Penilaian Kursus Qgk3023 2015
description
Transcript of Penilaian Kursus Qgk3023 2015
PENILAIAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2014 / 2015
(PPG-PJJ)
QGK3023
Program Kesihatan Sekolah
Dr. Abd. Rahim Mohd Shariff (PENYELARAS KURSUS)
1.0 PENGENALAN
Kursus QGK3023 ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar tentang konsep perancangan
Program Kesihatan di sekolah seterusnya memahami dan menganalisis Program Kesihatan
Sekolah. Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah.
Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek
perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi dan penilaian.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
i. Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan Kesihatan, Promosi
Kesihatan dan perancangan program.
ii. Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program promosi kesihatan sekolah
berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT.
iii. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku beretika.
iv. Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu pasukan.
3.0 PENILAIAN KURSUS
3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus
Bentuk Kerja Kursus
Jenis Tugasan
Agihan Markah (Peratus)
Jumlah (Peratus)
Individu
Tugasan 1 20%60%
Tugasan 2 20%
E-Forum 20%
JUMLAH 60% 60%
4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU
FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar
tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.
Tugasan Arahan Tarikh %
TUGASAN 1
Program Kesihatan Sekolah
Fokus Program Kesihatan Sekolah adalah pencegahan khusus kepada penyakit tidak berjangkit/berjangkit. Pencegahan khusus adalah merujuk kepada menangani punca-punca kesihatan yang buruk untuk mencegah masalah daripada berlaku.
Berdasarkan model Program Kesihatan Sekolah di bawah, bentuk satu program yang boleh diguna pakai di sekolah anda.
Minggu ke 10 20%
Perkara di bawah harus diberi penekanan yang utama semasa menjelaskan tentang program yang dirancang :
i. Penulisan menggunakan font, Arial 11/ Times New Roman 12
ii. Menyediakan senarai rujukan gaya APA yang mengandungi semua sumber luar sah yang anda telah gunakan dalam menerangkan reka bentuk program kesihatan.
iii. Had muka surat adalah di antara 12 – 15 helai sahaja
iv. Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di Lampiran 1
TUGASAN 2
Laporan Pelaksanaan Program / Kesihatan
Pelajar membuat laporan berkaitan dengan program / aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah.
Kenal pasti beberapa program yang sedang dilaksanakan di sekolah anda. Pilih DUA (2) daripada program tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan dengan pelaksanaannya.
Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:a. carta organisasi programb. visi dan misi, objektif dan matlamat programc. tindakan yang dijalankan - sertakan dengan
foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan dengan perjalanan program tersebut
d. pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program tersebut
e. lain-lain perkara yang berkaitan
Dalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki:
i. Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan yang anda pilih dapat mempengaruhi atau memberikan kesan terhadap terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah. Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi, keberkesanan, atau kesesuaian program / aktiviti kesihatan tersebut.
ii. Berikan justifikasi anda mengapa program / aktiviti kesihatan yang dipilih dapat membantu, mempengaruhi atau memberi kesan terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan kesihatan mereka?
iii. Panjang halaman tugasan = 15 – 20 helai
Ambil perhatian perkara berikut:
• Penulisan menggunakan font, Arial 11/ Times New Roman 12
Langkau baris (spacing) 1.5 spacing• Bibliografi menggunakan format APA systems Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti
di Lampiran 1
Minggu ke 10 20%
E-Forum
E-Forum a.Pensyarah akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).
b.Pelajar MESTI memberi respon sekurang-kurangnya SATU (1) kali bagi / pada setiap sesi
Minggu ke 2 –
Minggu ke 10
20%
forum. Panjang jawapan mesti 150 patah perkataan dan keatas.
c. Pelajar juga perlu membuat sekurang-kurangnya TIGA (3) komentar terhadap MANA-MANA jawapan yang dikemukakan oleh rakan bagi setiap soalan yang dikemukakan.
d. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.
e. E-Forum akan dimuat naik oleh penyelaras kursus mengikut tarikh takwin akademik seperti berikut;
1. Forum 1 2. Forum 2 3. Forum 3 4. Forum 4 5. Forum 5
Jumlah 60 %
PERHATIAN
Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah
kumpulan kuliah masing-masing.
5.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
Gred Kriteria Pemarkahan Rekabentuk Program Kesihatan Sekolah
Kriteria Pemarkahan Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan Sekolah Kriteria E-Forum
A
Tahap perbahasan ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang dan kemas, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah , berkeyakinan cemerlang, penyampaian yang cemerlang, bahan yang kemas, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.
A-Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan tinggi, penyampaian yang baik, bahan yang menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.
B+Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, bahan yang menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala.
B Tahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.
Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, bahan yang menarik, idea yang bernas, ada komunikasi.
B- Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik dan menarik dan ada idea yang kemas
Menepati format penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Tahap perbahasan ilmiah, ada keyakinan diri, penyampaian yang baik, bahan yang menarik, ada idea yang kemas, ada komunikasi.
C+ Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.
Ada penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).
Ada perbahasan, ada keyakinan diri, penyampaian yang sederhana, ada menggunakan bahan, ada idea sendiri, ada komunikasi.
CTahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.
Ada penulisan kajian, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. Isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.
Ada perbahasan, ada keyakinan, penyampaian sederhana, bahan yang digunakan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas, ada komunikasi tetapi lemah.
C- Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.
Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.
Kurang perbahasan, tidak ada keyakinan, penyampaian yang tidak berkesan, penggunaan bahan yang kurang bersesuaian, idea yang tidak jelas, tiada komunikasi.
D/E Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan, serahan melewati tarikh akhir. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap. Tiada perbahasan, tiada forum, melewati tarikh akhir.
6.0 PEPERIKSAAN AKHIR
Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester 2 2014/15. Markah bagi
peperiksaan mewakili sejumlah 40% daripada keseluruhan kursus ini. Kertas soalan
peperiksaan terdiri daripada 40 (EMPAT PULUH) soalan objektif aneka pilihan. Kesemua
soalan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul
QGK 3023 yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan akhir ialah selama 1 jam.
7.0 PERHATIAN DAN PERINGATAN
i. Jawapan E-Forum adalah di tapak forum yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor e-Learning kumpulan masing-masing.
ii. Penghantaran Tugasan 1 (Rekabentuk Program Kesihatan Sekolah) dan Tugasan 2 (Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan) adalah melalui tapak assignment yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing.
iii. Sebelum penghantaran Tugasan 1 dan 2, fail perlu ditukar ke format pdf (.pdf) terlebih dahulu dan dapatkan url bagi fail tersebut.
iv. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Sila ikuti arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing melalui MyGuru3.
v. Ketepatan tarikh dan waktu perlu diberi pertimbangan utama. Sebarang kelewatan yang melibatkan pemarkahan akan ditanggung oleh pelajar.
vi. Perlu diingat juga bahawa keaslian adalah diberi keutamaan. Ketidakaslian seperti plagiarisme dan sebagainya tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.
vii. Kebernasan idea serta hasil kerja pada tahap Ijazah Sarjana Muda adalah aspek kualiti yang diambil kira.
PERINGATAN!!!!!!!i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.
iv. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
v. Kegagalan anda melengkapkan dan menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.
vi. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
vii. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan
masing-masing
LAMPIRAN 1PEMARKAHAN
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
QGK3023
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO TELEFON
KUMPULAN KULIAH:
NAMA TUTOR E-LEARNING: ______________________________________________
TARIKH SERAH: ___________________