TAJUK 7 PELABURAN
-
Upload
thurga-devi -
Category
Documents
-
view
294 -
download
0
Transcript of TAJUK 7 PELABURAN
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
1/50
PPB3123
PERDAGANGAN
(KUMPULAN A)
Ooi Qian Fang D20092036946
Najibah Bt Md Junoh D20092036911Sharmila Devi a/p Pachiyappan D20092036899
Jeevitha a/p Thakshina Moorthy D20091034474
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
2/50
o Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan
wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan
pulangan pada masa hadapan.
o Pertukaran wang kepada Aset menghasilkan pendapatan serta
memperoleh pertambahan nilai pada masa depan.
1. Mendapatkan pulangan dari segi pendapatan semasa. Contoh ;
Sewa, Dividen, Faedah.
2. Mendapatkan pulangan dari segi keuntungan modal atau
pertambahan nilai pelaburan. Contoh ; kenaikan Syer, harga
meningkat nilai Premis, Ladang.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
3/50
1. PENDAPATAN SEMASA
Pendapatan yang diterima dalam
tempoh pelaburan.
Contoh - sewa rumah @ kedai
- faedah akaun simpanan
tetap
2. KEUNTUNGAN MODAL
Pertambahan atau peningkatan dalam
nilai pelaburan daripada jumlah asalnya.
Contoh - peningkatan nilai rumah @
kedai
- kenaikan harga syer
BENTUKPULANGAN
PELABURAN
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
4/50
Datuk Sukri telah membeli sebuah rumah banglo pada harga
RM180 000. Kemudian, rumah tersebut disewa kepada
seorang sahabatnya dengan sewa tahunan RM18 000 selama
3 tahun. Selepas 3 tahun, Datuk Sukri menjual rumah
tersebut kepada sahabatnya dengan harga RM230 000.
Kirakan :
a. Pendapatan semasa
b. Keuntungan modal
c. Jumlah pulangan pelaburan
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
5/50
FORMULA :
Jumlah Pulangan Pelaburan
= Pendapatan Semasa + Keuntungan Modal
a.PENDAPATAN SEMASA
= RM18 000 x 3
= RM54 000
(sewa rumah selama 3tahun)
b.KEUNTUNGAN MODAL
= RM230 000 RM180 000
= RM50 000
c.JUMLAH PULANGANPELABURAN
= RM54 000 + RM50 000
=RM 104 000
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
6/50
JENIS-JENIS
SPEKULATOR
1. PENELAHTURUN
(BULL)
3. STAG
2. PENELAH
NAIK (BULL)
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
7/50
Membeli syer dalam kuantiti yang banyak (pukal)dengan jangkaan syer terus naik.
Menjual syer tersebut sebelum bayaran beliandijelaskan.
1. PENELAH NAIK
(BULL)
Spekulator menjual syer dalam kuantiti yang
banyak (pukal) dengan jangkaan syer terusmenurun.
Membeli semula syer tersebut pada harga yanglebih murah.
2. PENELAHTURUN
(BULL)
Membeli syer terbitan baru oleh sesebuah syarikatdan menjual dengan harga yang lebih tinggi apabiladisenaraikan di BSKL.
3. STAG
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
8/50
Membeli sesuatuaset untuk jangka masa
panjang untuk
mendapat pendapatan
semasa dan
keuntungan modal.
Membeli syer, stok,komoditi dan Aset lain
pada harga rendah dan
menjualnya pada
harga yang tinggi pada
masa yang singkat.
Membeli syer untuk
mendapatkan dividen
dan syer bonus.
Bonus yang diberi
oleh syarikat dapatmeningkatkan nilai
pelaburan.
Membeli syer dan
menjual syer untuk
mencari keuntungan
daripada perbezaanharga belian dengan
harga jualan.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
9/50
Bertindak secararasional dan waras.
Syer dibeli
berdasarkan prestasi
dan keupayaan
sesebuah syarikat
untuk membayardividen.
Bertindak
berdasarkan sentimen
dan khabar angin.
