Penjagaaan kesihatan

4
5 makanan yang boleh dijadikan produk penjagaan rambut Telur- Ia merupakan bahan paling murah untuk mendapatkan protein bagi kesihatan rambut anda. Mula-mula asingkan antara putih dan kuning telur. Kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit. Selepas itu, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Cuba amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hasilnya rambut anda akan lebih bersinar. Madu- Campurkan 2 sudu besar madu dengan 2 / 3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Walaupun ia mungkin agak melekit pada rambut anda, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk penjagaan kesihatan rambut. Limau nipis- Ia adalah cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Caranya adalah dengan lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama antara 20 hingga ke 30 minit. Kemudian bilas menggunakan air bersih . Santan kelapa- Santan kelapa pula membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Caranya adalah dengan cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama antara 30 minit hingga ke 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian bilas menggunakan air bersih. Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih .

Transcript of Penjagaaan kesihatan

Page 1: Penjagaaan kesihatan

5 makanan yang boleh dijadikan produk penjagaan rambut

Telur- Ia merupakan bahan paling murah untuk mendapatkan protein

bagi kesihatan rambut anda. Mula-mula asingkan antara putih dan

kuning telur. Kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut

anda. Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit. Selepas itu, bilas rambut

anda menggunakan air bersih. Cuba amalkan sekurang-kurangnya

seminggu sekali. Hasilnya rambut anda akan lebih bersinar.

Madu- Campurkan 2 sudu besar madu dengan 2 / 3 cawan minyak

zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan

penutup rambut (showercap) selama setengah jam. Selepas itu bilas

dengan air bersih. Walaupun ia mungkin agak melekit pada rambut

anda, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk penjagaan kesihatan

rambut.

Limau nipis- Ia adalah cara terbaik untuk masalah rambut kering,

berbiji, bercabang atau rosak. Caranya adalah dengan lumurkan limau

nipis pada rambut anda. Biarkan selama antara 20 hingga ke 30 minit.

Kemudian bilas menggunakan air bersih.

Santan kelapa- Santan kelapa pula membantu untuk memastikan

kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Caranya adalah

dengan cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia

selama antara 30 minit hingga ke 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian

bilas menggunakan air bersih.

Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan

lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan

kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah

lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah

jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Page 2: Penjagaaan kesihatan

3 makanan yang perlu anda makan untuk mengatasi masalah tidur malam (insomnia)

Masalah tidur malam atau lebih dikenali dengan nama insomnia sering

dihadapi oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja.

Terdapat banyak faktor yang menjadi punca kepada masalah

ini. Antaranya adalah disebabkan mengamalkan pemakanan yang tidak

sihat. Jadi apakah makanan yang mungkin dapat membantu anda

mengatasi masalah ini?

Roti- Makanan yang berkabohidrat kompleks seperti roti, bijirin

gandum, dan oat membantu meningkatkan kadar hormon serotonin

yang berfungsi untuk melambatkan aktiviti saraf, menenangkan otak

dan merehatkan seluruh badan. Ini secara tidak langsung akan

membantu mempercepatkan proses tidur seseorang kerana berasa

seluruh anggota badan berada dalam keadaan selesa. Anda dinasihatkan

untuk memakan sekurang-kurangnya 1 keping roti sebelum tidur.

Teh/Susu- Adakah anda pernah melihat dimana seseorang akan

meminum segelas susu atau secawan teh terlebih dahulu sebelum masuk

tidur? Ia sebenarnya membantu anda mengatasi masalah tidur malam

yang mungkin anda alami. Ini kerana bukti saintifik menunjukkan

bahawa kedua-dua minuman tersebut membantu untuk menghasilkan

rasa tenang atau relax terhadap tubuh badan anda.

Cheese/keju- Sekiranya anda berada didalam keadaan yang terlalu

lapar atau terlalu kenyang. ia sebenarnya memberi masalah terhadap

tidur malam anda. Dengan memakan sekeping cheese sebelum tidur

sudah cukup untuk membuatkan tubuh anda berada dalam keadaaan

yang selesa. Ia kerana makanan ini mengandungi protein yang

secukupnya untuk anda tidur dan juga amat cepat untuk dihadamkan.

Page 3: Penjagaaan kesihatan

4 cara untuk mengelakkan terlebih makan

(1) Dapatkan zat yang secukupnya dalam satu hidangan- Tubuh

manusia memerlukan protein, karbohidrat dan lemak yang secukupnya

untuk memberikan tenaga kepada badan. Dapatkan pakej lengkap ini

dalam satu hidangan terutamanya pada waktu makan tengahari untuk

mengelakkan anda daripada cepat berasa lapar.

(2) Kurangkan membeli atau menyimpan stok makanan

ringan- Nafsu makan anda akan meningkat sekiranya melihat makanan

yang terhidang. Makanan ringan yang hanya memerlukan penyediaan

yang amat mudah akan lebih mempengaruhi anda untuk makan.

(3) Minum air- Pada waktu petang terutamanya selepas makan

tengahhari, kebiasaannya anda akan berasa lebih cepat lapar. Ini

disebabkan oleh tenaga anda telah banyak digunakan. Minum air suam

atau teh panas untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi dan secara

tidak langsung akan membekalkan tenaga kepada anda.

(4) Makan mengikut masa- Rancang masa yang perlu anda makan.

Ini secara tidak langsung akan melatih tubuh anda untuk mendapatkan

makanan hanya pada waktu yang sepatutnya dan akan mengelakkan

anda daripada terlebih makan.

Page 4: Penjagaaan kesihatan