pengurusan bahan binaan
Transcript of pengurusan bahan binaan
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
1/26
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
2/26
BAB II
SISTEM PENGURUSAN BAHAN BINAAN
2.1 Pengenalan
Di dalam suatu pembinaan, hasil akhir yang dapat dilihat setelah pembinaan
tersebut siap ialah bangunan, struktur, jalan raya dan sebagainya. Hasil akhir ini
merupakan produk kepada pembinaan. Produk ini amat bergantung kepada kualiti, masa
dan harga bahan yang menghasilkan produk tersebut. Sekiranya bahan binaan yang
dibekalkan tidk mencukupi dari segi kualiti dan ketetapan masa, ini boleh menyebabkan
pembinaan terganggu dan berkemungkinan terhenti.
Sekiranya harga bahan binaan yang dibekalkan adalah terlalu tinggi atau kualiti
bahan binaan yang diterima tidak memuaskan, pihak kontraktor akan kerugian banyak
wang dan seterusnya produk yang dihasilkan juga tidak akan laku. Seperti yang diketahui
terdapat lima elemen penting yang mempengaruhi bidang pembinaan iaitu manusia,
wang, loji, bahan dan pengurusan. Bahan merupakan yang paling penting. Dengan kata
lain, bahan merupakan tulang belakang sesuatu projek.
Di dalam suatu kajian yang pernah dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini,
didapati kebanyakkan wang yang dibelanjakan didalam sesuatu projek adalah untuk
membeli dan mendapatkan bahan binaan. Jika perbelanjaan ini ditambah pula dengan kos
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
3/26
pengurusan setor dan stok, ini akan menjadi tiga perlima daripada perbelanjaan
keseluruhan projek. Oleh itu, pengurusan bahan yang baik amatlah penting
memandangkan bahan binaan memainkan peranan yang penting dalam pemantauan kos
projek (Rama dan Sinha, 1983).
2.2 Definasi Pengurusan Bahan Binaan
Pengurusan adalah merupakan proses yang berkaitan dengan hal ehwal mengurus
atau melaksanakan sesuatu aktiviti dengan mengunakan teknik-teknik dan kemahiran
tertentu bagi mencapai objektif sesuatu kerja (Abdul Hakim, 1995).
Bahan pula boleh didefinasikan sebagai perkara yang digunakan didalam
pengeluaran barang bagi perkhidmatan termasuklah bahan mentah, komponen, proses
kerja, barangan siap pembalutan dan pembungkusan bahan, membekal dan peralatan.
(Stukhart, 1995)
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengurusan dan bahan binaan mempunyai
hubungkait antara satu sama lain, yang mana terlibat dalam pelbagai aspek samada dari
segi perancangan, pembelian, penyimpanan, penghantaran dan juga pengawalan bahan
(Lana Azmir, 1998).
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
4/26
2.3 Matlamat Pengurusan Bahan Binaan
Antara matlamat pengurusan bahan binaan adalah seperti berikut (Stukhart,
1995):-
a. Mendapatkan nilai yang terbaik bagi bahan yang dibeli
b. Memastikan bekalan sentiasa ada apabila dan dimana ia diperlukan
c. Mendapatkan kuantiti bahan yang paling optima diperlukan.d. Memastikan kualiti bahan yang dikehendaki dapat dicapai.
e. Menyediakan kecekapan dalam pergerakan bahan di tapak bina yangminima dan berdekatan kawasan penyimpangan.
2.3.1 Faktor-faktor Kelemahan Pengurusan Bahan Binaan
Di dalam pengurusan bahan binaan, masih lagi terdapat banyak kelemahan dan
kekurangan. Antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah ini adalah
seperti berikut (Stukhart, 1995).
a. Pihak atasan kurang memberi perhatian kepada kos berkesan bagisesuatu projek.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
5/26
b. Individu yang bertanggungjawab tidak diberi latihan yangmencukupi mengenai cara menguruskan bahan binaan.
c. Tiada sistem yang lebih canggih seperti penggunaan komputerdilaksanakan bagi mengawal maklumat pengurusan bahan binaan.
