Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

5
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah . Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: - Pentaksiran Sekolah - Pentaksiran Pusat - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Sekolah

description

111

Transcript of Pentaksiran Berasaskan Sekolah (1)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:- Pentaksiran Sekolah - Pentaksiran Pusat - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum- Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran SekolahPentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan, tugasan dan tugasan rumah) dalam bentuk pentaksiran sumatif di akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian bulanan, ujian semester). Berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dengan merujuk kepada Standard Prestasi.

Proses-proses pentaksiran adalah seperti berikut:-i. mengenal pasti konstruk/perkara yang hendak ditaksir;ii. merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang keada muri mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan.iii. menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard perstasi dan menentukan tahap pernguasaan murid.iv. memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikanv. merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibubapa.

Pentaksiran PusatPentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Lembaga Peperiksaan (LP) menghasilkan tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan.

Sekolah mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini bertujuan mengukur proses dan produk yang autentik, dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti :i. Kerja kursus;ii. Ujian lisan/bertulisiii. Tugasan/folioiv. Pemerhatianv. Kemahiran amali; danvi. Persembahan/pembentangan lisan.Pentaksiran dilaksanakan oleh guru, pentaksir luar, rakan sebaya, ibubapa, agensi luar dan ahli masyarakat dan dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP. Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses pemantauan oleh pihak sekolah dan proses Penyelarasan oleh moderator. Penskoran merujuk standard yang telah ditetapkan. Prestasi bagi murid untuk Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dilaporkan bersama pelaporan peperiksaan pusat (UPSR/PMR/SPM/ STAM). Prestasi murid juga dilaporkan melalui Laporan Perkembangan Murid, Carta Perkembangan Murid dan Rekod Pembelajaran Murid di peringkat sekolah. Pencapaian skor setiap murid dihantar kepada LP mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan satu panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. PAJSK merangkumi empat komponen iaitu SEGAK, BMI, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum. SEGAK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang ditetapkan. Antara konstruk yang diukur termasuklah perkembangan fizikal murid, kecergasan dan senaman. BMI merupakan mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. Antara konstruk yang diukur terdapat tinggi, berat dan tafsiran BMI. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Antara konstruk yang diukur termasuklah penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum dan pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Antara konstruk yang diukur adalah perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM. Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Terdapat dua komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah iaitu Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti. Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Antara konstruk yang diuji termasuklah verbal linguistik, visual ruang, logik matematik, muzik, naturalis, kinestatik, interpersonal, intrapersonal, existential. Ujian Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Ujian personaliti terbahagi kepada dua inventori iaitu inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya. Konstruk dalam Inventori Tret Personaliti yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia manakala Konstruk dalam Inventori Minat Kerjaya yang ditaksir adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland.