Pengurusan Kualiti Organisasi Pendidikan

2
1 Soalan No.1 a) Berdasarkan pada kes yang terdapat pada petikan, terdapat beberapa masalah pengurusan kualiti yang telah dihadapi oleh guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa. Antaranya termasuklah masalah dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Hal ini dapat diperhatikan dalam pengurusan pentadbiran di sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa yang sepenuhnya diambil alih oleh Encik Razak Leman selaku Penolong Kanan 1. Dalam pada itu, timbul rasa tidak pusa hati di kalangan guru di sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa kerana Encik Razak Leman seringkali membuat keputusan tanpa merujuk guru yang lain. Semua keputusan yang dibuat adalah berdsarkan pertimbangan peribadi Encik Razak Leman sendiri. Bagi Encik Razak Leman guru-guru tidak perlu mempersoalkan keputusan yang dilakukan beliau, memandangkan pihak pengetua telah memberikan sepenuh keprcayaan kepadanya. Selain itu, guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa tidak menyenangi tindakan Encik Razak Leman yang sering memepersoalkan mengenai kewibawaan guru-guru dalam melaksanakan tugas mereka, khususnya sepanjang yang berkaitan dengan arahan-arahan pentadbiran yang perlu dilakukan oleh guru-guru. Selanjutnya,bagi pihak guru-guru pula, mendapati bahawa arahan dan keputusan yang dibuat oleh Encik Razak Leman tidak begitu relevan dengan kepentingan sesuatu tindakan. Encik Razak Leman seringkali mengadakan mesyuarat dan perjumpaan dengan guru-guru kebiasaannya pada pukul 1.00 tengahari dan mesyuarat atau perjumpaan akan berakhir pada pukul 3.00 ataupun 3.30 petang. Dalam hal ini, guru-guru merasa kurang selesa bahkan menurut Encik Basir Ahmad, perjumpaan dan mesyuarat yang diadakan seringkali tidak mempunyai agenda atau struktur yang jelas, ia lebih merupakan taklimat dan saranan-saranan yang bersifat satu hala serta arahan-arahan yang perlu dilaksanakan tanpa perlu diperbincangkan. Dalam situasi ini, penglibatan secara menyeluruh tidak diamalkan dalam pengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa walhal, Salah satu prinsip utama dalam TQM

description

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS -PROTON CITY

Transcript of Pengurusan Kualiti Organisasi Pendidikan

1

Soalan No.1a) Berdasarkan pada kes yang terdapat pada petikan, terdapat beberapa masalah pengurusan kualiti yang telah dihadapi oleh guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa. Antaranya termasuklah masalah dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Hal ini dapat diperhatikan dalam pengurusan pentadbiran di sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa yang sepenuhnya diambil alih oleh Encik Razak Leman selaku Penolong Kanan 1. Dalam pada itu, timbul rasa tidak pusa hati di kalangan guru di sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa kerana Encik Razak Leman seringkali membuat keputusan tanpa merujuk guru yang lain. Semua keputusan yang dibuat adalah berdsarkan pertimbangan peribadi Encik Razak Leman sendiri. Bagi Encik Razak Leman guru-guru tidak perlu mempersoalkan keputusan yang dilakukan beliau, memandangkan pihak pengetua telah memberikan sepenuh keprcayaan kepadanya.Selain itu, guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa tidak menyenangi tindakan Encik Razak Leman yang sering memepersoalkan mengenai kewibawaan guru-guru dalam melaksanakan tugas mereka, khususnya sepanjang yang berkaitan dengan arahan-arahan pentadbiran yang perlu dilakukan oleh guru-guru. Selanjutnya,bagi pihak guru-guru pula, mendapati bahawa arahan dan keputusan yang dibuat oleh Encik Razak Leman tidak begitu relevan dengan kepentingan sesuatu tindakan. Encik Razak Leman seringkali mengadakan mesyuarat dan perjumpaan dengan guru-guru kebiasaannya pada pukul 1.00 tengahari dan mesyuarat atau perjumpaan akan berakhir pada pukul 3.00 ataupun 3.30 petang. Dalam hal ini, guru-guru merasa kurang selesa bahkan menurut Encik Basir Ahmad, perjumpaan dan mesyuarat yang diadakan seringkali tidak mempunyai agenda atau struktur yang jelas, ia lebih merupakan taklimat dan saranan-saranan yang bersifat satu hala serta arahan-arahan yang perlu dilaksanakan tanpa perlu diperbincangkan.Dalam situasi ini, penglibatan secara menyeluruh tidak diamalkan dalam pengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Titiwangsa walhal, Salah satu prinsip utama dalam TQM ialah penglibatan secara menyeluruh setiap individu dalam organisasi perlu dilaksanakan dengan berkesan.