2.3.2 Kelebihan Pengurusan Bahan Binaan Yang Baik
Perancangan dan kawalan yang lemah dapat disesuaikan dengan perolehan
setempat, penyalinan, pengangkutan tambahan, lebihan dan pengantiaan. Antara kesan
peningkatan sistem pengurusan bahan binaan adalah seperti berikut (Stukhart, 1995) :-
a. Peningkatan produktiviti atau pengeluaran
b. Lebihan dan pembaziran bahan pukal dapat dikurangkan
c. Prestasi peniaga dapat dipertingkatkan dari segi waktupenghantaran, kualiti dan penjimatan kos.
d. Senarai bahan, ruang simpanan, pengendalian, penyenggaraan danrisiko kerosakan dapat dikurangkan.
e. Kecekapan dapat dipertingkatkan untuk memenuhi jadual projek.
f. Mempertingkatkan aliran tunai.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
6/26
2.4 Prinsip Pengurusan Bahan Binaan
Pengurusan bahan dilaksanakan bagi meminimumkan pergerakan dan kos bahan
binaan ke tapak dan di tapak bina. Pihak atasan pengurusan sesebuah syarikat perlu
merumuskan satu dasar bagi menguruskan bahan di tapak bina. Sebarang peraturan atau
kaedah yang tetap adalah tidak diperlukan tetapi prinsip asas mestilah dinyatakan dengan
parameter yang jelas. Parameter ini juga merupakan satu sistem yang di terima oleh
syarikat dalam mencapai objektif pengurusan bahan di tapak bina.
2.4.1 Pihak Yang Terlibat
Pengurusan bahan di dalam industri pembinaan melibatkan beberapa pihak.
Dalam menangani dan mengawal bahan binaan di tapak bina, adalah penting untuk
menyedari akan hubungan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam proses pembinaan.
Tapak bina merupakan pusat sesuatu projek pembinaan. Oleh itu, sebarang keputusan
yang dibuat oleh mana-mana pihak mestilah merujuk kepada tapak bina. Rajah 2.1
menunjukkan hubungan antara pihak-pihak yang terlibat. Tanpa hubungan yang
berkesan, beberapa kemungkinan akan berlaku kepada tapak seperti berikut (Chandler,
1978) :-
a. Arkitek tidak boleh merekabentuk bangunan tanpamengetahui karakteristik, penyesuaian dan kedudukan
tapak.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
7/26
b. Jurukur bahan sukar untuk menyediakan senarai kuantititanpa pengetahuan tentang bangunan dan keadaan
persekitarannya.
c. Perincian kejuruteraan struktur menjadi tidak bermaknasekiranya tidak dikaitkan dengan keadaan tanah di tapak.
Pihak kontraktor mestilah mengetahui keadaan tapak bina secara terperinci untuk
menentukan kos awalan dan langkah yang perlu diambil terhadap penyimpanan dan
pengurusan bahan. Segala proses perakaunan hanya boleh dilakukan berdasarkan kepada
keadaan sebenar tapak bina (Chandler, 1978).
MEMAJU
KOS REKABENTUK
MEMBINA
Rajah 2.1 : Hubungan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan
dengan tapak bina. (Chandler, 1978)
KLIEN
TAPAKBINA
ARKITEKJURUKURBAHAN
KONTRAKTOR
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
8/26
2.5 Fungsi Pengurusan Bahan Binaan
Pengurusan bahan merupakan lebih kepada suatu konsep atau falsafah daripada
bentuk organisasi. Aplikasi pengurusan bahan tidak terikat hanya pada sesuatu struktur
yang spesifik sahaja. Aplikasi ini adalah berorentasikan oleh sistem yang mengambil kira
fungsi pengurusan itu sendiri dengan struktur organisasi sebagai perhatian sekunder
(Tersine dan Campbell, 1977).
