penilaian muzik

19
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 KAEDAH, JENIS DAN ASPEK PENILAIAN 2.1 Jenis-Jenis Penilaian 2.2 Jenis-Jenis Pentaksiran 2.3 Cadangan Kaedah Pelaksanaan Ujian 3 3 5 7 3.0 KESIMPULAN 11 4.0 RUJUKAN 13 1

description

muzik

Transcript of penilaian muzik

Page 1: penilaian muzik

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KAEDAH, JENIS DAN ASPEK PENILAIAN

2.1 Jenis-Jenis Penilaian

2.2 Jenis-Jenis Pentaksiran

2.3 Cadangan Kaedah Pelaksanaan Ujian

3

3

5

7

3.0 KESIMPULAN 11

4.0 RUJUKAN 13

1

Page 2: penilaian muzik

1.0 PENGENALAN

Proses penilaian memang tidak asing lagi terutama dalam kalangan guru dalam

memberikan perkhidmatan terbaik bagi menilai sejauh mana keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. D. Stufflebeam dalam Mok Soon

Sang (2003) menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses yang menentukan,

mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan

mengenai tindakan selanjutnya.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif

yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat

membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan.

Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil

pengukuran. Penilaian bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pencapaian murid,

objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Berbalik kepada penilaian dalam

kontek pendidikan muzik, penilaian adalah satu system atau proses yang meliputi aktiviti

mengumpul maklumat tentag strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

membuat analisis dan keputusan dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang

sewajarnya ( Mok Soon Sang, 2003).

Tugasan ini akan mebincangkan tentang kaedah, jenis dan aspek penilaian yang dipilih

dalam khusus dalam konteks pendidikan muzik yang dirasakan relevan, koheran dan

praktikal untuk diguna dan diaplikasikan dalam menilai beberapa orang murid yang akan

dipilih untuk dihantar ke sekolah muzik yang terkemuka.

Perbincangan ini akan diterangkan berkaitan dengan kaedah yang digunakan untuk

membuat penilaian terhadap murid dalam pendidikan muzik serta jenis-jenis penialaian

dan aspek penilaian yang akan dilaksanakan dan akan dijelaskan dengan terperinci dan

jelas daripada segala aspek termasuk sebab-sebab yang rasional terhadap penilaian yang

dilaksanakan. Pemilihan terhadap murid yang akan dihantar ke sekolah muzik tersebut

haruslah dibuat dengan telus dan terperinci supaya tidak mendatngkan masalah kepada

murid itu sendiri dan juga sekolah muzik yang bakal mereka masuki. Oleh yang

demikian, proses penilaian tidak boleh dijalankan sesuka hati dan haruslah dilaksanakan

dengan teliti dan sesuai dengan aspek-aspek penilaian dan perkembangan murid itu

2

Page 3: penilaian muzik

sendiri. Kaedah, jenis dan aspek penilaian yang dipilih dan akan dibincangkan adalah

seperti yang berikut;

2.0 KAEDAH, JENIS DAN ASPEK PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses yang sistematik secara terus menerus dalam berbagai-

bagai aspek yang merangkumi kognitif, afektif dan psikomotor untuk melihat

perkembangan seseorang pelajar dalam jangka masa yang tertentu. Selain aspek teknikal

dalam penilaian muzik, ketiga-tiga aspek ini juga mamainkan peranan penting sebagai

contoh seperti sejarah muzik Barat dan tempatan, teori muzik, pengurusan kendiri, etika

persembahan, sahsiah, kepimpinan dan disiplin.

