Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

31
Kolej Mara Banting Kerja Kursus Pendidikan Islam Sem1 2010 Tajuk: Pengurusan Jenazah Antara Tuntutan Dan Realiti Pensyarah: Ustaz Abdul Jamir Dikendalikan oleh: Mohamad Hazrin bin Mohd Yusof M10E 920429-03-5073

Transcript of Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Page 1: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Kolej Mara Banting

Kerja Kursus Pendidikan Islam

Sem1 2010

Tajuk:

Pengurusan Jenazah Antara Tuntutan Dan Realiti

Pensyarah:

Ustaz Abdul Jamir

Dikendalikan oleh:

Mohamad Hazrin bin Mohd Yusof

M10E

920429-03-5073

Page 2: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Isi kandungan

Penghargaan……………………………………………………………………………………...2

Pengenalan……………………………………………………………………………………..…3

Tuntutan dalam pengurusan jenazah……………………………………………………..……4

Orang yang berhak menguruskan jenazah………………………………………………......……4

Cara memandikan jenazah………………………………………………………………….…….6

Tayamum…………………………………………………………………………………………8

Kafan……………………………………………………………………………………………..8

Solat Jenazah……………………………………………………………………………………...9

Mengebumikan Jenazah………………………………………………………………………….11

Takziyah………………………………………………………………………………………….13

Yang memberi manfaat kepada si mati…………………………………………………………..13

Menziarahi kubur………………………………………………………………………………...14

Kesalahan dalam pengurusan jenazah………………………………………………………..15

Adab terhadap jenazah………………………………………………………………………...19

Kesimpulan……………………………………………………………………………………...20

Rujukan…………………………………………………………………………………………21

Lampiran………………………………………………………………………………………..22

1

Page 3: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Penghargaan

Sebelum kaki mengatur langkah sebelum bibir menutur kata, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan folio ini. Ucapan ini ditujukan terutamanya bagi ustaz Jamir yang telah banyak membantu saya dengan memberi ilham , idea-idea dan pandangan beliau berkenaan tajuk ini. Terima kasih juga keada kawan-kawan yang telah mendorong saya bagi menyiapkan kerja ini dan juga kepada rakan-rakan sekelas yang membantu saya dengan memberikan pandangan dan beberapa fakta yang dapat saya selitkan dalam folio ini.

Harapan saya adalah melalui folio ini saya berharap ia akan membantu menegur dan memperbetulkan sebarang kesilapan lampau atau masakini yang telah atau sedang kita lakukan agar kita semua dapat menjadi seorang muslim yang sejati. Saya juga berharap kerja kursus saya ini akan dapat membangkitkan kesedaran kita semua supaya lebih mendalami ilmu agama dan meletakkannya seabagai priority pertama kita semasa melakukan sesuatu kerja. Selain itu saya juga berharap melalui folio akan menjadi rujukan ada masa akan datang bagi sesiapa yang ingin mendalami serba sedikit berkenaan tajuk ini. Sekian saja dari saya.

2

Page 4: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Pengenalan

Assalamalaikum, saya pasti anda semua tahu Allah S.W.T telah mewajibkan seluruh umat islam yang memenuhi syarat bagi menunaikan fardhu ain. Selain itu, sebahagian umat islam juga diwajibkan menunaikan fardhu kifayah di mana walaupun hanya seorang sahaja menunaikan fardhu kifayah tersebut kesemua umat islam terlepas daripada dosa tidak menunaikannya. Namun begitu, masa kini kita dapati penglibatan generasi muda dalam ibadah-iabadah fardhu kifayah semakin kurang. Mereka menganggap tanggungjawab ini adalah bagi golongan tua atau alim ulamak.

Sedangkan nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak pernah mengatakan bahawa fardhu kifayah adalah secara khususnya bagi golongan-golongan tersebut. Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam pengurusan jenazah dimanagolongan mda didapati tidak lagi mengambi peranan atau tanggungjawab walaupun ianya mibatkan ahli keluarga mereka sendiri dengan alasan mereka tidak diwajibkan kepada mereka.

