Pengurusan Masa Berkesan

10
Pengurusan masa yang berkesan boleh memperbaiki mutu kehidupan anda. Anda dapat meningkatkan pencapaian kerja melalui pngurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang berkesan boleh menyediakan perspektif falsafah dan teknik-teknik yang diperlukan bagi mendapatkan faedah yang maksimum setiap hari. Apabila anda gagal menguruskan masa dengan baik dan juga gagal merancang, matlamat jangka panjang anda hanyalah merupakan angan-angan sahaja. Anda akan menjadi kelam kabut jika perancangan yang dilakukan tidak disesuaikan dengan tugas harian anda. Anda akan mendapati diri anda melakukan perkara terdesak yang kurang penting bagi matlamat atau keberkesanan perancangan jangka panjang anda. Kesimpulannya, hidup ini amat sukar dan anda akan sentiasa menghadapi kesukaran jika tiada perancangan masa yang berkesan. Melalui pengurusan masa yang berkesan, pelbagai tugas yang sukar akan mudah untuk diuruskan. Kepentingan Pengurusan Masa Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab. Kepentingan pengurusan masa Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin: Membazir banyak masa yang berfaedah Menjadi tidak produktif Mendapat stress Menjadi cemas dan bimbang Bertambah gusar dan mudah marah Dan yang paling utama, anda: Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan. Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Friday, October 01, 2010 Kaitan Masa Dengan Kehidupan Perkara yang pasti adalah bahawa kehidupan manusia sentiasa dikaitkan dengan suatu bentuk waktu. Dari itu, masa perlu dibentuk agar ia dapat digunakan dengan sepenuhnya. Masa yang digunakan dengan cara teratur dan dirancang dengan tepat akan mendatangkan banyak manfaat dan faedah kepada

Transcript of Pengurusan Masa Berkesan

Page 1: Pengurusan Masa Berkesan

Pengurusan masa yang berkesan boleh memperbaiki mutu kehidupan anda. Anda dapat meningkatkan pencapaian kerja melalui pngurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang berkesan boleh menyediakan perspektif falsafah dan teknik-teknik yang diperlukan bagi mendapatkan faedah yang maksimum setiap hari. 

Apabila anda gagal menguruskan masa dengan baik dan juga gagal merancang, matlamat jangka panjang anda hanyalah merupakan angan-angan sahaja. Anda akan menjadi kelam kabut jika perancangan yang dilakukan tidak disesuaikan dengan tugas harian anda. Anda akan mendapati diri anda melakukan perkara terdesak yang kurang penting bagi matlamat atau keberkesanan perancangan jangka panjang anda. Kesimpulannya, hidup ini amat sukar dan anda akan sentiasa menghadapi kesukaran jika tiada perancangan masa yang berkesan. Melalui pengurusan masa yang berkesan, pelbagai tugas yang sukar akan mudah untuk diuruskan.

Kepentingan Pengurusan MasaPengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

Kepentingan pengurusan masaApabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin: Membazir banyak masa yang berfaedah Menjadi tidak produktif Mendapat stress Menjadi cemas dan bimbang Bertambah gusar dan mudah marah

Dan yang paling utama, anda: Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan.Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Friday, October 01, 2010

Kaitan Masa Dengan KehidupanPerkara yang pasti adalah bahawa kehidupan manusia sentiasa dikaitkan dengan suatu bentuk waktu. Dari itu, masa perlu dibentuk agar ia dapat digunakan dengan sepenuhnya. Masa yang digunakan dengan cara teratur dan dirancang dengan tepat akan mendatangkan banyak manfaat dan faedah kepada diri individu itu sendiri. Individu yang menggunakan masanya dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah akan mendatangkan hasil yang banyak.

Jikalau seseorang individu itu salah dalam mengurus masa bererti bahawa masa yang ada pada dirinya itu akan terbuang dengan sia-sia. Individu itu tidak akan melakukan kerja-kerja yang berguna yang mendatangkan faedah bukan sahaja kepada dirinya malah kepada masyarakat. Kehidupan yang dijalani akan terbazir. 

