Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

download Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

of 13

Transcript of Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    1/13

    1

    ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL

    MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN

    5PISMP RBT2

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

    Pengenalan

    Satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan adalah

    Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK merupakan transformasi

    daripada sistem sedia ada yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan

    berorientasikan peperiksaan kepada satu sistem yang lebih holistik. Hal ini adalah untuk

    menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar,

    selain menguji penguasaan dan pencapaiannya di dalam sesuatu bidang.

    Salah satu komponen penting dalam pendidikan ialah pentaksiran kerana ianya

    memberi maklumat mengenai perkembangan seseorang murid kepada guru, ibubapa dan

    murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan

    aktiviti yang telah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian

    prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan

    peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah

    bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagiandaripada Program Transformasi Pendidikan.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu usaha untuk

    membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu

    pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika

    serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

    PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat

    Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah

    akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan

    dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

    Sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai

    kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengan lebih

    sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyusun dan merancang untuk

    memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai

    dengan perubahan taraf masyarakat Malaysia pada hari ini. Salah satu unsur yang penting

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    2/13

    2

    adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa

    mengambil kira bangsa, kelas sosial, kelompok etnik serta budaya masing-masing. Oleh

    yang demikian, perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini dibuat agar

    kesemua matlamat dapat dicapai dengan sempurna.

    Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM,2001). Kementerian

    Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari zaman dasar

    pembangunan hingga ke zaman dasar wawasan negara telah berjaya mencapai banyak

    kemajuan khususnya dalam sudut penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan

    latihan perguruan. Strategi untuk meningkatkan peluang pendidikan telah berjaya mencapai

    sasarannya. Walaupun begitu, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu

    yang timbul berkaitan dengan pencapaian dasar pendidikan kebangsaan. Antaranya ialah

    berhubung perkara struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga

    pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur, pelaksanaan Program PPSMI, dan

    kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan

    bahawa terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran,

    peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

    Dalam melaksanakan penulisan ilmiah ini, penulis ingin membincangkan tentang

    satu bentuk pentaksiran yang baru digunapakai sekarang dimana ianya masih berada pada

    peringkat awal dan permulaan lagi yang dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Hari ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf

    pencapaian akademik menyebabkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum agak

    rendah. Selain itu, sistem ini memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan

    kerana setiap pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan pencapaian pelajar

    memuaskan dan berada di tahap yang dikehendaki. Oleh itu, seiring dengan perubahan-

    perubahan pelan pendidikan, sistem pendidikan mengalami tempiasnya dan mengalami

    perubahan.

    Sistem Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah

    Menengah (KBSM) ini digubal serta dibuat penambahbaikan demi menyesuaikan sistem

    pendidikan dengan keperluan dan kepentingan semasa. Kurikulum baru disebut Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

    hinggalah yang terkini ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang

    memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada tahun 2011, semua

    murid yang mendaftar Tahun Satu telah diberi penekanan akan kurikulum sebegini iaitu

    melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sistem ini adalah merupakan satu bentuk

    pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai dari aspek kognitif, afektif, psikomotor dan

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    3/13

    3

    sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah ini dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis.

    Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang

    dilaksanakan di sekolah. Pentaksiran ini dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkansecara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

    Pentaksiran ini dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-

    guru mata pelajaran secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sedang

    berlansung. Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri daripada Pentaksiran

    Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan

    Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini mempunyai empat

    komponen iaitu pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Bagi mengetahui dengan

    lebih mendalam mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), konsep keempat-empat

    komponen ini perlulah diketahui terlebih dahulu.

    Konsep pertama ialah pengujian. Pengujian ialah satu proses untuk menentukan

    perubahan tingkah laku subjek. Pengujian juga merupakan satu instrumen atau prosedur

    untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah yang terdapat pada subjek. Hal

    ini adalah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Pengukuran

    pula adalah satu proses bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara

    pelajar yang bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antarapelajar dari segi penguasaan pembelajaran. Terry D. TenBrink (1974) menyatakan penilaian

    adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan dalam

    pertimbangan untuk membuat keputusan. Oleh itu, penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu

    proses memperoleh maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan

    membuat pertimbangan nilai. Penilaian memberi maklumat tentang pencapaian objektif,

    kaedah pengajaran guru dan keberkesanan kurikulum. Pentaksiran pula adalah satu episod

    dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,

    menginterpretasi dan menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi sesuatutujuan. Dengan kata lain, pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

    membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

    Setiap perkara atau sesuatu yang baru diwujudkan akan mempunyai kelebihan dan

    kelemahan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah direka mengikut perkembangan zaman.

    Walaupun ianya telah mengikut kesesuaian pada masa kini, pelbagai masalah juga timbul

    terutamanya kepada para guru yang tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa

    menjalankan sistem ini. Masalah-masalah yang timbul dari kalangan pengamal kurikulum ini

    sedikit sebanyak akan mengganggu kelancaran proses pentaksiran yang dirancang oleh

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    4/13

    4

    pihak penggubal. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya

    mengambil tahu perihal guru-guru di sekolah dan mendengar keluhan serta rungutan

    mereka.

