PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

12
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) Untuk memetik artikel ini: Jamil, N. A. & Jailani, M. K. (2017). Pengukuran pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid guru yang dibimbing (Gdb) oleh pegawai SISC+. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). 237 PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN MURID GURU YANG DIBIMBING (GDB) OLEH PEGAWAI SISC+ Nor Aisah bt Jamil (Pengarang Penghubung) Pejabat Pendidikan Daerah Seremban Mohd Kashfi b. Mohd Jailani Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu pegawai “School Improvement Speacialist Coach+” (SISC+) membuat bimbingan terhadap guru-guru yang dibimbing (GDB) melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan membuat tinjauan pembelajaran murid menguasai KBAT dalam PDP melalui rangsangan daripada GDB mengikut jantina, umur dan tahun yang diajar dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam pelaksanaan PdP KBAT. Kajian ini dibuat menggunakan Pengukuran Klasik dan Model Rasch terhadap set item dan GDB. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke atas 140 orang GDB di 22 buah sekolah rendah Daerah Seremban dengan menggunakan soal selidik pelaksanaan KBAT dalam PdP berdasarkan instrumen yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK/K/268/14). Kajian ini merangkumi 3 aspek utama pembelajaran murid terhadap KBAT iaitu aspek penglibatan, penguasaan pembelajaran dan hasil kerja murid. Dapatan kajian ke atas GDB yang diuji menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dengan nilai ‘person reliability0.87 dan merupakan set item yang boleh dipercaya dan ada keesahannya dengan nilai item reliability0.84 serta Cronbach Alpha (KR-20) 0.90. Di dalam kajian ini, statistik deskriptif dalam bentuk skor min, ‘standard division’ dan peratus digunakan. Kemahiran dan proses yang memerlukan guru merangsang muridnya membuat penaakulan, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta mencipta bagi memenuhi kriteria dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) 1 Standard 4 bagi PdP KBAT. Dapatan kajian terhadap pengukuran pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB dari aspek penglibatan murid merespon soalan murid lain dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran pada tahap persetujuan di mana mean skor 3.63 dengan standard division 3.97. Penguasaan murid terhadap pembelajaran KBAT pula pada min 3.02 dengan standard divisionnya 3.17. Manakala hasil kerja murid menunjukkan pada min 3.38 beserta standard division 3.89. Hasil kajian ini berjaya mengukur tahap pembelajaran KBAT dalam kalangan murid yang diajar oleh GDB. Dapatan daripada data ini, memudahkan pegawai SISC+ membuat bimbingan terhadap GDB dengan memberi fokus pada aspek atau kriteria KBAT dalam PdP. Kata kunci: KBAT; SISC; GDB PENGENALAN Secara amnya pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP sangat penting dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah menggariskan enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Penguasaan kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Bimbingan pegawai SISC+ terhadap GDB adalah untuk mengupaya guru-guru mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam perancangan dan pelaksanaan PdP. Pegawai SISC+ adalah terdiri daripada guru-guru yang terpilih di mana sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan guru cemerlang (GC) yang telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada master coachees. Pegawai SISC+ yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7 2 . Pegawai SISC+ bertanggungjawab memberi konsultasi dalam melaksanakan proses yang terancang dan sistematik bagi menambah baik kualiti pdp guru melalui coaching dan mentoring secara strategik. Pegawai

Transcript of PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Page 1: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Untuk memetik artikel ini:

Jamil, N. A. & Jailani, M. K. (2017). Pengukuran pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid guru yang dibimbing

(Gdb) oleh pegawai SISC+. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

237

PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS

TINGGI DALAM KALANGAN MURID GURU YANG DIBIMBING

(GDB) OLEH PEGAWAI SISC+

Nor Aisah bt Jamil (Pengarang Penghubung)

Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Mohd Kashfi b. Mohd Jailani

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu pegawai “School Improvement Speacialist Coach+” (SISC+) membuat

bimbingan terhadap guru-guru yang dibimbing (GDB) melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan membuat tinjauan

pembelajaran murid menguasai KBAT dalam PDP melalui rangsangan daripada GDB mengikut jantina, umur

dan tahun yang diajar dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam pelaksanaan

PdP KBAT. Kajian ini dibuat menggunakan Pengukuran Klasik dan Model Rasch terhadap set item dan GDB.

Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke atas 140 orang GDB di 22 buah sekolah rendah Daerah

Seremban dengan menggunakan soal selidik pelaksanaan KBAT dalam PdP berdasarkan instrumen yang

dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK/K/268/14). Kajian ini merangkumi 3 aspek utama

pembelajaran murid terhadap KBAT iaitu aspek penglibatan, penguasaan pembelajaran dan hasil kerja murid.

