Penilaian Kemahiran Bacaan -Menulis

download Penilaian Kemahiran Bacaan -Menulis

of 5

description

PENILAIAN KEMAHIRAN BACAAN

Transcript of Penilaian Kemahiran Bacaan -Menulis

1 (b) Tujuan ujian sumatif

Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian kemahiranmembaca perinkat sekolah rendah perlu melibatkan 3 peringkat:-

1. Peringkat prabacaan / asas bacaan2. Peringkat bacaan mekanis

3. peringkat kefahaman bacaan

Penilaian pada peringkat prabacaan bertujuan untuk menilai kesediaan murid bagi mengikuti pelajaran bacaan dan menilai penguasaan mereka terhadap kemahiran-kemahiran asas dalam bacaan.

Mengesan kesediaan membaca perlu dilakukan oleh guru agar kesediaan membaca murid dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah memaksimumkan keberkesanan P&P.

Teknik yang sering digunakan untuk menilai kesediaan membaca murid ialah menyediakan rekod inventori kesediaan membaca, inventori minat dan inventori sikap. Inventori kesediaan membaca bertujuan untukmengesan kelemahan / kecacatan deria pendengaran dan pertuturan murid yang mungkin akan menganggu kesediaan membaca.

Inventori ini melibatkan faktor fisiologi seperti penglihatan, pendengaran,pertuturan, faktor persekitaran, faktoor diskriminasi pendengaran dan penglihatan, faktor emosi, motivasi, faktor intelek dan faktor penguasaan bahasa dan lain-lain.

Kemahiran Asas bacaan meliputi kemahiran mendiskriminasi bentuk-bentuk huruf, gabungan huruf dalam suku kata, perkataan dan frasa serta sebutannya, kemahiran mengecam makna perkataan, membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Penilaian peringkat.

Teknik dalam menilai kemahiran asas bacaan :-1. Mengenal pasti dan membezakan bentuk-bentuk huruf, suku kata, dan perkataan.

2. Menamakan huruf dan membacanya dalam suku kata dan perkataan

3. Menyesuaikan atau memedankan perkataan dengan gambar, perkataan dengan perkataan / frasa dengan frasa, memadankan frasa / ayat dengan gambar dll.

Penilaian bacaan Mekanis : Penilaian pada peringkat ini memerlukan guru menyediakan teks dan murid dikehendaki membaca teks dengan kuat dan guru akan meneliti aspek sebutan, intonasi, kelancaran dan kepantasan bacaan murid.Pemarkahan diberi berdasarkan skala yang ditetapkan seperti 1 amat lemah , 2 lemah, 3 sederhana ,

4 baik dan 5 amat baik.Intonasi meliputi aspek hentian, nada, tekanan, dan lagu ayat.

Sebutan sebutan bunyi-bunyi dalam perkataan, frasa dan ayat , sebutan tiada pengaruh dialek , bahasa ibunda atau bahasa Inggeris.

Kelancaran pembacaan yang tidak menunjukkan kesalahan seperti membaca sambil mengeja, mengulang sebutan sesuatu perkataan,mengubah perkataan, meninggalkan perkataan, menambah perkataan atau fonem kepada sesuatu perkataan dll.Kepantasan kadar kelajuan bacaan dan gangguan boleh berlaku kerana gagap,sukar menyebut sesuatu perkataan, tidak menguasai kemahiranasas bacaan.

Penilaian Kemahiran Membaca dan Memaham : Peringkat ini dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:-1. Peringkat kefahaman literal peringkat mendapat maklumat dan mengingat kembali isi teks yang dibaca. Pada peringkat ini pelajar tidak perlu menganalisis atau menilai maklumat yang diperolehnya, tetapi hanya sekadar mereka perlu mengnal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks, memahami pernyataan dan menyatakan semula dengan tepat untuk membuktikan kefahamannya.2. Peringkat terjemahan - peringkat ini memerlukan pembaca menjelas, menghurai, mengintrepetasi , mengubah maklumat kepada bentuk lain dsbnya memerlukan daya pemikiran dan daya pemahaman yang lebih tinggi.Bagi menilai kemahiran peringkat ini , soalan- soalan berkaitan tugas memberi penjelasan, intrepetasi, huraian lanjut dsbnya perlu dikemukakan.3. Peringkat aplikasi pembaca perlu faham lebih mendalam maklumat yang dibaca dan dapat menggunakan maklumat itu dalam konteks lain atau mencipta sesuatu yang baru berdasarkan maklumat yang dibaca tadi.

