pengurusan kurikulum

download pengurusan kurikulum

of 3

Transcript of pengurusan kurikulum

1.6 : Pengurusan Kurikulum Pengenalan Kepada Kurikulum dan Teori Asas Kurikulum Definisi Kurikulum Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu "currere" bermaksud "a race course" atau satu litar perlumbaan. Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada a course of study atau "satu rancangan pengajian." Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan fungsinya. Menurut Taba (1962), kurikulum ialah "a plan of learning" atau "satu rancangan pembelajaran." Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai "a plan for providing sets of learning opportunities for person to be educated." Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum ialah "the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes, formulated through the systematic reconstruction of knowledge and experience..for the learners' continuous and willful growth in person-social competence." Bushoff et. al pula mendefinisikan kurikulum seperti berikut; a curriculum is an educational plan defining: The aims, goals and objectives of an educational action; The ways, means and activities employed to achieve these goals The methods and instruments required to evaluate the success of the action. Menurut Bowen, kurikulum ialah a total instructional program composed of syllabus or individual course programs. Good pula memberi definisi kurikulum sebagai a general over-all plan of the content or specific materials of instruction that the school should offer to the students by way of qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional or vocational field. Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut: Rancangan pendidikan Mengandungi matlamat dan objektif. Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran Menentukan kaedah dan aktiviti. Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif. Dengan demikian, kurikulum boleh didefinisikan sebagai berikut: Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Berdasarkan definisi ini: pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik. oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu didokumenkan dalam bentuk bertulis. kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu. kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal. Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah. OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti. DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negeri. 2. Mesyuarat

mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun. menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun. menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran.

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran

menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar. garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.

4. Jadual Waktu

menetapkan waktu sekolah. menetapkan sistem jadual waktu. menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian. menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya

5. Penilaian Dan Peperiksaan a ) menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:

jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lainlain) bilangan dan takwim format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan) syarat lulus kumpulan sasaran jadual penentu ujian ( JPU ) pengawasan headcount

6. Anggaran Perbelanjaan

menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit. menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana.

7. Pemantauan a.) menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan

pengurusan P & P pengurusan panitia peperiksaan dan penilaian jadual waktu pengurusan kewangan bilik-bilik khas

b) menetapkan jawatankuasa pemantauan c) menetapkan jadual waktu pemantauan