Dapatan kajian ke atas GDB yang diuji menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dengan nilai ‘person

reliability’ 0.87 dan merupakan set item yang boleh dipercaya dan ada keesahannya dengan nilai ‘item

reliability’ 0.84 serta Cronbach Alpha (KR-20) 0.90. Di dalam kajian ini, statistik deskriptif dalam bentuk skor

min, ‘standard division’ dan peratus digunakan. Kemahiran dan proses yang memerlukan guru merangsang

muridnya membuat penaakulan, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta mencipta bagi

memenuhi kriteria dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010)1 Standard 4 bagi PdP

KBAT. Dapatan kajian terhadap pengukuran pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB dari aspek

penglibatan murid merespon soalan murid lain dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran pada tahap

persetujuan di mana mean skor 3.63 dengan standard division 3.97. Penguasaan murid terhadap pembelajaran

KBAT pula pada min 3.02 dengan standard divisionnya 3.17. Manakala hasil kerja murid menunjukkan pada

min 3.38 beserta standard division 3.89. Hasil kajian ini berjaya mengukur tahap pembelajaran KBAT dalam

kalangan murid yang diajar oleh GDB. Dapatan daripada data ini, memudahkan pegawai SISC+ membuat

bimbingan terhadap GDB dengan memberi fokus pada aspek atau kriteria KBAT dalam PdP.

Kata kunci: KBAT; SISC; GDB

PENGENALAN

Secara amnya pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP sangat penting dalam

merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah menggariskan enam

aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan

dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global.

Penguasaan kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang kreatif

dan inovatif. Bimbingan pegawai SISC+ terhadap GDB adalah untuk mengupaya guru-guru mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran, proses dan nilai dalam perancangan dan pelaksanaan PdP. Pegawai SISC+ adalah

terdiri daripada guru-guru yang terpilih di mana sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan guru

cemerlang (GC) yang telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada master coachees. Pegawai SISC+

yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru di

sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 72 .

Pegawai SISC+ bertanggungjawab memberi konsultasi dalam melaksanakan proses yang terancang dan

sistematik bagi menambah baik kualiti pdp guru melalui coaching dan mentoring secara strategik. Pegawai

Page 2: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

238

SISC+ berperanan sebagai pakar rujuk dalam dimensi kurikulum, pentaksiran dan pedagogi bagi membimbing,

menyelesaikan masalah dan membentuk jaringan pemuafakatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan

pembangunan organisasi. Ia bertujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta

memikirkan intervensi atau penambahbaikan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan

pentadbir dan guru-guru sekolah dengan menjamin bahawa guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi

profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

[Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan dan kaedah kaedah terpilih sehingga 5 Januari

2013 (ms12)].

Tanggungjawab dan amanah ini terletak pada guru yang mengajarnya. Bagi merealisasikan dokongan falsafah

pendidikan kebangsaan ini, guru perlu profesional dan kompeten disamping mempunyai intergriti dan kredibiliti

yang tinggi. Guru yang kompeten mampu mengabungjalinkan sumber pengetahuan dan kemahirannya untuk

mendidik pelajarnya supaya menjadi insan yang seimbang dan bersepadu. Justeru itu, guru juga hendaklah

sentiasa mengemaskini pengetahuan dan menguasai kemahiran terkini, termasuk pengajaran dan pembelajaran

KBAT selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudah cara dalam PdP, agen perubahan serta

sumber inspirasi kepada pelajar.

“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi iaitu

kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Penguasaan

kemahiran berfikir yang mantap memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang kreatif dan

inovatif. Kemahiran berfikir yang ditekankan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana trend

perkembangan pendidikan masa kini menuntut kemahiran tersebut. Penerapan KBAT dalam pendidikan

menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen KBAT yang terdiri

daripada tiga elemen utama iaitu Kurikulum, Pentaksiran dan Pedagogi serta empat elemen sokongan iaitu

Kokurikulum, Sokongan Komuniti dan Swasta, Sumber dan Bina Upaya. Kesemua elemen ini adalah untuk

membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid.”

[Sumber: Elemen Kbat Dalam Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia, KPM, 2014 (m/s:viii)]

MASALAH KAJIAN

Guru perlu berkemahiran dalam PdP yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan PdP yang dapat

menjamin kemajuan pelajar secara optimum dalam penerapan KBAT yang memenuhi standard kualiti PdP.

Proses bimbingan PdP KBAT sentiasa menekankan dan memastikan perancangan yang sesuai, spesifik dan

releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah yang kondusif, penggunaan masa yang efisien,

dan PdP mengikut tahap kecerdasan. Pengurusan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan

pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

“KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), serta Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pernyataan KBAT dalam dokumen kurikulum ditulis secara

eksplisit dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi semua mata pelajaran KSSR.”

[Sumber: Elemen Kbat Dalam Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia, KPM, 2014 (m/s:5)]

PdP KBAT ini sepatutnya dikuasai oleh setiap guru. Dalam erti kata lain, perkara yang perlu dikuasai oleh

setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan. Guru perlu mahir menentukan kesesuaian bahan

pengajaran, sumber pembelajaran, merangsang penglibatan aktif murid, berkeupayaan membuat penilaian

prestasi, pengukuran dan penambahbaikan PdP. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan

mengintergrasikan TMK. Disamping itu guru perlu proaktif untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan

Page 3: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

239

PdP. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan kualiti professionalisme dan menjadi pemangkin kepada

transformasi guru berkualiti kekal berkualiti.

