Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

download Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

of 7

Transcript of Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    1/7

    Muka 1/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    1.

    Pengenalan

    Proses pengajaran dan pembelajaran (dikenali sebagai PnP atau PDP) yang berkesan lazimnya

    memerlukan cara pengurusan yang betul dan berkesan. Selain penyediaan nota dan bahan kuliah,

    proses-proses lain seperti pengurusan kehadiran pelajar dan pengurusan markah juga perlu dititik

    beratkan.

    Pengurusan secara tradisional yang melibatkan penggunaan dokumen kertas dan fail

    kadangkala didapati kurang berkesan. Pengurusannya yang tidak diamalkan dengan baik hanya

    menyebabkan timbunan kertas (dokumen) menjadi semakin meninggi dan proses menjejak sesuatu

    dokumen menjadi semakin sukar.

    Perkomputeran awan (cloud computing) merupakan satu istilah bagi menggambarkan

    teknologi pengurusan sumber dan keupayaan komputer secara atas talian. Teknologi perkomputeran

    awan ini memudahkan pengguna komputer untuk menggunakan sumber komputer di atas talian

    (online) bagi pelbagai tujuan dan fungsi antaranya bagi tujuan pengurusan fail dan dokumen secara

    atas talian.

    Bagi memanfaatkan teknologi perkomputeran awan ini, satu kaedah integrasi (penyepaduan)

    yang sesuai dilakukan bagi menjadikan pengurusan dokumen secara atas talian ini dapat dilakukan

    dengan berkesan dan menjadikan proses PDP menjadi lebih menarik.

    2. Mengenalpasti Keperluan Pengurusan PDP

    Antara aspek pengurusan kelas atau pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang biasa

    digunapakai ialah:

    i. Pengurusan Kehadiran Kelas

    ii. Pengurusan Markah Pelajar

    iii. Pengurusan Nota

    iv. Pengurusan Bahan Penilaian (tugasan, kuiz, ujian)

    Sistem yang dibangunkan ini telah menggunapakai kesemua elemen pengurusan di atas bagi

    menghasilkan sebuah sistem pengurusan PDP yang menyeluruh. Walau bagaimanapun, sistem yang

    dibangunkan ini bukanlah sistem yang sempurna dan masih memerlukan penambah baikan bagi

    menyesuaikannya dengan keperluan semasa.

    3. Pembangunan Sistem Pengurusan PDP

    Bagi membangunkan sistem ini, beberapa kekangan berikut telah dikenalpasti:

    i. Kekangan wang

    Sistem yang dibangunkan perlu menggunakan medium yang percuma atau kos paling

    minima.

    ii. Kekangan masa

    Sistem yang dibangunkan perlu mudah dibangunkan atau diubahsuai tanpa melibatkankemahiran teknikal yang tinggi dan masa yang panjang.

  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    2/7

    Muka 2/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    Dengan mengambilkira kekangan-kekangan tersebut, media (platform) tersebut telah dipilih:

    i. Laman penyedia laman web Weebly (www.weebly.com)

    Weebly menyediakan platform pembangunan laman web yang mesra pengguna dengan

    pelbagai pilihan tema (template) dan fungsi yang baik. Pendaftaran akaun adalah percuma

    dengan pilihan naik taraf yang mengenakan cas bayaran yang tertentu.ii. Perkhidmatan storan awan GoogleDrive (drive.google.com)

    Google Drive menawarkan penyelesaian pengurusan fail (dokumen) secara atas talian

    menggunakan teknologi perkomputeran awan.

    iii. Sistem pengurusan pembelajaran CourseSites (www.coursesites.com)

    CourseSites adalah penyedia perkhidmatan pengurusan kelas secara atas taliajn yang

    menggunakan teknologi BlackBoard (www.blackboard.com).

    Perkhidmatan pengurusan dan penyedia laman web Weebly.com telah dipilih untuk membangunkan

    kerangka utama sistem ini. Sebuah laman web telah dibangunkan dengan alamat

    http://tintaku.weebly.comyang memuatkan semua pautan utama kepada semua laman web yang

    digunakan untuk pengurusan kelas.

    Bagi tujuan pengurusan dan sebaran dokumen, perkhidmatan Google Drive telah digunakan.