4. Peringkat analisis pembaca dapat menganalisis maklumat yang dibaca untuk melihat perhubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain , melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dan mengkategorikan mengikut kelompok tertentu.

5. Peringkat kefahaman inferensi pembaca dapat membuat rumusan atau kesimpulan, membuat taakulan yang logik serta tepat terhadap maklumat yang dibaca seperti dapat megesan sikap, mengesan idea pokok, membuat ringkasan dsbnya.

6. Peringkat kefahaman penilaian dapat memberi penilaian terhadap maklumat dan mengemukakan kreteria serta bukti sebagai ukuran. Sesuatu karya itu baik, lemah mesti dijelaskan dengan kreteria serta bukti yang menyokongnya.

Teknik Penilaian kemahiran membaca dan memaham

1. Ujian obkektif sama ada bentuk betul-salah,padanan atau aneka pilihan. Soalan yang dikemukakan hanya berkaitan kandungan petikan sahaja.2. Melengkapkan ayat atau pernyataan berkaitan isi teks yang dibaca

3. Menjelaskan atau menerangkan semula- murid diminta menjelaskan apa yang dibaca dengan menggunakan ayat serta bahasanya sendiri.

4. Membuat ringkasan karangan

5. Menjawab soalan-soalan kefahaman

6. Mengubah petikan kepada bentuk lain petikan kepada carta, graf, grafik , jadual dsbnya.

7. Menyusun semula murid perlu menyususn semula cerita agar mengikut urutan peristiwa yang logik.

8. Ujian kloz mengis tempat-tempat kosong yang disediakan.

Penilaian Kemahiran Menulis.

Kemahiran ini agak kompleks daripada kemahiran lain kerana bukan sahaja setakat murid perlu mengenal nama, bentuk-bentuk dan bunyi huruf tetapi memerlukan otot-otot jari tangan membentuk dan menulis huruf , mengkordinasikan pengamatan mata dan tangan sewaktu menulis serta mengerakkan mata dan tangan untuk mengikuti geraka penulisan dari kiri ke kanan.Selaian itu ia juga memerlukan penguasaan kemahiran lisan dan membaca untuk membolehkan ia membaca dan meneliti semula apa yang ditulisnya.

Selain itu murid juga perlu menguasai kosa kata dan tahu menggunakan dalam ayat , mesti kuasai aspek ejaan dan tanda baca, tatabahasa , makna dan semantik.Jika semua aspek tersebut dikuasai baharulah seseorang itu dapat menulis dengan sebaik-baiknya.

Peringkat sekolah rendah penilaian kemahiran ini perlu dibahagikan kepada 3 peringkat berikut:-

1. Peringkat pratulisan

2. Peringkat tulisan mekanis

3. peringkat tulisan dan mengarang

Penilaian peringkat pratulisan antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menilai kemahiran ini ialah gerak-gerak tangan di udara / atas pasir / atas kertas, membuat bentuk-bentuk tertentu sepertu bulatan, garisan, empat segi, awan larat, betuk huruf , kordinasi tangan dan mata dsbnya. Sepanjang waktu murid melakukan aktiviti ini guru perlu memerhati dengan teliti untuk mengesan masalah fizikal yang mungkin dihadapi murid seperti kesukaranmemegang pensel, menekan den menggerakkan pensel di atas kertas, menulis atas ruang / garis yang ditetapkan, tidak tepat melukis bentuk-bentuk yang ditetapkan dsbnya.

Penilaian peringkat tulisan mekanis pada peringkat ini penilain dilakukan untuk menilai kebolehan murid dalam mengenal huruf-huruf yang terdapat dalam sistem ejaan BM, membentuk huruf-huruf serta menggabungkan menjadi suku kata dan seterusnya perkataan dengah tulisan yang jelas dan tepat. Di antara teknik penilaian yang boleh digunakan ialah :-

1. Menakap atau menyambung garis-garis,

2. Memadankan huruf atau suku kata dalam petak yang di beri.

3. Menyalin huruf, suku kata , perkataan , frasa atau ayat

4. Mengisi ruang atau petak kosong dalam perkataan

5. Melabel gambar ( labelkan gambar binatang atau objek lain )

6. Menamakan gambar-gambar yang disediakan

7. Membentuk perkataan daripada suku kataPenilaian Kemahiran Menulis dan Mengarang - Penilaian pada tahap ini lebih menekankan aspek kebolehan murid membina ayat-ayat yang gramatis, menggunakan kosa kata dalam konteks ayat dan menyampaikan buah fikiran dalam bentuk wacana yang utuh , jelas dan mudah difahami.