Pada mulanya saya ingin menggambarkan betapa risaunya saya akan amalan pengebumian yang dilaksanakan di negara kita sekarang.Pada zaman modenisasi kini kita dapati generasi-generasi muda tidak lagi menaruh minat untuk mendalami ilmu agama terutamaya pekara-perkara fardhu kifayah . Benar fardhu kifayah itu hanya diwajibkan kepada segelintr umat islam. Namun begitu bolehkah perkara ini dijadikan alasan atas kelalaian kita menerapkan unsur agama islam dalam hidup kita. Ramai anak-anak muda sekarang tidak mengetahui cara-cara menguruskan jenazah dengan sempurna.

Sekarang ini kita sudah boleh lihat munculnya amalan-amalan yang diaksanakan oleh masyarakat islam di Negara ini dimana sesetengahnya tidak pula berlandaskan mana-mana dalil atau hadis-hadis rasulullah S.A.W. Oleh itu melalui kajian yang saya laksanakan ini saya berharap dapat menambahkan lagi ilmu saya berkenaan isu ini. Selain itu saya juga berharap kajian saya ini dapat membuka mata kita semua agar sama-sama dapat meluaskan pandangan kita agar menjadi insan yang diredhai Allah S.W.T.

3

Page 5: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Tuntutan dalam pengurusan jenazah(tuntutan

Perkara yang wajib dilaksanakan dalam pengurusan jenazah

1. Memandikan jenazah

2. Mengkafankan jenazah

3. Solat ke atas jenazah

4. Mengebumikan jenazah

Apabila seseorang itu telah disahkan kematian mula-mula sekali kita hendaklah:

1. Mengucap:Innalillahi Wainnailahi Rojiun

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.3. Rapatkan kedua belah matanya.4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.5. Rapatkan mulutnya.6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.7. Luruskan kakinya8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 9. Letakkan di tempat yang tinggi.10. Hadapkan ke Qiblat.

Orang yang berhak menguruskan Jenazah

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat contohnya, anaknya sendiri jikalau mati adalah bapanya

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.

4

Page 6: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.

4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

5. Urusan menggali kubur.

6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

8. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah

1. Sifat berani.

2. Sabar.

3. Amanah.

4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah

1. Sediakan tempat mandi.

2. Sabun mandi.

3. Air daun bidara.

4. Air bersih.

5. Sugi - 7 batang.

6. Sarung tangan - 3 atau 5.

7. Sedikit kapas.

8. Air kapur barus.

5

Page 7: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

9. Baldi serta gayong.

Sebelum mayat dimandikan, kubur harus digali terlebih dahulu dan peralatan seperti berikut haruslah disediakan

1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa

2. Gunting

3. Kapas

6. Air mawar

7. Minyak wangi (Minyak Attar)

8. Tikar jerami

9. Bantal (dari daun pandan)

10. Tempat mandi yang khas.

Cara memandikan Jenazah

1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.

2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

3. Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.

4. Sediakan air sabun.

5. Sediakan air kapur barus.

6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.

10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.

6

Page 8: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota jenazah dengan air saja

12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota jenazah sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

14. Siram sebelah kanan 3 kali.

15. Siram sebelah kiri 3 kali.

16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.

19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

20.Lepas itu wudukkan mayat:

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

Lafaz niat mewudukkan jenazah perempuan:

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

Cara mewudukkan jenazah ini adalah dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka hingga ke kakinya, sebagaimana wuduk. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan jenazah wanita hendaklah dimandikan oleh wanita.

7

Page 9: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

21. Siram dengan air sembilan.

22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan jenazah.

23. Tutup bahagian kemaluan jenazah dengan cawat yang disediakan.

24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).

