Penghargaan-objektif
description
Transcript of Penghargaan-objektif
PENGHARGAANAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya berasa bersyukur kerana dengan limpah kurnia-Nya saya akhirnya dapat
menyiapkan folio ini dengan mengikut tarikh dan kehendak pemeriksa yang telah di
nyatakan.
Saya ingin memberi sekalung penghargaan kepada pengetua sekolah saya iaitu
Puan Remi Binti Kardi yang memahami dan memberi kerjasama sepanjang
pembuatan folio geografi ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya
iaitu Puan Siti Mahawa binti Salamon kerana kesabaran beliau menerangkan dan
juga memberi tunjuk ajar sepanjang pembuatan folio ini.
Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
membantu dan memberi galakkan kepada saya untuk menyiapkan dan membuat folio
ini dengan kemas dan sempurna.
Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta terutamanya ibu bapa yang telah
memberi banyak bantuan dan kerjasama dalam penyempurnaan folio ini.
OBJEKTIFKajian geografi tahun ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis sistem
pengangkutan yang terdapat di sebuah kawasan dan dibandingkan dengan negara lain.
Hal ini dikaji supaya pengangkutan di negara kita dapat dipertingkatkan pada masa
hadapan.
Selain itu, kajian geografi pada tahun ini juga dilaksanakan untuk mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan. Contohnya faktor
yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan seperti bentuk muka bumi. Jika
bentuk muka bumi di kawasan tersebut tidak sesuai untuk membina ladasan keretapi
maka stesen keretapi tidak dapat dibina di kawasan tersebut.
Kajian ini juga dilakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai
kepentingan jaringan sistem pengangkutan. Pelajar akan dapat merasa kesusahan
orang lain yang terpaksa berjalan kaki pada masa dahulu kerana ketiadaan sistem
pengangkutan.
Di samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan
perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar dan langkah-
langkah untuk menyelesaikan masalah yang telah berlaku.
PENDAHULUAN
Nama saya Haslina Binti Hassan pelajar Tingkatan 3 Neptune. Saya mendapat
Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Temenggong Ibrahim.
Saya tinggal di Jalan Indah, Taman Seri Kenangan.
Kawasan yang ingin dikaji ialah di persimpang di Simpang Rantai, Batu Pahat
dimana kebanyakan kereta datang dan keluar dari kawasan tersebut. Saya ingin
membandingkan jaringan pengangkutan di kawasan tersebut dengan sebuah negara
yang maju dan terkenal dengan jaringan pengangkutannya yang canggih dan bermutu
tinggi iaitu negara Jepun.
Saya memilih untuk membandingkan kawasan tersebut dengan Jepun adalah
kerana ingin menunjukkan perbezaan yang ketara antara negara yang sedang
membangun dan negara yang sudah sedia membangun. Di samping itu, saya memilih
untuk memilih Simpang Rantai adalah kerana lokasinya yang strategik dan kawasan
tempat tinggal juga tidak jauh dari Simpang Rantai dimana ini akan memudahkan
saya untuk membuat kajian mengenali kawasan tersebut.
Kajian ini telah memakan masa lebih kurang 6 jam iaitu dari pukul 8.00 pagi
hingga 2.00 petang. Pada waktu sekitar 8.00 hingga 9.00 pagi merupakan waktu
kemuncak iaitu para pekerja dan para pelajar menuju ke tempat kerja ataupun sekolah
masing-masing. Pada waktu sekitar 12.00 petang sehingga 2.00 petang merupakan
waktu rehat para pekerja dan para pelajar pulang ke sekolah. Tarikh yang diberikan
untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini adalah dari 28 Februari 2008 hingga 27
April 2008
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah pemerhatian. Saya telah memerhati kenderaan
yang lalu-lalang di kawasan kajian selama 12 jam pada hari minggu. Pada pendapat
saya, kenderaan yang paling banyak adalah diantara 12 tengah hari hingga 3 petang.
Selain itu, saya juga telah menemui bual beberapa orang yang tinggal
berhampiran kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklum balas yang lebih 0
banyak. Hal ini dapat menguatkan lagi dapatan saya nanti.
Saya juga telah menyoal selidik beberapa orang yang lalu-lalang di kawasan
itu. Maklum balas daripada penduduk disini amat memuaskan. Hasil daripada
kaedah-kaedah kajian ini telah saya lampirkan pada dapatan kajian.
TAJUK
Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di
Simpang Rantai dan perbandingan dengan Jepun
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah saya pilih ini ialah di Simpang Rantai, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. Kawasan ini terletak di Batu Pahat. Jarak kawasan ini dari pusat
bandar adalah lebih kurang 5 kilometer. Tambang yang dikenakan untuk menaiki bas
dari pusat bandar ke kawasan kajian Batu Pahat biasanya kira-kira RM 0.70 sehingga
RM 1.00 manakala tambang yang diperuntukan jika menaiki teksi pula adalah kira-
kira RM 10.00. Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini ialah tanah alluvium. Oleh
sebab itu, kawasan kajian tersebut agak tinggi.