    Nota-nota kuliah, tugasan, jadual semakan penghantaran tugasan dan dokumen lain PDP diedarkan

    secara atas talian melalui Google Drive. Bagi memudahkan pengurusan, laman fail-fail ini telah

    diintegrasikan ke dalam kerangka laman Weebly.

    http://tintaku.weebly.com/http://tintaku.weebly.com/http://tintaku.weebly.com/
  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    3/7

    Muka 3/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    Bagi memudahkan para pelajar menghantar tugasan mereka, para pelajar telah diminta untuk

    mendaftarkan akaun bagi menggunakan perkhidmatan Google Drive. Menerusinya para pelajar tidak

    lagi perlu menghantar laporan tugasan secara bercetak, sebaliknya hanya menghantar tugasan secara

    softcopymelalui akaun Google Drive masing-masing. Akaun para pelajar ini seterusnya diintegrasikan

    ke dalam sistem bagi memudahkan pengajar untuk membuat semakan tugasan ini dan memberikan

    markah.

  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    4/7

    Muka 4/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    Untuk tujuan rekod markah pula, sebuah hamparan data telah dihasilkan menerusi Google

    Drive. Fail hamparan data ini diolah mengikut kesesuaian dan mengikut jenis penilaian yang diperlukan

    bagi satu-satu topik atau modul yang diajar. Markah yang dimasukkan akan dikira secara otomatik

    bagi menghasilkan jumlah markah menyeluruh, bukan sahaja untuk tatapan pelajar bahkan bagi

    tujuan rekod pemarkahan pelajar oleh pensyarah modul.

    Bagi memudahkan pelajar mengambil kuiz dan ujian secara dalam talian (online), sebuah

    laman pengurusan pembelajaran telah digunakan. Bagi tujuan ini, perkhidmatan oleh penyedia LMS

    (learning management system) *CourseSites (www.coursesites.com) telah dipilih. Menerusinya,

    sebuah laman khas telah dibina dengan alamat http://kkbagandatoh.coursesites.com dan

    diintegrasikan ke laman utama sistem pengurusan PDP ini. Setakat ini, perkhidmatan LMS CourseSites

    ini telah digunakan hanya bagi tujuan pembangunan soalan kuiz online yang bersifat interaktif sahaja,

    manakala markah yang telah dijana dari sistem tersebut akan dimasukkan ke dalam fail markah

    hamparan elektronik Google Drive.

    http://www.coursesites.com/http://www.coursesites.com/http://www.coursesites.com/http://kkbagandatoh.coursesites.com/http://kkbagandatoh.coursesites.com/http://kkbagandatoh.coursesites.com/http://www.coursesites.com/
  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    5/7

    Muka 5/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    *Nota: Perkhidmatan oleh CourseSites didapati kurang efisyen kerana kemampuan pelayan webnya

    yang semakin terbeban dengan peningkatan jumlah pengguna. Sistem LMS ini kini didalam

    perancangan untuk diganti dengan sistem seumpanya oleh MoodleCloud (www.moodlecloud.com)

    dan akan diintegrasikan dengan sistem pengurusan PDP ini pada masa mendatang.

    4. Ujilari Sistem Pengurusan PDP

    Sistem Pengurusan PDP ini telah mula digunapakai sejak kemasukan pelajar sesi Mac 2014. Sistem ini

    telah digunakan bagi menguruskan PDP untuk modul-modul berikut:

    i. SKS3114 Pentadbiran Rangkaian

    ii. SKS1044 Rangkaian komputer

    iii. SKS1034 Sistem komputer

    iv. SKS2074 Baikpulih dan Senggaraan Komputer (sedang dibangunkan untuk sesi Nov 2015)

    Sistem ini didapati berjaya menguruskan PDP bagi modul-modul tersebut bagi setiap sesi

    pembelajaran. Kelemahan-kelemahan yang ditemukan sepanjang penggunaan sistem telah ditangani

    dengan sewajarnya bagi memastikan pengurusan PDP berjalan dengan lancar.

    Pada setiap sesi pembelajaran, para pelajar yang mengikuti modul-modul tersebut akan

    diperkenalkan kepada sistem ini dan dilatih untuk menggunakannya. Melalui sistem ini, para pelajar

    boleh melihat maklumat lanjut berkaitan modul tersebut serta memuat turun bahan-bahan berkaitan

    seperti nota dan tugasan yang akan digunakan di dalam kelas.

    http://www.moodlecloud.com/http://www.moodlecloud.com/http://www.moodlecloud.com/http://www.moodlecloud.com/
  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    6/7

    Muka 6/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    Para pelajar juga boleh menyemak senarai tugasan, kuiz, dan ujian yang perlu mereka ambil

    sepanjang sesi pengajian melalui pautan tugasan yang disediakan. Mereka juga boleh melihat

    perkembangan pembelajaran mereka melalui jadual markah kelas yang disediakan di dalam sistem

    ini. Sebagai tambahan, ruang Makluman turut disediakan bagi memaklumkan pelajar berkaitan modul

    yang diikutinya.