Di antara fungsi-fungsi pengurusan bahan binaan di tapak bina adalah berikut :-
a. Perancangan
b. Penjadualan bahan
c. Pembelian
2.5.1 Perancangan
Perancangan adalah sangat mustahak dan aktiviti ini amat penting untuk
memastikan sesuatu kejayaan tetapi seringkali diabaikan. Aktiviti perancangan boleh
dimulakan dengan kadar yang segera sejurus selepas penerimaan kontrak dan disiapkan
dalam jangkamasa 30 hingga 45 hari.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
9/26
Perancangan aktiviti juga boleh menunjukkan sebarang pengurusan, pelaksanaan,
pengangkutan dan penjadualan bahan binaan. Perancangan bahan tidak akan sempurna
tanpa mengenalpasti susunan organisasi yang bertanggungjawab mengarah dan
melaksanakan pengurusan bahan binaan di tapak bina. Organisasi perlu menyatakan
tanggungjawab bagi setiap tugas dan panduan laporan yang perlu dibuat (Stukhart, 1995).
Perancangan boleh dinyatakan dalam bentuk graf, carta, helaian data, rajah,
tulisan atau secara lisan. Rekod kawalan seperti ini perlu diadakan oleh pihak pengurus
supaya dapat dijadikan sebagai rujukan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun,
perlu ditekankan di sini bahawa perancangan ini hanyalah sebagai garis panduan dan
dorongan kepada pengurus. Tindakan yang lebih efektif perlu dilakukan apabila berada di
tapak bina, yang mana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Tindakan ini perlu
berterusan dengan mengemaskinikan perancangan yang telah dibuat.
Situasi yang sama pada masa akan datang, boleh diselaraskan dengan sempurna
jika analisis rekod yang baik dapat disediakan. Sebagai contoh, perancangan dan
anggaran data boleh dibuat dengan mengasingkan masa dan kewangan kepada kerja yang
spesifik dan dimasukkan ke dalam data yang terperinci. Proses-proses penentuan kerja
perlu untuk mengumpul data daripada operasi di tapak. Kerja yang tidak terlalu kompleks
boleh diselesaikan oleh pekerja tapak yang mempunyai asas pengetahuan tentang kerja
(walaupun mungkin mengalami masalah). Manakala kerja-kerja yang kompleks perlu
diberikan kepada pihak pengurusan professional (Chandler, 1978).
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
10/26
2.5.1.1Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perancangan
Terdapat beberapa faktor pesekitaran yang mempengaruhi perancangan
pengurusan bahan binaan sesuatu projek. Faktor-faktor ini perlu diambil kira secara
menyeluruh dalam sesuatu perancangan. Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti
berikut (Stukhart, 1995) :-
a. Peranan bahan binaan dalam organisasi sama ada fungsi bahan itukukuh ataupun tidak.
b. Peranan dan tanggungjawab pihak kontraktor dan pemilik.Kebanyakkan organisasi pemilik bertanggungjawab untuk
membeli beberapa bahan seperti kelengkapan persendirian
pemilik.
c. Lokasi tapak, laluan masuk dan saiz tapak, kemudahanpenyimpanan yang ada, kemampuan memgangkat bahan dan
organisasi tapak.
d. Sumber pembekalan yang berpontensi membuat perkongsian atauperjanjian secara perseorangan dengan pihak pembekal.
e. Kewangan dan ekonomi keadaan pasaran keseluruhan sama adaekonomi atau tidak untuk membeli bahan dengan banyak untuk
mengatasi masalah kenaikan harga, kadar bunga yang dikenakan,
aliran tunai dan lain-lain lagi
f. Kehendak kerajaan seperti peraturan buruh, keperluanpersekitaran, pelaksanaan langkah-langkah keselamatan dan lain-
lain lagi.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
11/26
g. Kaedah pembayaran projek jenis ikatan kontrak di antara pemilikdengan kontraktor utama dan kontraktor utama dengan
subkontraktor, sama ada pembayaran secara terus atau ansurans
dan insentif untuk projek yang disiapkan awal, penolakkan kos
atau gol peningkatan performance goals.
h. Faktor pengangkutan masa, kemampuan dan laluan penghantaranseperti kemudahan landasan, air, lebuh raya dan udara, permit dan
lesen jika diperlukan.
