpa bimbingan dan bantuan daripada semua pihak.
Sekian, terima kasih.
[ii]