Pada peringkat sekolah rendah penilaian terhadap kemahiran mengarang ini dibahagika kepada 2 peringkat iaitu :-

1. Sebelum murid boleh mengarang secara bebas penilaian boleh dibuat terhadap kebolehan murid mengarang secara berpandu dengan menggunakan teknik berikut : Menyambung beberapa ayat untuk membentuk ayat yang lebih kompleks , Meluaskan ayat dengan menambahkan keterangan kepada komponen-komponennya , Melengkapkan ayat , Membuat ayat daripada perkataan-perkataan yang baru dipelajari, menyususn semula perkataan untuk membentukayat yang gramatis, Menulis cerita berdasarkan gambar tunggal, bersiri , Menyususn semula ayat-ayat sebuat cerita supaya betul urutan logiknya, Menulis karangan pendek bedasarkan soalan-soalan yang disediakan berkaitan sesuatu tajuk, Mengisi borang , Menulis surat kiriman, Menjawab soalan secara bertulis , Membina soalan kefahaman daipada teks, Meringkas karangan, Menulis karangan berdasarkan isi yang disediakan. 2. Peringkas menulis karangan secara bebas penilaian karangan pada peringkat ini dengan menilai penulisan pelbagai jenis karangan murid seperti menulis karangan secara bebas berdasarkan tajuk , Menulis surat kiriman rasmi / tidak rasmi , Menulis laporan, Menulis kad-kad ucapan, Menuls teks ucapan , Menulis cerita, Mencipta puisi dll.Pemarkahan Ujian Menulis dan Mengarang Terdapat 2 cara pemarkahan kerangan iaitu pemerkahan secara analitikal ( terperinci ) dan secara holistik

( keseluruhan ) .

Pemarkahan secara analitikal dibuat dengan menentukan aspek-aspek yang hndak dinilai akan ditentukan dan diperuntukkan markahnya, penolakan markah dan jenis-jenis kesalahan yang akan ditolak markah Isi 25% , Bahasa 15% , Gaya / penyampaian 10%.

Pemarkahan secara holistik / keseluruhan bermaknasesebuah karangan itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhan kepada pemeriksa seperti jika karangan itu tidak banyak kesalahan bahasa, menarik penyampaiannya, perbendaharaan katanya luas, maka karangan seperti ini memberikan impression yang baik dan dapat diberikan gred cemerlang. Unsur-unsur bahasa atau penulisan tidak diperincikan secara khusus kerana apa yang dinilai ialah mutu keseluruhan karangan itu namun demikian dalam mempertimbangkan markah semua aspek isi , bahasa dan penyampaian , tatabahasa mesti diambil kira dan ciri-ciri karangan pada tahap cemerlang, sederhana, lemah mesti ditentuka terlebih dahulu sebagai panduan / model karangan contoh.Langkah-Langkah Pengujian dan penilaian Dalam Bilik Darjah

L 1 Menetukan objektif ujian melibatkan bidang kemahiran yang hendak diuji seperti peringkat kognatif, efektif dan psikomotor ) , aspek sistem bahasa yang hendak diuji, kemagiran / sub kemahiranyang hendak diuji ( Lisan , Membaca , Menulis ) mesti selaras dengan objektif pengajaran dan sukatan pelajaran.

L 2 Menentukan cara pengujian dan penilaian sama ada secara formal atau tidak formal , bertulis atau tidak bertulis , pemerhatian , soal jawab dll , bentuk sumatif atau sumatif.

L 3 Menentukan jenis ujian sama ada subjektif atau objektif , jumlah soalan , masa ujian berapa lama dsbnya.L 4 Menyediakan JSU menetapkan kemahiran , aras , kandungan aspek bahasa , pemberatan, selaras dengan objektif dan matlamat sukatan.L 5 Menggubal / membina soalan berdasarkan JSU Draf , semak , susun , perbetulkan dan semakan akhir.

L 6 Pentadbiran Ujian Masa ujian , tempat, peralatan dan pengawasan.

L 7 Memeriksa , memberi markah / gred , menyediakan laporan.

L 8 Tindakan susulan membaiki strategi P & P , memberi fokus indivitu, mengelompokkan murid fokus kepada usaha memperbaiki kelemahan murid

L 9 Analisis Item menentukan aras kesukaran item, menentukan indeks diskriminasi dan kenal pasti soalan yang lemah serta perbaikinya.Sekian terima kasih dan selamat menempuh peperiksaan dengan penuh yakin semoga berjaya.