26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

Tayamum

Sekiranya tiada air Jika kalau dimandikan, tubuhnya akan bertambah hancur/ terpisah-pisah Jika yang meninggal itu wanita di kalangan lelaki, tiada wanita lain. Juga sebaliknya Yang mentayamumkan wnaita itu muhrimnya- dengan tangan. Yang mentayamumkan wnaita

itu lelaki asing- berlapik Mengikut Syafie, jika ada muhrim di kalangan lelaki, maka hendaklah dia memandikan

mayat wanita itu. Wanita boleh mandikan suami. Lelaki pula boleh mandikan isteri (pendapat jumhur) Wanita boleh mandikan anak yang kecil.

Kafan

Kafan dengan apa sahaja walaupun sehelai kain- fardhu kifayah Seboleh-bolehnya elok, bersih dan tutup semua dan berwara putih Asapkan dengan kemenyan atau cendana 3 kali agar wangi Lelaki 3 lapis, perempuan 5 lapis Mengiktu Syafie- orang yang berihram dikafan dengan kain ihramnya, tidak diminyak wangi

dan tidak ditutup kepala

Solat Jenazah

8

Page 10: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri menghala kepala jenazah itu.

Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri menghala lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang cukup luas untuk solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu bersih.

2. Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Ada empat rukun solat jenazah

i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan

Lafaz niat solat jenazah :

a) Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b) Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

9

Page 11: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

c) Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d) Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

e) Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum:

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

f) Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

ii. Berdiri bagi yang berkuasa.

iii. Bertakbir empat kali.Baca al-Fatihah & selawat (secara senyap). Selawat sekadar “Allahummasaolliala Muhammad” sudah mencukupi. Yang baiknya seperti dalam tahayat akhir. Dibaca pada takbir yang kedua (walaupun tiada keterangan yang kuat menentukan tempatnya)

Doa, walaupun singkat. Ada pelbagai versi daripada Rasulullah. Dibaca lepas takbir ketiga (walaupun tiada penegasan)

iv. Salam

10

Page 12: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Membawa Jenazah

1. Wajib membawa jenazah dan menghantarnya, kerana itu adalah hak muslim terhadap muslim lainnya

2. Mengikut jenazah : keluarga mengring jenazah hingga di solatkan atau hingga selesai penguburannya, inilah yang lebih utama

3. Mengikuti jenazah hanya boleh bagi lelaki. Wanita dilarang kerana itu perintah nabi Muhammad SAW

4. Tidak boleh membawa jenazah dengan cara menangis, membawa wangian, hingga berbagai bentuk zikir

5. Mempercepatkan langkah tetapi tidak berlari6. Boleh berjalan di depan atau di belakangnya (lebih afdhal), boleh juga di sebelah kanan

atau kirinya, kecuali yang berkenderaan lebih afdal di belakangnya7. Tidak makruh dan boleh berkenderaan pulang selepas pengebumian8. Membawa jenazah di atas kereta, kemudian orang yang menghantarnya juga memakai

kereta tetapi tidak disyariatkan, kerana ini kebiasaan orang kafir, serta menghilangkan nilai-nilai yang terdapat dalam penghantaran jenazah iaitu mengingati akhirat, lebih-lebih itu menjadi penyebab semakin kurang penghantar jenazah dan hilangnya kesempatan orang-orang yang ingin mendapatkan pahala ( kecuali dalam keadaan darurat boleh menggunakan kereta)

9. Berdiri menghormati mayat hukumnya mansukh, sehingga tidak boleh dilakukan10. Disarankan agar yang membawa jenazah supaya berwudhuk

Mengebumikan jenazah

1. Wajib hukumnya mengebumikan jenazah walaupun kafir

2. Tidak boleh mengebumikan jenazah seorang muslim dengan seorang kafir atau sebaliknya

3. Menurut sunnah Rasulullah s.aw, pengebumian ditempat tanah perkuburan, kecuali orang yang mati syahid mereka tidak dipindahkan ke tempat perkuburan. (Hal ini dibantah sebahagian orang yang mewasiatkan supaya dikebumikan di masjid atau makam khusus dan tempat lain yang di larang Allah SWT)