Syer dibeli
berdasarkan prestasi
syer semasa dalampasaran saham.
Mengutamakan
pulangan yang
berterusan bagijangka panjang.
Ingin mendapatkan
pulangan yang tinggi
apabila syarikat
berkembang maju.
Mengaut
keuntungan dalammasa yang singkat.
Membeli dan
menjual saham untuk
mendapat keuntungan
serta merta.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
10/50
Mencari keuntungan
berdasarkan risiko yang
dapat diperhitungkan.
Kegiatan pelabur di
pasaran saham akan
mengukuhkan harga dipasaran.
Dapat meyakinkan
pelabur luar negara
mengenai keadaan
ekonomi negara.
Mencari keuntungan
tanpa memperhitungkan
risiko.
Tidak mengambil kira
risiko untuk mendapat
keuntungan serta merta.
Kegiatan ahli spekulasi
akan menjadikan pasaran
cergas tetapi
mengakibatkan harga syersentiasa turun naik.
Tidak dapat meyakinkan
pelabur luar negara
mengenai keadaan
ekonomi negara.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
11/50
SAHAMMerupakan gabungan semula syer yang
dibayar penuh oleh pemegang syer danboleh digunakan sebagai modal oleh
sesebuah syarikat berhad.
Merupakan hak milik yang dikeluarkan
oleh syarikat awam berhad sebagaipengakuan bahawa sejumlah wang tertentu
diterima daripada orang ramai sebagaipelaburan dalam syarikat itu.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
12/50
2 jenis saham:
1. Saham yang disenaraikan saham yang
didaftarkan dengan bursa saham untuk
diniagakan.
2. Saham yang tidak disenaraikan saham yang
tidak boleh diniagakan di bursa saham.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
13/50
AKUAN SIMPANAN TETAP ATAU AKUAN
PELABURAN
Pelabur dapat menyimpan wang dalam jumlah kecil
dari semasa ke semasa.
Pelabur yang melabur dalam akuan simpanan tetap
akan memperoleh faedah yang tinggi berdasarkan
tempoh yang ditetapkan. Semakin lama tempoh
simpanan, semakin tinggi nilai faedah.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
14/50
UNIT AMANAH
Unit Amanah Saham Wang yang diamanahkan oleh
orang ramai kepada syarikat unit amanah untukdilabur ke dalam syer.
Terdapat 3 jenis unit amanah iaitu :
1. Amanah saham - dikendalikan oleh syarikat unit amanah.
Wang daripada pelabur dikumpul untuk dilaburkan kedalam syarikat yang berprestasi kukuh.
2. Amanah harta tanah - pelaburan ke dalam harta tanah
yang dibuat melalui dana wang yang diuruskan secara
profesional.3. Gilts - unit amanah yang dilaburkan ke dalam bon
kerajaan dan bil perbendaharaan.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
15/50
Perbezaan Simpanan Tetap dengan Simpanan Biasa
CIRI-CIRI
PERBEZAAN
SIMPANAN TETAP SIMPANAN BIASA
1. KADAR FAEDAH Lebih tinggi daripada
simpanan biasa.
Lebih rendah daripada
simpanan tetap.
2. JUMLAH
SIMPANAN DAN
TEMPOH
Tetap.Jumlah tertentuditetapkan untuk tempoh
tertentu.
Tidak tetap.Duit bolehdisimpan sedikit-sedikit
dan tiada tempoh
tertentu.
3. PENGELUARAN
WANG
Boleh dikeluarkan bila sampai
tempoh matang.
Boleh dikeluarkan pada
bila-bila masa.
4. DOKUMEN DIBERI Sijil simpanan diberi kepada
pelabur.
Buku simpanan diberi
kepada pemyimpan.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
16/50
Kelebihan Akuan Simpanan Tetap
a) Menerima pulangan tetap dan konsisten
b) Selamat dan tanpa risiko
c) Bersifat cair
Kekurangan Simpanan Tetap
a) Pulangan rendah
b) Tiada keuntungan modal
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
17/50
HARTA TANAHMerupakan bentuk pelaburan yang memberi
banyak pilihan kepada palabur. Contohnya,
membeli rumah kediaman, kondominium,
pangsapuri, estet dan sebagainya.
Boleh dijadikan sebagai instrumen lindungan
inflasi yang baik .
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
18/50
Kelebihan pelaburan dalam harta tanah
i. Pulangan
a) Pelabur akan mendapat pulangan yang tinggi dalambentuk pendapatan semasa dan keuntungan modal.
ii. Tahap Lindungan Inflasia) Instrumen lindungan inflasi yang baik
b) Nilai harta tanah selalunya melebihi kenaikan hargainflasi.
c) Kenaikan harga harta tanah dapat menampungkehilangan kuasa beli akibat daripada kenaikaninflasi.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
19/50
Kekurangan pelaburan dalam harta
tanah
i. Risiko tinggi
a) Kemungkinan nilai harta tanah merosot danmenyebabkan kerugian modal. Sekiranya
pelabur gagal menyewakan asetnya,pendapatan semasa akan terjejas.
ii. Kecairan
a) Kurang cair kerana harta tanah tidak bolehditukar dengan wang tunai dengan serta-merta.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
20/50
Simpanan tetap :
Datin Kamariah menyimpan RM100 000 dalam akuansimpanan tetap selama 6 bulan dengan kadar faedah
15% setahun.Kirakan jumlah kadar faedah yangditerima oleh Datin Kamariah selepas 6 bulan.
Kadar Faedah
= RM100 000 x 6/12 bulan x 15/100= RM7 500
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
21/50
Simpanan biasa :
Halim menyimpan RM8000 dalam akaunsimpanan biasa dengan kadah faedah 5%selama
setahun. Kira jumlah kadar faedah yang diterima
oleh Halim selepas setahun.
Kadar Faedah
= RM8000 x 1 tahun x 5/100= RM400
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
22/50
Harta tanah sebagai instrumen pelaburan
memberi dua bentuk pulangan :
(i) Pendapatan semasa berpunca daripada hasil
harta tanah itu seperti getah dan kelapasawit bagi estet dan sewa bagi rumah.
(ii) Keuntungan modal berpunca daripadakenaikan nilai harta itu sekiranya harta itu
dijiual.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
23/50
Seorang pelabur boleh mengharapkan 2 jenis
pulangan iaitu :
a. Keuntungan modal
Contoh,seorang pelabur membeli sebuah kedai bernilai
RM 180 000 dan menjual semula kedai itu apabila nilainya
meningkat kepada RM250 000. Keuntungan modal yangdiperolehinya ialah RM70 000 (RM250 000- RM180 000).
b. Pendapatan semasa
Jika pelabur itu menyewakan kedai itu kepada orang lain
dengan sewa bulanan RM1500, maka pendapatan
semasanya ialah RM1500 sebulan.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
24/50
DEFINISI
Tanda hak milik yang dikeluarkan oleh syarikat awam berhadsebagai pengakuan sejumlah wang tertentu telah diterima daripada
pelabur sebagai pelaburan dalam syarikatnya.
KUMPULAN UTAMA SAHAMSaham tersenarai
Disenaraikan di BSKL.
Dijual kepada orang ramai.
Contoh : TNB, MAXIS, TM
Saham tidak tersenarai
Tidak disenaraikan di BSKL.
Dijual dalam pasaran terbuka.
Contoh : Perbadanan NasionalBerhad.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
25/50
Kadar dividennya tidak tetap dan berubah setiap tahunbergantung kepada prestasi keuntungan syarikat.SYER BIASA
Kadar dividennya tetap dan tidak berubah setiap tahun.Terbahagi kepada 4 jenis :
1. Syer keutamaan boleh tukar.
Boleh ditukarkan kepada syer biasa mengikut opsyenpemegangnya.
2.Syer keutamaan boleh tebus.
Syarikat boleh membeli balik syer selepas satu tempohtertentu.
3.keutamaan penyertaan.
Dibayar kadar dividen yang tetap. Pemegang syer akan mendapat dividen tambahan
sekiranya terdapat lebih untung.
