pentadbiran awam

38
BAB 1 PENGENALAN PENTADBIRAN AWAM

description

pentadbiran awam

Transcript of pentadbiran awam

Page 1: pentadbiran awam

BAB 1PENGENALAN PENTADBIRAN

AWAM

Page 2: pentadbiran awam

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:• Mendefinisikan pentadbiran awam.• Membezakan antara pengurusan dan pentadbiran.• Membezakan antara pengurusan awam dan

pengurusan sektor swasta.• Menjelaskan skop pengurusan awam.• Menerangkan elemen-elemen penting dalam

pengurusan awam.

Page 3: pentadbiran awam

PENGENALAN

• Tumpuan kepada pentadbiran awam dalam konteks amalan di Malaysia

• Pentadbiran ialah perlaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah mencapai matlamat tertentu

Page 4: pentadbiran awam

DEFINISI

• Gordon dan Milakovich (1995:6)– segala proses, organisasi, dan individu yang

terlibat dalam perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman

– terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

• Dimock et al. (1983:5)– satu operasi pengeluaran barangan dan

perkhidmatan untuk memenuhi kehendak rakyat.

Page 5: pentadbiran awam

DEFINISI• Woodrow Wilson (Dimock dan Dimock 1964:3)

– perlaksanaan atau menjalankan urusan kerajaan demi mencapai matlamat memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan cita rasa rakyat.

• Ahmad Atory (1983:1) memetik dua definisi klasik dari Dwight Waldo yang mengatakan pentadbiran awam sebagai:– (i) Sebuah organisasi yang mengrus manusia dan

benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan.

– (ii) Satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau negara.

Page 6: pentadbiran awam

DEFINISI

• diurus melalui dua bentuk pengurusan:a) Pengurusan Awamb) Pengurusan Swasta

Page 7: pentadbiran awam

SKOP PENGURUSAN AWAM

• Fungsi-fungsi pengurusan awam dijalankan dalam dua bentuka) pengurusan sumber manusiab) pengurusan sumber bukan manusia

i. Pengurusan Kewanganii. Pengurusan Projekiii. Pengurusan Aset

Page 8: pentadbiran awam

ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAMPENGURUSAN AWAM

• Kawalana) Kawalan Perlembagaan (undang-

undang tertinggi negara)b) Kawalan Legislatif (badan pembuat

undang-undang)c) Kawalan Eksekutif (badan

pelaksana)d) Kawalan Judisiari (badan kehakiman)

Page 9: pentadbiran awam

ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAMPENGURUSAN AWAM

• Perlaksanaana) Perlembagaan (proses dan prosedur

bagi pelaksanaan pentadbiran)b) Akta (undang-undang)c) Polisi Awam (tindakan dan garis

panduan)d) Arahan Kerajaan (arahan-arahan dalam

bentuk dokumen bercetak dan rujukan utama)

e) Pekeliling (perintah pihak yang lebih tinggi dalam hierarki kepada pihak bawahan)

Page 10: pentadbiran awam

BAB 2TEORI-TEORI ORGANISASI

Page 11: pentadbiran awam

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:• Mengenal pasti teori-teori organisasi yang

diperkenalkan oleh para akademik, ahli falsafah dan pengamal organisasi.

• Menjelaskan elemen-elemen sebenar yang menjadi perhatian dalam mengkaji organisasi.

• Menerangkan pemilihan struktur, reka bentuk, dan sistem organisasi yang berkesan.

• Menghuraikan kepentingan dan kegunaan Teori Organisasi.

Page 12: pentadbiran awam

PENGENALAN

• Organisasi dan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan

• Penubuhan sesebuah organisasi kebiasaannya dibentuk mengikut matlamat dan pendekatan-pendekatan tertentu yang difikirkan sesuai bagi menyokong kejayaannya

Page 13: pentadbiran awam

DEFINISI TEORI

• Hatch (1997:9)– teori adalah penerangan, iaitu satu

cubaan untuk menerangkan segmen-segmen pengalaman

• 'Oxford Encyclopedic English Dictionary'– tafsiran atau sistem idea yang

menerangkan sesuatu perkara

Page 14: pentadbiran awam

DEFINISI TEORI

• Umumnya teori adalah satu bentuk pemikiran yang cuba menerangkan atau mengandaikan sesuatu keadaan

• Teori Organisasi pula diertikan sebagai satu disiplin yang mengkaji struktur dan reka bentuk organisasi

