PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12...
Transcript of PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12...
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR
WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2011/2012 Saya WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: 20 JANUARI 2012 Tarikh: 20 JANUARI 2012
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR
(HURUF BESAR)
PN. NUR QISTINA ANDIN ABDULLAH
(NAMA PENYELIA) 6715 TAMAN KENANGA, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penyelia : PN. NUR QISTINA ANDIN ABDULLAH
Tarikh : 20 JANUARI 2012
i
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR
WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : W. SHAHIDA FAZIRA BT W. SALIM
Tarikh : 20 JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Ku abadikan buat insan-insan istimewa dalam hidupku….
Teristimewa buat
abah (Wan Salim bin Wan Awang) dan mama (Zulihar binti Basri)
yang selalu mendoakan kejayaan kepada diri ini.
Tiada apa yang dapat ku ucapkan hanya restu kalian berdua mengiringi setiap detik
perjalanan hidupku
Buat suamiku (Abdul Rahman bin Abdul Rahim) yang selalu memberikan
sokongan dan dorongan kepada diri ini.
Terima kasih kerana memahami dan meredhai setiap langkahku
Buat ahli keluarga yang tersayang yang selalu memberi semangat kepada diri ini
dan tidak putus-putus mengajarku erti kesabaran dan ketabahan.
Buat penyelia yang dihormati lagi disayangi
Puan Nur Qistina Andin binti Abdullah
Segala butir jasamu serta tunjuk ajarmu akan kekal sehingga selama-lamanya
Tidak dapatku balas dengan apa-apa selain kejayaanku
Hanya Allah s.w.t sahaja yang hanya dapat membalas segala keperitan dan
kepayahan dalam mengajarku
Buat sahabat handai, rakan-rakan 4 SPH yang tidak putus-putus memberi kata
semangat dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang membuat
kajian ini.
Persahabatan ini adalah suatu perjalanan yang tidak akan berakhir…
Semoga kalian semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya.
Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya telah
berjaya saya menyiapkan kajian ini seperti yang dikehendaki.
Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Puan Nur
Qistina Andin binti Abdullah di atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang
beliau berikan sepanjang tempoh untuk saya menyiapkan projek ini. Begitu juga
jutaan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat dalam menyiapkan kajian
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Disini saya juga, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sumbangan idea, dorongan,
nasihat dan sebagainya yang telah dikongsi bersama. Walaupun pelbagai dugaan dan
cabaran yang ditempuhi namun, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian ini.
Kepada semua yang terlibat, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa
kalian semua dan jasamu akan ku kenang sampai bila-bila dan semoga ilmu yang
terkandung di dalam kajian ini, dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada semua.
Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pengintegrasian kemahiran
berfikir dalam proses pengajaran guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu.
Sebanyak enam persoalan kajian dibentuk merangkumi elemen pemikiran kritis dan
kreatif, peringkat pengintegrasian, kesedaran guru tentang pengintegrasian,
kekangan dan juga cadangan untuk menjayakan pengintegrasian kemahiran berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2
dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah
Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Pasir Gudang. Kajian ini menggunakan kombinasi
kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dua set instrumen iaitu soal selidik dan juga
panduan temu bual dibina dan digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan
alfa soal selidik dalam kajian rintis adalah 0.793 yang bermaksud keseluruhan item
soal selidik boleh diterima. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian
komputer Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk
mendapatkan nilai min. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan untuk mendapatkan tema. Dapatan kajian menunjukkan elemen
pemikiran kritis dan kreatif, dan peringkat pengintegrasian kurang diintegrasikan
oleh guru cemerlang dalam pengajaran. Kekangan yang dihadapi oleh guru
merangkumi tiga kategori iaitu sukatan pelajaran, pelajar dan guru. Guru
mengemukakan lima cadangan dalam menjayakan pengintegrasian kemahiran
berfikir iaitu diadakan kursus bimbingan kemahiran berfikir, mewujudkan modul
kemahiran berfikir dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, menetapkan kemahiran
berfikir dalam sukatan pelajaran, mengadakan kemudahan untuk pengajaran
kemahiran berfikir dan juga membina soalan-soalan yang menekankan kemahiran
berfikir. Penyelidik berharap kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak
berkaitan bagi menjayakan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to investigate expert teachers in the subject of
Integrated Living Skills infuse thinking skills in their teaching. A total of six
research questions were designed including creative and critical thinking elements,
stage of integration, teacher’s awareness of integration, barriers and suggestions to
achieve integrating thinking skills in Living Skills subject. This research involved
646 form 2 students and 12 expert teachers in the subject of Integrated Living Skills
at secondary school around Johor Bahru, Kulai, Pontian and Pasir Gudang district.