2.5.1.2Prosedur Perancangan Pengurusan Bahan
Perancangan mestilah diproses daripada himpunan fakta kepada turutan peristiwa
logik untuk mengambarkan kehendak pada masa hadapan. Fakta-fakta ini dihimpunkan
daripada maklumat yang dikehandaki seperti berikut :-
a. Bahan dan kuantiti yang diperlukan (daripada BQ).
b. Tempoh masa untuk pekerja buruh bekerja (rekod kajian bekerja).
c. Metodologi pembinaan (pengalaman).
Rajah 2.2 menunjukkan peringkat perancangan yang akan menghasilkan
pengurusan yang lengkap daripada garis panduan yang umum kepada keperluan yang
terperinci. Biasanya perancangan lebih menumpukan ke atas bahan-bahan input dalam
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
12/26
kandungan untuk menetapkan skala masa sesuatu aktiviti, terutamanya di peringkat pra-
tender.
Rajah 2.2 Peringkat-peringkat dalam perancangan. (Chandler, 1978)
BURUH
LOJI BAHAN
SUMBER-SUMBER
PROGRAM PRA-TENDER
PROGRAM
JANGKA PENDEK
PROGRAMKESELURUHAN
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
13/26
2.5.2 Penjadualan Bahan
Jadual bahan merupakan dokumen yang disediakan untuk membuat pesanan dan
mendatangkan bahan binaan. Dalam amalan pembinaan dokumen ini adalah penting
kepada program pembinaan terutamanya untuk tujuan kawalan pengurusan bahan binaan.
Namun masih berlaku juga percanggahan berkaitan dengan keperluan bahan yang
mana bahan binaan yang dipesan tidak mencukupi, jenis bahan yang dipesan tidak
memenuhi spesifikasi dan tertinggal dalam senarai pesanan. Bagi mengetahui kedudukan
bahan binaan dan mengatasi percanggahan pesanan, adalah dicadangkan supaya satu set
jadual disediakan dan disemak dengan teliti. Contohnya, bagi pesanan yang berlebihan,
peruntukan kerugian kewangan syarikat sebenar, pembaziran dan kerugian bahan di tapak
bina dapat dimasukkan ke dalam jadual bahan (Kamarudin, et.al, 1991).
2.5.2.1Teknik Penjadualan Bahan
Penjadualan merupakan suatu alat untuk mempersembahkan perancangan.
Beberapa kaedah untuk membuat penjadualan adalah seperti berikut (Chandler, 1978) :-
a. Carta bar
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
14/26
b. Gambarajah anak panah
c. Gambarajah duluan
d. Garis imbangan
Dalam keempat-empat kaedah penjadualan ini, carta bar merupakan kaedah
persembahan yang termudah. Carta ini mudah difahami dan masa untuk menyediakannya
juga tidak lama. Di sini, tarikh untuk maklumat dan pesanan boleh dikodkan dan
ditunjukkan dengan jelas seperti dalam Lampiran A. jika kaedah lain digunakan, maslah
akan timbul dalam gambarajah kerana kesukaran mempamerkan maklumat dan ia juga
akan menyebabkan penggunaan simbol yang terlampau banyak.
Jika jadual bahan ini digunakan untuk memesan dan membawa bahan ke hadapan,
pekerjaan yang berterusan tanpa penangguhan dapat dipertingkatkan. Jadual bahan yang
tidak digunakan pula bolehlah disamakan dengan amalan tidak membuat perancangan
langsung, sedangkan masa berjalan dan faedah kepada kontrak tidak dapat diperolehi.
Jadual bahan ini mestilah cukup fleksibel memandangkan kerja-kerja di tapak bina tidak
menantu, bergantung kepada keadaan tapak bina itu sendiri.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
15/26
2.5.3 Pembelian
Pembelian merupakan tindakan (bertanggungjawab untuk) mendapatkan bahan,
bekalan dan perkhidmatan (Aljian, 1973). Melalui perhubungan, perbincangan dan
mengenali sesuatu masalah, maka agihan yang sempurna dan sistem pengolahaan dapat
diperbaiki.
Proses pembelian terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-
a. Pesananb. Penerimaan
2.5.3.1Pesanan Bahan
Pesanan bahan merupakan proses menentukan bahan, siapa yang memerlukan
corak serta penentuan yang diperlukan. Selepas menetapkan harga, pembekal dipilih
berdasarkan keadaan dan syarat tertentu.
Pemesanan bahan-bahan boleh dibuat melalui dua peringkat. Jika bahan-bahan
yang diperlukan kuantitinya banyak maka pesanan boleh dibuat melalui ibu pejabat oleh
pengurus bahan atau pengurus pembelian. Selalunya yang memerlukan pembayaran
secara tunai adalah baik dikendalikan oleh ibu pejabat. Ini memandangkan pengurusan
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
16/26
dari aspek menyediakan pembayaran lebih senang. Tetapi jika syarikat telah ada
hubungan atau kemudahan kredit, pesanan boleh dibuat dari tapak bina secara terus.
Pihak pengurusan tapak bina selalunya akan membeli bahan-bahan yang mana
kuantitinya lebih kecil dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, penyediaan Petty
Cash di tapak bina adalah mustahak.
2.5.3.2Penerimaan Bahan
Penerimaan bahan merupakan proses pengambilan pesanan bahan yang dihantar.
Ini melibatkan tindakan yang selanjutnya ke atas pesanan iaitu memastikan bahan yang
betul sampai pada masa yang tepat. Senarai bahan dan bahan yang dihantar oleh
pembekal perlu diperiksa, bahan-bahan yang mempunyai kualiti yang rendah terpaksa
ditolak dan pembayaran dilakukan selepas bahan diterima.
Proses penerimaan bahan bermula dengan perletakan bahan yang dipesan dan
secara umumnya selepas menandatangani perjanjian dengan pembekal yang dipilih dan
berakhir dengan resit bahan yang lengkap dan benar daripada pihak pembekal. Ia
melibatkan perhatian terhadap masa penghantaran bahan yang dipesan, membuat
pemeriksaan bahan agar ia mengikut kehendak pesanan, pemeriksaan rapi terhadap invois
dan bil daripada pihak pembekal dan membuat pembayaran terus berdasarkan perjanjian
yang dibuat dengan pihak pembekal. (Rama dan Sinha, 1983).
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
17/26
Rajah 2.3 Prosedur menerima bahan. (Rama dan Sinha, 1983)
Memberitahu
cawangan akaun
Terima tawaran
untuk pemeriksaan
Menyusun
pemeriksaan
Pemeriksaan kiraan
dari populasi bahan
Pemeriksaan sample
bahanMenerima
invois
Membuat
sebahagian
pembayaran
Menerima danmemeriksaan
bahan
Memasukkan ke
dalam senarai
bahan
Menjelaskan
pembayaran
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
18/26
2.5.3.3Objektif Pembelian
Objektif pembelian adalah untuk mendapatkan kualiti bahan yang baik dalam
kuantiti yang betul dan dari sumber yang baik dengan harga yang berpatutan serta pada
masa yang tepat apabila hendak digunakan. Pembelian bahan melibatkan perancangan,
organisasi, pengawalan dan pelaksanaan tugas pembelian. Ia memerlukan pengetahuan
mengenai apa, bila dan berapa banyak diperlukan; menentukan sumber, jenis kontrak dan
harga; pengurusan pesanan bahan bagi memastikan penghantaran tiba pada waktunya
dengan kualiti yang ditetapkan. (Stuhart, 1995).