HASIL KAJIAN8.1 Jenis-jenis sistem pengangkutan
Berikut adalah dapatan kajian tentang jenis dan bilangan kenderaan darat yang
melalui Jalan Simpang Rantai ke Pusat Bandar Batu Pahat dan juga tempat kerja
masing-masing. Hasil berikut diperoleh pada hari Selasa, 15 April 2008 dari jam 8.00
pagi hingga jam 2.00 petang.
Jadual 1.1: Jenis bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantai Dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang
Masa Bil
. Jenis
Kenderaan8.00- 9.00
9.00-10.00
10.00-11.00
11.00-12.00
12.00-1.00
1.00-2.00 Jumlah
1 Kerata 45 24 28 26 39 53 2152 Motorsikal 32 21 23 20 28 37 1613 Van 12 9 6 3 11 15 574 Lori 10 3 4 1 6 3 275 Bas 4 2 2 2 2 6 186 Teksi - - 2 1 - 1 4 Jumlah 104 59 65 53 86 105 500
Sumber pemerhatian
Jadual pada muka surat sebelah ada menunjukkan jenis dan bilangan
pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantau darijam 8.00 pagi sehingga
jam 2.00 petang. Jelas kelihatan bahawa kenderaan yang paling banyak digunakan
oleh penduduk pada waktu-waktu tersebut ialah kereta. Melalui temu bual dengan
penduduk setempat, kebanyakan kenderaan merupakan jenis persendirian. Terdapat
juga beberapa jenis kenderaan SUV (Sport Utility Vehicle) seperti Unser, Serena,
Estima, Pajero dan Nissan digunakan.
Bas dan teksi pula merupakan jenis sistem pengangkutan awan yang terdapat
di Jalan Simpang Rantai. Kenderaan van secara umumnya tergolong dalam jenis
kenderaan MPV (multi Passenger Vehicle) iaitu kenderaan untuk membawa lebih
banyak penumpang. Kenderaan ini kebiasaannya digunakan untuk membawa barang-
barang daripada industri kecil seperti kedai runcit, kedai pakaian dan sebagainya.
Disamping itu, van juga digunakan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke
sekolah masing-masing.
Semua kenderaan lori merupakan jenis pangangkutan perdagangan yang
dipandu untuk mengangkat barang daripada kilang-kilang dan sebagainya. Lori di
Jalan Simpang Rantai diantara lori yang besar dan kecil adalah seimbang.
Kita harus berbangga dengan kemajuan sains dan teknologi serta perhubungan
luar Malaysia dengan negara luar yang lain. Dengan terjalinnya hubungan rapat antara
Malaysia dengan negara luar, teknologi dapat dikembangkan dengan lebih pesat.
Disamping itu, kita juga dapat mengimport kereta dari luar negara seperti Honda,
Toyota, BMw dan lain-lain. Kita juga dapat mengeksport barangan daripada negara
kita kepada luar negara seperti kereta buatan Malaysia iaitu Proton dan Produa.
Jenis pengangkutan
Masa Kereta Motosikal
Van
Lori
Bas
Teksi Jumlah
Peratus
8.00- 9.00 45 32 13 10 4 - 104 9.00-10.00 24 21 9 3 2 - 59 10.00-11.00 28 23 6 4 2 2 65 11.00-12.00 26 20 3 1 2 1 53 12.00-1.00 39 28 11 6 2 - 86 1.00-2.00 53 37 15 3 6 1 105
Jadual 1.2: Jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantai dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Sumber pemerhatian
Jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jlan Simpang Rantai.
Graf 1.1: Jenis dan bilangan pengangkutan yang menggunakan Jalan Simpang Rantai Dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Graf 1.1 menunjukkan jenis dan bilangan pengangkutan di Jalan Simpang
Rantai dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Didapati pada pukul 8.00 pagi hingga
9.00 pagi merupakan waktu kemuncak dimana pada waktu itu kenderaan paling
banyak lalu-lalang disebabkan oleh para penduduk yang bergegas untuk pergi ke
tempat kerja atau sekolah masing-masing. Dari pukul 9.00-12.00 tengah hari,
kenderaan berkurangan dan jalan agak tenang kerana pada waktu ini penduduk sedang
berada di tempat kerja ataupun disekolah masing-masing. Dari pukul 12.00 tengah
hari hingga 2.00 petang, kenderaan semakin banyak kerana waktu tersebut merupakan
waktu pelajar pulang dari sekolah dan pada masa yang sama ia merupakan masa rehat
bagi pekerja.