4. Pengebumian tidak boleh dilakukan pada waktu terlarang; atau dalam jangka waktu yang panjang walaupun lewat malammayat harus dikebumikan, kecuali darurat

5. Wajib memperdalam lubang kubur, memperluas dan memperbaiki

11

Page 13: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

6. Penataan kubur tempat mayat ada 2

a) lahad (melubangi liang kubur ke arah kiblat

b) Syaq: melubangi ke bawah dipertengahan liang kubur

7. Dalam keadaan darurat boleh mengebumikan dua atau lebih mayat dalam satu liang lahad, dengan mengutamakan orang lebih faham quran dan sunnah

8. Orang yang menurunkan mayat adalah lelaki (walaupun jenazah itu ialah seorang perempuan)

9. Wali mayat lebih berhak menurunkan jenazah

10. Suami boleh mengerjakan pengebumian isterinya sendiri

11. Disyaratkan bagi yang mengebumikan mayat wanita, yang semalam tidak membuat hubungan sulit dengan suami istri

12. Menurut Sunnah Rasulullah s.a.w: mayat harus dimasukkan dari arah belakang liang kubur

13. Meletakkan mayat di atas sebelah kanannya, wajah menghadap kiblat, kepala dan kedua kaki melentang kekanan dan ke kiri

14. Orang meletakkan mayat di kubur membaca “ bismillahi wa’allaa sunnati rasuulillahi shallallahu ‘ alaihi wassallama” atau bismillahi wa ‘alaa millati rasulullahi shalallahu ‘alaihi wassalama’’

15. Setalah menimbun kubur di sunatkan

1) Meninggikan kubur sekitar sejengkal diatas permukaan tanah, tidak di ratakan, supaya dapat dikenali, dipelihara dan tidak dihina

2) Meninggikan hanya sebatas sejengkal

3) Memberi tanda dengan batu atau yang sejenis dengannya supaya di kenali

4) Berdiri di kubur sambil mendoakan dan menyuruh yang hadir supaya berdoa dan memohon keampunan (ini ajaran Rasulullah s.a.w tetapi talqin yang biasa kita dengar tiada dalilnya)

5) Boleh duduk saat pemakaman dengan maksud memberi peringatan orang yang hadir akan kematian dan alam setelah kematian (HR Al Barra bin ‘Aazib)

6) Menggali kubur sebelum mati sebagai persiapan mati tidak dianjurkan oleh Rasulullah s.a,w kerana hanya Allah yang tahu bila saat kematian, serta rasulullah dan sahabat tidak pernah mengamalkannya

12

Page 14: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Takziyah

1) Disyariatkan bertakziyah dengan menganjurkan supaya bersabar, mengharap pahala Allah S.W.T, dan mendoakan jenazah

2) Bertakziyah dengan menyenangkan mereka, meringankan kesedihan, dan membuat mereka redha dan sabar

3) Takziyah tidak dibatasi 3 hari

Perkara yang harus dihindari (berasal dari ada temurun dan bukan rasulullah s.a.w)

4) Berkumpul untuk bertakziyah di tempat-tempat tertentu seperti rumah masjid dan tanah perkuburan

5) Keluarga mayat sengaja menyediakan makanan untuk takziyah seperti hari ketiga, ketujuh seratus dan seribu ini tiada dalilnya

6) Yang ada dalam sunnah nabi ialah: saudara mara jenazah dan jiran tetangga membuat makanan untuk keluarga si mati

7) Disukai mengusap kepala anak yatim, memuliakan serta berlemah lembut kepadanya.