4.Syer keutamaan kumulatif.
Dibayar kadar dividen semasa beserta dividen tunggakanbagi tahun sebelumnya.
SYER KEUTAMAAN
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
26/50
CIRI REMISIER BROKER
1.KEAHLIAN Agen kepada broker danbukan ahli bursa saham
Merupakan ahli bursa saham
2. FUNGSI Agen yang menerimapesanan belian dan jualanterus daripada pelanggan
Membeli dan menjual syerbagi pihak orang ramai
3.PENGUAT
KUASAAN
Belian dan jualan syer tidakboleh dibuat atas namanya
tetapi atas nama broker
Belian dan jualan syerdikuatkuasakan atas
namanya
4.KOMISEN Mendapat 3/8 daripadajumlah 1%
Mengenakan komisenkepada pelanggan sebanyak1%
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
27/50
ASPEK SYER BIASA(Modal berisiko)
SYER KEUTAMAAN
1. PEMBAYARAN
DIVIDEN
Perubahan kadar dividen tidak tetap
mengikut keuntungan syarikat.
Kadar dividen yang tetap setiap tahun
iaitu 7% atau 8%.
2. KEUTAMAAN
PEMBAYARANDIVIDEN
Dibayar dividen selepas dividen syer
keutamaan.
Dibayar dividen mendahului syer biasa.
3. KUASA
MENGUNDI
Berhak memilih dan mengundi ahli
Lembaga Pengarah.
Tidak berhak mengundi atau melantik
ahli Lembaga Pengarah.
4. KEUTAMAAN
MENUNTUT BALIK
MODAL
Jika syarikat dibubarkan, pihak terakhir
menuntut balik modal (aset).
Diberi keutamaan menuntut balik modal
(aset) mendahului syer biasa.
5. MAKLUMAT Maklumat prestasi syarikat berhak
diketahui oleh pemegang syer.
6. PERLINDUNGAN Pemegang dilindungi liabiliti terhad.
7. PEROLEHAN Pemegang memperoleh bonus dan
terbitan hak.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
28/50
1. PULANGAN ATAS SAHAMi. Dividen Keuntungan syarikat
dibahagikan kepada pemegang-
pemegang syer.
ii. Syer bonus Syer tambahan yang
diberi oleh syarikat secara
percuma.
iii. Terbitan hak Pemegang syer
boleh membeli saham tambahan
pada harga istimewa.
2. BERPELUANG MENCEBURKAN DIRI
DALAM BIDANG PERNIAGAAN
Pemegang saham berpeluang
menceburkan diri dalam
perniagaan secara langsung
dengan memiliki saham walaupun
tidak berpengalaman.
3. MEMPUNYAI HAK TERTENTU
Pemegang saham mempunyai
hak untuk mengundi ahli
Lembaga Pengarah.
4. KECAIRAN Syer boleh ditukar dengan
wang tunai pada bila-bila
masa.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
29/50
1. DIVIDEN 2. SYER BONUS
Dividen dibayar kepada pemegang syer dalam bentuk
peratus.
Contoh ;
Ali memiliki 2000 unit syer saham di Sime Darby yang
bernilai RM0.40 sessyer. Saham itu sedang diurusniagakan
di bursa saham pada harga pasaran RM7. Dividen yang
diisytiharkan ialah sebanyak 30%. Kirakan dividen yang akan
diterima oleh Ali.
cara pengiraan dividen :
jumlah dividen
= % kadar dividen x unit syer x nilai seunit
= 30% x 2000 unit x RM0.40 seunit
= RM 240
Syer bonus akan dibayar kepada pemegang syer sebagai
syer tambahan yang diberikan secara percuma.