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh

keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid

lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil

peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir,kepetahan berkomunikasi,

ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan

negara-bangsa dan global,"

[Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001); hlm.24]

PdP berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti iaitu proses yang

dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum.

“PdP berkualiti lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha

meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan

nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi

tertentu. Usaha ini mewujudkan jaringan seprofesion dan kolaboratif dengan sekolah, pejabat pendidikan

daerah, jabatan pendidikan negeri, kementerian pendidikan serta mana-mana institusi dalam dan luar. Ia

pastinya satu usaha untuk melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf dunia.”

[Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999)]

Sebagai seorang pegawai SISC+ yang bertanggungjawab membimbing guru, perkara utama yang dibincangkan

ialah elemen-elemen pengajaran berkesan seperti aspek bimbingan yang digariskan mengikut sistem yang

diguna pakai oleh SISC+ yang sentiasa mengoptimumkan sumber bahan dan teknik pengajaran bagi

memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Kepelbagaian kaedah

bimbingan seperti perbincangan, temubual, pemerhatian, tunjuk cara, perbengkelan, tutorial, peer coaching, dan

pair teaching dipraktikkan sepenuhnya secara individu maupun kelompok guru dibimbing bagi membuka minda

mereka. Adalah menjadi cabaran besar untuk menjadikan proses bimbingan ini diterima serta memberi kesan

positif ke dalam diri guru.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian melibatkan pendekatan kuantitatif yang melibatkan pengutipan data menggunakan

instrumen pengukuran pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB dengan menjawab dan melengkapkan

borang soal selidik semasa perjumpaan seluruh GDB. Setiap sampel diminta membaca arahan sebelum

menjawab soal selidik dan menjawab secara persendirian berdasarkan dapatan pemerhatian dan penilaian dalam

amalan PdP GDB masing-masing. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian A ialah demografi guru,

bahagian B ialah penglibatan murid, bahagian C ialah penguasaan pembelajaran murid dan bahagian D ialah

hasil kerja murid. Bahagian demografi guru, soal selidik ini terdiri daripada perkara jantina, umur, dan tahun

yang diajar. Bahagian B, C, dan D mengandungi tujuh belas item yang diuji. Bahagian B terdiri daripada tujuh

item berkaitan penglibatan aktif murid yang membolehkan berlakunya pembelajaran KBAT melalui

pemerhatian guru terhadap respon muridnya terhadap pendapat, jawapan, dan soalan murid lain yang

menggalakkan proses pemikiran. Bahagian C terdiri daripada sembilan item berkaitan penguasaan pembelajaran

murid melalui penilaian GDB terhadap tujuan soalan yang dikemukakan oleh muridnya selaras dengan objektif

pembelajaran yang ditetapkan. Bahagian D terdiri daripada satu item yang diuji berkaitan dengan hasil kerja

murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran dengan mempamerkan KBAT.

Melalui soal selidik ini, bahagian A mengikut kategori jantina lelaki atau perempua, kategori umur kurang 30

tahun, 30 hingga 39 tahun, 40 hingga 49 tahun, dan 50 tahun ke atas, serta tahun yang di ajar GDB mengikut

kategori tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5, dan tahun 6. Skala Likert lima pilihan digunakan dalam

bahagian B, C, dan D. Skala Likert menyatakan darjah persetujuan terhadap setiap item yang dikemukakan

dalam bahagian B. Darjah persetujuan mereka terhadap item yang dikemukakan sama ada Sangat Setuju (5),

Setuju (4), Tidak Pasti (3), Tidak Setuju (2) atau Sangat Tidak Setuju (1). Dalam bahagian C, GDB diminta

menyatakan darjah kemahiran mereka terhadap item yang dikemukakan sama ada Sangat Mahir (5), Mahir (4),

Sederhana Mahir (3), Kurang Mahir (2), atau Tidak Mahir (1). Bahagian D pula GDB diminta menyatakan

darjah tahap hasil kerja murid sama ada Sangat Baik (5), Baik (4), Sederhana (3), Lemah (2), atau Sangat

Lemah (1). Soal selidik yang telah dijawab dikumpulkan serta disemak terlebih dahulu bagi memastikan sampel

mengikut arahan yang betul dan memberikan jawapan yang lengkap sebelum data dianalisis.

Page 4: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

240

DAPATAN KAJIAN

Demografi Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 140 orang guru yang dibimbing GDB dari 22 buah buah sekolah rendah di

Daerah Seremban. Daripada jumlah itu, dalam Rajah 1 menunjukkan sampel daripada setiap kluster : gender,

umur dan tahun yang diajar GDB. Jumlah sample guru lelaki ialah 22(15,7)% dan guru perempuan

118(84.29)%. Jumlah guru mengikut kategori umur kurang 30 tahun ialah 6(43.6)%, umur 30 hingga 39 tahun

61(43.6)%, umur 40 hingga 49 tahun 54(38.6)% dan lebih 50 tahun 19(13.6)%. Jumlah guru yang mengajar

tahun satu ialah 48(34.29)%, tahun dua 25(17.9)%, tahun tiga 27(19.3)%, tahun empat 18(12.9)%, tahun lima

16(11.43)%, dan tahun enam 6(4.3)%.