Yang memberi manfaat kepada si mati

1) Doa orang muslim untuknya

2) Wali jenazah menutupi puasa nazar jenazah

3) Hutang jenazah dibayar walinya atau orang lain

4) Amalan soleh dari anak yang soleh atau solehah

5) Semua amalan pahala jenazah begitu pula amal jariyah

Menziarahi kubur

13

Page 15: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

1) Disyariatkan menziarahi kubur untuk mengambil pengajaran dan mengingati akhirat supaya tidak melakukan syirik dengan berdoa untuk si mati

2) Wanita dan lelaki sama-sama boleh berziarah kubur dengan syarat menghindari pergaulan berlebih-lebihan, meratap, tabarruj (meperlihatkan aurat), serta semua jenis kemungkaran yang memenuhi tanah perkuburan pada zaman ini

3) Wanita dilarang menziarahi kubur seandainya boleh menimbulkan fitnah

4) Boleh menziarahi kubur orang yang mati sekadar untuk mengambil pengajaran

5) Tujuan menziarahi kubur:

a) Manfaat bagi yang berziarah mengingat mati, mengenang orang yang sudah mati, bahawa tempat kembali mereka hanya dua kemungkinan kalau bukan syurga pasti neraka. Ini berlaku untuk semua orang;

b) Memberi manfaat bagi jenazah dan berbuat baik pada mereka dengan cara memberi salam, mendoakan dan memintakan ampunan kepada Allah SWT. Ini berlaku khusus untuk muslim. (Tidak disyariatkan membaca Al-fatihah, Yassin, dan surah lain atau takbir, tahlil dll. Tapi yang disyariahkan adalah yang dicontohkan nabi Muhammad SAW)

6) Boleh mengangkat tangan saat berdoa untuk jenazah ketika menziarahi kubur, bukan menghadap kubur tetapi menghadap kiblat,

7) Jika menziarahi kubur orang kafir tidak boleh memberi salam, tidak mendoakan, bahkan memberikan khabar seksa neraka;

8) Tidak berjalan diantara kubur-kubur muslim dengan alas kaki;

9) Tidak disyariatkan meletakkan wangian, tidak boleh mencacakkan pelepah kurma pada tanah perkuburan khusus bagi rasulullah s.a.w),

10) Ketika di kubur diharamkan

a) Menyembelihb) Meninggikan kubur melebihi yang dijelaskan diatasc) Mencat kuburd) Membina diatasnyae) Duduk diatasnyaf) Solat menghadap kuburg) Solat dikubur walaupun tidak menghadap kuburh) Mendirikan masjid di kuburi) Menyalakan lampu diatasnya

14

Page 16: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

j) Menghancurkan tulang mayat orang muslim (Adapun mayat orang kafir diperbolehkan, kerana tiada nilai kehormatan untuknya)

k) Menggali kubur orang muslim kecuali ada sebab yang dibolehkan oleh syariatl) Boleh menggali kubur orang-orang kafir, kerana tidak ada nilai kehormatan baginya

Kesalahan dalam pengurusan jenazah(Realiti)

Ramai orang awam, yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan syariat terutamanya dalam pengurusan jenazah. Mereka menyangka sumber tersebut daripada islam, padahal tidak dan bertentangan dengan petunjuk rasulullah s.a.w, kerana tiada dalil, atau berasal daripada adat istiadat dan kebiasaan orang kafir.

Antara kesalahan itu ialah:

1) Membaca Surah Yassin untuk orang yang sekaratul maut

2) Menghadapkan orang sekaratul maut ke kiblat

3) Memasukkan kapas di tenggorokan dan hidung jenazah

~ (pendapat saya) adat ini mungkin berasal dari india di mana mereka menyumbat hidung si mati dengan kapas untuk membuktikan mereka sudah meninggal dunia

4) Keluarga mayat tidak makan sampai selesai penguburan

5) Memanjangkan janggut untuk menunjukkan kesedihan setelah itu mencukurnya

6) Mengumunkan berita kematian lewat menara

~Yang dibolehkan ialah:

Menyampaikan berita kematian dengan cuba mengelakkan daripada terikut-ikut dengan amalan jahilyyah

Sesiapa yang menyampaikan berita kematian itu dibolehkan meminta orang lain mendoakan si mati (ada sunahnya)

7) Mereka membaca saat seorang memberitakan kematian: Al Fatihah ‘ala ruh...