Contoh ;Pada 2005, Sham mempunyai 4000 unit syer bernilai RM1
seunit. Pada tahun tersebut, syarikat mengisytiharkan
dividen sebanyak 10% dan bonus pada kadar 2:1. Harga
pasaran syer tersebut ialah RM2.50 seunit. Kirakan unit
syer bonus yang akan diterima oleh Sham.
cara pengiraan syer bonus :
unit pengiraan syer bonus
= 4000 x
= 2000 unit
3. KEUNTUNGAN MODAL 4. TERBITAN HAK
Harga syer bagi syarikat yang berprestasi baik akan
memberi keuntungan modal kepada pemegang syer.
Contoh ;
Halim membeli 1000 unit syer pada harga RM3.50 seunit
dan harga syer tersebut meningkat kepada RM4.50 seunit.
Maka Halim memperoleh keuntungan modal sebanyak RM1
sesyer.
Pemegang syer diberi peluang untuk menambahkan
pelaburannya dengan cara terbitan hak.
Contoh ;
Rizal diberi peluang untuk membeli 1000 unit tambahan
pada harga RM3. Harga syer ialah RM3.50. Rizal akan
memperoleh keuntungan sebanyak RM0.50 seunit.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
30/50
ASPEK
SAHAM SYER
1. BAYARAN Mesti dibayar dengan penuh. Tidak semestinya dibayar penuh.
2. PECAHAN
UNIT
Merupakan blok modal yang
terdiri daripada gabungan unit-unit syer yang dibayar penuh.
Boleh dibahagikan kepada
pecahan unit.
Dikira mengikut unit dan tidak
boleh dibahagikan kepadapecahan unit.
3. URUSNIAGA Boleh diurusniaga dalam sebarang
pecahan.
Tidak boleh diurusniaga dalam
pecahan unit.
4. NOMBOR
SIRI
Tidak diberi nombor siri yang
berasingan.
Setiap unit syer mempunyai
nombor siri yang berlainan.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
31/50
- Pelabur boleh
menukarkan syer kepada
wang tunai dgn mudah.
- Sifat kecairanmenggalakkan orang
ramai melabur dalam syer.
- Syarikat dapat
memperoleh modaltambahan dengan mudah.
Pelabur boleh melaburdalam syarikat yang
kukuh danmenguntungkan kerana
syarikat yang kukuhsahaja disenaraikan
dalam BSKL.
PELABUR
Dapat mengelakkanpenipuan yang
dilakukan oleh brokerdengan adanya
Tabung Jaminan Setia .
2. DAPAT
MELABUR
DALAM
SYARIKAT YANGKUKUH
3.DIBERI
PERLINDUNGAN
1.KECAIRAN
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
32/50
Dapat mengetahuitentang pandangan
orang ramaiterhadap prestasisyarikat melalui
kenaikan dan
penurunan hargasaham.
Dapat mengumpulmodal tambahan
untukmengembangkanoperasi syarikat.
SYARIKAT
AWAM
BERHAD
Status syarikat lebihtinggi kerana syarikat
yang kukuh sahajadisenaraikan di BSKL.
4. MENGETAHUI
PRESTASI
SYARIKAT
5. STATUS
SYARIKAT LEBIH
TINGGI
6. DAPAT
MENGUMPUL
MODAL TAMBAHAN
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
33/50
- Aktiviti jual beli saham dapat memberi hasil
kepada kerajaan dalam bentuk duti setem.
- Cukai korporat juga dikutip daripada keuntungan
firma saham dan individu yang terlibat seperti
remisier.
- Mengurangkan penggangguran dan
meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
- Peluang pekerjaan meningkatkan hasil daripada
perkembangan pasaran saham dan kewujudan
firma broker.
- Memajukan pasaran modal dengan menyalurkan
modal pembiayaan kepada peminjam secara
berterusan.
- Modal yang terkumpul dapat disalurkan untuk
membangun dan memajukan ekonomi negara.
- Sebagai petunjuk kepada pertumbuhan dan
kestabilan eknomi negara.
- Pasaran saham yang berkembang maju dapat
menggalakkan pelabur dari luar negara melabur
dalam pelbagai sektor ekonomi dan meningkatkan
imej negara.
