PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN...

7
Tinjauan Operasi Pengurusan Pelaburan

Transcript of PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN...

Page 1: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

Tinjauan OperasiPengurusan Pelaburan

Page 2: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

TINJAUAN OPERASI 2-53

PENGURUSAN PELABURAN

Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi dana

pencen dan kumpulan wang simpanan, dana unit amanah,dana insurans dan tabung haji. Menurut SCA, bidang kuasapengawalseliaan Suruhanjaya terhadap skim pelaburan

kolektif sedemikian merangkumi dana unit amanah, danaamanah harta dan dana tertutup, tetapi tidak meliputi skimpelaburan kolektif yang lain seperti dana pencen dan

kumpulan wang simpanan, dana insurans dan tabunghaji. Daripada dana ini, unit amanah membentuk bahagianyang besar.

Suruhanjaya sebagai badan yang bertanggungjawab dalammemastikan industri pengurusan pelaburan beroperasidengan teratur dan cekap menerbitkan lesen kepada

perantara dalam industri dan juga mempertimbangkanpermohonan untuk menubuhkan dana unit amanah, danaamanah harta dan skim pelaburan kolektif yang lain, dan

juga terbitan dan tawaran untuk jualan instrumen-instrumen tersebut kepada awam. Suruhanjaya jugamempertimbangkan permohonan terhadap pengecualian/

kelainan daripada garis panduan dan juga merangka polisidan peraturan untuk dana unit amanah serta skim pelaburankolektif yang lain bawah kawal seliaannya.

TERBITAN LESEN

Pada akhir 2002, terdapat 80 syarikat pengurusan danaberlesen dan 292 wakil pengurus dana. Enam puluh lima

syarikat pengurusan dana ini ialah 100% milik tempatan,10 dimiliki secara usaha sama dengan majoriti pemilikantempatan, dua ialah 100% milik asing dan tiga secara usaha

sama dengan majoriti pemilikan asing. Di samping itu,terdapat juga 12 pengurus dana niaga hadapan berlesen dan53 wakil pengurus dana niaga hadapan.

PRESTASI INDUSTRI

Setakat 31 Disember 2002, jumlah dana yang diuruskan olehsyarikat pengurusan dana ialah RM64.26 bilion, mencakupiRM61.26 bilion dana tempatan dan RM3 bilion (AS$0.79

bilion)1 dana asing.

Sebahagian besar dana tempatan yang diuruskan ialah dalam

kategori unit amanah, mencecah RM41.83 bilion padapenghujung 2002, berbanding RM36.77 bilion pada akhir2001 (Jadual 1). Jumlah ini merangkumi lebih daripada 68%

dana yang diuruskan di negara ini pada akhir 2002. Danajenis lain bawah pengurusan ialah dana amal, dana korporat,KWSP, dana badan/agensi kerajaan, dana individu, dana

insurans dan dana pencen persendirian.

Bagi dana asing pula, sebahagian besar dana yang diuruskan

terdiri daripada dana korporat (75%), seperti pola yangdicatatkan pada tahun sebelumnya.

1 AS$1 = RM3.80

Carta 1

Peratusan Dana yang Diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Dana

80

60

40

20

0

Pera

tusa

n (

%)

31 Dis 2002

31 Dis 2001

Lima syarikat pengurusan dana terbesar

Syarikat pengurusandana yang lain

74.0

29.926.0

70.1

Page 3: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

TINJAUAN OPERASI2-54

Setakat 31 Disember 2002, lima syarikat pengurusan danayang terbesar masih menguruskan lebih daripada 70%daripada jumlah dana yang diuruskan, kira-kira 4% lebihrendah daripada peratusan yang dicatatkan pada akhir tahunsebelumnya (Carta 1).

Setakat 31 Disember 2002, jumlah dana yang dilaburkan diMalaysia melalui pengurusan dana ialah sebanyakRM60.14 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 20% daripadapenghujung tahun 2001 (Carta 2). Manakala, dana yangdilaburkan di luar Malaysia ialah sebanyak RM2.01 bilion,iaitu peningkatan ketara sebanyak 83% berbanding akhirtahun 2001.