15

Page 17: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

8) Yang memandikan mayat membaca bacaan tertentu saat membasuh anggota tubuh mayat

9) Megeraskan zikir saat memandikan atau saat menghantar jenazah

~Makruh berzikir atau membaca apa-apa dengan kuat. Elok diam sahaja

10) Menghias jenazah

11) Meletakkan selendang di atas keranda

12) Keyakinan bahawa mayat yang ringan dosanya sedikit, atau sebaliknya

13) Membawa jenazah secara perlahan

~bahkan lebih elok disegerakan mayat ke tanah perkuburan

14) Mengangkat suara saat menghadiri jenazah atau bergurau dengan orang lain

15) Memuji-muji jenazah saat menghadiri jenazah di masjid sebelum dan selepas disolatkan, sebelum pengebumian

16) Biasanya jenazah dibawa dengan kereta dan dihantarkan dengan kereta

~sebenarnya kita diisyariatkan untuk menghantar dan memikul mayat

17) Solat Ghaib, padahal sudah tahu bahawa ditempat meninggalnya sudah disolatkan

18) Imam posisi lurus ditengahjenazah lelaki atau posisi lurus dengan dada jenazah perempuan;

19) Setelah solat jenazah, ada yang bertanya dengan suara keras :”Bagaimana kesaksian kalian terhadap si mati ini?”Lalu hadirin menjawab:” Dia adalah orang soleh

~ Memuji-muji jenazah saat menghadirinya di masjid sebelum di solatkan atau sesudah, sebelum dan menjelang pengebumian

20) Sengaja memasukkan jenazah dari arah liang kubur

~Masukkan ke kubur, sunat kaki dulu

~Sunat hadapkan muka jenazah kearah kiblat

16

Page 18: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

21) Menyebar pasir dibawah jenazah tanpa ada alasan yang jelas

22) Meletakkan bantal untuk jenazah atau jenis lain dibawah kepalanya dalam liang kubur

23) Memakaikan air kembang ke mayat dalam kubur

24) Talqin dengan kata-kata: “wahai fulan...” jika datang kepadamu dua malaikat ..... dst

25) Takziyah di kawasan kubur dengan berbaris-baris,

26) Berkumpul disuatu tempat untuk takziyah

27) Membatasi Takziyah dengan 3 hari

28) Bertakziyah dengan perkataan “Semoga Allah memperbanyak pahalamu” sebagai persangkaan itu ada sunnahnya, padahal tidak ada dalam sunnah rasulullah s.a.w

29) Penyiapan hidangan makanan dari keluarga si mayat di beberapa hari tertentu

Sunat sediakan makanan untuk keluarga si mati berdasarkan hadith:

“Buatlah makanan untuk keluarga Jaafar kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memberatkan mereka (akibat kematian Jaafar).:

(Abu Daud, Muslim & Turmizi)

~kita boleh menyediakan makanan kepada keuarga si mati dan tidak tertakluk kepada hari-hari tertentu sahaja

30) Membuat makanan tertentu atau membelinya pada hari ketujuh

31) Keluar pada awal pagi untuk melawat jenazah yang telah dikebumikan kelmarin, keluarga dan teman.

32) Merayakan pujian untuk mayat pada malam ke 40, setahun setelah meninggal

(Abdur Razzaq Naufal dalam kitabnya “Al Hayaat Al Ukhraa hal 156 berkata: Sesungguhnya peringatan ke-40 ini berasal dari adat raja-raja fir’aun, sebab mereka sibuk dengan pengawetan mayat, persiapan penguburan selama 40 hari dan mereka menjadikan perayaan pemakaman)

33) Menggali kubur sebelum wafat sebagai tanda persiapan mati;

17

Page 19: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

~Menggali kubur sebelum mati sebagai persiapan mati tidak dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana hanya Allah yang tahu bila saat kematian, serta rasulullah dan sahabat tidak pernah mengamalkannya

34) Mengkhususkan ziarah kubur pada Idul Fitri

35) Mengkhususkan ziarah kubur pada hari Isnin dan Kamis

36) Membaca Al-fatihah dan Yasin di kubur

37) Mengirimkan salam kepada para nabi melalui mayat yang diziarahi kubur

38) Menghadiahkan pahala ibadah seperti solat dan bacaan Al-quran kepada orang muslim yang sudah mati;

39) Menghadiahkan pahala amalan kepada rasulullah s.a.w.