KERAJAAN
&
NEGARA
1. MEMBERI HASIL KEPADA
KERAJAAN
2. MEWUJUDKAN PELUANG
PEKERJAAN
4. PETUNJUK KEPADAPERTUMBUHAN EKONOMI3. MEMAJUKAN PASARAN MODAL
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
34/50
Keadaan politik dalam sesebuah negara akan
menyebabkan harga saham turun naik.
- Politik stabil menggalakkan pelaburan dan
berlaku kenaikan harga saham.
- Politik kurang stabil menakutkan pelabur untuk
melabur kerana bimbang saham akan jatuh.
- Spekulator membeli dan menjual saham dengan
banyak untuk mengaut keuntungan.
- Harga saham akan turun dan naik secara mendadak
disebabkan oleh kegiatan spekulasi.
- Ia akan menjejaskan fungsi pasaran saham.
- Ekonomi baik akan menggalakkan orang ramai melabur
dalam pasaran saham kerana harga saham yang naik.
- Ekonomi lembap menyebabkan harga saham menurun
dan pelabur tidak membeli saham.
1. POLITIK
3. KEGIATAN
SPEKULASI
2. PROSPEK
EKONOMI
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
35/50
Perubahan kadar faedah dan dasar kewangan kerajaan menyebabkan turun naikharga saham.
- Faedah tinggi Harga saham menurun- Faedah rendah Harga saham meningkat
- Cukai pendapatan tinggi Harga saham & permintaan menurun
- Cukai pendapatan rendah Harga saham & permintaan meningkat.
-
Pengurusan syarikat yang baik menggalakkan
peningkatan harga saham.
- Pengurusan yang cekap menggalakkan pelabur
untuk membeli syer syarikat dan meningkatkan
harga saham.
- Pengurusan tidak cekap kurang meyakinkan
pelabur menyebabkan mereka menjual syer dan
menjatuhkan harga saham.- Ramai akan melabur dalam syarikat yang maju dan
mencatat keuntungan tinggi.
- Pelabur akan menjual syer jika syarikat tidak
berkembang maju.
- Syarikat yang kukuh meningkatkan harga saham
manakala syarikat yang lembap akan menurunkan harga saham.
- Harga saham menurun jika pelaburan dalam bidang lain
seperti harta tanah, bon dan debentur menguntungkan.
- Pelabur akan menyalurkan modal mereka ke dalam
bidang lain untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.
7. PULANGAN ATAS
PELABURAN
DALAM BIDANGLAIN
4. KADAR
FAEDAH DAN
DASAR
KEWANGANKERAJAAN
5. PENGURUSAN
SYARIKAT
6. PROSPEK
SYARIKAT
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
36/50
PROSEDUR
1. MEMBUAT AKAUN CDS
Sebelum membeli saham, pelabur hendaklah membuka akaun CDS yang boleh dibuka
melalui firma broker yang disahkan oleh BSKL atau remisier yang dilantik oleh broker.
2. MEMBUAT PESANAN BELIAN KEPADA REMISIER
Pelabur perlu membuat pesanan kepada remisier untuk membeli atau menjual saham.
Maklumat belian akan dihantar melalui komputer oleh remisier ke bilik padanan di BSKL.
3. PADANAN PESANAN
Pembeli memberi pesanan belian kepada remisier yang akan memasukkan pesanan
secara online kepada komputer.
Pesanan belian akan dipadankan dengan pesanan jualan daripada penjual melalui
remisier di bandar lain melalui Rangkaian Komputer Bursa Saham.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
37/50
PROSEDUR
4. PENYERAHAN NOTA KONTRAK
Broker akan mengeluarkan nota kontrak berdasarkan harga dan kuantiti dipersetujui.
Kontrak belian dikeluarkan kepada pembeli.
Kontrak jualan dikeluarkan kepada penjual.
5. PEMBAYARAN
Pembeli perlu membuat pembayaran dalam tempoh tertentu yang dibenarkan oleh
Bursa Malaysia.
Tempoh pembayaran biasanya 3 hari dari tarikh urus niaga dilaksanakan.
6. PENYATA AKAUN AKAN DIKELUARKAN
Penyata akaun akan dihantar kepada pemegang akaun CDS setiap bulan.
Akaun pembeli dikreditkan.
Akaun penjual didebitkan.
Depositori Berpusat Malaysia (MCD) menghantar penyata akaun kepada pelabur untuk
menunjukkan butir-butir saham yang dimiliki.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
38/50
1. AMANAH SAHAM Pelaburan dalam unit amanah yang diuruskan
oleh syarikat unit amanah.
Sejumlah wang akan dikumpulkan daripadapelabur dan akan dilaburkan ke dalam saham
syarikat yang beprestasi baik.
Setiap pemegang unit akan menerimapulangan dalam bentuk bonus dan dividen.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
39/50
Kelebihan :
Memperoleh keuntungan modal sekiranya hargasaham meningkat.
Dividen dibayar berdasarkan keuntungan.
Bonus akan dibayar secara percuma apabila
keuntungan meningkat.
Lebih selamat kerana diuruskan oleh pakar.
Bersifat mudah tunai iaitu unit amanah boleh
ditebus balik mengikut harga pasaran. Sesuai pelabur kecil yang tidak mahir dalam
pelaburan.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
40/50
2. HARTA TANAH
Melakukan pelaburan ke atas pelbagai harta
tanah.
Wang dikumpulkan daripada pelabur dengan
membeli tanah dan bangunan.
Setiap pemegang unit akan memperoleh
pendapatan dalam bentuk dividen dan
keuntungan modal.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
41/50
Kelebihan :
i. Pelaburan diuruskan oleh pengurusprofesional dan dapat memaksimumkankeuntungan.
ii. Dividen akan diterima berdasarkan pulangan
yanga diperoleh.
iii. Memperoleh keuntungan modal.
iv. Boleh melabur secar berkumpulan bagi
pelabur yang tidak mampu melabur secraindividu
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
42/50
3. GILTS
Sejenis pelaburan yg terlibat dalam pembelian
bon kerajaan dan bil perbendaharaan.
Setiap pemegang gilts akan dibayar dividen
berdasarkan jumlah pulangan yang diperoleh
daripada pelaburan.
Kelebihan :
Selamat kerana dijamin oleh kerajaan dan
mampu memberi pulangan modal yang tetap,
tanpa risiko kepada pelabur.
PANDUAN ASAS MEMBUAT
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
43/50
PANDUAN ASAS MEMBUAT
PELABURAN
1. Mendapatmaklumat
2. Pulanganatas modal
3. Risiko dalampelaburan4. Kecairan
5. Modal yangada
1 M d t M kl t
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
44/50
1. Mendapat Maklumat
Sebelum melabur maklumat lengkap tentang aspekpelaburan perlu diketahui terlebih dahulu.
Maklumat merangkumi semua aspek pelaburan : Prosedur membuat pelaburan
Pihak yang perlu dihubungi
Jangkaan keuntungan
Risiko yang terlibat
2. Pulangan atas modal
Jumlah dan bentuk pulangan perlu diketahui terlebih
dahulu sebelum melabur. Terdapat 2 pulangan atas modal :
Pendapatan tetap iaitu pendapatan yang diterima
secara konsisten dan berulang-ulang
Keuntungan modal iaitu kenaikan nilai pelaburan
3 Risiko dalam pelaburan
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
45/50
3. Risiko dalam pelaburan
Semua bidang pelaburan mempunyai risiko yang berlainan.
Pelaburan mempunyai risiko yang besar akan memberikan
pulangan yang tinggi.
Pelaburan bebas berisiko ialah pelaburan yang lebih
mementingkan keselamatan modal.
Pelaburan yang berisiko yang lebih mementingkankeuntungan maksimum.
4. Kecairan
Kemudahan sesuatu pelaburan ditukarkan kepada wang tunaiapabila diperlukan.
Lebih tinggi sifat kecairan pelabuaran,lebih rendah
pulangannya.Pelaburan yang mudah cair ialah saham,amanah saham dan
akaun simpanan tetap.
Pemilihan jenis pelaburan bergantung kepada matlamatpelabur.
