PENGURUSAN SUMBER MANUSIA - · PDF filePENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____ 5 pengeluaran produk...

download PENGURUSAN SUMBER MANUSIA -  · PDF filePENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____ 5 pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang

If you can't read please download the document

Transcript of PENGURUSAN SUMBER MANUSIA - · PDF filePENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____ 5 pengeluaran produk...

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

    1

    PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

    8.0 PENGENALAN

    Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam

    pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan

    memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri.

    Apa itu latihan ?

    Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan

    untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.

    Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti keperluan latihan untuk pekerja

    sesebuah organisasi diantaranya :

    a. penilaian prestasi

    b. analisis ke atas keperluan pekerja

    c. analisis organisasi

    d. pandangan pekerja

    Apa yang anda tahu tentang kemahiran ?

    Kemahiran ialah kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang. Kemahiran

    boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu:

    a. Kemahiran teknik seperti kemahiran dalam bidang

    kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

    2

    mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat

    menjalankan pekerjaan.

    b. Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang

    berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan

    pengawasan pekerjaan orang lain.

    8.1 KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN

    Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ?

    Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat

    pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke

    arah pencapaian matlamat organisasi . Disamping itu , ia juga dapat

    meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja.

    Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan

    bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada pekerja di dalam organisasi.

    Contohnya :

    Nikkey merupakan pekerja baru sebagai Pembantu Teknik di sebuah syarikat

    pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang

    berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat

    dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .

    Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah

    ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat

    dipertingkatkan.

    Contohnya :

    Shida telah berkhidmat sebagai kerani akaun dengan syarikat Oconnors

    selama 5 tahun dan pada peringkat itu, beliau perlu memahirkan dirinya dalam

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

    3

    pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras

    perkembangan IT yang sedang meningkat.

    Rumusan

    Latihan proses memberi dan menambahkan pengetahuan

    Kemahiran kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang

    Bentuk Kemahiran

    Kemahiran teknik

    Kemahiran pengurusan

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

    4

    8.1.1 CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

    Setelah kita mengenalpasti keperluan-keperluan latihan dalam sumber

    pengurusan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita akan

    menghuraikannya cara-cara mengenalpasti keperluan latihan tersebut.

    a. Penilaian Prestasi Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan

    proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan

    pekerja dalam melakukan kerjanya.

    Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat

    mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi

    kerja

    b. Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan pekerjaan ?

    Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan

    kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas

    yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan

    kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat

    melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

    c. Analisis Organisasi Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan

    mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah

    dibuat.

    Contohnya :-

    Sebuah syarikat minuman kordial mempunyai strategi untuk

    mengeluarkan produk baru iaitu makanan bijian berasaskan

    kacang tanah dalam masa 3 tahun dari sekarang, pengurusan

    syarikat tersebut sudah pasti akan mengkaji atau mengenalpasti

    kemahiran yang diperlukan oleh pekerja yang terlibat dalam

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

    5

    pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang

    berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang

    berkenaan.

    d. Pandangan Pekerja Organisasi boleh mendapat maklumbalas daripada pekerja dengan

    lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk

    menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.

    Contohnya :-

    Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada pihak atasan

    tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer

    atau kemahiran komunikasi

    8.1.2 JENIS-JENIS LATIHAN

    Selepas mengenal pasti siapakah yang patut menerima latihan,

    pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang

    sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.

    Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-

    i. Latihan sambil bekerja (On Job Training)

    ii. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian,

    bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.

    iii. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang

    berhampiran dengan tempat kerja.

    iv. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari

    institusi khusus untuk program latihan.

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________

    6

    Rumusan

    Cara mengenalpasti perlunya latihan

    Penilaian Prestasi

    Analisis Keperluan Pekerjaan

    Pandangan Pekerja

    Analisis Organisasi

    Jenis Latihan

    On Job Training

    Latihan di luar tempat kerja

    Latihan penginstitusian

    Latihan intensif