Jika dibandingkan dengan tahun 2001, tidak terdapatsebarang perubahan besar dari segi pola pengagihan aset padatahun 2002 (Carta 3) – kebanyakan aset diperuntukkankepada pelaburan dalam ekuiti (2002: 64.98%, 2001:62.94%) diikuti oleh pelaburan tunai (2002: 17.54%, 2001:15.8%).

Prestasi industri unit amanah pada tahun 2002 secara amnyaamat memberangsangkan. Setakat 31 Disember 2002,terdapat 39 syarikat pengurusan unit amanah berbanding37 pada tahun sebelumnya (Jadual 2). Dana unit amanahyang telah diluluskan sejumlah 163 pada akhir tahun 2001telah meningkat kepada 188 pada 31 Disember 2002. Unitdalam edaran juga telah meningkat sebanyak 18.42%daripada 71.39 bilion unit pada akhir tahun 2001 kepada84.54 bilion unit pada 31 Disember 2002.

Jumlah NAV dana juga telah meningkat daripada RM47.34bilion pada 31 Disember 2001 kepada RM53.70 bilion padaakhir Disember 2002, iaitu peningkatan sebanyak 13.44%.NAV pada tahun 2002 merangkumi 11.15% daripadajumlah permodalan pasaran BSKL berbanding 10.18% padatahun 2001. Jumlah akaun pada akhir Disember 2002sebanyak 10.18 juta, juga lebih tinggi daripada jumlah padatahun 2001 iaitu 9.99 juta.

Selaras dengan pertumbuhan industri unit amanah, danaunit amanah Islam juga mencatatkan pertumbuhandalam tahun 2002. Terdapat 44 dana unit amanah Islamyang merupakan 23% daripada jumlah keseluruhan 188dana unit amanah di Malaysia pada 31 Disember 2002(tahun 2001: 32 tabung iaitu 19.6%). Penerangan lebihlanjut lagi mengenai perkembangan industri dana unitamanah Islam terdapat dalam bab Pasaran Modal Islamlaporan tahun ini.

Dari segi permohonan yang berkaitan dengan unitamanah, amanah harta dan skim pelaburan kolektifyang lain, Suruhanjaya telah mempertimbangkan 367permohonan pada tahun 2002 (Jadual 3). Daripadajumlah ini, 25 permohonan ialah untuk menubuhkandana baru, 28 untuk meningkatkan had saiz dana dan12 untuk pengecualian/kelainan daripada garis panduantersebut.

Carta 2

Dana yang Dilaburkan Di Dalam dan Di Luar Malaysia

80

60

40

20

0

RM

bili

on

31 Dis 2002

31 Dis 2001

Dilaburkan di Malaysia(RM)

Dilaburkan di luar Malaysia(RM)

49.91

2.01 1.10

60.14

Carta 3

Pengagihan Aset

80

60

40

20

0Lain-lainTunaiEkuitiPendapatan Tetap

Pera

tusa

n (

%)

31 Dis 2002

31 Dis 2001

17.515.8

3.8 2.6

62.965.0

18.7

13.7

Page 4: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

TINJAUAN OPERASI 2-55

NOTA AMALAN DAN GARIS PANDUAN

Pada tahun 2002, Suruhanjaya telah menerbitkan empat notaamalan dan satu set garis panduan untuk menggalakkanindustri unit amanah yang lebih efektif dan persekitaran

pelaburan yang lebih baik bagi pelabur.