40) Memberikan gaji kepada orang yang membacakan Al Quran dan menghadiahkannya untuk si mati

41) Pendapat mereka: Bahawa doa di sekitar kubur para nabi dan orang salih mustajab

42) Menghiasai kubur

43) Bergantung dikubur nabi dan menciumnya

44) Bertawaf dikubur para nabi dan orang soleh (Sebagaimana dilakukan orang-orang jahil di negeri muslim seperti mesir)

45) Meminta pertolongan pada mayat atau meminta doanya

46) Mempertinggi dan membangun kubur

~Sunah tinggikan tanah sejengkal. Haram kalau lebih

~Sunat dikuburkan berdekatan ahli keluarga

~Makruh adakan sembelihan di perkuburan

~Haram duduk, berjalan atau bersandar pada kuburan kecuali terpaksa

~Makruh buat tembok dan buat tulisan- Jumhur. Haram- Ibnu Hazmin. Haram kalau ayat Quran, nama boleh- Malik

18

Page 20: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

47) Menulis nama si mati di masjid, atau membangun masjid di atas kubur

48) Sengaja pergi ke tempat jauh untuk menziarahi kubur nabi;

49) Mengirimkan tulisan yang berisi permohonan hajat kepada Rasulullah s.a.w saat menziarahi makamnya;

50) Anggapan mereka: “Tiada beza antara semasa hidup dan sesudah mati Rasulullah s.a.w masih menyaksikan umatnya, serta mengetahui keadaan dan urusan mereka”

Adab terhadap jenazah

Antara perkara yang perlu dilakukan kepada orang yang baru sahaja meninggal dunia Tutupkan perlahan-lahan mata dan mulutnya, jika terbuka sapu minyak, usap dan urut

seluruh anggota dan sendi-sendi mayat khususnya pergelangan tangan, siku, paha, lutut dan kaki sebelum urat-urat itu menjadi keras. Ini bagi memastikan keseluruhan sendinya lembut dan mudah dimandikan

Bersihkan mayat daripada najis dan kekotoran terutama jika dia sudah sakit terlantar begitu lama salin semua pakaiannya termasuk pakaian dalam dengan kain yang dapat menutup seluruh anggotanya.

Menjaga auratnya kerana dia juga malu. Mengikat dagu dan pergelangan kakinya. Menutup mayat dengan kain Menghadapkan mukanya ke arah kiblat (tinggikan kepalanya dengan menggunakan bantal) Sunat diletakkan sesuatu yang keras di atas perut mayat (jangan letak al-Quran) supaya perut

tidak masuk angin dan membesar (takut menjadi fitnah)

19

Page 21: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Kesimpulan

Setelah saya melakukan kajian ini saya mendapati bahawa terdapat pelbagai tuntutan dalam pengurusan jenazah yang gagal dipatuhi masyarakat islam. Selain itu, saya juga mendapati bahawa banyak amalan-amalan dalam pengurusan jenazah pada masa ini telah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar dan oleh adat istiadat atau kebiasaan masyarakat kita sendiri. Tambahan lagi pengaruh-pengaruh barat juga telah menyebabkan masyarakat kini kurang berminat untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu kifayah. Selain itu masalah ini juga timbul kerana kurang perbincangan antara ulamak berkenaan topik ini.