This research used a combination of quantitative and qualitative methodologies.
Two sets of instruments constructed and used in this study were questionnaires and
interview form. Cronbach Alpha reliability value for questionnaires in the pilot
study was 0.793 which means that all questionnaire items can be accepted.
Quantitative data was analyzed using computer software Statistical Packages for
Social Science (SPSS) version 15.0 in order to get the mean value. The qualitative
data was analyzed based on the theme emerged from the content analysis. This study
showed that expert teachers do not infuse the creative and critical thinking elements,
and do not apply integration thinking skills in their teaching. Barriers faced by
teachers in integrating thinking skills in their teaching can be grouped into three
categories: the syllabus, students and teachers. The teachers had suggested few
suggestion to integrate the thinking skills in their teaching which are additional
course on thinking skills, create the thinking skills module in Living Skills subject,
inserting the thinking skills in syllabus, providing facilities for teaching thinking
skills and also developing questions that emphasize thinking skills. Researcher
hopes this study can be used as guidance to related parties for the successful
integration of thinking skills in Integrated Living Skills subject.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
TAJUK TESIS i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan 8
Berkaitan
1.6.2 Guru 9
1.6.3 Pelajar 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah dan Operasional 10
1.8.1 Pelajar 11
1.8.2 Guru 11
1.8.3 Pengintegrasian 11
1.8.4 Kekangan 12
viii
1.8.5 Cadangan 12
1.8.6 Kesedaran 13
1.8.7 Kemahiran Berfikir 13
1.8.8 Kemahiran Hidup Bersepadu 15
1.9 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Perlaksanaan Kemahiran Berfikir dalam Sistem
Pendidikan
17
2.3 Kemahiran Berfikir dalam Mata Pelajaran 19
Kemahiran Hidup
2.4 Konsep Berfikir 20
2.5 Konsep Pemikiran 20
2.6 Model Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif 22
2.6.1 Elemen Pemikiran Kritis 24
2.6.2 Elemen Pemikiran Kreatif 27
2.7 Pendekatan Pengajaran Secara Pengintegrasian 28
2.7.1 Pengintegrasian Pengenalan Kepada 30
Pengajaran Kemahiran Berfikir Dan Proses
Berfikir
2.7.2 Pengintegrasian Berfikir Secara Aktif Melalui 31
Pelbagai Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran
2.7.3 Pengintegrasian Berfikir Tentang Pemikiran 31
(Refleksi)
2.7.4 Pengintegrasian Aplikasi Pemikiran 32
2.8 Dapatan Kajian Lepas 32
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 38
ix
3.3.1 Guru Cemerlang 39
3.3.2 Pelajar 39
3.4 Instrumen Kajian 40
3.4.1 Soal Selidik 41
3.4.2 Temu bual 44
3.5 Kesahan Kandungan 46
3.6 Kajian Rintis 46
3.6.1 Kebolehpercayaan Soal Selidik 47
3.7 Prosedur Kajian 48
3.8 Analisis Data 49
3.8.1 Soal Selidik 50
3.8.2 Temu bual 52
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 57
4.2 Demografi Responden 58
4.2.1 Soal Selidik 58
4.2.2 Temu Bual 60
4.3 Analisis Kuantitatif dan Kualitatif 64
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 65
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 68
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 70
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 71
4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 84
4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 91
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 95
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 95
5.3 Perbincangan 98
5.4 Cadangan Penyelidik 110
5.4.1 Pusat Pengajian Tinggi 110
5.4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 110
x
5.4.3 Pihak Sekolah 111
5.4.4 Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 111
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 112
5.6 Penutup 113
RUJUKAN
LAMPIRAN
114
122
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Persoalan Kajian dan Reka Bentuk 38
3.2 Jumlah Responden Yang Terlibat Dalam Kajian 40
3.3 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B 41
3.4 Item Yang Terdapat pada Latar Belakang Responden 42
3.5 Taburan Soalan Berdasarkan Pengintegrasian
Kemahiran Berfikir
43
3.5 Keputusan Analisa Kebolehpercayaan Kajian 48
3.6 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian
2, 3, dan 4
51
3.8 Ringkasan Jadual Statistik yang Digunakan 52
3.9 Analisis Pengkodan Deskriptif 54
3.10 Analisis Pengkodan Deskriptif kepada Pengkodan
Interpretif
55
3.11 Analisis Tema 56
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59
4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang 59
4.4 Rumusan Responden Mengikut Penyertaan Kursus
Kemahiran Berfikir
64
4.5 Taburan Responden Mengikut Min Bagi Elemen
Pemikiran Kritis
69
4.6
Taburan Responden Mengikut Min Bagi Elemen
Pemikiran Kreatif
71
4.7
Taburan Responden Mengikut Min bagi Pengintegrasian
Pengenalan Kepada Objektif Kandungan dan Proses
Berfikir
73
xii
4.8
Taburan Responden Mengikut Min bagi Pengintegrasian
Berfikir Tentang Pemikiran
79
