PENGHARGAAN

2
ii PENGHARGAAN Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran saya ucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek EDU 3083 ini. Pertama-tamanya jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini, En. Nazri b Halim atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh beliau. Ilmunya yang mengalir bak air itu mengalirkan sesuatu yang berguna kepada saya. Bimbingan dan ilmu yang diberikan oleh beliau adalah seperti permata yang tidak ternilai serta banyak membantu saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibubapa yang amat meyayangi serta disayangi oleh saya. Berkat iringan doa yang tidak pernah putus-putus ditujukan kepada saya serta dorongan yang memberi semangat moral kepada saya banyak membantu saya sewaktu melaksanakan tugasan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan saya yang sering berkongsi ilmu serta melakukan percambahan idea-idea yang cukup bernas sewaktu sama-sama melakukan tugasan ini. Percambahan idea-idea mereka sedikit sebanyak memberi cetusan kreativiti kepada saya di dalam usaha saya menyiapkan tugasan dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung. Tanpa mereka proses penyiapan tugasan ini tidak akan

description

PENGHARGAAN

Transcript of PENGHARGAAN

Page 1: PENGHARGAAN

ii

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran saya ucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan

limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek EDU 3083 ini. Pertama-

tamanya jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini, En. Nazri

b Halim atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh beliau. Ilmunya yang mengalir

bak air itu mengalirkan sesuatu yang berguna kepada saya. Bimbingan dan ilmu yang diberikan

oleh beliau adalah seperti permata yang tidak ternilai serta banyak membantu saya dalam usaha

menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibubapa yang amat meyayangi serta

disayangi oleh saya. Berkat iringan doa yang tidak pernah putus-putus ditujukan kepada saya

serta dorongan yang memberi semangat moral kepada saya banyak membantu saya sewaktu

melaksanakan tugasan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan saya yang sering berkongsi ilmu serta

melakukan percambahan idea-idea yang cukup bernas sewaktu sama-sama melakukan tugasan

ini. Percambahan idea-idea mereka sedikit sebanyak memberi cetusan kreativiti kepada saya di

dalam usaha saya menyiapkan tugasan dengan sebaik mungkin.

Tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung. Tanpa mereka proses

penyiapan tugasan ini tidak akan berjalan dengan lancar. Segala jasa dan sumbangan yang

diberikan oleh semua pihak yang terlibat ini sememangnya sungguh besar nilainya kepada saya.

Semoga ianya diberikan ganjaran yang setimpal oleh Yang Maha Mengetahui iaitu Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.