2.5.4 Proses Pesanan Bahan
Pesanan bahan merupakan suatu proses menempatkan pesanan bahan yang mana
keperluan, keadaan dan spesifikasi bahan tersebut telah ditentukan selepas rundingan
harga dibuat ke atas sumber bekalan yang dipilih berdasarkan syarat-syarat tertentu.
Proses pesanan bahan bemula dengan penilaian terhadap keperluan dan berakhir dengan
menerima bahan yang dipesan yang memenuhi keperluan tersebut. (Rama dan Sinha,
1983).
Sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan adalah penting untuk memastikan
bahan yang diperlukan ada pada tarikh yang diperlukan. Ini adalah kerana bahan boleh
memberi kesan kepada keseluruhan projek sekiranya ia tidak sampai pada masa yang
ditetapkan.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
19/26
2.5.4.1Sebut Harga
Sebut harga diperolehi sebelum pesanan dibuat. Melalui sebut harga, harga, tarikh
penghantaran, syarat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal dapat
dibandingkan.
Pembekal boleh dipilih berdasarkan kemampuan pembekal memberi
perkhidmatan yang memuaskan. Syarat-syarat dalam sebut harga seperti syarat pembekal,
diskaun, tarikh penghantaran dan perubahan harga mestilah berkaitan dengan kontrak.
Jika syarat ini tidak memenuhi keperluan tapak, perubahan yang dibuat mestilah
dipeersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum membuat pesanan. Pihak pembekal
mestilah diberi cukup maklumat bagi menghasilkan sebut harga yang tepat. Maklumat
tersebut boleh dipeolehi daripada (Chandler, 1978):-
a. Senarai harga
b. Penentuan kerja
c. British Standard
d. Lukisan kontrak
e. Katalog pengeluar bahan
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
20/26
2.5.4.2Pemilihan Pembekal
Pemilihan pembekal yang sesuai perlu dipertimbangkan sebelum pesanan dibuat.
Pembekal yang baik akan menawarkan kualiti, kuantiti dan perkhidmatan yang baik
dengan harga yang berpatutan. Kesilapan memilih pembekal bagi bahan yang kurang
penting memberi kesan yang kecil ke atas keuntungan dan aktiviti kerja. Hal yang
sebaliknya akan berlaku bagi bahan yang penting pula.
Pembekal yang dipilih mesti mempunyai keupayaan dari segi teknikal, kewangan,
pengeluaran dan pengurusan. Kedudukan kewangan pembekal mesti stabil untuk
memastikan keupayaan membekal bahan yang dipesan. Pembekal harus menawarkan
harga yang sesuai dengan pembelian bahan secara kredit dan memberi diskaun bagi
pembelian yang banyak.
2.5.4.3Memesan Bahan
Sebelum pesanan dibuat, tarikh bahan yang diperlukan hendaklah ditetapkan
supaya penghantaran bahan ke tapak bina menjadi tidak terlalu awal atau lewat. Dalam
membuat pesanan, kuantiti bahan dengan harga yang berpatutan mesti ditetapkan terlebih
dahulu. Perkara ini boleh dilakukan setelah jenis bahan dan keperluan projek ditentukan.
Selepas membuat pesanan, lokasi penghantaran bahan mestilah disediakan untuk
mengelak sebarang kesilapan seperti tiada ruang untuk memunggah dan menyimpan
bahan yang diterima. Ketika pesanan tiba, orang yang bertanggungjawab membuat
pengesahan penerimaan bahan mesti berada di lokasi penghantaran.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
21/26
2.5.4.4Penghantaran Bahan
Pihak kontraktor akan menilai penghantaran bahan-bahan binaan utama dan
komponennya dalam peringkat perancangan kontrak dan menghubungkannya dengan
aturan yang lebih dibuat dalam program pembinaan. Hal ini adalah beanar sama ada
bahan tersebut dihantar oleh pengilang, pembekal ataupun daripada bengkel kontraktor
itu sendiri. Jadual penghantaran adalah penting dalam melicinkan perjalanan pembinaan
dan jadual ini perlu dibuat ialah membuat persiapan rapi untuk menerima bahan yang
dipesan. Jika tidak, kemudahan penyimpanan yang tidak memuaskan akan wujud,
terutama sekali apabila bahan binaan dihantar secara pukal. (Johnston, 1981).