2.1 Jenis-Jenis Penilaian

Jenis penilaian terbahagi kepada empat iaitu;

a) Formal

b) Tak formal

c) Sumatif

d) Formatif

Penilaian formal adalah penilaian yang dilakukan dalam bilik darjah yang dirancang

dengan teliti terlebih dahulu. Penilaian formal adalah penilaian yang bercorak sumatif

yang memerlukan ujian kertas-pensil dan ujian lisan dalam jangkaan masa yang telah

diperuntukkan. Tujuan penilaian formal dilakukan adalah untuk mengesan pencapaian

pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pencapaian pelajar berdasarkan

beberapa unit pembelejaran dan pemeringkatan gred pelajar. Penilaian formal ini

boleh dilaksanakan selepas guru selesai mengajar beberapa unit pemeblajaran atau

topik. Penilaian formal boleh dijalankan secara kelas atau semua tingkatan dalam

sekolah yang sama, daerah, nergeri dan negara secara berpusat. Antara penilaian

formal adalah seperti yang berikut :

(i) Ujian piawaian

(ii) Ujian pencapaian

(iii) Ujian aptitude dan

3

Page 4: penilaian muzik

(iv) Ujian diagnostik

Dalam usaha untuk memilih murid untuk dihantar ke sekolah muzik, pihak sekolah

telah memutuskan untuk mengadakan ujian formal seperti ujian pencapaian dan ujian

aptitude yang mana ujian pencapaian dilaksanakan bagi tujuan untuk mengukur tahap

penguasaan pelajar selepas satu tempoh masa pengajaran dibuat manakala ujian

aptitude adalah untuk melihat dan meramalkan prestasi atau kejayaan pelajar pada

masa akan datang apabila mereka berada di persekitaran dan suasana yang baru.

Penilaian tidak formal pula adalah penilaian dalam bilik darjah yang tidak dirancang.

Bentuk penilaian tak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz,

memeriksa hasil kerja palajar dan persembahan muzik oleh pelajar secara spontan.

Penilaian tak formal dilaksanakan bertujuan untuk mengesan penguasaan dan

kemajuan pelajar dalam masa yang dekat untuk membaiki kelemahan dan kemajuan

pelajar dengan serta merta. Dalam kontek pemilihan murid ke sekolah muzik, ujian

tak formal adalah difikirkan tidak sesuai untuk dijalankan memandangkan pencapaian

pelajar yang akan dinilai adalah lebih menjurus kepada aspek yang lebih luas.

Penilaian sumatif dalam pendidikan muzik ialah penilaian yang dijalankan pada akhir

sesuatu jangka masa yang telah ditetapkan. Tujuan penilaian sumatif dijalankan ialah

untuk memberikann gred-gred tertentu kepada pelajar-pelajar. Penilaian sumatif

merujuk kepada bidang yang luas dan sentiasa membekalkan maklumat untuk menilai

kesan pengajaran. Contoh-contoh penialaian sumatif adalah seperti peperiksaan teori,

sejarah muzik Barat dan tempatan, komposisi, gubahan dan lain-lain lagi.

Penilaian formatif pula merujuk kepada satu bentuk alat pengukuran yang dirangka

untuk mendapat gred-gred yang menjelaskan tahap perkembangan pelajar secara

berterusan. Antaranya ialah pemerhatian dari jauh dan berpusat, temu duga, temu bual

dan temu janji secara individu. Penilaian formatif boleh dibuat dala bentuk kumpulan-

kumpulan kecil atau secara keselruhan dan melalui penilaian jenis ini bukan sahaja

pendidik sahaja yang boleh menilai tetapi pelajar-pelajar juga boleh menilai

keupayaan mereka sendiri dan rakan-rakannya. Penilaian formatif berfungsi dalam

menghasilkan meklumat balik kepada pelajar-pelajar dan pendidik itu sendiri

4

Page 5: penilaian muzik

berkaitan dengan kemajuan pelajar-pelajar dan secara tidak langsung mencerminkan

tahap pengajaran yang dilaksanakan oleh pendidik itu sendiri.

Berdasarkan kepada jenis-jenis penilaian yang telah dibincangkan di atas. Dua jenis

penilaian adalah difikrikan sesuai dilaksanakan dalam usaha untuk membuat pilihan

terhadap 20 orang pelaajr yang akan dimasukkan ke sekolah muzik. Penilaian yang

dimaksudkan adalah penilaian dalam bentuk formal dan penilaian formatif.

