Pentadbiran Ujian

2
Pentadbiran Ujian Sumber Buku : Mok S.S Pentadbiran ujian ialah bahagian yang terakhir dalam proses pengujian. Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu : 1. peringkat persediaan 2. peringkat pelaksanaan 3. peringkat penyelarasan peringkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru dalam kalangan mereka. di samping itu tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing- masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding, pelan kedudukan calon, gunting, benang dan alat-alat ujian yang lain hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula. Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawas-pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan pengawas-pengawas juga hendaklah mengawas calon-calon dengan rapi dengan tujuan memastikan kes kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu pengawas juga hendaklah menyemak identiti calon tentang serta angka giliran mereka. ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

description

JPU

Transcript of Pentadbiran Ujian

Pentadbiran UjianSumber Buku : Mok S.SPentadbiran ujian ialah bahagian yang terakhir dalam proses pengujian. Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu :1. peringkat persediaan2. peringkat pelaksanaan 3. peringkat penyelarasanperingkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru dalam kalangan mereka. di samping itu tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding, pelan kedudukan calon, gunting, benang dan alat-alat ujian yang lain hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula.Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawas-pengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan pengawas-pengawas juga hendaklah mengawas calon-calon dengan rapi dengan tujuan memastikan kes kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu pengawas juga hendaklah menyemak identiti calon tentang serta angka giliran mereka. ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja-kerja mengutip skrip jawapan calon mengikut angkat giliran dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masing-masing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada pemeriksa berkenaan.