Cara dan kualiti penghantaran adalah berbeza-beza bergantung kepada
(Kamaruddin, et.al, 1991) :-
a. Kategori bahan yang terlibat.
b. Kenderaan penghantaran yang digunakan.
c. Kaedah menurunkan bahan.
Pemeriksaan bertanggungjawab untuk memeriksa terlebih dahulu semua bahan
yang dihantar ke tapak bina sebelum digunakan. (Fisk, 1978). Bahan dihantar ke tapak
bina dalam berbagai-bagai bentuk, sama ada bungkusan, kotak, dibalut, diikat ataupun
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
22/26
tidak diikat. Keadaan ini ternyata sekali akan mempengaruhi pengagihan dan
penyimpanan bahan di tapak. Kuantiti yang besar bagi sesuatu bahan dihantar dalam
bentuk pukal manakala kuantiti yang kecil di hantar dalam bentuk longgar. (Johnston,
1981). Bahan binaan boleh dikumpulkan berdasarkan nilai, risiko, kecurian atau
mengikut kaedah pengelolaan, simpanan dan penjagaan yang diperlukan di tapak bina.
(Kamaruddin, et.al, 1991).
Pihak pengurusan tapak biasanya menerimanya salinan penghantaran daripada
pihak pembekal dan ini akan memudahkan pihak pengurusan tapak untuk membuat
perubahan terhadap aturan kerja apabila terdapat penghantaran yang tidak dijangka akan
lewat. Walaupun kebanyakan pihak pembekal ada menyediakan kemudahan
pemunggahan pada kenderaan, kontrak tetap berjalan mengikut program. Jadual loji dan
pengagihan buruh tidak boleh diubah untuk mengatasi masalah penghantaran yang tidak
mengikut jadual. (Johnston, 1981)
2.5.4.5Penyemakan
Pihak pembekal akan membuat pemeriksaan terhadap bahan-bahan yang
dihantarnya semasa kerja memasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam kenderaan di
kilang. Pihak pembekal sentiasa mengganggap bahawa bahan-bahan yang dibekalkan
adalah betul dan baik, melainkan terdapat kesilapan dalam lukisan atau spesifikasi bahan-
bahan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kerosakan atau kerugian akan berlaku semasa
dalam perjalanan, oleh itu pihak kontraktor sering mengalami kerugian yang mana
mereka sendiri tidak sedar.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
23/26
Komponen yang cacat, kuantiti yang tidak betul dan kerosakan bahan mungkin
akan tiba di tapak bina dan terima dengan begitu sahaja oleh pihak kontraktor. Hal ini
berlaku disebabkan oleh tiada semakkan di buat di tapak bina. Individu yang ditugaskan
untuk membuat semakkan mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang kualiti
bahan yang dihantar.
Adalah penting supaya semua bahan binaan dan komponen diperiksa apabila ia
tiba di tapak bina dan hal ini mestilah dijelaskan kepada merreka yang akan
melaksanakan pemeriksaaan tesebut. Antara perkara yang perlu disemak ialah (Johnston,
1981) :-
a. Kualiti bahan sama ada mengikut kehendak atau keperluan pihakkontrak.
b. Kualiti bahan yang dipunggah sama ada cukup atau tidak,mengikut jumlah yang dinyatakan dalam nota penghantaran.
