Pengurusan Kaunseling

10
1. PENGENALAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

description

Isi penting

Transcript of Pengurusan Kaunseling

Page 1: Pengurusan Kaunseling

1. PENGENALAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 2: Pengurusan Kaunseling

2. PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

1. Inventori Individu Dan Rekod

a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar

b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait

dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.

c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk

tujuan kaunseling.

d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.

e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan

prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.

f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu

atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

10.Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang

guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik

bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam,

surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan

aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai

Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

a. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah,

buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah

Page 3: Pengurusan Kaunseling

b .Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang

latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.

C .Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi

borang permohonan dengan tepat.

d. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang

perusahaan atau tempat pekerjaan lain.

e. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang

diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.

f. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS,

bahaya merokok dan inhalen.

1 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIMBINGAN INDIVIDU Bimbingan individu adalah interaksi antara dua individu yang berlaku antara kaunselor dan klien. Kaunselor bekerja bersama-sama dengan klien yang mungkin mempunyai konflik kendiri, masalah dalam perhubungan dengan orang lain, masalah psikologikal ataupun masalah akademik.

Menjalinkan satu perhubungan terapeutik dalam sesi bimbingan individu adalah sangat penting kerana ia menggalak individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Kaunselor perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid, sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan sebagainya. Permasalahan yang boleh dibincangkan dalam kaunseling individu adalah seperti masalah penyesuaian diri daripada satu tahap kepada tahap lain, masalah perhubungan dan kekeluargaan, kematian, kebimbangan, kemurungan, masalah pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual, pemikiran untuk membunuh diri, masalah akademik dan imej kendiri serta masalah konsep kendiri.

Dalam bimbingan individu, peranan guru ialah bukan untuk memberikan nasihat tetapi untuk menolong murid-murid untuk menguasai diri mereka sendiri. Guru bimbingan perlu memberikan bimbingan individu kepada murid-murid yang mempunyai konsep kendiri rendah atau mereka yang pemalu. Justeru itu, peranan seorang guru pembimbing ialah untuk membantu murid-murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah secara individu

Page 4: Pengurusan Kaunseling

dengan menyuruh mereka untuk menerangkan sesuatu situasi semasa dan perasaan yang mereka merasai mengenainya, melafazkan semua emosi yang mereka merasai, menjawab secara jujur mengenai maslah-masalah semasa mereka serta menyuarakan keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka.

BIMBINGAN BERKUMPULAN Bimbingan kelompok adalah satu bentuk kaunseling yang mencabar dan dinamik yang memerlukan kemahiran professional yang lengkap daripada kaunselor. Satu kumpulan kaunseling kelompok biasanya terdiri daripada lima hingga lapan individu atau murid yang dibimbing oleh seorang guru konselor. Murid-murid bertemu secara konsisten untuk mengenali satu sama lain. Dan bagaimana mereka berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok. Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya. Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu pertumbuhan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat. Selain itu, mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu dan mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah. Kaunseling berkumpulan ini mampu menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk megurangkan jual mahal atau tarik diri. Serta memberi kesedaran dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang. Dan membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.

Ciri-ciri kaunseling berkumpulan ini adalah memberi fokus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku. Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri. Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir. Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10 ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor. Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain. Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok. Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik. Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh member kebaikan bersama. Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur. Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja. Dalam bimbingan kelompok, murid-murid dengan masalah yang sama bertemu untuk berbincang masalah mereka dan berkongsi pengalaman mereka. Lama kelamaan dengan fasilitasi dan konsultasi daripada kaunselor, mereka dapat menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Bimbingan kumpulan merupakan satu alatan yang sangat berguna untuk pembelajaran kendiridan untuk mendedahkan murid-murid kepada cara-cara yang berbeza bagaimana rakan-rakan sebaya bertindak.

Page 5: Pengurusan Kaunseling

Antara kebaikan bimbingan kelompok ialah untuk memberikan murid-murid kekuatan untuk menjadi lebih bersikap terbuka dan berkeyakinan tinggi. Selain itu, bimbingan berkumpulan ini dapat menolong murid-murid untuk memahami diri mereka sebagai individu dan memperkembangkan kesedaran emosi murid-murid serta membantu murid-murid supaya menjadi lebih kuat dan berkeyakinan. Selain daripada itu, faedah bimbingan berkumpulan ini dapat mengatasi faedah yang diperolehi dari sesi kaunseling individu dalam cara-cara seperti murid-murid dapat mendengar dan belajar daripada pengalaman dan idea-idea rakan sebaya dan ini menolong membangun perasaan komitmen dan kekitaan kepada bimbingan kumpulan melalui proses berkongsi pengalaman, masalah dan idea-idea yang hamper sama. Murid- murid juga dapat membantu diri mereka dan rakan sebaya yang lain dengan berada dalam satu perhubungan yang sama dalam kumpulan ini. Ini juga membantu mereka untuk membentuk satu kefahaman mengenai individu-individu lain. Selain itu, murid-murid akan melibatkan diri dalam proses memberi dan menerima maklum balas dan ini membantu mereka dalam proses memahami dan membantu diri sendiri.

Kelebihan kaunseling kumpulan ini di antaranya ialah sangat praktik kerana dapat mengurangkan bebanan kaunselor dan dapat menyelesai masalah yang sama di antara klien – kliennya. Klien mendapat kebebasan untuk meneroka masalah interpersonal dan bebas meluahkan perasaannya.Selain itu, klien akan mendapat maklum balas yang positif dari ahli kumpulannya. Klien juga akan dapat mencuba tingkah laku baru dalam keadaan yang selamat. Serta dapat memupuk perasaan percaya mempercayai dan hormat menghormati di antara klien. Kaunseling kumpulan ini dapat mewujudkan satu sistem sokongan bagi ahli kelompok. dan meningkatkan konsep kendiri klien. Manakala kelemahan kaunseling kelompok ini adalah kadang kala kaunseling jenis ini tidak sesuai untuk semua klien. Klien berasa tertekan apabila berhadapan dengan orang lain. Klien juga mingkin sukar meluahkan perasaannya kepada orang lain jika masalahnya terlalu peribadi.

2 PERKHIDMATAN PERUNDINGAN

3 Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

.a Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan

soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.

.b Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan

mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.

.c Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.

.d Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-

cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di

Page 6: Pengurusan Kaunseling

sekolah.

.e Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling

berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.

.f Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes

seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti

doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan

sebagainya.

4 Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

.a Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama

mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.

.b Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.

.c Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.

.d Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan

disiplin di kalangan pelajar.

.e Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa

masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

5. Perkhidmatan Penempatan

Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat

kerjaya pilihan dan kemampuan.

Penempatan pekerjaan:

1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program

pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan).

2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam

mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi

laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan

teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).

3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk

memasuki institusi-institusi pekerjaan.

Page 7: Pengurusan Kaunseling

5 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

· Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling

tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai

membenci dadah dan inhalen.

· Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan

bantuan pemulihan dan rawatan.

· Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada

kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan

dadah diperingkat sekolah.

6 PERANCANGAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7 PENILAIAN DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING