Pengurusan Kes Khas

11
Pengurusan Kes Khas

description

Pengurusan Kes Khas. Kes Disiplin ( Kes ponteng dan buang sekolah):. Mewujudkan fail Kes Khas Sekolah untuk memfailkan semua kes ponteng dan buang sekolah Menyimpan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah di dalam fail Kes Khas Sekolah - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Pengurusan Kes Khas

Page 1: Pengurusan Kes Khas

Pengurusan Kes Khas

Page 2: Pengurusan Kes Khas

Kes Disiplin ( Kes ponteng dan buang sekolah):1. Mewujudkan fail Kes Khas Sekolah untuk memfailkan semua

kes ponteng dan buang sekolah2. Menyimpan senarai nama murid beserta dengan surat

amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah di dalam fail Kes Khas Sekolah

3. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

4. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah.

5. Skor bagi kompenan Pentaksiran Pusat akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

Page 3: Pengurusan Kes Khas

Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang/lama atas sebab kesihatan:

1. Mendapatkan surat doktor kerajaan/laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit.

2. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

3. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah

4. Skor bagi komponan Pentaksiran Pusat akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.

Page 4: Pengurusan Kes Khas

Murid dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU):

1. Mengenalpasti kategori murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) .Kategori murid dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah seperti berikut:Murid Terencat Akal/ Sindrom Down Murid Buta Murid Pelbagai Kecacatan/ Ketidakupayaan lain, murid Disleksia/ Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/ Attention Deficit Disorder/ (ADD) Autisme/ Learning Disabilities (LD) Murid Bisu Murid Pekak Murid Rabun Murid Spastik/ Cerebral Palsy

2. Mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai golongan Orang Kurang Upaya(OKU). Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang mengesahkan murid Orang Kurang Upaya (OKU);atau kad OKU bagi murid yang telah mendaftar sebagai OKU

Page 5: Pengurusan Kes Khas

Murid dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU):3. Mematuhi prosedur permohonan keperluan khas

berikut:Memastikan murid membuat permohonan kepada pihak sekolah.

4. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.

5. Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan beserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri.

6. Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) boleh diperoleh dari JPN atau dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.

Page 6: Pengurusan Kes Khas

Murid dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU):

7. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS.Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisma yang sesuai.

8. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah.

9. Pengetua/Guru Besar sekolah menyediakan segala keperluan khas murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

Page 7: Pengurusan Kes Khas

Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerajaan yang lain.

Pihak sekolah lama murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

1. Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah diserahkan kepada murid berkenaan atau ke sekolah baru.

2. Mengemaskini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.

3. Pengetua/ Guru Besar sekolah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS Pejabat Pelajaran Daerah dan Pegawai PBS Jabatan Pelajaran Negeri.

Page 8: Pengurusan Kes Khas

Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerajaan yang lain

Pihak sekolah baru murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

1. Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang menyatakan sebab-sebab PBS tidak dapat dijalankan dan murid tiada skor.

2. Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan jika skor semasa murid tidak dapat dikesan/diterima bagi komponan Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.Bagi komponan Pentaksiran Pusat, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

Page 9: Pengurusan Kes Khas

Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Harapan dan Sekolah Integriti) :

Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

1. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS.

2. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisma yang sesuai.

3. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah.

4. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat tindakan lain yang dianggap sesuai dari Pengarah Peperiksaan bagi melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk murid berkenaan.

Page 10: Pengurusan Kes Khas

Atlet yang terlibat dalam kejohanan Peringkat Negeri / Kebangsaan/ Antarabangsa.

Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

1. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.

2. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah.

3. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat tindakan lain yang dianggap sesuai dari Pengarah Peperiksaan bagi melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk murid berkenaan.

Page 11: Pengurusan Kes Khas

Murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara.

Pelaksanaan PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa.