Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal

3
40 Penjelasan bacaan dalam solat Disusun oleh Abu Haniff 5. Iktidal Hadis 5.1 Abu Hurairah berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia berdiri untuk solat, dia bertakbir apabila berdiri, kemudian dia bertakbir apabila rukuk, kemudian dia mengucapkan, اﷲ , yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, apabila dia menaikkan tulang belakangnya dari rukuk. Kemudian dia mengucapkan semasa dia sedang berdiri, ‘ و ﺑـ ر ٱ ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian’. Kemudian dia bertakbir apabila turun, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya, kemudian dia bertakbir apabila dia sujud, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya. Kemudian dia mengerjakan yang demikian itu di dalam solat keseluruhannya sehingga menyempurnakannya. Dan juga dia bertakbir apabila dia berdiri dari yang kedua setelah duduk”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Al-Baihaqi) Hadis 5.2 Dari Abu Hurairah, dari Nabi bahawasanya dia pernah bersabda, “Hanya sanya dijadikan imam itu untuk diikuti, maka janganlah kamu bercanggah dengannya. Lalu apabila dia rukuk, maka kamu rukuklah. Dan apabila dia mengucapkan, ‘ اﷲ ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘ ﺑـ ر ٱ ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Dan apabila dia sujud, maka kamu sujudlah. Dan apabila dia solat secara duduk, maka kamu solatlah secara duduk kesemuanya. Dan luruskan saf di dalam solat, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu adalah tergolong dari kesempurnaan solat”. (Bukhari) Hadis 5.3 Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah pernah bersabda, “Apabila imam mengucapkan, ‘ اﷲ ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘ ا ﻟﻠ ﺑـ ر ٱ ’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Kerana sesungguhnya barang siapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, diampuni baginya apa yang lalu dari dosa-dosanya”. (Bukhari, Muslim)

Transcript of Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal

Page 1: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal

40

Penjelasan bacaan dalam solat Disusun oleh Abu Haniff

5. Iktidal Hadis 5.1 Abu Hurairah berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia berdiri untuk solat, dia bertakbir apabila berdiri, kemudian dia bertakbir apabila rukuk, kemudian dia mengucapkan, ده ع اهللا لمن مح ,’yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya ,مس

apabila dia menaikkan tulang belakangnya dari rukuk. Kemudian dia mengucapkan semasa dia sedang berdiri, ‘ حلمد ٱربـنا ولك ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu

segala puji-pujian’. Kemudian dia bertakbir apabila turun, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya, kemudian dia bertakbir apabila dia sujud, kemudian dia bertakbir apabila dia menaikkan kepalanya. Kemudian dia mengerjakan yang demikian itu di dalam solat keseluruhannya sehingga menyempurnakannya. Dan juga dia bertakbir apabila dia berdiri dari yang kedua setelah duduk”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Al-Baihaqi) Hadis 5.2 Dari Abu Hurairah, dari Nabi bahawasanya dia pernah bersabda, “Hanya sanya dijadikan imam itu untuk diikuti, maka janganlah kamu bercanggah dengannya. Lalu apabila dia rukuk, maka kamu rukuklah. Dan apabila dia mengucapkan, ‘ ع اهللا لمن مسده ربـنا ‘ ,yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah ,’مح

حلمد ٱلك ’, yang bermaksud, ‘Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Dan apabila dia

sujud, maka kamu sujudlah. Dan apabila dia solat secara duduk, maka kamu solatlah secara duduk kesemuanya. Dan luruskan saf di dalam solat, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu adalah tergolong dari kesempurnaan solat”. (Bukhari) Hadis 5.3 Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah pernah bersabda, “Apabila imam mengucapkan, ‘ ده ع اهللا لمن مح ,’yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya ,’مس

maka kamu ucapkanlah, ‘ حلمد ٱربـنا لك م ه لل ا ’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu

segala puji-pujian’. Kerana sesungguhnya barang siapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, diampuni baginya apa yang lalu dari dosa-dosanya”. (Bukhari, Muslim)

Page 2: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal

41

Hadis 5.4 Dari Rifa’ah bin Rafi’, dia berkata, “Adalah pada suatu hari kami pernah menunaikan solat di belakang Nabi, lalu ketika dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan, ‘ ده ع اهللا لمن مح ,’yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya ,’مس

seorang lelaki di belakangnya berkata, ‘ را طيــــبا مباركا ٱربـنا ولك يه ف حلمد، محدا كثيـ ’, yang bermaksud,