Jumlah pengangkutan yang melalui Jalan Simpang Rantai dari pukul 8.00 pagi
hingga 2.00 petang adalah sebanyak 500 buah. Antara pengangkutan tersebut, kereta
merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para penduduk iaitu
sebanyak 215 buah kerana mereka mampu memiliki kereta. Pengangkutan yang tidak
mendapat sambutan oleh penduduk ialah bas dan teksi iaitu 18 buah bagi bas sekolah
dan bas pekerja hanya membawa pelajar dan pekerja sekitar pada sesi persekolahan
dan pekerjaan bermula dan tamat. Bas awam pula hanya melalui jalan ini bagi setiap
setengah jam sahaja dan kadang-kala setiap satu jam. Teksi pula adalah sebanyak 4
buah sahaja kerana tidak ramai penduduk yang menggunakan teksi kerana kos yang
agak tinggi berbanding bas. Motosikal pula merupakan merupakan kenderaan kedua
yang terbanyak iaitu 161 buha dan diikuti dengan ven iaitu 57 buah dan akhirnya lori
dengan 27 buah.
8.2 Fakto-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
Selepas menjalankan kajian geografi ini, saya dapati bahawa sistem
pengangkutan di Jalan Simpang Rantai dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan keselesaan pengguna.
Bentuk muka bumi di Jalan Simpang Rantai ialah tanah aluvium yang agak
tingi. Oleh itu, kebanyakan penduduk memilih kenderaan seperti kereta, motorsikal,
lori, van, teksi dan bas untuk memudahkan perjalanan. Tiada sebarang pengangkutan
air ataupun udara yang digunakan. Hal ini haruslah kita banggakan kerana Malaysia
memiliki bentuk muka bumi yang baik dan terpuji.
Faktor kedua yang mampu mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di
kawasan ini adalah kegiatan ekonomi. Di kawasan ini terdapat sebuah sekolah iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan)Temenggong Ibrahim yang membuatkan
kereta dan juga bas banyak lalu-lalang di kawasan ini. Disamping itu, berhampiran
dengan kawasan ini juga terdapat beberapa kedai runcit dan juga pejabat yang
menjadikan banyak kereta lalu-lalang disini.kita mestilah bersyukur dengan apa yang
telah kita miliki kerana Malaysia telah banyak membangun.
Faktor terakhir pula adalah keselesaan penduduk. Setelah menjalankan sesi
temu bual dengan beberapa orang penduduk berhampiran, saya dapati bahawa mereka
lebih gemar menggunakan kereta kerana kenderaan tersebut lebih selesa dengan
adanya alat pendingin hawa, radio, dan kemudahan yang lain. Oleh itu, kita haruslah
dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kemajuan sains dan teknologi yang
semakin berkembang pesat dan standing dengan negara lain.
8.3 Kepentingan jaringan sistem pengangkutan
Jaringan sistem pengangkutan di Jalan Simpang Rantai amat pentingkepada
para penduduk. Faedah yang amat jelas dapat dilihat dengan kadar ketersampaian
dipertingkatkan.dengan adanya kenderaan mereka sendiri, para penduduk dapat
bergerak dengan cepat dan bebas dengan urusan mereka yang hendak diuruskan.
Selain itu, sistem pengangkutan juga dapat memberikan keselesaan kepada
penduduk. Mereka dapat pergi ke suatu tempat dengan keadaan yang selesadan
mempunyai kemudahan sampingan seperti radio, pendingin hawa dan lain-lain lagi.
Jika hendak berjalan jauh, mereka tidak perlu menaiki bas ataupun kereta api seperti
masa lalu yang tidak memberikan keselesaan kepada mereka.
Di Jepun pula, terdapat Bullet Train yang dapat bergerak dengan sangat
pantas. Bullet Train ini dapat menyingkatkan masa yang diperuntukan oleh seseorang
untuk pergi ke sesuatu tempat.
Disamping itu, negara Jepun yang terkenal dengan kemajuan sains dan
teknologi dalam bidang pengangkutan kini telah mempunyai banyak kereta yang
sangat canggih.
Kita seharusnya berasa sangat bersyukur kerana berada di Malaysia bukan di
Iraq, Afrika, Afghanistan dan dan lain-lain negara yang menghadapi krisis untuk
hidup. Negara tersebut seringkali berlaku peperangan dan rakyatnya hidup dalam
keadaan yang menderita. Mereka tidak pernah aman, damai dan kaya. Tetapi kita di
Malaysia, kita dapat hidup dengan sentosa tanpa kegangguan yang dapat mengancam
keharmonian ini.
8.4 Kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap Alam Sekitar
Kemalangan sering berlaku Berlaku pencemaran udara
Jalan Simpang Rantai
Kesan-kesan perkembangan jaringan
sistem pengangkutan
Jepun
Perubahan landskap
Pencemaran udara meningkat