Sumber : Omardin Ashaari (1998). Pengurusan Masa. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Thursday, September 30, 2010 No comments:

Page 2: Pengurusan Masa Berkesan

Ke mana perginya masa?Setiap manusia memiliki masa yang sama banyak, iaitu 24 jam sehari. Anda tidak boleh mencuri, meminjam, menukar atau membeli masa walaupun anda kaya, berpangkat dan mempunyai kuasa. Walaupun masa yang dimiliki oleh setiap individu sama banyak, namun ada juga segelintir yang merungut masa mereka tidak mencukupi dan ada juga yang yang merasakan masa mereka terlalu banyak. Mengapa perkara ini terjadi?

Anda merungut tidak mempunyai masa yang cukup mungkin disebabkan anda berada dalam situasi-situasi tertentu yang menarik. Misalnya, mungkin anda terlalu sibuk atau sedang bergembira. Jadi, anda merasakan masa berlalu begitu pantas sehinggakan 24 jam itu tidak mencukupi.

Manakala masa anda terasa terlalu panjang mungkin kerana anda bosan, tiada tugas-tugas yang perlu dilakukan dan juga tidak sabar untuk menghadapi sesuatu perkara. Walau apa pun, yang penting adalah anda perlu menggunakan masa yang diberikan sebaik mungkin.Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Thursday, August 26, 2010 No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Pengurusan MasaSetiap orang mahu menguruskan masa dengan baik. Ramai pengurus dan ahli profesional telah berusaha menguruskan masa mereka dengan berkesan. Malangnya, hanya segelintir sahaja yang  berjaya. Pengurusan masa yang berkesan memerlukan lebih daripada apa yang terdapat dalam senarai tindakan dan azam yang kuat dan ia bukan sekadar bangun pagi dan berjanji pada diri sendiri, "hari ini saya akan menguruskan masa dengan baik." Pendekatan tentang masa dinamakan pengurusan masa berkesan hebat. Pendekatan ini memerlukan tiga perkara :-

1.Pemahaman tentang nilai masa dan bagaimana masa dihabiskan.2.Pemahaman tentang cara-cara khusus dan kemahiran masa.3.Mengamalkan penggunaan alat dan kemahiran pengurusan masa.

Pengurusan masa berkesan hebat dan pendekatan lain dalam pengurusan mempunyai dua perbezaan utama. Pertama, menghargai pembaziran masa. Kedua, penggunaan Grid Analisis Masa yang unik dan tulen bagi mengenal pasti pola penggunaan masa tertentu anda. Mengenal pasti bagaimana masa dihabiskan adalah langkah pertama dalam memperbaiki kemahiran penggunaan masa.

Terdapat dua perkara yang sering mengurangkan usaha mengurus masa. Pertama, aktiviti yang tidak diduga. Contohnya masalah yang tidak diduga sering menganggu kita melakukan kerja-kerja dalam senarai tindakan. Kedua, ialah memberi keutamaan dalam kerja orang lain. Contohnya, sepanjang waktu bekerja adakalanya rakan-rakan akan meminta bantuan daripada anda.Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Thursday, August 26, 2010 No comments:

Page 3: Pengurusan Masa Berkesan

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

PENGURUSAN MASA DUNIA

Untuk menjaga dan memanfaatkan masa sepenuhnya dan bersesuaian dengan tempat dan waktunya bukan merupakan sesuatu tugas yang mudah. Pada zahirnya, ia nampak mudah untuk dilakukan tetapi dari segi perlaksanaannya adalah sukar kerana manusia susah untuk mendisiplinkan diri. Berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh manusia untuk mengelakkan daripada melakukan pekerjaan ataupun untuk melengah-lengahkan tugas yang diserahkan kepada mereka. Masa yang ada pada kita itu adalah hak milik kita. Masa itu merupakan satu keadaan dan ruang di mana kita berada di dalamnya, bermula dari waktu pagi hingga kita tidur.