JADUAL 1. Demografi Sampel Kajian

Faktor

Demografi N

Faktor Frekuensi Peratus

(%)

Jantina 140 Lelaki 22 15.7

Perempuan 118 84.3

Umur

140

Kurang 30 tahun

6

4.3

30 hingga 39 tahun 61 43.6

40 hingga 49 tahun 54 38.6

Lebih 50 tahun 19 13.6

Tahun diajar 140 Tahun 1 48 34.3

Tahun 2 25 17.9

Tahun 3 27 19.3

Tahun 4 18 12.9

Tahun 5 16 11.4

Tahun 6 6 4.3

Kebolehpercayaan Item Bagi Pembelajaran KBAT dalam Kalangan Murid GDB

Kebolehpercayaan (reliability) item instrumen pembelajaran KBAT ini menggunakan Model Pengukuran Rasch

dan mengukur sejauhmanakah kebolehpercayaan item dan sampel bagi instrumen pengukuran pembelajaran

KBAT dalam kalangan murid sampel bagi indeks pengasingan (separation index), Jadual 2 menunjukkan

statistik-statistik yang dihasilkan oleh analisis Rasch bagi pengukuran kebolehpercayaan sampel. Di antara

statistik-statistik yang ditunjuk adalah sejauh mana keserasian item-item kepada (conform to / fit) Model Rasch,

indeks pengasingan item (item separation index) dan indeks pengasingan individu (person separation index);

dan kebolehpercayaan item (item reliability) dan kebolehpercayaan individu (person reliability).

Analisis Rasch menghasilkan indeks pengasingan (separation index) individu dan item. Wright dan Master

(1982) mendefinisikan indeks pengasingan individu sebagai anggaran pengasingan atau perbezaan kumpulan

individu mengikut tahap kebolehan dalam pembolehubah yang diukur. Indeks pengasingan individu

menunjukkan bilangan strata kebolehan yang dikenalpasti dalam kumpulan sampel. Manakala indeks

pengasingan item pula menunjukkan pengasingan bagi tahap kesukaran item. Nilai pengasingan individu dan

item yang lebih daripada nilai 2 adalah baik ( Linarce 2005). Nilai indeks pengasingan (separation index) ≥ 2.0

adalah mengredkan sistem pengukuran disebabkan oleh hanya satu atau dua pemerhatian, nilai antara 1.5 hingga

2.0 tidak produktif untuk pembangunan pengukuran tetapi tidak merendahkan martabat, nilai antara 0.5 hingga

1.5 produktif pengukuran dan nilai < 0.5 kurang produktif untuk pengukuran tetapi tidak merendahkan martabat

dan dapat mengeluarkan kekeliruan kebolehpercayaan yang tinggi dan pengasingan pekali (coefficients) (

Linarce 2005).

Page 5: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

241

Kebolehpercayaan (reliability) sesuatu alat ukuran bermaksud ketekalan ukuran-ukuran (consistency of

measure) yang dihasilkan oleh alat tersebut (Gerald S. Hanna,Peggy& Dettmer, 2004). Darjah ketekalan ukuran-

ukuran boleh ditentukan dalam pelbagai keadaan, Ujian yang baik/sesuai adalah ujian yang mempunyai darjah

ketekalan (degree of consistency) yang tinggi, iaitu markah/skor yang dihasilkan adalah hampir sama dalam apa

jua keadaan. Indeks kebolehpercayaan (reliability) responden dan item yang diterima baik adalah nilai

kebolehpercayaan (reliability) ≥ 0.8 adalah nilai diterima kuat, nilai kebolehpercayaan (reliability) antara 0.6

hingga 0.8 kurang diterima dan nilai kebolehpercayaan (reliability) < 0.6 tidak diterima (Bond & Fox, 2007 ).

Jadual 2 Analisis Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan bagi Pembelajaran KBAT dalam Kalangan Murid

GDB

Jadual 2 menunjukkan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.84. Wright dan Master (1982) menyatakan nilai

adalah positif kerana menghampiri 1.00. Oleh kerana itu, ramalan pengulangan item e-MILes juga tinggi jika

diberikan untuk yang kumpulan responden lain dengan kemampuan yang sama (Wright & Masters 1982). Nilai

indeks pengasingan ialah dari 2 hingga 22. Secara statistik, hal ini mencerminkan item e-MILes boleh

dibahagikan dari 2 sampai dengan 22 strata atau peringkat sokongan. Indeks kebolehpercayaan responden dan

item ≥ 0.8 boleh diterima (Fox & Jones 1998; Bond & Fox 2001). Selain itu, indeks pengasingan ≥ 2.0 juga

boleh diterima (Fox & Jones 1998).