Penilaian formal adalah sesuai bagi menentukan tahap penguasaan dan perkembangan

murid dalam tempoh masa yang lama dan dirancang dengan teliti meliputi

pembubalan soalan-soalan yang mencabar dan mengikut justifikasi ujian yang telah

ditetapkan bersesuaian dengan tahap dan perkembangan pembelajaran yang talah

dilaksanakan. Penilaian formatif pula sesuai dilaksanakan dengan menjalankan sesi

temuduga kepada beberapa orang murid yang telah dipilih bagi menapis murid-murid

yang betul-betul layak sahaj untuk dihantar ke sekolah tersebut. Temu duga harus

dijalankan dengan teliti dan terancang dengan memberikan penekanan kepada

keseluruhan aspek sama ada aspek keterampilan diri, penguasaan ilmu dan

pengetahuan sedia ada pelajar itu sendiri bagi melihat kesanggupan dan kesungguhan

mereka untuk belajar dengan lebih baik.

2.2 Jenis-Jenis Pentaksiran

Pentaksiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu;

(i) Ujian kognitif

(ii) Ujian psikomotor dan

(iii) Ujian afektif

Ketiga-tiga jenis ujian ini sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam membuat

pentaksiran dan penilaian dalam mata pelajaran muzik. Pentaksiran ini digunakan

untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran

pelajar-pelajar. Pengukuran yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang

pencapaian pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor dan afektif, proses-

proses untuk menjalan kan ujian-ujian ini meliputi tiga peringkat utama iaitu:

- Persediaan ujian

5

Page 6: penilaian muzik

- Pentadbiran ujian dan

- Pemeriksaan

Ujian kognitif, ujian psikomotor dan ujian afektif merupakan tiga bentuk pentaksiran

yang harus dilaksanakan dengan teratur dan terancang. Berikut dijelaskan berkaitan

dengan kaedah pelaksanaan bagi setiap ujian yang akan dibuat dalam aspek pemilihan

murid ke sekolah muzik yang terpilih.

2.2.1 Ujian Kognitif

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,

menganalisis, membentuk konsep dan menyelesaikan masalah, potensi intelek pekajar

hendaklah dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti kognitif. Ujian kognitif merujuk

kepada ujian yang menumpukan aktiviti mental seperti ujian kecerdasan minda.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002) berpendapat bahawa pembelajaran adalah

proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingati ilmu dan

menggunakan ilmu. Oleh itu, ujian kognitif digunakan untuk menilai sejauh mana

pelajar-pelajar menyimpan, mengingati ilmu dan menggunakan ilmu yang dipelajari

sama ada dalam bentuk penilaian sumatif atau formatif.

2.2.2 Ujian Psikomotor

Ujian psikomotor merujuk kepada perkembangan fizikal seseorang pelajar. Ujian

psikomotor berkait rapat dengan potensi pelajar dari segi jasmani yang bermakna

kebolehan pelajar untuk membaiki koordinasi otot dengan otak. Ini bermakna jika

kemampuan jasmani berkembang, maka kemahiran muzikal sesorang pelajar juga

akan turut berkembang, mengambil contoh yang paling mudah ialah seorang pelajar

bermain dram. Jika seorang pelajar itu bermain dram, pelajar sepatutnya mempunyai

keupayaan untuk memukul dram dalam tempo dan ton yang sama serta pengeluaran

bunyi mengikut tahap dinamik yang menarik dalam jangka masa yang panjang. Ini

bermakna pukulan yang dibuat oleh pelajar tersebut adalah dengan menggunakan

tenaga ketukan dram yang sama dalam temph masa yang panjang supaya bunyi yang

dihasilkan mengikut ton yang konsisten sebagaimana kehendak yang diimpikan.