4.9 Taburan Responden Mengikut Min bagi Pengintegrasian
Aplikasi Pemikiran (Transfer)
81
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Proses Berfikir 23
2.2 Model Kemahiran Berfikir 24
2.3
3.1
Pendekatan Pengintegrasian
Rangka Rancangan Temu Bual
29
45
3.2 Prosedur Kajian 49
3.3 Pembahagian Skala Likert Kepada Tiga Tahap 50
3.4 Pembahagian Skala Likert 4 Kepada Tiga Tahap 51
3.5 Peringkat Dalam Analisis Tema 53
xiv
SENARAI SINGKATAN
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
KBKK Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
PMR Penilaian Menengah Rendah
GC Guru Cemerlang
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik Pelajar 122
B Panduan Temu Bual Guru 127
C Surat Pengesahan Instrumen Kajian 133
D Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 135
E Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 137
F Surat Kebenaran Sekolah 138
G Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 139
H Transkrip Temu Bual 140
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Memupuk minda modal insan dengan memiliki mentaliti kelas pertama adalah
satu daripada lima teras misi nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.
Mentaliti kelas pertama yang dimaksudkan adalah berteraskan kepada ketangkasan
kerja, ketepatan dan keberhasilan. Oleh itu, mentaliti kelas pertama adalah secara
langsung berhubung dengan kemahiran berfikir dimana pelajar perlu menguasai
kemahiran 4C iaitu pemikiran kritikal dan penyelesai masalah, keberkesanan
berkomunikasi, bekerja secara berkesan di dalam kumpulan yang mempunyai
perbezaan pandangan dan kreativiti dan inovasi.
Kepentingan kemahiran berfikir ini telah disedari semenjak awal 90-an dimana
penekanan elemen kemahiran berfikir sebagai elemen baru dapat dilihat dalam
Reformasi Pendidikan (Wan Mohd Zahid, 1993). Penekanan ini adalah selaras
dengan objektif Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ingin mengembangkan dan
mempertingkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif
dalam kalangan pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).
2
Dalam semua mata pelajaran termasuk Kemahiran Hidup Bersepadu, buku teks
dijadikan panduan kepada guru ketika mengajar dan dijadikan sumber bacaan
kepada pelajar ketika mengulangkaji pelajaran serta bahan rujukan utama untuk
menghadapi peperiksaan. Penekanan penggunaan buku teks sebagai unsur terpenting
dalam konsep pendidikan didapati tidak menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif
dikalangan pelajar kerana buku teks menghasilkan fakta-fakta untuk dihafal, diingat
dan dijadikan matlamat pembelajaran untuk lulus peperiksaan (Yong Seh Sheh,
2005). Sedangkan fakta dan ilmu mestilah difahami agar dapat diaplikasikan dalam
kehidupan. Situasi ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh kesilapan dalam
proses pengajaran yang mengabaikan elemen kemahiran berfikir seterusnya
mendorong pelajar bergantung kepada guru dan bertingkah laku impulsif, dogmatik
dan malas memberi pendapat (Phillips, 1992). Jika guru mengajar hanya
berlandaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran
tanpa penambahan maklumat semasa, perkembangan pemikiran pelajar tidak akan
berlaku.
Guru memainkan peranan yang utama dalam mengintegrasikan kemahiran
berfikir dikalangan pelajar khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta keperluan negara ke
arah K-Ekonomi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Tambahan pula, guru
merupakan ejen yang penting dalam pembangunan modal insan, dan juga pelaksana
bagi sukatan pelajaran atau program yang telah dirancang yang diaturkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah. Guru yang kreatif diperlukan
dalam pembentukan pemikiran kritis dikalangan pelajar sekolah dimana pelajar
mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran,
tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk pelajar
menjadi lebih inovatif yang mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif
dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi (Poh Swee Hiang,
2000). Oleh yang demikian, guru perlulah mengatur strategi yang sesuai untuk
menggalakkan pelajar supaya berfikir, memberi pendapat dan mencari penyelesaian
kepada sesuatu perkara atau masalah. Apabila strategi yang sesuai digunakan,
pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir melalui ransangan dan latihan yang
diberikan oleh guru seterusnya mereka dapat mengaplikasikan dalam corak
pembelajaran harian dan menyumbang kepada pembelajaran optimum.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran yang wajib
diambil bagi pelajar sekolah menengah rendah dimana salah satu matlamatnya
adalah untuk melahirkan insan yang kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1990). Selain itu, objektif kelapan yang terkandung
dalam mata pelajaran tersebut didapati mempunyai perkaitan secara langsung
dengan kemahiran berfikir iaitu untuk membolehkan pelajar memupuk sifat kreatif
dan inovasi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990).
