Pengkosan Kontrak

19
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 1 PENGKOSAN KONTRAK OBJEKTIF: OBJEKTIF AM : Memahami definisi dan ciri- ciri pengkosan kontrak. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, anda akan dapat : 1. Mendefinisikan pengkosan kontrak. 2. Menghuraikan ciri-ciri pengkosan kontrak. 3. Menghuraikan Kriteria-kriteria pengkosan kontrak.

Transcript of Pengkosan Kontrak

Page 1: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 1

PENGKOSAN KONTRAK

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM : Memahami definisi dan ciri- ciri pengkosan kontrak.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, anda akan dapat :

1. Mendefinisikan pengkosan kontrak.

2. Menghuraikan ciri-ciri pengkosan kontrak.

3.Menghuraikan Kriteria-kriteria pengkosan

kontrak.

Page 2: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 2

14.0 PENGENALAN

Pengkosan kontrak mempunyai banyak persamaan dengan pengkosan kerja yang anda telah belajar dalam unit sebelum ini, ia mempunyai persamaan dari segi prinsipnya iaitu satu kontrak ditetapkan sebagai satu pusat kos dan juga dari segi masa yang mana ia memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan sesuatu kontrak.

14.1 DEFINISI PENGKOSAN KONTRAK.

Satu kontrak ditetapkan sebagai satu pusat kos oleh itu satu akaun kontrak akan dibuka bagi setiap kontrak yang berasingan dengan nama khusus bergantung kepada pihak syarikat yang menentukan. Akaun kontrak yang berasingan dibuka supaya untung rugi kontrak individu dapat dikira. Bagi pengkosan yang lain, kos-kos perlu diagihkan pusat kos dan kemudian barulah diagihkan kepada produk-produk ataupun kerja . Ia berbeza bagi pengkosan kontrak yang mana ia diagihkan terus kepada kontrak tersebut, ini bermakna setiap kontrak adalah pusat kos.

Mengikut SSAP 9, Kontrak terdiri daripada 2 jenis kontrak iaitu:1. Kontrak jangka pendek – tempoh kontrak jangka pendek adalah kurang daripada

satu tahun.2. Kontrak jangka panjang – tempoh kontrak jangka panjang adalah lebih daripada

satu tahun.

PENGKOSAN KONTRAK

INPUT

Page 3: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 3

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

14.1 Apakah persamaan pengkosan kontrak berbanding dengan pengkosan tempahan kerja.

1._________________________________________________.

2. _________________________________________________.

3. _________________________________________________.

4. _________________________________________________.

AKTIVITI 14A

PENGKOSAN KONTRAK

Page 4: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 4

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 14A

14.1 Persamaan pengkosan kontrak dan pengkosan tempahan kerja adalah.

1. Mengampil tempahan mengikut kehendak pelanggan.2. Memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan kerja.3. Jauh daripada premis ibu pejabat.4. Biasanya berkaitan dengan pembinaan.

PENGKOSAN KONTRAK

MAKLUMBALAS 14A

Page 5: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 5

14.2 CIRI-CIRI DAN KRITERIA PENGKOSAN KONTRAK

Terdapat beberapa ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang boleh kita dapati daripada pengkosan kontrak yang agak berbeza daripada pengkosan lain tetapi mempunyai beberapa persamaan dengan pengkosan kerja.

14.2.1 Ciri-ciri pengkosan kontrak.

Pengkosan kontrak mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding dengan lain-lain pengkosan.yang mana ciri-cirinya adalah sepeti berikut:

1. Jauh daripada premis kontraktor.

2. Satu kontrak memakan masa satu atau lebih daripada satu tempoh perakaunan.

3. Bahan dibeli dan dihantar terus ke tapak pembinaan atau dikeluarkan daripada

pusat stok dan dihantar terus ke tapak pembinaan.

4. Sub-kontraktor mungkin diperlukan, contohnya pakar dalam pelantaian,

pemasngan lif dan sebagainya.

5. Jentera dan peralatan mungkin dibeli atau disewa daripada syarikat lain atau

diambil daripada jabatan mesin dan jentera dalam syarikat yang sama.

6. Pembayaran mengikut peringkat-peringkat tertentu berdasarkan nilai yang

disahkan oleh arkitek setakat kerja yang telah siap pada masa kini.

7. Terdapat wang tahanan untuk melindungi pelanggan daripada kerja-kerja yang

cacat yang mana wang tahanan adalah penahanan bayaran sebahagian

daripada nilai kontrak untuk sesuatu tempoh selepas tarikh tamat kontrak yang

rasmi. Setelah pelanggan berpuashati dengan pembaikan yang dilakukan, maka

wang tahanan akan dilepaskan.

PENGKOSAN KONTRAK

INPUT

Page 6: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 6

8. Harga kontrak dianggarkan sebelum kerja dilaksanakan.

14.2.2 KRITERIA-KRITERIA PENGKOSAN KONTRAK.

Kriteria-kriteria pengkosan kontrak agak berbeza dengan pengkosan lain, ini kerana kos-kosnya adalah khusus disediakan untuk sesuatu kontrak. Kriteria-kriterianya adalah seperti berikut:

1. Kos langsung yang diperuntukkan adalah tinggi.

Untuk melihat dengan lebih jelas berkaitan peruntukkan kos kepada kos langsung mari kita lihat dari sudut kos-kos secara khusus.

a. BahanBahan dibeli adalah khas untuk kegunaan sesuatu kontrak, maka bahan ini perlu diperuntukkan terus kepada kontrak tersebut.

b. Buruh.Upah semua pekerja yang berkerja untuk sesuatu kontrak tertentu merupakan kos langsung bagi kontrak tersebut.

i. Pengganjaran: contohnya adalah pekerja dibayar kadar sejam dan bonus akan diberikan sekiranya dapat menyiapkan kerja lebih cepat daripada sepatutnya. Pembayaran bonus ini juga diperuntukkan secara langsung kepada kontrak.ii. Upah terakru; juga perlu diperuntukkan terus kepada kontrak mengikut tempoh ia dikerjakan.

c. Belanja langsung.Disebabkan kebanyakkan kos digunakan khusus untuk sesuatu kontrak maka belanja yang biasanya dikelaskan sebagai belanja tak langsung akan dikelaskan sebagai belanja langsung di dalam kontrak.

Contoh yang boleh kita lihat adalah;i. Talifon dan tenaga kuasa yang dipasang ditapak pembinaan

untuk tujuan kontrak itu sahaja,

ii. Pengangkutan, jentera, mesin dan kenderaan yang digunakan ditapak pembinaan dan sewa mesin untuk kontrak tertentu, yang mana asset tetap ini dibawa ketapak khas untuk kontrak tersebut sama ada ia dibeli atau dibawa dari tapak yang lain dan ada juga yang disewa khas untuk sesuatu kontrak sebab itulah kos tersebut perlu diuntukkan secara langsung kepada sesuatu kontrak.

Page 7: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 7

iii. Bayaran sub-kontraktor Yang mana sub-kontraktor diupah untuk menyiapkan kerja khas misalnya pendawaian elektrik, memasng lif dan sebagainya

iv. Yuran arkitek, insuran dan sebagainya.

2. Kos tak langsung adalah rendah.Pada keseluruhannya kos tak langsung bagi sesuatu kontrak adalah kos overhed iaitu belanja pentadbiran di ibupejabat dan kos penjualan dan pengagihan. Walaubagaimana pun ia hanya peruntukkan kecil sahaja bagi sesuatu kontrak.

3. Terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi daripada pengkosan kontrak.Disebabkan tempoh untuk menyiapkan kontrak panjang dan ia berada ditapak pembinaan yang jauh dari ibupejabat maka terdapat masalah-masalah besar yang sukar dielakkan dan sentiasa berulang. Masalah-masalah tersebut seperti kehilangan atau kecurian bahan, kerosakkan dan kehilangan alatan yang digunakan, vandalisma dan memelukan pengawasan tinggi terhadap pekerja.

4. Terdapat lebihan bahan dan Jentera/mesin/pengangkutan.

a. Bahan.Bahan diterbitkan daripada stor dicatat dalam nota tuntutan bahan dan bahan yang berlebihan daripada kontrak dipulangkan kepada stor dan ia dicatatkan dalam nota tuntutan bahan seperti yang anda telah belajar dalam unit 4.

Pemindahan bahan daripada tapak ketapak lain perlu dicatatkan dalam nota pemindahan bahan.

b. Mesin atau jenterai. Kos pembelian loji baru akan dikenakan kepada akaun kontrak dan

dikreditkan nilai yang terkurang selepas susutnilai bila ia dipindahkan ketapak lain atau bila tamat sesuatu tempoh perakaunan.

ii. Sekiranya mesin dihantar ketapak pada nilai buku, ia akan dikenakan keakaun kontrak pada nilai tersebut dan akan dikreditkan nilai buku yang terkurang bila ia dipindahkan ketapak lain atau tamat sesuatu tempoh perakaunan tertentu.

Page 8: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 8

Tahukah andaAPAKAH ITU KONTRAKTEE,

KONTRAKTOR DAN SUB-KONTRAKTOR

Bangunan Politeknik

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Syt. Pembinaan serbaboleh sdn. Bhd.untuk menyiakkan projek ini.

Disebabkan syt. Tuan merupakan syt. Serba boleh maka pihak JPT bersetuju untuk menyerahkan kontrak bangunan politeknik ini kepada pihak syt. Tuan mengikut syarat-syarat berikut

KONTRAKTO

KONTRAKTEE

Kami tidak mempunyai kepakaran untuk memasang meja-meja untuk dimasukkan ke bengkel-bengkel. Bolehkan syt. tuan memasangnya untuk projek bangunan politeknik yang kami dapat daripada JPT.

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. …. Syt. Pasang Siap s/b memang pakar dalam bidang tu..