c. Bahan binanan yang dihantar mestilah bebas daripada kerosakanapabila dipunggah di tapak bina.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
24/26
2.6 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembekalan Bahan Binaan
Untuk memperolehi serta mendapatkan bahan-bahan binaan, bergantung kepada
beberapa perkara yang boleh mempengaruhi pembekalan seperti berikut :-
a. Kuasa pembelian
b. Bahan-bahan yang tersedia ada
c. Pengangkutan yang adad. Syarat-syarat jual beli
2.6.1 Kuasa Pembelian
Kuasa pembelian bahan-bahan akan terletak pada imej syarikat. Jika syarikat yang
selalu membuat pembayaran yang lewat dari tempoh yang telah dijanjikan, ini akan
menjejaskan imej syarikat. Amalan ini kan memaksa pihak pembekal melewat- lewatkan
atau terus tidak mahu membuat pembekalan. Jika suatu syarikat menyediakan aliran tunai
yang secukupnya temasuk cara menghulurkan wang pendahuluan kepada pembekal, ini
boleh mengawal pembekalan dengan lebih sempurna.
Contohnya, jika satu projek perlukan pembekal papan lapis yang begitu banyak,
syarikat boleh memanggil beberapa syarikat pembekal yang berpontensi. Beritahu
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
25/26
mereka yang kita akan menyediakan wang pendahuluan dan bayaran dibuat secara
bulanan. Kita boleh mengenakan syarat-syarat mengikut situasi dan keperluan projek.
Mungkin kita hanya perlukan notis satu minggu bahan tersebut mesti berada di tapak dan
pesanan boleh dibuat pada bila-bila masa. Secara tidak langsung kita boleh mengawal
pembekal mengikut kehendak dan keperluan projek.
Contoh yang lebih praktik seperti pembekal konkrit yang telah siap di bancuh.
Mungkin kita mengenakan syarat hanya dengan beritahu notis setengah hari (8 jam)
sebelum kerja-kerja konkrit dan boleh dipesan walaupun kerja konkrit dibuat tengah
malam (jika ada kerja lebih masa).
2.6.2 Bahan-bahan Yang Sedia Ada
Kadangkala bahan-bahan di syarikat pembekal tidak ada ataupun tidak
mencukupi. Contohnya, alat-alat atau loji yang perlu dibuat pesanan berbulan-bulan
terlebih dahulu. Pastikan bahan-bahan yang diperlukan untuk projek boleh didapati di
pasaran negara kita. Jentera seperti lif, AHU memerlukan masa untuk keperluan projek
maka ini memerlukan masa yang panjang.
-
7/31/2019 pengurusan bahan binaan
26/26
2.6.3 Pengangkutan Yang Ada
Pada tahun 1991 terdapat kekurangan bahan simen di pantai timur dan juga di
selatan semenanjung. Sebab utama hal ini berlaku ialah kerana kekurangan pengangkutan
dan permintaan yang tinggi. Pada masa ini syarikat-syarikat pengangkutan telah
mengenakan kos pengangkutan yang lebih jika pembekal atau pembeli menghendaki
simen dengan mengikut tempoh yang diperlukan. Jika tidak, permintaan tersebut akan
dilewatkan. Walaupun penjualan simen harganya telah dikawal tetapi kos lebih ini tidak
tertulis di mana-mana inbois. Oleh itu, pengangkutan boleh menimbulkan masalah ke
atas perjalanan projek.
2.6.4 Syarat-syarat Jual Beli
Apa yang perlu diambil perhatian di dalam syarat-syarat jual beli ialah tempoh
membuat pesanan pesanan dan cara pembayaran. Jika di dalam syarat-syarat tersebut
tertulis tempoh pesanan perlu dibuat dalam masa seminggu dari hari diperlukan, maka
syarat ini akan menentukan bila bahan tesebut boleh diperolehi. Oleh itu pastikan tempoh
membuat pesanan ditentukan terlebih dahulu. Jika bahan diperlukan dalam keadaan yang
segera (urgent), ini akan menimbulkan masalah kepada projek.
Bayaran secara tunai juga kadang-kadang boleh menimbulkan masalah kerana
proses mengeluarkan cek tunai bagi syarikat mungkin menimbulkan masalah yang mana
tandatangan perlu diperolehi dengan segera. Jika tidak, pembekalan bahan di tapak bina
akan menjadi lewat.