Dalam pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), kemahiran
berfikir seperti pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan telah dimasukkan dengan jelas dan nyata dalam
objektif kurikulum beberapa mata pelajaran akademik iaitu Sains, Matematik,
Bahasa, Sejarah dan Geografi (Aliah, 2003). Walaubagaimanapun, pelaksanaan ini
masih belum mantap dan kurang diberi penekanan yang sewajarnya (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002) terutamanya dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu. Kemahiran berfikir telah dijadikan satu elemen utama yang
dilaksanakan dalam kurikulum sekolah dimana kemahiran berfikir bukanlah satu
mata pelajaran berasingan tetapi merupakan elemen yang diajar secara
pengintegrasian merentasi kurikulum (Zol Azlan, 2000).
Pengintegrasian kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu masih lagi berada ditahap yang rendah. Dapatan kajian yang lepas,
menunjukkan punca yang menyebabkan guru kurang mengintegrasikan kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada beberapa
faktor iaitu tahap kesediaan guru yang rendah (Abdul Haris, 2010; Che Wa, 2002;
Munir dan Azman, 2001; Rajendran, 2001; Noor Rohana, 1998), strategi
pengintegrasian yang digunakan kurang berkesan (Sanif, 2002; Asmah, 1994;
Omardin,1999; Abdul Rahim, 1996), dan dominasi guru (Yong, 1989; Toh, 2003).
Kesediaan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan salah satu faktor guru kurang mengintegrasikan kemahiran berfikir.
4
Kesediaan guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran adalah
merangkumi ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang hendak diajar,
kemahiran untuk mengajar kandungan mata pelajaran tersebut, dan sikap guru
terhadap tanggungjawab mereka (Rajendran, 2001). Kemahiran berfikir juga
merupakan asas ilmu yang perlu dikuasai oleh guru-guru dalam membantu
memperkembangkan pemikiran pelajar melalui penerapan (Som dan Mohd Dahlan,
1998). Kesediaan dari segi kognitif dan pengetahuan guru masih berada pada tahap
yang rendah dan keadaan ini berpunca daripada kekurangan dipihak guru itu sendiri
dimana kebanyakkan guru didapati tidak jelas tentang kaedah untuk menerapkan
unsur kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun telah
diberi pendedahan secara formal (Rafiei, 1998).
Ramai guru yang berminat memperkenalkan teknik berfikir kepada para pelajar
mereka dengan mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik
berfikir kepada pelajar mengikut cara mereka berikutan mereka kurang diberi
penekanan semasa diperingkat latihan perguruan (Phillips, 1997). Terdapat ramai
lagi guru yang belum mendapat strategi yang berkesan untuk mengajar teknik-teknik
berfikir kepada pelajar mereka (Ainon dan Abdullah, 2005). Dapatan kajian Sanif
(2002) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu menunjukkan
penggunaan teknik-teknik pengintegrasian kemahiran berfikir didalam pengajaran
dan pembelajaran masih berada ditahap yang sederhana dan hanya melibatkan
penggunaan contoh-contoh, bahan-bahan rangsangan dan kaedah bercerita seperti
pengalaman lalu dan pengalaman yang sedia ada. Guru-guru mata pelajaran Sains
didapati berkecenderungan dalam memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir pada aras pengetahuan dan
kefahaman dan mengabaikan kemahiran berfikir seperti penggunaan, analisis,
sintesis dan penilaian (Chan, 1999). Tambahan pula, Noor Rohana (1998) dalam
kajian tentang kemahiran berfikir dalam Bahasa Melayu menyatakan bahawa
pelaksanaan teknik hanya memberi penekanan kepada aktiviti perbincangan,
percambahan fikiran dan pembelajaran kolaboratif. Menurutnya lagi, penggunaan
alat-alat berfikir dan sumber pelajaran masih stereotaip dan terbatas dikalangan guru
manakala soalan-soalan yang digunakan masih berada pada aras rendah dan
lingkaran soalan tidak digunakan.