Page 15: pentadbiran awam

DEFINISI ORGANISASI

• Menurut Litterer (1983:5)– organisasi adalah campur tangan sosial

atau peralatan yang dibangunkan oleh manusia untuk mencapai sesuatu yang adakalanya tidak mustahil dicapai

• Daniel Robey (1991:7)– peranan-peranan sistem dan aliran

aktiviti-aktiviti yang dibentuk untuk menyempurnakan matlamat-matlamat yang dikongsi bersama

Page 16: pentadbiran awam

DEFINISI ORGANISASI

• Jones (1998:4) – satu cara yang digunakan oleh manusia

untuk mengkoordinasikan tindakan-tindakan mereka bagi mencapai sesuatu yang mereka inginkan atau bernilai

• Draft (1989:9-10)– entiti sosial yang terarah kepada

pencapaian matlamat, sistem aktiviti yang berstruktur dan dikenal pasti batasnya

Page 17: pentadbiran awam

TEORI-TEORI ORGANISASI

• Max Weber (BMW)• Frederick Taylor (ST)• Henry Fayol (F14)• Douglas McGregor (Mc XY)

Page 18: pentadbiran awam

BAB 3DASAR-DASAR AWAM

Page 19: pentadbiran awam

OBJEKTIF BABSetelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:• Mendefinisikan konsep dasar awam.• Membandingkan ciri-ciri, bentuk-bentuk, dan sifat-sifat

dasar awam.• Mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam• pembentukan dasar awam.• Membincangkan sumber-sumber dan sokongan kepada

cadangan dasar awam.• Mengenal pasti model-model dalam pembentukan

dasar awam.• Menganalisis dasar-dasar awam di Malaysia.

Page 20: pentadbiran awam

PENGENALAN

• Apakah contoh dasar-dasar kerajaan yang anda tahu?

Page 21: pentadbiran awam

DEFINISI• Apa juga tindakan yang diambil atau

tidak diambil oleh kerajaan (Dye, 1978:18).

• Friedrich (1963:79) mendefinisikan dasar sebagai:– “A proposed course of action of a person,

group or government within a given environment providing obstacles and opportunities which the policy was proposed to utilise and overcome in an effort to reach a goal or realise an objective or a purpose”.

Page 22: pentadbiran awam

DEFINISI

• Anderson (1975:3-4) – sebagai haluan tindakan yang

mempunyai sesuatu tujuan oleh pelaku (actor) atau se kumpulan pelaku-pelaku dalam mengendalikan sesuatu masalah atau perkara yang berkaitan.

• Mansor (1981:46)– tindakan yang dilakukan oleh kerajaan,

kenapa tindakan tersebut dilakukan, dan kesan-kesan daripada tindakan tersebut

Page 23: pentadbiran awam

DEFINISI

• Richard Vaison– “kesan” sesuatu dasar, digunakan

sebagai kriteria untuk menentukan sama ada sesuatu dasar bersifat “awam” atau “persendirian”

Page 24: pentadbiran awam

CIRI-CIRI UTAMA DASAR AWAM

a) Dinamis dan kompleks, sentiasa berterusan dan berubah

b) Melibatkan berbagai komponenc) Keputusand) Panduan umum yang memerlukan arahan-arahan

yang khusus.e) “Pelaksanaan dasar”.f) Matlamat yang ingin dicapai di masa hadapan.g) Pelaku utama atau pihak yang bertanggung jawab

memberiinput dalam proses penggubalan.h) “Kepentingan umum”

Page 25: pentadbiran awam

BENTUK-BENTUK DASAR AWAM

• Undang-undang merujuk kepada satu bentuk dasar yang digubalmengikut proses perundangan bagi membendung atau mengatasi sesuatu masalah.

• Rancangan pula merupakan satu bentuk dasar yang lebih terperinci dan mengandungi beberapa dasar lain yang berkaitan.

Page 26: pentadbiran awam

BENTUK-BENTUK DASAR AWAM

• Program pula dibentuk untuk membantu sesuatu masalah tertentu yang sedang dihadapi

• Projek merupakan satu bentuk dasar yang lebih konkrit dan tersusun,serta berfungsi sebagai sebahagian dari program.

