PENILAIAN PORTFOLIO.doc

11
PENGENALAN Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. KANDUNGAN PORTFOLIO Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh pelajar sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran kerja, grafik organiser (cetakan, diskette, CD, rakaman audio/video dll.) bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa sehubungan tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven. JENIS PORTFOLIO Terdapat 3 jenis portfolio :- 1. Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio) Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar. 2. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)

Transcript of PENILAIAN PORTFOLIO.doc

Page 1: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

PENGENALAN

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.  Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.  

 KANDUNGAN PORTFOLIO  

            Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada

bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh pelajar sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran kerja,  grafik organiser (cetakan, diskette, CD, rakaman audio/video dll.)

bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan sebaya,penilaian kendiri atau  penilaian guru

bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa sehubungan tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven.

JENIS PORTFOLIO

Terdapat 3 jenis portfolio :-

1. Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio)

Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar. 

2. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)

Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul  selaras/releven dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) . Proses menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas (dari bentuk deraf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara formatif dan sumatif.

3. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)

Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik di dalam portfolio kerja harian. Penilaian adalah penilaian sumatif. Proses menghasilkan tugasan tidak penting, yang lebih penting adalah hasil akhir yang terbaik 

Page 2: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

KEGUNAAN PORTFOLIO

  Guru amalkan penilaian holistik.

·     Pelajar diberi peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat diri dan menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya.

·     Pelajar berpeluang menilai dan membuat refleksi kendiri.

·     Guru boleh memantau perkembangan pelajar secara menyeluruh (kognitif, afektif dan  psikomotor).

·     Mempelbagaikan bukti penilaian (rekod pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dll).

·      Membolehkan pihak yang berminat selain guru untuk memantau perkembangan pelajar dengan mudah.  

PERANCANGAN PORTFOLIO

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

a.  Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

b.  Menentukan isi kandungan portfolio.

c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan   bagaimana?

d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai

CARA MEMBINA PORTFOLIO

 Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, catatkan dalam ruang aktiviti cara bagaimana anda akan merancangkan setiap peringkat itu berdasarkan satu pelajaran anda.

            Ada 5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio :-

            1. Menentukan tujuan portfolio.

2. Menentukan kandungan  portfolio.

3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.

5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.  

Page 3: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

PENILAIAN   PORTFOLIO ?

Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio

       

1.Penilaian Awal

  

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama perancangan portfolio.

 

 

 

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut  kriteria dengan skala

        Contoh:

                   Sangat Tinggi (5)

                   Tinggi (4)

                   Sederhana (3)

                   Rendah (2)

                   Sangat Rendah (1) 

 

Kriteria penilaian:

- Pemikiran dan isi

- Struktur dan organisasi

- Strategi pengurusan

- Variasi isi yang sesuai

- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan kumpulan sasar yang berlainan

 

 

 

 

 

3. Senarai ciri-ciri paling penting 

 

Ini akan menentukan markah portfolio  

 

 

 

4.  Penentuan gred  Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota anekdot dan refleksi pelajar.

 

 Senarai Semak Portfolio - Penilaian Peringkat Perancangan

Page 4: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

      Ya   Tidak   1. Adakah perbincangan dibuat untuk

menentukan topik/tajuk dan skop?             

 

 

       

 

2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?  

        

 

  

 

     

 

3. Adakah strateg mengumpul maklumat/data dipelbagaikan? 

         

         

  

4. Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja?

      

         

  

5. Adakah draf  langkah-langkah pembinaan portfolio dibuat? 

        

            

  

6. Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio mencukupi?

        

 

  

Peringkat Perkembangan/Proses      

              

  

1. Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan? 

        

         

  

2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua aspek penilaian dijalankan?

        

  

 

3. Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan? 

  

     

 

4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain aktiviti pembelajaran?   

  

 

5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti  

Page 5: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

disalin dalam komputer/disimpan dalam portfolio?

  

6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?

 

  

 

7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat? 

  8. Adakah susunan maklumat/data/bukti

pembelajaran disusun secara urutan dan logik?

 

  

 

9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?  

  

 

Peringkat Penilaian     

 

1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian portfolio?  

  

 

2. Adakah penilaian memberatkan proses?  

  

  

 

3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta Pembelajaran Pelajar?  

  

4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?   

 

  

5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?   

 

  

Peringkat Refleksi/Penutup   

Page 6: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

 1.  Adakah proses dan hasil mengikut objektif?  

  

  

2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut kontrak pelaksanaan kerja?  

  

3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

  

 

PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengenalan

Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang.

Rakaman Proses Pembelajaran

Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat:

      Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

      Contoh hasil kerja pelajar

      Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual berlaku

Page 7: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

      Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain

      Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

 Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan    portfolio Pendidikan    Seni   Visual,    selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan  masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio

Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:

I .     Kajian

Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan

Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

2. Lakaran

Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan idea

Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

3. Rangka Sebenar

Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan dan bahan

Prototaip (jika berkaitan)

4. Persembahan Portfolio

Page 8: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

      Mengikut urutan

      Bersih, kemas dan mudah digunakan

Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

      Jurnal  

      Diari

      Laporan

      Kompilasi catatan yang dijilid

      Beberapa helaian kertas yang di kokot

      Ataupun mungkin disket/cakera padat

Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:

      Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar

      Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri

      Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui

      kemajuan pembelajaran pelajar

      Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri

      Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:

Kecerdasan linguistik seperti:

Page 9: PENILAIAN PORTFOLIO.doc

      Catatan pra penulisan

      Draf projek penulisan

      Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

      Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan ruang-visual seperti:

      Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran

      Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi

Kecerdasan interpersonal seperti:

      Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain

      Laporan rakan sebaya

Kecerdasan interpersonal seperti:

      Catatan jurnal

      Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

      Sampel latihan refleksi kendiri

      Soal selidik

      Carta kemajuan

                Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri