PENGHARGAAN

2
PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Pertamanya, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tidak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya kami berjaya menyiapkan tugasan projek Pengantar Jawi (PIM 1054) ini dalam masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih didekasikan kepada pensyarah pembimbing, Encik Amir Azhar bin Abd Hamid yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan penerangan yang jelas dan terperinci tanpa rasa jemu kepada saya dan rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Beliau banyak memberikan nasihat dan panduan berguna kepada kami dan sanggup mencurahkan segala tenaga untuk membantu pelajar-pelajar. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang amat dikasihi kerana selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan semangat serta iringan doa agar dapat melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling bekerjasama dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu serta pengetahuan berkaitan dengan tugasan ini. Dengan bantuan rakan-rakan, proses untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini menjadi lebih mudah. iii

description

contoh penghargaan

Transcript of PENGHARGAAN

Page 1: PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Pertamanya, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan

sekalian alam. Tidak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad

s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

rahmat dan inayahNya kami berjaya menyiapkan tugasan projek Pengantar Jawi (PIM 1054)

ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu

kami menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih didekasikan kepada pensyarah

pembimbing, Encik Amir Azhar bin Abd Hamid yang telah banyak memberikan tunjuk ajar,

bimbingan dan penerangan yang jelas dan terperinci tanpa rasa jemu kepada saya dan

rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Beliau banyak memberikan nasihat

dan panduan berguna kepada kami dan sanggup mencurahkan segala tenaga untuk

membantu pelajar-pelajar.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang amat dikasihi

kerana selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan semangat serta

iringan doa agar dapat melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling bekerjasama dan

tidak lokek untuk berkongsi ilmu serta pengetahuan berkaitan dengan tugasan ini. Dengan

bantuan rakan-rakan, proses untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini menjadi

lebih mudah.

Akhir kalam, segala jasa kalian semua saya dahulukan dengan sekalung

penghargaan. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian semua, insyaAllah. Wassalam.

Sekian, terima kasih.

iii