Penglibatan, penguasaan pembelajaran dan hasil kerja murid dalam pembelajaran KBAT

Pengukuran skor cemerlang mengikut SKPM standard 4 terhadap penglibatan murid dan teknik penyoalan guru

adalah apabila didapati jika hampir keseluruhan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu

pembelajaran dan soalan yang dikemukakan guru pula dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid.

Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Kepelbagaian teknik penyoalan dapat

meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembang pemikiran kreatif dan kritis murid.

Murid perlu dirangsang untuk memberi perhatian dan maklum balas kepada soalan ditanya dan juga

menggalakkan muridnya bertanyakan soalan serta berbincang lanjut dengan guru juga sesama mereka secara

proaktif dengan menggunakan pelbagai teknik penyoalan berkesan. Jadual 3 menunjukkan taburan data darjah

persetujuan, darjah kemahiran, dan darjah tahap kepuasan GDB terhadap pembelajaran KBAT bagi muridnya

melalui pengukuran Skala Likert pada tujuh belas item yang diuji.

Dalam PdP KBAT, guru perlu menggunakan sesuatu kaedah penyoalan, arahan, dan tugasan yang boleh

merangsang muridnya memberi respon terhadap pendapat, jawapan, soalan murid lain yang menggalakkan

Page 6: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

242

proses pemikiran. Pencapaian penglibatan murid pada tahap KBAT dalam PdP perlu memenuhi kriteria murid

meminta penjelasan lanjut, mengajukan soalan lain, menyokong, menolak pendapat atau jawapan yang

dikemukakan, memberi pengukuhan bagi menyokong pendapat atau jawapan yang dikemukakan. Penglibatan

murid dalam aktiviti pembelajaran secara aktif ke arah KBAT dapat diukur apabila muridnya boleh berinteraksi

secara intelektual dan bersedia menerima pendapat, berani menerima pendapat dan berhujah, dan

mempertahankan pendapat dalam aktiviti PdP.

Jadual 3 Statistik pengukuran pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB

Pengukuran pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB dari aspek penglibatan murid merespon soalan

murid lain dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran pada tahap persetujuan di mana min 3.63 dengan

standard division 3.97. Penguasaan murid terhadap pembelajaran KBAT pula berada pada min 3.02 dengan

standard divisionnya 3.17. Manakala hasil kerja murid menunjukkan min 3.38 beserta standard division 3.89.

Data min dan standard division bagi ketiga-tiga aspek pembelajaran KBAT murid GDB menunjukkan tertabur

dengan julat yang kecil. Ini memberi gambaran bahawa pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB

berlaku dengan baik. Diperkukuhkan lagi melalui analisis Model Rasch secara keseluruhannya menunjukkan

Standardized Residuals N(0,1) minnya -0.01 dengan standard division 1.03 seperti yang ditunjukkan dalam

jadual 4.

Jadual 4 Analisis Model Rasch terhadap pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB

Page 7: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

243

Analisis Rasch dalam jadual 4 menunjukkan kebolehsandaran item yang tinggi iaitu 0.84 yang menunjukkan

kecukupan item untuk mengukur tahap pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB. Kualiti item adalah

sangat tinggi yang memperlihatkan ia mampu mengasingkan individu dengan kuasa pemisah yang baik, iaiti

Person Separation 2.61. Secara umumnya GDB di dapati mengamalkan PdP KBAT yang baik pada tahap µ =

0.00logit yang digambarkan pada nilai person mean.

Jadual 5 Analisis Model Rasch terhadap tertib item Misfit

Jadual 6 Penglibatan, Penguasaan dan Hasil Kerja Murid.TXT Jan 16 7:24 2017

INPUT: 139 PERSONS 17 ITEMS MEASURED: 139 PERSONS 17 ITEMS 80 CATS 3.68.2

Page 8: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

244

--------------------------------------------------------------------------------

PERSONS - MAP - ITEMS

<more>|<rare>

5 +

|

|

X |

X |

4 +

|

|

|

|

3 X T+

X |

XXX |

XXXX |

XXXXXXX |

2 +

X |

XXXXXXX S|

XXXXX |

XXXXX |

1 XXXXXX +

|T 4

XXXXXXXXXXXXX | 2

XXXXXXXXXXXX |S 3 3

XXXXXXXXXXXX M| 3 3 4

0 XXXXX +M 2 3 3 4

XXXX | 3 4 4

XXXXXXXXXX |S 3 4

XXXXX |

XXX |T

-1 XXXXXXXXXXX +

X S| 4

X |

XXXXXX |

X |

-2 XXXXX +

|

XXXX |

XX T|

|

-3 X +

|

|

|

|

-4 X +

<less>|<frequ>

Keperluan Latihan Yang Perlu Diberikan Kepada GDB Bagi Meningkatkan Kualiti PDP KBAT

Dapatan analisis Model Rasch melalui min -0.01 dan standard division 1.03 yang menunjukkan taburan julatnya

1.03 sekitar min -0.01 memberikan gambaran bahawa guru keseluruhannya telah menguasai pengetahuan

KBAT dengan baik. Hasil kajian ini membolehkan pegawai SISC+ menyediakan keperluan latihan yang perlu

dijalankan bagi membantu guru memantapkan pembelajaran dan pengajaran KBAT yang memenuhi standard

kualiti pembelajaran dan pengajaran SKPM Standard 4 (2010) yang dijalankan dalam bilik darjah. Ekoran itu,

keperluan latihan yang sesuai dengan status kemahiran sedia ada GDB, satu rekabentuk latihan berupa lanjutan

dan pemantapan PdP KBAT perlu dijalankan.