SUB-

Page 9: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 9

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

14.2 Tandakan X bagi penyataan yang salah dan tandakan bagi penyataan yang betul.

1. Sub-kontraktor mungkin diperlukan bagi sesuatu kontrak.

2. Tapak pembinaan berada dipremis ibu pejabat.

3.Bahan diagihkan ke satu pusat kos dan selepas itu barulah diagihkan ke kontrak-kontrak tertentu.

4.Terdapat wang tahanan untuk melindungi pelanggan daripada kerja-kerja yang tidak memuaskan.

5.Lebihan daripada bahan perlu dikreditkan dari akaun kontrak dan dipulangkan ke stor

6. Pengagihan kos tinggi terhadap kos langsung

7. Bil talifon di tapak pembinaan adalah belanja langsung

8. Kos tak langsung adalah tinggi

PENGKOSAN KONTRAK

AKTIVITI 14B

Page 10: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 10

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 14B

14.2

1. Sub-kontraktor mungkin diperlukan bagi sesuatu kontrak.

2. Tapak pembinaan berada dipremis ibu pejabat.

6.Bahan diagihkan ke satu pusat kos dan selepas itu barulah diagihkan ke kontrak-kontrak tertentu.

7.Terdapat wang tahanan untuk melindungi pelanggan daripada kerja-kerja yang tidak memuaskan.

8.Lebihan daripada bahan perlu dikreditkan dari akaun kontrak dan dipulangkan ke stor

6. Pengagihan kos tinggi terhadap kos langsung

7. Bil talifon di tapak pembinaan adalah belanja langsung

MAKLUMBALAS 14B

PENGKOSAN KONTRAK

/X

X

/

/

/

/

X

Page 11: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 11

8. Kos tak langsung adalah tinggi

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

S

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 14-1

Terangkan apakah yang anda faham maksud sub-kontraktor?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Soalan 14-2

Apakah kontraktor dan apakah kontraktee?

PENILAIAN KENDIRI

PENGKOSAN KONTRAK

Page 12: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 12

Kontraktor_______________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Kontraktee_______________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Soalan 14-3

Apakah yang dimaksudkan wang tahanan?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Soalan 14-4

Senaraikan ciri-ciri istimewa bagi pengkosan kontrak

1. __________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

4. __________________________________________________________________

Page 13: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 13

5. __________________________________________________________________

6. __________________________________________________________________

7. __________________________________________________________________

8. __________________________________________________________________

Adakah anda telah mencuba dahulu?Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 14-1

Sub-kontraktor adalah satu perniagaan yang pakar didalam sesuatu bidang yang tidak mampu dilakukan oleh kontraktor. Sub-kontraktor diupah oleh kontraktor untuk mengendalikan kerja-kerja khas ini seperti pelantaian, pemasangan lif dan sebagainya. Kerja sub-kontraktor ini dikenakan terus kepada sesuatu kontrak tertentu.

Jawapan 14-2

Kontraktor adalah perniagaan yang menerima kontrak daripada kontraktee dan menyiapkan atau mengendalikan kontrak itu sehingga siap mengikut kehendak kontraktee.

Kontraktee adalah pelanggan yang menyerahkan kontrak dan mengkehendaki kontrak disiapkan dengan sempurna mengikut kehendaknya.

Jawapan 14-3

Wang tahanan adalah penahanan bayaran sebahagian daripada nilai kontrak untuk sesuatu tempoh selepas tarikh tamat kontrak yang rasmi. Setelah pelanggan berpuashati dengan pembaikan yang dilakukan, maka wang tahanan akan dilepaskan.

MAKLUMBALAS

PENGKOSAN KONTRAK

Page 14: Pengkosan Kontrak

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 14 / 14

Jawapan 14-4

Ciri-ciri istimewa pengkosan kontrak adalah:

1. Jauh daripada premis kontraktor.

2. Satu kontrak memakan masa satu atau lebih daripada satu tempoh perakaunan.

3. Bahan dibeli dan dihantar terus ke tapak pembinaan atau dikeluarkan daripada

pusat stok dan dihantar terus ke tapak pembinaan.

4. Sub-kontraktor mungkin diperlukan, contohnya pakar dalam pelantaian,

pemasngan lif dan sebagainya.

5. Jentera dan peralatan mungkin dibeli atau disewa daripada syarikat lain atau

diambil daripada jabatan mesin dan jentera dalam syarikat yang sama.

6. Pembayaran mengikut peringkat-peringkat tertentu berdasarkan nilai yang

disahkan oleh arkitek setakat kerja yang telah siap pada masa kini.

7. Terdapat wang tahanan untuk melindungi pelanggan daripada kerja-kerja yang

cacat yang mana wang tahanan adalah penahanan bayaran sebahagian daripada

nilai kontrak untuk sesuatu tempoh selepas tarikh tamat kontrak yang rasmi.

Setelah pelanggan berpuashati dengan pembaikan yang dilakukan, maka wang

tahanan akan dilepaskan.

Syabas !