6

Page 7: penilaian muzik

Ujian psikomotor dalam konteks pendidikan muzik memperlihatkan kualiti muzik

yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar. Keupayaan fizikal pelajar berkait rapat dengan

ton yang dihasilkan. Oleh yang demikian, ujian psikomotor perlu dijalankan bagi

mengukur tahap kecerdasan seseorang pelajar yang memainkan alat muzik.

2.2.3 Ujian Afektif

Ujian afektif merujuk kepada persepsi dalam pelajar berkaitan dengan tingkah laku,

sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar. Kesediaan dari segi afektif

merupakan aspek yang penting bagi menjamin sama ada pembelajaran pelajar

berkesan atau tidak. Ee Ah Meng (2003) menyatakan bahawa potensi pelajar dari segi

afektif merujuk kepada kebolehan seorang untuk mengawal emosinya atau

menggunakan sikapnya.

Ujian afektif bertujuan untuk menilai pelajar dari sudut kemahiran insaniah.

Kemahiran insaniah ini adalah boleh dilihat dari tingkah laku, tutur kata, bahasa badan

dan sebagainya. Nilai murni membawa pengertian kualiti kepada sifat dalaman

seseorang melalui sikap saling membantu antara satu sama lain.

2.3 Cadangan Kaedah Pelaksanaan Ujian

Berikut merupakan cadangan langkah pelaksanaan ujian yang akan dijalankan kepada

murid-murid yang akan dihantar ke sekolah muzik. Ujian-ujian yang akan

dilaksanakan adalah dalam bentuk ujian secara formal dan ujian formatif. Kaedah

pelaksanaan ujian-ujian ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci. Berikut

merupakan cadangan carta alir pelaksanaan ujian yang akan dilaksanakan oleh

pendidik terhadap pelajar-pelajar.

Carta 1: Kaedah Pelaksanaan Penilaian Muzik.

7

Ujian bertulis yang dijalankan secara formal

Temuduga

Ujian psikometrik

Fasa 1

Fasa 2

Fasa 3

Page 8: penilaian muzik

Carta di atas menunjukkan cadangan kaedah pelaksanaan penilaian muzik yang akan

dilakukan oleh pelajar-pelajar bagi membuat pemilihan beberapa orang pelajar yang

akan dihantar ke sekolah muzik yang lebih baik. Berikut merupakan penjelasan

berkaitan dengan kaedah pelaksanaan penilaian muzik yang akan dilaksanakan bagi

membuat pilihan kepada murid yang akan dihantar ke sekolah muzik.

Fasa 1- ujian bertulis yang dilaksanakan secara formal

Merujuk kepada carta di atas, ujian yang akan dijalankan terlebih dahulu adalah

ujian secara formal yang melibatkan semua pelajar. Ujian ini haruslah dikendalikan

dengan teliti dengan soalan-soalan yang digubal mengikut jadual spesifikasi ujian

oleh guru-guru yang berpengalaman sejajar dengan tajuk-tajuk pembelajaran yang

telah diajar dan mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan dalam taksonomi Bloom

yang memperlihatkan tahap-tahap kesukaran soalan yang dibina. Ujian secara formal

ini dijalankan secara bertulis bagi menentukan sejauh mana penguasaan kemahiran

pelajar dalam pendidikan muzik. Soalan-soalan yang digubal haruslah pelbagai tidak

kira dalam bentuk esei, ujian benar-tak benar dan objektif atau soalan struktur.

Berikut merupakan beberapa contoh soalan dalam bentuk esei, benar-tak benar dan

soalan struktur:

Soalan esei sangat penting kerana ia bukan sekadar untuk mengingat kembali fakta

yang telah dipelajari malah ia memerlukan pelajar menguasai teknik mengarang

yang lebih berkesan. Pelajar yang dapat menguasai kemahiran bahasa dan

mengarang dengan baik akan dapat membantu mereka menterjemahkan ilmu yang

8

Contoh soalan esei 1:

Terangkan peranan ibu jari tangan kiri semasa anda bermain rekorder dan apakah kesannya terhadap bunyi yang dihasilkan.