Practice Note 16 on Eligibility of ManagementCompanies

Sejajar dengan matlamat memberi kelonggaran kepadaindustri pengurusan pelaburan secara berperingkat-peringkat, Practice Note 16 on Eligibility of ManagementCompanies telah diterbitkan bagi melonggarkan lagikeperluan yang telah ditetapkan terhadap hak milik syarikatpengurusan unit amanah. Polisi baru ini diperkenalkan untuk

membenarkan sesebuah kumpulan syarikat untukmempunyai kepentingan dalam lebih daripada satu syarikatpengurusan unit amanah. Kelonggaran ini diperkenalkansetelah mengambil kira kerumitan struktur pemegangan

saham yang semakin bertambah dalam dunia korporat.Walaupun diberikan kelonggaran, beberapa syarat telahdikenakan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan

yang mungkin timbul dan untuk memastikan adakawalan untuk mengurangkan perkara sedemikian, termasukmengehadkan penguasaan pemegang saham hanya ke atas

sebuah syarikat pengurusan unit amanah, mengehadkanhak mengundi tidak melebihi 20% daripada sahamundian syarikat yang mana pemegang saham tersebut

mempunyai kepentingan minoriti, dan tidak membenarkanpemegang saham melibatkan diri dalam pengurusanharian syarikat atau dilantik sebagai ahli lembaga

pengarah atau ahli jawatankuasa pelaburan dalam syarikatyang pemegang saham itu mempunyai kepentinganminoriti.

Practice Note 18 on Additional Requirementsfor Schemes Managed and Administered inAccordance with Syariah Principles

Dalam merealisasikan matlamat untuk terus membangunkanpasaran modal Islam, Suruhanjaya telah memperkenalkanPractice Note 18 on Additional Requirements for Schemes

Managed and Administered in Accordance with SyariahPrinciples. Nota Amalan 18 diperkenalkan bertujuan untuk

mempertingkatkan integriti dan kredibiliti skim unitamanah yang ditadbir berdasarkan prinsip Syariah denganpenetapan peranan masing-masing bagi penasihat Syariah,

jawatankuasa, juru runding, jawatankuasa pelaburan,pemegang amanah dan pegawai pematuhan dalam menyeliapengurusan unit amanah Islam bagi memastikan pengurusan

mengikut objektifnya. Nota amalan ini juga bertujuanmeningkatkan kemahiran ahli jawatankuasa Syariah sesebuahskim bagi memastikan mereka yang dilantik untuk

memegang jawatan tersebut mempunyai kemahiran dankeupayaan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi yangdikehendaki ketika melaksanakan tugas mereka.

Nota Amalan 17 dan 19

Dua Nota Amalan lain yang telah diterbitkan dalam tahun2002 ialah Nota Amalan 17 dan 19. Nota Amalan 17merupakan usaha Suruhanjaya untuk terus meliberalisasikan

dan meningkatkan daya saing di kalangan peserta dalamindustri unit amanah dengan melupuskan kadar yuranminimum untuk pemegang amanah. Langkah ini memberi

laluan kepada pemegang amanah dan syarikat pengurusanuntuk berunding mengenai yuran yang wajar dikenakantanpa sebarang had minimum, dan mengambil kira faktor-

faktor lain seperti tanggungjawab yang dipikul olehpemegang amanah dan tahap perkhidmatan yang disediakanoleh pemegang amanah.

Nota Amalan 19 pula membentangkan prosedur bagipendaftaran ahli jawatankuasa Syariah atau penasihat syariah.

Objektif Nota Amalan 19 ialah untuk memperbaiki rangkapelantikan ahli jawatankuasa Syariah atau penasihat syariahsupaya menjadi lebih efisien dan teratur untuk dana unit

amanah yang diurus berlandaskan prinsip Syariah.

Guidelines on Property Trust Funds

Pada tahun 2002 juga, Suruhanjaya telah menerbitkan

Guidelines on Property Trust Funds yang telah disemak semulauntuk memudahcarakan pengenalan produk pengurusanpelaburan yang pelbagai dan berorientasikan permintaan di

Page 5: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

TINJAUAN OPERASI2-56

pasaran modal Malaysia. Semakan semula garis panduantersebut telah dijalankan untuk menggalakkan pertumbuhan

industri tabung amanah harta, di samping merangsang sektorharta tanah di Malaysia.