Page 9: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

245

“Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada

transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang”

[Tan Sri Muhyidin Yasin, Hari Guru 2009]

Latihan kepada guru akan memberikan fokus terhadap pemantapan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran

dan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di mana guru berupaya untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). Guru juga akan dilatih untuk

memahami standard kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam pendidikan Malaysia

menggunakan instrumen SKPM Standar 4 (2010) yang disediakan oleh JNJK, KPM bagi melaksanakan PdP

yang berkualiti dan mencapai standard kualiti kecemerlangan guru. Pegawai SISC+ membimbing dan

menyokong guru dalam aspek kurikulum, pentaksiran dan pedagogi. Ia bertujuan untuk memahami cara bantu

pembangunan mereka bagi menjadi guru yang lebih efektif dalam kelas. Melaksanakan pembelajaran dan

pengajaran KBAT dalam bilik darjah yang memenuhi standard kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang

tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembang potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum

secara berterusan.

“Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi

memastikan taraf (standard) pengajaran yan g memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu

standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia (SKPM) 2010 mengandungi lima standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada

pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan”

[Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a),

JNJK, KPM]

IMPLIKASI KAJIAN

Kajian ini mengenalpasti tahap pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB berdasarkan SKPM KBAT

dalam PdP JNJK. Sampel kajian dalam kalangan GDB adalah untuk mengukur terhadap pemerhatian dan

penilaiannya berkaitan pembelajaran KBAT dalam kalangan muridnya. Tujuan khusus kajian adalah untuk

menguji dan mengenal pasti kebolehpercayaan item dan sampel bagi instrumen pengukuran pembelajaran

KBAT dalam kalangan murid GDB, meninjau pembelajaran murid GDB terhadap penglibatan, penguasaan

pembelajaran dan hasil kerja murid dalam pembelajaran KBAT serta menentukan keperluan latihan yang perlu

diberikan kepada GDB bagi meningkatkan kualiti PdP KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberi

penekanan dalam kurikulum kerana ia merupakan salah satu kemahiran abad ke-21 yang diperlukan untuk

membangunkan modal insan.

Oleh itu, pemantapan pengajaran dan pembelajaran KBAT merupakan satu keperluan untuk guru merealisasikan

enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial,

pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat

global. Ukuran atau indikator yang boleh digunakan untuk menilai standard KBAT dalam pelibatan murid

adalah dengan merujuk satu instrumen yang telah dibangunkan oleh JNJK. Dapatan yang diperolehi dari kajian

ini mempunyai beberapa implikasi penting kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan guru. Ia

merupakan tuntutan dan keperluan PdP guru yang memenuhi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, SKPM

2010 standard 4. Pihak JNJK, KPM telah menyediakan satu instrumen KBAT dalam PdP (JNJK/K/268/14)

bagi tujuan mengukur kualiti KBAT dalam PdP guru. Instrumen ini dibina berasaskan aspek SKPM standard 4.

Dalam PdP KBAT, guru perlu menggunakan sesuatu kaedah penyoalan, arahan, dan tugasan yang boleh

merangsang muridnya memenuhi aspek kriteria murid memberi respon terhadap pendapat, jawapan, soalan

murid lain yang menggalakkan proses pemikiran. Eviden yang perlu ada bagi menunjukkan pencapaian

penglibatan murid pada tahap KBAT dalam PdP perlu memenuhi kriteria pelajar meminta penjelasan lanjut,

mengajukan soalan lain, menyokong, menolak pendapat atau jawapan yang dikemukakan, memberi pengukuhan

bagi menyokong pendapat atau jawapan yang dikemukakan.

Bagi memastikan muridnya melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif ke arah KBAT, eviden

petunjuknya ialah apabila murid berinteraksi secara intelektual dan bersedia menerima pendapat, berani

menerima pendapat dan berhujah, dan mempertahankan pendapat. Guru perlu tahu dan mahir merangsang dan

menggalakkan muridnya melibatkan diri secara proaktif dalam aktiviti PdP melalui teknik penyoalan dan

penyediaan tugasan yang berkesan supaya murid boleh memberikan perhatian dan maklum balas kepada soalan

Page 10: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

246

yang ditanya dan murid secara proaktif bertanyakan soalan serta berbincang lanjut dengan guru dan sesama

mereka.

Dalam aspek kriteri SKPM Standard 4 pula menggariskan teknik penyoalan guru yang dikategorikan pada tahap

cemerlang apabila guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai

aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas. Kemudian, guru memberi respon yang sesuai terhadap jawapan

murid. Di mana soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat

dalam PdP. Soalan yang dikemukakan juga dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid. Juga terdapat

unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid serta

kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah.