Contoh soalan esei 2:

Huraikan maksud menganalisis skor lagu dan apakah kesannya terhadap permainan muzik anda, kumpulan anda dan mutu persembahan kumpulan anda.

Page 9: penilaian muzik

telah dipelajari dengan lebih jelas dan tersusun. Selain itu juga, pelajar juga dapat

menyuarakan pendapat serta idea mereka terhadap sesuatu perkara dengan bebas.

Ujian objektif pula dapat dilaksanakann dalam dua kumpulan utama iaitu;

a) Memerlukan jawapan daripada calon.

b) Mengandungi item benar atau salah, item padanan dan aneka pilihan.

Soalan yang berbentuk ujian benar-tak benar dan objektif adalah soalan-soalan

pendek yang memerlukan pelajar untuk mengingati fakta misalnya, mengingati

nama alat-alat muzik, jenis alat-alat muzik, nilai krocet dan sebagainya. Contohnya,

apakah nilai bagi setiap not krocet? Contoh lainnya pula ialah, forte bermaksud kuat,

betul atau salah? Soalan-soalan aneka pilihan juga dianggap sebagai soalan

berbentuk objektif.

Soalan struktur merupakan soalan yang dibina berdasarkan objektif tertentu terhadap

topik-topik tertentu. Ia merupakan soialan yang dijawab secara esei pendek yang

menjelaskan perseoalan yang ditimbulkan. Berikut merupakan contoh bentuk soalan

struktur yang boleh digunakan dalam ujian yang akan dilaksanakan.

Fasa 2 – Temuduga

Fasa kedua dalam pelaksanaan ujian terhadap pelajar yang akan dihantar ke sekolah

muzik adalah merupakan proses temuduga. Hasil analisis daripada ujian formal yang

telah dijalankan pada fasa 1 dianalisis setelah ditanda dan nama-nama pelajar yang

layak untuk ditemu duga akan disenarai pendekkan. Proses temuduga ini adalah

9

Contoh soalan struktur:

Apakah yang akan berlaku pada persembahan muzik kumpulan anda jika penalaan (tuning) tidak dilakukan?

(5 markah)

Ton merupakan elemen penting yang dapat memberikan kesan kepada mutu persembahan sesebuah kumpulan muzik. Huraikan lima daripada kesan tesebut.

(25 markah)

Page 10: penilaian muzik

bertujuan untuk membuat penilaian dalam aspek psikomotor pelajar itu sendiri.

Proses temuduga memperlihatkan panel penemuduga melihat sejauh mana

kemahiran pelajar itu dalam aspek penguasaan kemahiran bermain alat muzik

contohnya serta perkembangan teknik bermain alat muzik. Penilaian dalam muzik

tidak akan lengkap jika hanya satu jenis ujian sahaja digunakan memandangkan

ujian bertulis formal tidak akan dapat menilai sejauh mana kemahiran murid dalam

kemahiran muzik mereka memandangkan muzik adalah salah satu subjek yang

subjektif.

Fasa 3 – Ujian Psikometrik

Ujian psikometrik dilaksanakan setelah proses temuduga selesai. Calon-calon yang

layak dan terpilih selepas proses temuduga akan menduduki ujian psikometrik bagi

melihat sejauh mana kemahiran afektif mereka terhadap bidang yang mereka ceburi.

Ujian psikometrik dapat dilaksanakan dalam bentuk ujian formal yang mana tiada

jawapan betul atau salah diterima tetapi jawapan adalah lebih merujuk kepada sikap

dan kejujuran yang lahir dalam diri individu itu sendiri.

Ujian psikometrik dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mana dapat

memperlihatkan beberapa aspek afektif seperti minat, bahasa, fizikal dan

sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana kesanggupan pelajar itu

sendiri dan persediaan pelajar untuk berdepan dengan persekitaran baru di tempat

baru kelak.