Pada pendapat saya antara faktor utama perkara ini tidak ditekankan ialah kerajaan gagal memainkan peranan mereka bagi menyeragamkan amalan-amalan fardhu kifayah. Negara kita adalah negara islam dan pemimpin kita sendiri juga beragama islam ini menimbulkan suatu tanda Tanya yang nyata. Kenapa di Negara kita terlalu mementingkan pandangan orang bukan islam sedangkan di dalam perlembagaan Negara kita sendiri tertulis agama rasmi Negara kita adalah islam. Oleh itu, tidakkah ini membenarkan kerajaan untuk memainkan peranan secara terus sebagai medium bagi meperbanyakkan ijmak ulamak pada masa yang sama menggunakan media secara sepenuhnya untuk menguar-uarkan kepentingan hidup sebagai seorang muslim. Seterusnya membantu mencegah penyebaran amalan-amalan yang tidak berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w.

Selain itu, saya juga berharap agar masyarakat kita sendiri juga akan lebih terbuka untuk membincangkan amalan-amalan yang sedang diamalkan sekarang. Janganlah pula apabila suatu amalan kita dibuktikan salah kita masih lagi cuba menegakkan benang yang basah. Sampai bila kita nak hidup ibarat katak di bawah tempurung, kita perlu muhasabah diri masing-masing dan bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya ilmu kita kurang. Inilah yang dikatakan malu tidak bertempat soal ilmu tidak perlu kita berasa malu. Nabi sendiri berkata tuntutlah ilmu ke liang lahad. Tiada manusia di atas muka bumi ini yang tahu segala-galanya. Satu-satunya cara untuk merawat kejahilan kita dalam apa-apa sahaja ilmu adalah dengan bertanya atau membaca daripada sumber yang boleh dipercayai.

Akhir kata, saya ingin menyeru anda dan diri saya sendiri agar lebih prihatin soal ilmu fardhu kifayah terutamanya dalam pengurusan jenazah kerana satu hari nanti sekiranya masyarakat kita sendiri sudah lupa cara menguruskan jenazah maka jasad anda sendiri akan terkujur di persimpangan.

20

Page 22: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Rujukan

1. http://mindarakyat_2.tripod.com/2001feb/i2001-0495.htm

2. http://takafulsmartmedic.wordpress.com/2009/07/21/hukum-kepentingan-faraid/

3. http://menanti-di-barzakh.blogspot.com/2009/04/ringkasan-cara-pengurusan-jenazah_05.html

4. http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/07/tabah-menghadapi-cubaan-siapa-yang-akan.html

5. http://atik085641095564.wordpress.com/2010/07/09/pengurusan-jenazah-sesuai-tuntunan-rasulullah/

6. http://www.facebook.com/note.php?note_id=400967054650

7. http://shuhmy.multiply.com/journal/item/403/PANDUAN_PENGURUSAN_JENAZAH_

8. http://rausanulqalbu.blogspot.com/2010/05/pengurusan-jenazah-nenurut-sunnah.html

9. Abu Bakr Jabir Al Jazairi, Pedoman Hidup Muslim (Diterjemahkan: Drs. M.Hasaudin , Didin Hafidhun) (Disunting Oleh: Drs.M. Hasanudin, Drs. Fajar Christian Daru) (Penerbit: Victory Agencie Kuala Lumpur) Edisi Malaysia, Cetakan Pertama 1996

10. Ab. Latif B. MudaM.A.(UM), ASOL(Al al-Bayt, Jordan), Huraian Hadis-Hadis Hukum 2 (Penerbit: Pustaka Salam Sdn. Bhd.) (Aturhuruf dan Pengedar: Ilham abati Eterprise) (Pencetak: Prosecta Printers Sdn. Bhd.) Cetakan Pertama September 2000

11. Kitab Muhtasar Kitab Ahkamul Janaiz wa Bid'auha, karya Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, diringkas oleh Syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid dan diterjemahkan oleh Muhammad Dahri Komaruddin

21

Page 23: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

Lampiran

22

Doktor solat pun solat jenazah….

Suatu hari nanti kita mungkin diangkut van

ini…..

Mari belajar solat jenazah!!!!!!!!

Sempat tak kita bertaubat

Page 24: Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan Dan Realiti

23

Renungkanlah…………….

Susah payah angkut jenazah meredah sungai…

Ke tanah jua kita kembali