Bloom (1968) merupakan pengasas kepada model penguasaan pembelajaran murid. Model pembelajaran

penguasaan adalah suatu proses pengajaran yang boleh digunakan apabila seseorang guru ingin mengajar semua

isi kandungan kepada murid di dalam kelas. Model ini memerlukan guru menstrukturkan bahan pengajaran agar

setiap murid dapat menguasai sesuatu bidang mengikut masa dan keupayaan diri masing-masing. Model ini juga

mengutarakan fenomena self-fulfiling prophecy iaitu murid percaya bahawa semua orang boleh berjaya dan

kebanyakan murid boleh mempelajari apa yang diajar di sekolah. Bagi melaksanakan penguasaan pembelajaran

yang berkesan, objektif pengajaran haruslah jelas dan isi kandungan pengajaran dicerakinkan kepada beberapa

bahagian yang kecil. Isi pengajaran juga mestilah disampaikan mengikut tahap-tahap individu dan dalam

susunan tertib unit pembelajaran yang meningkat. Di samping itu, penilaian secara individu perlu dibuat, begitu

juga pemantauan kemajuan murid.

Unsur KBAT dalam aspek penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan diukur

melalui eviden yang dapat dilihat dalam PdP guru. Murid boleh mengemukakan soalan aras tinggi untuk

memperoleh idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif (mencipta/menilai), mendapatkan pertimbangan

keputusan dan justifikasi (menilai/sintesis), mendapatkan maklumat terperinci yang mendalam mengenai suatu

perkara (menganalisis/ analisis), dan mendapatkan kepastian dalam melaksanakan suatu perkara dalam situasi

yang berlainan (mengaplikasi/aplikasi).

Menurut kriteria yang memenuhi standard kualiti PdP SKPM standard 4 bagi aspek penguasaan pembelajaran

apabila murid dapat memberi respons dengan tepat terhadap arahan atau soalan guru, murid memberi pandangan

atau idea yang sesuai dan berkaitan tajuk pelajaran, murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri,

terarah kendiri atau kadar kendiri. hampir keseluruhan murid dapat mencapai objektif pembelajaran, terdapat

unsur kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran murid.

Hasil kerja murid yang berunsur KBAT, sama ada secara individu atau kumpulan, berbentuk latihan atau

tugasan, perlu dinilai aspek KBATnya dengan merujuk instrumen KBAT JNJK yang memenuhi kriteria hasil

kerja yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran melalui eviden pembentangan/ persembahan/ idea/

pendapat dan hasil kerja yang kreatif, Inovatif dan kritis.

Secara tidak langsung, murid dilatih untuk menggunakan laras-laras bahasa mengikut matapelajaran,

keberanian, penggunaan ruang, bahan dan sebagainya dalam sesi ini. Dalam sesi apresiasi ini juga guru boleh

terus memberi markah kepada murid atau murid sendiri memberi markah kepada diri mereka dan rakan melalui

pemerhatian mereka. Dalam keadaan ini guru lebih bertindak sebagai moderator sahaja. Guru perlu mengawal

murid agar tidak berlaku perkara yang tidak baik atau perkataan yang mungkin boleh menyinggung perasaan

orang lain. Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh diaplikasi dalam sesi apresiasi ini. Jelas sebenarnya

dengan adanya sesi apresiasi akan melatih murid dalam berkomunikasi dan menilai. Memang untuk

memulakannya agak susah kerana kita sudah dibiasakan dengan cara lama iaitu selepas kerja siap murid

menghantar kerja dan guru menyemak di bilik guru atau dirumah.

Menurut SKPM 2010, bagi hasil kerja murid yang cemerlang dan memenuhi standard kualiti adalah apabila

hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan

format, hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan, hampir keseluruhan

murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan, jumlah dan kekerapan tugasan atau

latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid dipenuhi. Hampir keseluruhan membawa pengukuran

sekitar 90% penglibatan murid terhadap kriteria tersebut.

Peranan pegawai SISC+ dalam memotivasikan GDB supaya meningkatkan kualiti PdP adalah penting. Pegawai

SISC+ seharusnya tahu menggunakan teknik pengajaran yang menggabungkan kecerdasan pelbagai supaya

pelajar dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai untuk diri mereka dan seterusnya dapat mempraktikkan ketika

Page 11: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

247

mereka bertugas kelak sebagai pekerja diberbagai agensi kelak. Disamping itu juga, pegawai SISC+ seharusnya

lebih perihatin terhadap permasalahan guru semasa pelaksanaan PdP di lapangan. Berdasarkan hasil kajian ini,

GDB perlu diberi perhatian untuk meningkatkan penguasaan PdP KBAT melalui bimbingan dan latihan yang

sesuai dan berkesan dengan mereka.

SKPM standard 4 membolehkan kita melihat gambaran dan status kualiti PdP guru. Adakah PdP guru pada

tahap kualiti yang tinggi? Untuk memastikan guru menghasilkan standard kualiti PdP yang tinggi, guru harus

menguasai semua pengetahuan dan kefahaman kriteria-kriteria yang terkandung dalam standard tersebut.