10

Page 11: penilaian muzik

Rajah 2.2 – Contoh Soalan Psikometri

Pelaksanaan penilaian ini adalah dalam usaha untuk memastikan pelajar-pelajar yang

benar-benar layak sahaja untuk dihantar ke sekolah muzik seperti mana yang telah

ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang layak. Pelajar-pelajar ini haruslah dipilih dengan

baik supaya mereka yang layak sahaja diberikan tempat disekolah itu. Ini bukan sahaja

akan memberikan impak kepada pelajar itu sendiri bahkan juga akan dapat

mengembangkan lagi bakat dan kemahiran yang telah sedia ada dalam diri pelajar.

3.0 KESIMPULAN

Proses penilaian amat penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Bukan itu sahaja, penilaian juga bertujuan untuk menilai sejauh mana

keberhasilan pelajar dalam ilmu dankemahiran yang dipelajari oleh mereka dalam jangka

masa yang tertentu. Peroses penilaian harus dilaksanakan dari masa ke semasa supaya

pelajar tidak akan ketinggalan dan pendidik juga tahu akan keberkesanan teknik dan

kaedah pengajaran yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik yang

dilaksanakan. Matlamat penilaian pada umumnya ialah untuk mempertingkatkan

keberkesanan terhadap satu program pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara

terancang, serta penggubalan kurikulum yang baik. Dalam konteks pendidikan muzik,

penilaian adalah satu system atau proses yang meliputi aktiviti mengumpul maklumat

tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan

keputusan dengan tjuan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Merujuk kepada tugasan kajian ini, beberapa cadangan telah diberikan teruptama dalam

aspek pelaksanaan ujian untuk memilih pelajar-pelajar yang layak untuk dihantar ke

sekolah muzik yang telah ditawarkan. Pelajar yang akan dipilih ialah seramai 20 orang

pelajar sahaja dan ini memerlukan pemilihan yang rapid an harus dijalankan secara

terancang dan telus supaya hanya pelajar yang layak sahaja yang akan dihantar ke sana.

Pelaksanaan ujian telah dibahagikan kepada tiga fasa yang mana fasa pertama ialah fasa

ujian bertulis yang dilaksanakan secara formal dalam kelas oleh semua pelajar. Pemilihan

pelajar-pelajar yang mendapat markah yang tertinggi kemudian disenarai pendekkan

untuk dijalankan fasa kedua iaitu temuduga. Dalam proses penilaian temuduga, pelajar-

pelajr ini dilihat daripada aspek fizikal mereka yang mana meliputi kemahiran-

11

Page 12: penilaian muzik

kemahirann interpersonal dan intrapersonal serta kemahiran mereka dalam bermain alat

muzik. Pelajar yang layak dalam proses temuduga kemudia akan menjalani fasa ketiga

iaitu ujian psikometrik bagi menilai sejauh mana minat, bahasa dan fizikal mereka

masing-masing. Proses penilaian ini haruslah dilakukan secara berterusan supaya dapat

memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

(2,574 patah perkataan)

12

Page 13: penilaian muzik

4.0 RUJUKAN

Bhasah Abu Bakar. (20023). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III: Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan : Pengetahuan Dan Keterampilan Ikhtisas (Semester 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Mohd Zam Hj Sulong, Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Mahayuddin Abdul Rahim. (2011). HBMS4403 Penilaian Muzik. Open University Malaysia (Oum).

Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecerdasan Skim Perkhidmatan Guru. Behagian II: Kompetensi Khusus/Fungsi (Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn, Bhd.

Kamien, R. (2000). Msic: An Appreciation (7th Ed.). United States:Mcgraw-Hill.

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan:Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur: Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/kaedah-penilaian-bahasa.html

http://www.slideshare.net/rielsyah90/kaedahpenilaianbahasamelaluipemerhatian-110803013519phpapp01

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/kaedah-penilaian-bahasa.html

http://www.slideshare.net/saraassyahidah/definisi-dan-contoh-pentaksiran-pentafsiran-penilaian-pengukuran-dan-pengujian

http://www.lamankerjaya.com/ujian-psikometrik-ptd/

13