‘Wahai Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian. Pujian-pujian yang banyak, yang baik, yang penuh berkah di dalamnya’. Lalu setelah selesai solat, Nabi bersabda, ‘Siapakah yang berkata-kata itu’. Lelaki itu menjawab, ‘Saya’. Nabi bersabda, ‘Aku melihat sekitar 30 malaikat berlumba-lumba siapakah di antara mereka yang menulisnya terlebih dahulu’ ”. (Bukhari, Malik, Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad) Hadis 5.5 Dari Ibnu Abu Aufa, dia berkata, “Adalah Rasulullah, apabila dia mengangkat punggungnya dari rukuk, dia mengucapkan,

ده، ع اهللا لمن مح ــماوات ومــلء األرض، ومــلء مــا شــئت حلمــد، مــلء ٱربـنا لك م ه لل ا مس الس شيء بـعد ن م

yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya. Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu’ ”. (Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ahmad)

Hadis 5.6 Dari Ali bin Abi Talib, dia berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan,

ده، ربنا ولك احلمد ع اهللا لمن مح نـهما، وملء ما ،ملء السماوات واألرض ،مس وملء ما بـيـ شئت من شيء بـعد

yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya. Tuhan kami, dan bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu’ ”. (At-Tirmizi, Abu Daud) Hadis 5.7 Dari Ibnu Abbas, bahawasanya Nabi, adalah apabila dia mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan,

Page 3: Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal

42

نـهماألرض و ٱلسماوات وملء ٱحلمد، ملء ٱربـنا لك م ه لل ا ن ، وملء ما شئت م ما بـيـفع ذا ٱلثـناء و ٱشيء بـعد، أهل لمجد، ال مانع لما أعطيت، وال معطي لما منـعت، وال يـنـ

جلد ٱجلد منك ٱ yang bermaksud, “Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi dan apa yang di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu”. (Muslim)

Hadis 5.8 Dari Abi Said Al-Khudri, dia berkata, “Adalah Rasulullah apabila dia mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan,

لثـناء ٱشيء بـعد، أهل ن ألرض، وملء ما شئت م ٱلسماوات و ٱحلمد، ملء ٱربـنا لك م ال مانع لما أعطيت، وال معطي لما لعبد، وكلنا لك عبد. الله ٱلمجد، أحق ما قال ٱو

فع ذا جلد ٱجلد منك ٱمنـعت، وال يـنـ yang bermaksud: Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang empunya puji-pujian dan keagungan. Yang paling wajar apa yang seorang hamba itu mengatakan, dan kesemua kami bagiMu adalah hamba, ‘Ya Allah, tiada yang dapat menahan terhadap apa yang Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberi terhadap apa yang Engkau tahan. Dan tidaklah menjadi berguna kepada orang yang memiliki keagungan untuk menahan dari azabMu akan keagungan itu’ ”. (Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i) Hadis 5.9 Dari Huzaifah, bahawasanya dia pernah solat bersama-sama dengan Rasulullah pada suatu malam, dan dia mendengar Rasulullah apabila bertakbir, Rasulullah

mengucapkan, ‘ ةم ظ ع ل ٱو اء ي رب ك ل ٱو وت ر بـ جل ٱو وت ك ل م ل ٱوذ   ر بـ ك أ هللا ا ’. Dan adalah Rasulullah

mengucapkan di dalam rukuknya, ‘ لعظيم ٱسبحان ريب ’. Dan apabila Rasulullah

mengangkatkan kepalanya dari rukuk, dia mengucapkan, ‘ د م حل ٱ يب ر ل ،د م حل ٱ يب ر ل ’, yang

bermaksud, ‘Bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu, bagi Tuhankulah segala puji-pujian itu’, dan di

dalam sujudnya, ‘ ىعل أل ٱسبحان ريب ’, dan di dalam di antara dua sujud, ‘ يل ر ف غ ٱ ب ر يل ر ف غ ٱ ب ر ’.

Dan adalah berdirinya, dan rukuknya, dan apabila dia mengangkat kepalanya dari rukuk, dan sujudnya, dan yang di antara dua sujud adalah lamanya hampir sama. (An-Nasa’i, Abu Daud) �