Pengkhususan Dalam Pengeluaran
-
Upload
rosmah-abdullah -
Category
Education
-
view
124 -
download
0
Transcript of Pengkhususan Dalam Pengeluaran
1. Apakah itu pengkhususan dalam pengeluaran ? (6m)
Pengkhususan merujuk kepada penumpuan masa dan tenaga (1m) oleh seseorang individu (1m) dalam suatu pekerjaan (1m) mengikut kebolehannya (1m).
Pengkhususan dalam pengeluaran boleh dibahagikan mengikut profession , , proses kerja , kawasan dan Negara (1m). Contoh pengkhususan mengikut profesion ialah doktor mengkhusus merawat pesakit(1m).
2. Terangkan kebaikan dan keburukan pengkhususan dalam pengeluaran? (10 m)
Kebaikan pengkhususan dalam pengeluaran ialah :1. Pekerjaan akan menjadi lebih mahir dan cekap. (1m)2. Pekerja akan menjadi lebih produktif. (1m)3. Masa dan kos untuk melatih pekerja dapat dijimatkan. (1m)4. Kos alat dapat dijimatkan kerana hanya perlu disediakan untuk pekerja tertentu
sahaja .(1m)5. Pengkhususan membolehkan penggunaan mesin untuk proses
berulang. (1m)
Keburukan pengkhususan pula ialah :1. Pekerja akan menjadi jemu melakukan pekerjaan yang berulang.
(1m)2. Pekerja akan kehilangan daya cipta dan kerohanian dan menjejaskan
mutu pengeluaran. (1m)3. Hasil keluaran mesin adalah seragam dan menghadkan pilihan
pengguna. (1m)4. Risiko pengangguran akan berlaku kerana kemahiran pekerja tidak
diperlukan dalam pengeluaran. (1m)5. Pekerja akan mempunyai sikap saling bergantungan mengakibatkan pengeluaran akan
tergendala sekiranya berlaku kerosakan pada mesin dan kerugian besar dialami. (1m)
3. Huraikan faktor-faktor yang mewujudkan pelbagai jenis pengkhususan dalam pengeluaran. (10m)
Faktor yang menyebabkan wujudnya pelbagai jenis pengkhususan dalam pengeluaran ialah :1. Perbezaan individu dalam kebolehan , kemahiran dan minat
(1m) menyebabkan wujudnya pelbagai profession seperti guru, doktor, akauntan, peguam dan lain-lain.(1m)
2. Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses . (1m) . Mesin digunakan untuk menghasilkan produk secara besar-besaran. (1m) Maka kos latihan dan masa dapat dijimatkan. (1m)
LATIHAN ULANGKAJI : PENGKHUSUSAN
3. Pengkhususan dilakukan mengikut kawasan bergantung kepada bentuk muka bumi, sumber alam dan saliran (1m). Sebagai contoh kawasan luar Kuala Trengganu mengkhusus dalam bidang petroleum. (1m)
4. Pengkhususan antarabangsa melibatkan faktor ikli , tahap teknologi dan setiap penduduk yang berbeza-beza (1m).Terdapat negara yang menumpukan lebih kepada barang industri kerana tahap teknologi yang tinggi seperti Jepun.(1m) Terdapat juga negara yang mengkhusus dalam bidang pertanian atas faktor iklim dan bekalan buruh yang murah seperti Indonesia. (1m)