5
Guru perlu mengatasi kekangan yang dihadapi untuk melakukan perubahan yang
signifikan terhadap cara guru mengajar dalam kelas. Secara sedar mahupun tidak,
kebanyakkan wacana dalam kelas telah didominasikan oleh guru yang secara
langsungnya menyebabkan pelajar menjadi pasif. Satu daripada dua aspek dalam
pengajaran adalah pelajar perlu mencuba untuk menjelaskan dengan wajar tindakan
yang dilakukan oleh mereka dan guru perlu memahami tindakan tersebut berbanding
dengan guru yang menjelaskan kesemuanya kepada pelajar (Duckworth, 1987). Ini
bermakna guru perlu memberi kebebasan kepada para pelajar berfikir seperti
mengkritik sesuatu pandangan atau menjana idea-idea yang mungkin boleh
dianggap radikal (Ainon dan Abdullah, 2002). Situasi ini jelas menunjukkan bahawa
guru kurang memberi galakkan terhadap pengintegrasian kemahiran berfikir dalam
mata pelajaran yang diajar.
Gaya pengajaran guru merupakan salah satu aspek yang dipandang serius dalam
Kurikulum Baru Sekolah Menengah dimana ianya lebih menekankan pengajaran
pemusatan pelajar jika dibandingkan dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR) yang lebih menekankan pengajaran berpusatkan guru (Ikhsan dan Norila,
2005; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Walaupun pelbagai usaha telah
dijalankan untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran, namun
kebanyakkan sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang
berorientasikan peperiksaan. Dalam kandungan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) telah dinyatakan bahawa
fungsi peperiksaan bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi
juga untuk memperbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran guru dibilik
darjah. Walaubagaimanapun, penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi
tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam
peperiksaan, dan lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis
dipinggirkan.
Justeru itu, guru didapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan
KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah
pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru. Keadaan ini telah memberikan
kesan negatif terhadap perkembangan kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Dapatan kajian yang lepas ada menyatakan bahawa pegintegrasian kemahiran
berfikir dalam mata pelajaran kemahiran hidup adalah tidak menggalakkan (Sanif,
2002; Che Wa, 2002). Hasil daripada kajian tersebut telah menimbulkan banyak
persoalan tentang kekangan yang dihadapi untuk mengintegrasikan kemahiran
berfikir ke dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.
Sehubungan dengan itu juga, terdapat banyak kajian berkaitan dengan
pengintegrasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran bagi mata pelajaran
yang lain seperti Matematik (Faizah, 2001), Sejarah (Shahniza, 2001), Pendidikan
Sains (Chan, 1999) dan Reka Cipta (Haris, 2010). Walaubagaimanapun, kajian
yang berkaitan dengan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran
guru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu kurang diakukan. Implikasi
dari keadaan ini menyebabkan guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak dapat
mengintegrasikan kemahiran berfikir dengan lebih efektif ke dalam mata pelajaran
yang diajar (Sanif 2002, Che Wa, 2002).
Oleh itu, merujuk kepada hasil perbincangan latar belakang masalah dan kajian-
kajian yang lepas, penyelidik merumuskan bahawa terdapat keperluan untuk
menjalankan kajian pengintegrasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran KHB. Untuk mencapai hasrat ini, guru mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu perlu mempunyai anjakan dalam proses pengajaran bagi
mengintegrasikan kemahiran berfikir serta responsif terhadap kumpulan sasaran
yang menjadi sumber dan matlamat dunia pendidikan (Shaari, 1999). Oleh sebab itu,
kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti adakah guru menyedari
kepentingan pengintegrasian kemahiran berfikir, elemen pemikiran kritis dan kreatif
yang diintegrasikan guru dalam pengajaran, disamping mengenal pasti peringkat
pengintegrasian kemahiran berfikir yang digunakan guru, kekangan yang dihadapi
oleh guru untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dan cadangan daripada guru
untuk menjayakan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di 12 buah sekolah menengah
kebangsaan di negeri Johor.
7
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, maka kajian ini
dijalankan bertujuan untuk:
i) Mengenal pasti kesedaran guru terhadap kepentingan pengintegrasian
kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
ii) Mengenal pasti elemen pemikiran kritis yang diintegrasikan guru
cemerlang dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
iii) Mengenal pasti elemen pemikiran kreatif yang diintegrasikan guru
cemerlang dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
iv) Mengenal pasti peringkat pengintegrasian kemahiran berfikir yang
diintegrasikan guru cemerlang dalam pengajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu.
v) Mengenal pasti kekangan yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan
kemahiran berfikir bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
vi) Mengenal pasti cadangan guru untuk menjayakan pengintegrasian
kemahiran berfikir bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap
empat persoalan kajian seperti berikut:
i) Adakah guru cemerlang menyedari kepentingan pengintegrasian kemahiran
berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?