PENGIKAT DAN PENCANTUM

download PENGIKAT DAN PENCANTUM

of 3

Transcript of PENGIKAT DAN PENCANTUM

3.0 PENGIKAT DAN PENCANTUM Pengikat dan pencantum digunakan untuk memegang atau menetapkan bahagian-bahagian enjin bersama. Ia boleh ditanggalkan bagi membolehkan komponen enjin dikeluarkan. Ia juga membolehkan komponen enjin yang rosak ditangalkan untuk diservis atau diganti dengan yang baru. Pengikat Bil . 1. Nama Alatan Skru Ciri-ciri Diperbuat daripada keluli lembut dan di galvanikan untuk mencegah pengaratan. Keseluruhan batang skru tudung berulir dan digunakan tanpa nat. Saiz skru tudung ditentukan oleh panjang dan diameter batang. Sepana atau soket digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkannya. Pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir. Saiz stad ditentukan oleh panjang batang dan diameter. Fungsi Digunakan untuk mengikat dua komponen yang salah satunya mempunyai lubang berulir. Cara Kendalian Diksrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin.

2.

Stad

Digunakan bersama nat untuk mengikat komponen.

3.

Bol

Terdiri daripada pelbagai jenis (ditentukan oleh bentuk kepalanya). Bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam. Saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batang. Bol diperbuat daripada keluli lembut dan mempunyai tiga jenis benang iaitu benang kasar, halus dan terhalus.

Digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen bahagian enjin.

Bahagian berulir kasar dipasang pada bongkah enjin sementara bahagian yang berulir halus dipasang bersama dengan nat. Bol hendaklah digunakan bersama-sama nat yang yang sama jenis benangnya untuk mengelakkan benang menjadi rosak.

4.

Nat

Nat mempunyai ulir dalam dan saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir. Terdiri daripada pelbagai jenis mengikut bentuk, nat heksagon, nat kota, nat telinga, nat segi empat.

Digunakan bersama bol atau stad.

5.

Sesendal

Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti keluli lembut dan kuprum. Terdiri daripada dua jenis iaitu rata dan anjal.

Kegunaan adalah untuk mengelakkan pengikat menjadi longgar akibat gegaran, mengelakkan permukaan bahan yang diketatkan menjadi rosak dan mengagihkan beban yang digunakan ke kawasan yang lebih luas.

Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum. Nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum. Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana. Nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol. Dipasang pada pengalas bol, nat dan skru.

Pencantum Bil 1. Nama Alatan Kekunci woodruff Ciri-ciri Dikenali sebagai kekunci separuh bulatan. Bahagian bawah kekunci berbentuk separuh bulatan. Fungsi Menahan takal daripada bergerak atau tertanggal. Cara Kendalian Bahagian bawah kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada bahagian atas ke dalam alur takal.

2.

Kekunci persegi

Dikenali sebagai kekunci benam. Berbentuk segi empat tepat.

Untuk mengunci bahagian yang berputar seperti aci engkol atau roda tenaga bagi mengunci aci dengan roda tenaga yang berfungsi bersama-sama.

Sebahagian kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian lain dalam alur takal yang dicantumkan.