Peranan guru dalam merealisasikan PdP yang berkualiti tinggi, guru haruslah memastikan penglibatan aktif

murid dalam aktiviti PdP, penguasaan pembelajaran murid yang afektif dari segi kognitif, kematangan

psikomotor, dan hasil kerja murid yang berkualiti. Seterusnya mengukuhkan pembelajaran, perancangan dan

persediaan yang rapi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran. Tujuannya dapat meningkatkan pencapaian

objektif pelajaran, komunikasi yang berkesan, mempercepatkan pemahaman murid, menggalakkan

pembelajaran murid melalui penggunaan sumber pendidikan yang bersesuaian dan mengukuhkan pembelajaran

murid dengan penilaian yang berterusan. Dalam usaha menghasilkan keberkesanan PdP, kepelbagaian teknik

menyoal digunakan bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan

pemikiran kreatif dan kritis murid, penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan

dengan yakin, jelas dan tepat, pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk

keberkesanan PdP dan pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan

kepercayaan murid terhadap guru.

CADANGAN UNTUK KAJIAN LANJUT

Kajian ini merupakan satu usaha mengenalpasti tahap pembelajaran KBAT dalam kalangan murid GDB. Akan

tetapi, kajian ini dibatasi oleh beberapa aspek. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk memperoleh dapatan yang

lebih komprehensif. Kajian yang akan dibuat sebagai susulan kajian ini, iaitu melihat pula tahap bagaimana

perancangan dan tindakan guru merangsang pembelajaran muridnya menguasai KBAT.

Sampel dalam kajian ini adalah terbatas kepada 140 orang GDB. Hasil kajian ini tidak sesuai digeneralisasikan

kepada keseluruhan populasi guru di Malaysia kerana populasi yang dipilih hanya terhad 22 buah sekolah dalam

Daerah Seremban. Walaubagaimanapun ianya boleh dijadikan panduan untuk pendidik pendidik lain kerana

struktur yang sama antara organisasi pendidikan. Adalah diharapkan kajian selanjutnya dapat dibuat terhadap

kumpulan subjek kajian lain. Golongan subjek kajian boleh terdiri daripada guru-guru yang berada di sekolah

yang pencapaian muridnya cemerlang dan melibatkan sampel yang lebih besar. Kajian tersebut juga dapat

melihat perbandingan pembelajaran murid di sekolah yang terbaik dengan sekolah yang rendah pencapaiannya.

KESIMPULAN

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji mendapati masih banyak yang perlu diberi perhatian terhadap kompentensi

guru dalam melaksanakan PdP KBAT agar dapat melahirkan murid yang menguasai pembelajaran KBAT. Hasil

kajian dengan status pembelajaran KBAT tidak berlaku secara menyeluruh memberikan gambaran bahawa

pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan harus memandang perkara ini dengan serius. Usaha ini perlu

mendapat kerjasama setiap pihak yang terlibat bertujuan ke arah peningkatan kualiti PdP guru-guru diukur

melalui SKPM 2010/SKPMg2 bagi Standard 4 (PdP) serta peningkatan GPMP atau markah bagi kelas yang

diajar oleh GDB. Ini merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

(PPPM) bagi mengupaya guru-guru mencapai aspirasi murid dan meningkatkan pencapaian murid.

Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM, (2014). Elemen KBAT Dalam

Kurikulum (m/s:viii)

Bond, T.G; Fox, C.M. 2001. Applying The Rasch Model Fundamental Measurement In The Human Sciences.

Lawrence Erl Baum Associates Publishers , London.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the human

sciences. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Bloom, B. S. (1968). Learning for mastery. Evaluation Comment, 1(2), 1–12.

Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, (2001), (1999). Dasar Standard Tinggi

Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah; hlm.24

Gerald S.,Hanna, Peggy & Dettmer 2004. Assessment for effective teaching: using context-adaptive planning:

pg 6. University of Virgina: Pearson/Allyn and Bacon.

Page 12: PENGUKURAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Pengukuran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Murid Guru Yang Dibimbing (Gdb) Oleh Pegawai SISC+

248

JNJK, KPM, (1996). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Akta Pendidikan (Akta 550) di bawah

subseksyen 117(a)

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peraturan-peraturan dan kaedah-

kaedah terpilih sehingga 5 Januari 2013 (ms12)

Kementerian Pendidikan Malaysia (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Oliva, P. F. (2005). Developing the curriculum (6th ed.). Boston, MA: Pearson.

Tan Sri Muhyidin Yasin, (2009). Hari Guru

Wright, B.D. & Masters, G.N. 1982. Rating Scale Analysis. Rasch Measurement Mesa Press

Chicago.

Wright B. & Linacre J. 1992. Combining and splitting categories. Rasch Measurement Transactions 6: 233-235.

Yusnita Yusof. (2006). Kompetensi pensyarah dalam proses pengajaran: Satu kajian di Politeknik Port Dickson.

Dalam Koleksi abstrak penyelidikan pengajian siswazah. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn,

hlm. 157.