Pengurusan masa yang baik menumpukan kepada pencapaian matlamat peribadi, kekeluargaan dan membuat pekerjaan yang penting serta mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang membuang masa dan membuat kerja yang tidak berfaedah. Dengan adanya matlamat memudahkan seseorang individu merancang masa depannya dan mendapat pedoman untuk menentukan ke arah mana dan bagaimana caranya ia dapat mencapai matlamatnya itu. Ada baiknya bahawa matlamat hidup itu ditulis dengan jelas, boleh diukur pencapaiannya, mempunyai tempoh untuk melaksanakan tugas dan mempunyai pelan tindakan.

Mengikut kajian, ada banyak sebab terbuangnya masa seseorang individu itu. Mereka membuang masa dengan berlagak senang tanpa mengambil kira perjalanan masa dengan kerja yang sedang dilakukan. Masa yang digunakan dengan kaedah yang tidak terurus akan membangkitkan pelbagai masalah dalam hidup manusia. 

Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Saturday, August 21, 2010 No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Mengapa Pengurusan Masa Penting?Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi dan diliputi oleh masa. Adalah jelas bahawa masa memainkan peranan penting dalam arus kehidupan manusia. Ada golongan yang berpendapat bahawa masa dapat menentukan sesuatu perkara. Masa menjadikan manusia itu menjadi lebih matang dari segi perilaku dan daya pemikiran mereka. Masa yang berlalu tidak sama dengan masa yang akan datang. Manusia akan sentiasa berlumba-lumba dalam percaturan untuk mencapai suasana hidup yang lebih terserlah.

Dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya mementingkan soal penggunaan dan pengurusan masa. Segala perkara yang dilakukan oleh umat Islam adalah berdasarkan masa dan waktunya. Oleh itu, kita

Page 4: Pengurusan Masa Berkesan

haruslah menggunakan masa dengan bijaksana dan memanfaatkan masa yang ada. Dalam hubungan ini, kita juga harus mengorak langkah untuk mengelakkan pembaziran masa. Dalam kehidupan kita, kita hendaklah menyusun peruntukan masa bagi setiap gerak laku dan bidang tugas yang dilakukan dalam hidup kita.

Dengan pengurusan masa secara berkesan akan menjadikan masyarakat itu maju dalam hidup mereka. Oleh itu, sebagai usaha dan langkah untuk membina tamadun yang besar, kita haruslah dapat merancang dengan tepat mengenai pengurusan masa tahunan, bulanan, mingguan dan juga harian dalam kehidupan dan hendaklah diperluaskan lagi dalam dunia pekerjaan kita.Nukilan oleh .:: WAWM ::. pada Saturday, August 21, 2010 No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

KAEDAH BELAJAR KUMPULAN

Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam

kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti

dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita

mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu

cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan

untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan

Page 5: Pengurusan Masa Berkesan

bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama

ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga

memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting

kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan

dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan

kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang

dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.

Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang

demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang

sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita

semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan

apabila kita

Page 6: Pengurusan Masa Berkesan

sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.

Bagaimanakah

perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,

justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang

dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain

merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya

perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan

dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan

sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa

bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya

membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang

dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal

dalam membincangkan tajuk tersebut.

Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan

diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah

dengan pemahaman kita.

7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari

secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai

Page 7: Pengurusan Masa Berkesan

ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan

tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas

mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.

Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian

tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai

sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.

K = Kerjasama diperlukan

U = Untuk semua ahli

M = Mesra menjadi faktor penting

P = Prihatin kepada setiap ahli

U = Ulangkaji terlebih dahulu

L = Laksanakan sebaik mungkin

A = Anggapan antara ahli mestilah positif

N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita

Page 8: Pengurusan Masa Berkesan