Page 27: pentadbiran awam

SIFAT-SIFAT DASAR AWAM

• Tuntutan dasar (policy demand)• Kenyataan dasar (policy statement)• Keputusan dasar (policy decision)• Keluaran dasar (policy output)• Hasilan dasar (policy outcome)

Page 28: pentadbiran awam

PENJENISAN DASAR AWAM

1. Dasar Pungutan (Extractive Policy)2. Dasar Pengagihan (Distributive Policy)3. Dasar Kawalan (Regulative Policy)4. Dasar Penyusunan (Organisational Policy)5. Dasar-Dasar Simbolik (Symbolic Policies)

Page 29: pentadbiran awam

PEMBUAT DASAR AWAM• Ketiga-tiga peringkat kerajaan di Malaysia,

iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (Penguasa Tempatan), masing-masing diberi kuasa menurut perlembagaan dan undang-undang untuk membuat dasar-dasar awam tertentu

• Badan pembuat dasar yang tertinggi di Malaysia ialah Kabinet yang dibantu oleh tiga badan penyelaras dan pembuatan dasar di peringkat sub-kabinet, iaitu Majlis Tanah Negara mengenai perkara tanah, Majlis Kewangan Negara mengenai kewangan, dan Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan mengenai kerajaan tempatan

Page 30: pentadbiran awam

SUMBER CADANGAN DASAR AWAM

• Eksekutif politik• Birokrat – Kebanyakan anggota birokrat merupakan pelaksana

dasar• Perunding (Consultants)• Agensi Penyelidikan• Badan Perundangan (Legislator)• Kumpulan Berkepentingan seperti badan-badan

perniagaan,kesatuan sekerja, persatuan peladang dan lain-lain,• Kumpulan “Clientele”• Kumpulan Orang Awam (Citizen Groups)• Parti Politik• Pihak Media

Page 31: pentadbiran awam

SOKONGAN TERHADAP CADANGAN DASAR AWAM

• Mendapatkan sokongan majoriti dari ahli-ahli badan perundangan.

• Merujuk kepada autoriti hierarki, iaitu peluang untuk mendapatkan kebenaran atau tidak bergantung kepada kedudukan seseorang dalam hierarki.

• Pengesahan dari ahli-ahli profesional.• Meningkatkan kecekapan• Penglibatan orang awam merupakan asas

untuk mendapatkan pengesahan terhadap dasar/program kerajaan dalam sistem demokrasi.

Page 32: pentadbiran awam

MODEL PEMBENTUKAN DASAR AWAM

• Teori Sistem- menjelaskan proses pengagihan sumber dalam bentuk mekanisme input dan output yang melibatkan tuntutan-tuntutan di satu pihak dan keputusan-keputusan di satu pihak yang lain.

Page 33: pentadbiran awam

MODEL PEMBENTUKAN DASAR AWAM

• Teori Elit- golongan elit yang berperanan untuk membentuk pendapat umum mengenai persoalan-persoalan dasar, dan bukan orang ramai yang membentuk pendapat elit.

Page 34: pentadbiran awam

MODEL PEMBENTUKAN DASAR AWAM

• Teori Kelompok- menekankan kepada peranan kumpulan-kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat, seperti kumpulan pendesak dan kumpulan berkepentingan untuk mempengaruhi proses pembentukan dasar.– satu kelompok yang mempunyai sikap bersama (shared

attitude) yang membuat sesetengah tuntutan tertentu ke atas kelompok yang lain dalam masyarakat.

– merupakan perimbangan yang dicapai dari persaingan di antara dua kelompok yang berkepentingan untuk mendapatkan tuntutan-tuntutan yang memihak kepada mereka.

Page 35: pentadbiran awam

MODEL PEMBENTUKAN DASAR AWAM

• Teori Bersifat Penambahan (Incrementalism)– pembuat dasar secara umumnya menerima

kesahan programprogram yang sudah sedia ada dan secara bijaksana meneruskan dasardasar yang terdahulu.

– Apa yang dilakukan hanya meneliti dasar-dasar dan memutuskan sama ada hendak ditambah atau dikurangkan, ataupun diubahsuai mengikut keperluan-keperluan semasa.

Page 36: pentadbiran awam

MODEL PEMBENTUKAN DASAR AWAM

• Model Institusionalisme– institusi bermaksud institusi yang terlibat dalam

perancangan, pembuatan dan pelaksanaan dasar. Institusi mestilah merupakan institusi yang sah dan mempunyai dasar-dasar yang sah.

Page 37: pentadbiran awam

DASAR-DASAR AWAM DI MALAYSIA• Sejak merdeka sehingga kini, berbagai

dasar awam telah diperkenalkan• Sifatnya yang dinamik, corak, dan

matlamat dasar-dasar sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan semasa, persekitaran, faktor masyarakat, dan pucuk pimpinan

• Asas dasar-dasar awam dirumuskan untuk memenuhi matlamat-matlamat sosio-ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan politik, dan kebajikan masyarakat

Page 38: pentadbiran awam

Sekian, terima kasih.