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
46/50
5. Modal yang ada.
Jenis pelaburan yang dipilih adalah berdasarkan modal
yang ada pada pelabur.
Pelabur bermodal besar melabur dalam bidang harta
tanah,pembinaan dan estet.
Pelabur bermodal kecil melabur dalam unit amanah,bon
kerajaan,gilts atau simpanan tetap. Penggunaan modal sendiri untuk pelaburan adalah
terjamin berbanding dengan pelaburan menggunakan
modal pinjaman.
Bagi modal pinjaman,pelabur perlu memastikan pulangan
pelaburan adalah tinggi daripada faedah yang dibayar.
CONTOH SOALAN SPM (OBJEKTIF)
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
47/50
1. Pernyataan yang manakah menerangkan tentang Spekulator?
A . Menjual dan membeli syer bagi pihak pelabur runcit untuk mendapat keuntungan.
B. Membeli syer pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi dalam masa
singkat.
C. Membeli syer untuk mendapat pulangan dalam jangka panjang.
D. Menjual syer untuk menambahkan modal syarikat.
2. Puan Maznah membeli sebuah premis kedai bernilai RM 200 000. Beliau telah
menjual kedai tersebut apabila beliau ditawarkan nilai RM 350 000. Berapakah
keuntungan modal bagi Puan Maznah peroleh?
A. RM550 000 B. RM350 000 C. RM200 000 D. RM150 000
3. Mengapakah nilai Aset yang dicagarkan mesti lebih tinggi daripada amaun yang
dipinjam?
A . Mengelakkan harga Aset tersebut meningkat.
B. Membantu Bank menambah Aset yang boleh dilelong.
C. Mengurangkan nilai baki pinjaman yang perlu dibayar.
D. Menampung kos pinjaman jika Peminjam gagal membayar balik.
CONTOH SOALAN SPM (OBJEKTIF)
CONTOH SOALAN SPM (OBJEKTIF)
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
48/50
4. Antara yang berikut, yang manakah perlu dipertimbangkan oleh pihak bank sebelummeluluskan permohonan Overdraf?
I Kedudukan kewangan
II Tujuan permohonan
III Barang yang diniagakan
IV Jenis pemilikan perniagaan
A . I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV
5. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kadar dividen syer keutamaan?A. Kadar dividen tinggi jika syarikat memperoleh untung.
B. Kadar dividen tidak tetap semasa syer tersebut diterbitkan.
C. Kadar dividen telah ditetapkan semasa syer tersebut diterbitkan.
D . Kadar dividen berubah setiap tahun mengikut keuntungan syarikat.
6. Pada 1 Mac 2003, En. Fadly membeli sebuah rumah dengan harga RM180 000. Diamenyewakan rumah itu mulai 1 Julai 2003 dengan kadar RM800 sebulan. Pada 30 April2004, dia menjual rumah itu dengan harga RM195 000. Hitungkan jumlah pulanganyang diperoleh atas pelaburan En. Fadly itu.
A. RM15 000 B. RM15 800 C. RM23 000 D. RM24 600
CONTOH SOALAN SPM (OBJEKTIF)
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
49/50
1. Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan yang dibuat oleh dua orang pelabur.
Terangkan pulangan yang diterima oleh :
(i) Pelabur A (4m) (ii) Pelabur B (6m)
2. Puan Tee memperoleh wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas
persaraannya sebanyak RM70 000. Beliau bercadang membuat pelaburan bagi
menjamin masa depannya.
Huraikan 3 jenis pelaburan yang sesuai untuk Puan Tee (9m)
Terangkan 3 faktor yang perlu Puan Tee pertimbangkan sebelum membuat
pelaburan 6m)
CONTOH SOALAN SPM (ESEI)
Pelabur A Pelabur B
Membeli tiga buah rumah di Ipoh,
Perak
Membeli syer syarikat yang
disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur
(dahulu dikenali sebagai Bursa Saham
Kuala Lumpur)
-
8/4/2019 TAJUK 7 PELABURAN
50/50