Garis panduan tersebut memberikan lebih kelonggarandalam operasi berkaitan dana amanah harta, termasuk skoppelaburan yang lebih luas dan had pelaburan yang lebih

liberal bagi portfolio pelaburan dana. Dengan kelonggarantersebut, dana amanah harta diberi peluang untuk melaburdalam kelas aset yang lebih pelbagai, termasuk pelaburan

dalam instrumen yang dibenarkan, seperti aset berkaitan

harta tanah sebenar, untuk menggalakkan lebih fleksibilitidari segi pengagihan aset. Proses liberalisasi ini juga

meliputi keperluan terhadap tebaran dan tumpuanpelaburan, untuk mengurangkan risiko kepada pelaburdengan mempelbagaikan pengagihan aset tabung.

Di samping itu, garis panduan ini juga memperkenalkanperubahan ketara kepada kriteria kelayakan syarikat yang

ingin menyertai industri amanah harta, iaitu kinimerangkumi anak syarikat induk harta dan syarikatpembangunan harta.

Page 6: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

TINJAUAN OPERASI 2-57

STATISTIK UTAMA

Jadual 1

Dana Bawah Pengurusan – Mengikut Jenis Dana2

Jenis Dana Tempatan (RM Juta) Asing (AS$ Juta)

2002 2001 2002 2001

Dana amal 288.25 225.90 2.26 0

Dana korporat 5,628.52 4,050.35 592.29 520.05

KWSP 4,232.65 2,129.52 0 0

Dana kerajaan 1,280.34 885.47 0 0

Dana individu 1,724.91 673.22 43.70 33.44

Dana insurans 857.72 529.16 5.40 1.60

Dana lain3 3,748.59 2,755.67 7.17 96.61

Dana pencen persendirian 959.79 899.05 0.08 0.37

Dana unit amanah 41,828.75 36,774.36 141.21 28.35

Dana unit amanah Islam 705.53 664.72 0 0.40

Jumlah 61,255.05 49,587.42 792.11 680.82

Jadual 2

Industri Unit Amanah pada Tahun 2002 dan 2001

2002 2001

Jumlah syarikat pengurusan 39 37

Jumlah dana yang diluluskan 188 163

Jumlah saiz dana yang diluluskan (bilion unit) 134.96 109.97

Unit dalam edaran (bilion unit) 84.54 71.39

NAV (RM bilion) 53.70 47.34

Jumlah akaun (juta) 10.18 9.99

% NAV kepada jumlah permodalan pasaran BSKL 11.15 10.18

2 Berdasarkan 61 syarikat pada tahun 2001 dan 63 syarikat pada tahun 2000.3 Meliputi dana yang ditubuhkan untuk tujuan khas, yang tidak dapat dikelaskan bawah mana-mana kategori dalam jadual.

Page 7: PENGURUSAN PELABURAN - sc.com.my · PDF fileLAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002 TINJAUAN OPERASI 2-53 PENGURUSAN PELABURAN Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

TINJAUAN OPERASI2-58

Jadual 3

Permohonan Berhubung Pelbagai Perkara Berkaitan Skim Unit Amanah, Amanah Harta dan Skim Pelaburan Kolektif Lain

Jumlah Permohonan

Jenis Permohonan Dipertimbangkan Masih Dipertimbangkan

2002 2001 2002 2001

Penubuhan dana baru 25 33 16 13

Pertambahan dalam had saiz dana 28 18 0 2

Pengecualian/kepelbagaian daripada 12 8 4 2

garis panduan

Penilaian semula harta 3 5 0 2

Pendaftaran prospektus 79 67 29 25

Pendaftaran surat ikatan amanah 39 56 23 17

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, 89 87 17 19

Pengarah dan Ahli Jawatankuasa

Pelaburan

Permohonan lain 92 73 17 22

Jumlah 367 347 106 102