    5. Kebaikan dan Kelemahan Sistem

    Melalui proses ujilari (test run) ini, beberapa kebaikan dan kelemahan sistem telah dikelpasti. Berikut

    disenaraikan beberapa kebaikan dan kelemahan yang telah dikenalpasti;

    Kebaikan

    Para pelajar mudah mendapatkan maklumat dan nota berkaitan modul yang dipelajari

    Pelajar mudah untuk menyemak senarai tugasan yang belum dihantar serta kuiz atau ujian

    yang belum diambil Kuiz atau ujian yang diambil secara terus di dalam talian (online) bersifat interaktif dan

    menarik minat pelajar

    Pelajar mudah untuk menghantar tugasan secara dalam talian (online)

    Menjimatkan penggunaan kertas kerana sebahagian pengurusan dokumen boleh dilakukan

    secara dalam talian sahaja.

    Pengajar modul mudah untuk memuat naik dokumen baru (seperti nota dan tugasan) ke

    dalam sistem

    Pengajar mudah untuk membuat pengumuman melalui ruang makluman yang disediakan

    Pengajar mudah untuk mendapatkan markah yang dijana secara otomatik oleh kuiz atau ujian

    online.

  • 7/24/2019 Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    7/7

    Muka 7/ 7

    Perkongsian Ilmu: Pengurusan Kelas Menggunakan Teknologi Cloud

    Markah keseluruhan modul dijana secara otomatik melalui input markah yang diberi oleh

    pengajar

    Dokumen tugasan yang dihantar oleh pelajar mudah dicapai secara dalam talian, disemak dan

    terus diberikan markah.

    Proses PDP boleh dijalankan secara jarak jauh (remote) tanpa perlu interaksi bersemuka pada

    setiap masa.

    Kelemahan

    Sistem ini sukar dibangunkan pada peringkat awal pembangunan

    Proses penambahan modul baharu ke dalam sistem memerlukan masa untuk dibangunkan

    Proses sambungan folder tugasan pelajar kepada akaun Google Drive pelajar perlu dibuat

    secara manual untuk setiap modul yang diikuti pelajar

    Terdapat pautan (link) yang masih kurang mesra pengguna dan sukar difahami oleh pelajar

    Sistem ini memerlukan sambungan internet untuk berfungsi

    6. Cadangan Penambaikan

    Walaupun sistem pengurusan PDP ini dilihat telah matang, terdapat banyak ruang kelemahan yang

    masih boleh diperbaiki. Antaramuka dan senarai pautan (link) aplikasi pada sistem ini sebagai misalnya

    masih boleh diubahsuai agar lebih mesra pengguna dan menarik. Fungsi Web 2.0 (social) juga boleh

    dimasukkan ke dalam sistem bagi menjadikan interaksi antara pelajar kepada pelajar ataupun pelajar

    kepada pensyarah menjadi lebih interaktif.

    Sistem pengurusan PDP ini sebenarnya bukanlah alternatif terbaik kepada Sistem Pengurusan

    Pembelajaran (LMS atau ELMS) yang ada di luar sana. Sistem ini dibangunkan hanya sekadar alternatif

    bagi memastikan proses pengurusan kelas masih boleh dijalankan secara atas talian dengan

    memanfaatkan teknologi perkomputeran awan. Walaupun terdapat pelbagai kekangan seperti

    tiadanya dana pembangunan dan ketiadaan komputer pelayan berkuasa tinggi, sistem pengurusan

    PDP seperti ini masih boleh dibangunkan dengan adanya kehendak dan kreativiti.

    Sekiranya institusi memiliki dana, adalah lebih disyorkan agar institusi menyediakan sendiri

    fasiliti dan perisian ELMS yang lebih berkuasa. ELMS yang baik masih boleh diperoleh secara percuma.

    Walau bagaimanapun, untuk sesuatu sistem ELMS berfungsi dengan berkesan, persekitaran dan fasiliti

    yang sesuai dan berkuasa tinggi masih diperlukan. Namun begitu dengan wujudnya teknologi

    perkomputeran awan, kos pembangunan dan penyediaan fasiliti seumpama ini telah menjadi semakinmampu dan jimat berbanding sebelumnya. Dengan kerjasama semua pihak dan proses penerangan

    berkaitan kebaikan pengurusan PDP di atas talian ini, tidak mustahil kelak keseluruhan kolej Komuniti

    bakal dihubungkan oleh sebuah sistem ELMS yang berkesan.