    Beban Kerja Guru

    Dalam perlaksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, terdapat beberapa masalah

    telah dikenalpasti. Antaranya ialah guru kepenatan dengan bebanan kerja yang banyak

    selain daripada tugas mengajar di dalam kelas. Guru-guru kebanyakannya telah dibebani

    dengan kerja yang bertimbun. Walaupun begitu, ianya ditambah lagi dengan sistem

    pentaksiran yang baru yang lebih memberi bebanan kepada guru itu sendiri. Menurut

    Kamaruddin (1996) beban kerja adalah proses untuk menetapkan jumlah jam kerja yang

    digunakan atau diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam waktu tertentu.

    Sementara itu menurut Menpan (1997), pengertian beban kerja adalah sekumpulan atau

    sejumlah kegiatan yang harus diselesaikan oleh suatu unit organisasi atau pemegang

    jabatan dalam jangka waktu tertentu. Beliau juga menyatakan, bahawa pengukuran beban

    kerja diertikan sebagai suatu teknik untuk mendapatkan informasi tentang efisyen dan efektif

    kerja suatu unit organisasi, atau pemegang jabatan yang dilakukan secara sistematik

    dengan menggunakan teknik analisis jabatan, teknik analisis beban kerja atau teknik-teknik

    yang lain.

    Beban tugas dan kerja guru dapat dinilai oleh pengurusan sekolah mahupun

    kementerian pelajaran sendiri melalui pelbagai cara. Setelah beban kerja guru yang sedia

    ada ini dinilai, rumusan dan kesimpulan dapat dibuat akan bebanan yang ditanggung oleh

    guru. Melalui ini, proses penambahbaikkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu bentuk pembelajaran yang mana ianya lebih

    menekankan kepada penilaian yang dibuat oleh seorang guru terhadap muridnya. Ini adalah

    satu bentuk penambahan beban kerja yang baru terhadap beban kerja guru yang telah

    sedia ada. Seperti yang kita sedia maklum, guru mempunyai tugas yang banyak dan harus

    diselesaikan dalam jangka masa yang pendek seperti menjalankan aktiviti rutin yang biasa

    dilakukan. Guru berperanan sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual

    kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-

    bahan seperti buku cerita, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan

    lain-lain.

    Disamping itu, terdapat juga guru yang terlibat dengan tugas-tugas rasmi

    pentadbiran sekolah seperti menulis surat rasmi kepada ibu bapa dan juga pihak jabatan

    beberapa kali setahun. Sebagai contohnya, guru menulis surat untuk menjemput ibu bapa

    menghadiri mesyuarat PIBG, menandatangani buku atau rekod laporan kemajuan pelajar

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    5/13

    5

    dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab mentadbir hal-hal di dalam bilik darjah. Selain

    itu, guru juga harus bertanggungjawab dalam melaksanakan bidang kokurikulum seperti

    merancang takwim sekolah pada setiap permulaan tahun atau persekolahan. Selain itu,

    guru juga terlibat dengan tugas merancang aktiviti kokurikulum dan aktiviti-aktiviti di luar

    waktu persekolahan. Contohnya, dalam melaksanakan program lawatan sambil belajar yang

    sering dianjurkan oleh pihak sekolah, guru harus bertanggungjawab menyediakan surat

    kebenaran sebelum memulakan lawatan tersebut. Oleh yang demikian, dapat kita katakan

    bahawa tugas guru yang sangat banyak dalam pengurusan kelas, kokurikulum dan hal-hal

    pentadbiran membuatkan guru terasa terbeban dengan sistem pentaksiran baru yang

    dilaksanakan sekarang.

    Dalam melaksanakan tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksana

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah, terdapat terdapat beberapa masalah telah dikenalpasti.

    Setiap perkara yang berlaku haruslah mempunyai sebab musababnya. Begitulah juga

    dengan masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah ini. Antara punca bagi berlakunya masalah yang dihadapi oleh guru dalam aspek

    beban kerja adalah faktor masa. Menurut Abdul Rahman Aziz (2001), masa adalah sesuatu

    yang amat berharga dalam kehidupan manusia. Masa adalah pengukur serba-serbi aspek

    kehidupan manusia. Tambahan beliau lagi, masa adalah pengukur cepat dan lambat, dari

    saat ke minit, dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan,

    dari bulan ke tahun, dari tahun ke dekad, dan dari dekad ke abad. Masa adalah pengukur

    jarak dan jauh, misalnya sejauh setahun perjalanan cahaya. Masa adalah pengukur

    peribadi seseorang manusia serta masa adalah pengukur taraf dan pangkat seseorang.

    Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang

    dapat diurus kecuali masa diurus. Pengurusan masa ialah bagaimana seseorang individu

    atau pemimpin organisasi merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengatur masa

    mereka agar lebih berkesan. Pengurusan masa juga boleh diertikan sebagai suatu ilmu

    yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengaturmasa hariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. (Peter F. Drucker,

    2005). Masalah yang dihadapi oleh guru pada masa kini adalah guru tidak pandai untuk

    mengurus masa dengan baik. Masa adalah sesuatu yang penting. Guru perlu pandai

    membahagikan masa untuk melakukan rutin harian guru disamping memberi penekanan

    masa yang sepatutnya dalam proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Tabiat yang negatif

    perlu dibuang dari dalam diri sendiri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu

    menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Sebagai

    guru, kerja yang diterima perlu disiapkan dengan segera. Kadang kala terdapat juga guru

    yang suka bertangguh dalam melakukan tugas yang diterima. Oleh yang demikian, tabiat ini

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    6/13

    6

    perlu diubah. Kita haruslah menyiapkan tugas-tugas dengan awal supaya kita boleh

    bersedia dengan awal dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

    Guru Kurang Kemahiran Dalam Melaksanakan PBS

    Selain itu, antara masalah yang timbul dalam perlaksanakan Pentaksiran Berasakan

    Sekolah ini ialah guru terpaksa membuat satu bentuk pentaksiran baru berasaskan band

    untuk dinilai kepada murid-murid. Guru terpaksa bekerja lebih masa untuk menyiapkan

    pentaksiran yang sesuai untuk murid-muridnya. Sebelum melaksanakan satu-satu

    pentaksiran, guru seharusnya mengikut apa yang terkandung dalam Dokumen Standard

    Prestasi agar ianya selaras dengan setiap objektif yang ingin dicapai melalui pentaksiran.

    Selepas set soalan pentaksiran siap dibina, guru perlu mengaplikasikannya kepada

    muridnya dan seterusnya menilai dengan teliti tanpa adanya diskriminasi dengan

    menetapkan pencapaian pelajar dalam laporan berasaskan band. Guru perlu membuat

    penilaian yang sewajarnya terhadap band yang perlu diletakkan terhadap murid sama ada

    muridnya berada pada band 1 atau band 6. Guru juga perlu memahami apakah yang

    dimaksudkan dengan setiap band dan apakah gred pencapaian yang ada dalam setiap

    band.

    Pada tahap Band 1, murid dapat mengetahui perkara asas, atau boleh melakukan

    kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi

    Pendidikan Moral, murid di Band 1 mampu mengenal nilai-nilai murni. Pada tahap Band 2,

    murid seharusnya telah dapat menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi

    atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari, contohnya murid mengetahui

    tentang nilai baik hati dan menjelaskannya. Pada tahap Band 3, murid telah boleh

    menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

    Contohnya dalam Pendidikan Moral, murid boleh mengaplikasikan nilai baik hati pada rakan

    dan guru kelas tersebut. Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai

    kemahiran asas dalam subjek tersebut. Pada tahap Band 4, murid melaksanakan sesuatu

    kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur

    dan secara sistematik seperti murid tahu adab-adab yang perlu dipatuhi untuk memasuki

    kelas ketika guru telah berada di dalam kelas. Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu

    kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara

    sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Sebagai contohnya dalam pendidikan moral,

    murid mampu menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan rakan yang tidak

    bermoral ?

    Akhir sekali, pada tahap Band 6, murid seharusnya telah mampu menzahirkan idea

    yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    7/13

    7

    permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk

    mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara

    bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Sebagai contohnya, dalam subjek pendidikan

    moral, murid tahu membuat pilihan dalam masalah seperti perkara yang menjaga dan tidak

    menjaga alam sekitar serta mampu mencipta satu perilaku yang menunjukkan mereka

    menjaga alam sekitar. Pada tahap Band 3, ianya boleh disamatarafkan dengan gred lulus.

    Justeru, peranan guru perlu lebih spesifik dengan perlu merangka aktiviti pemulihan bagi

    membantu murid mencapai minima band 3.

    Antara punca kepada masalah guru untuk membina pentaksiran berasaskan band

    adalah para guru tidak mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai hal tersebut.

    Dalam perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, tiada penekanan yang khusus

    mengenai pentaksiran ini dibuat kepada para guru. Pelaksanaan pentaksiran perlu dibuat

    selepas semua guru yang akan menjadi pengamal kepada sistem ini telah faham dan mahir

    sepenuhnya akan isi kandungan sepatutnya yang ada di dalam pentaksiran ini. Para guru

    seharusnya diberi satu penerapan khusus bagaimana untuk melaksanakan pentaksiran

    berasaskan band yang mana ianya mengikut apa jua yang terkandung dalam Dokumen

    Standart Prestasi. Pelaksanaan pentaksiran juga dilihat sebagai terlalu drastik sehingga

    guru-guru tidak bersedia untuk menerima sistem baru ini. Walaupun sistem pentaksiran ini

    dijalankan secara berperingkat-peringkat, namun guru-guru tidak diberi pendedahan yang

    awal yang membolehkan mereka bersedia untuk menerima arus perubahan dalam dunia

    pendidikan di negara kita.

    Dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini, para penggubal dasar

    terutamanya di pihak tertinggi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memainkan

    peranan yang penting dalam memperkasakan pentaksiran ini dengan mengadakan seminar

    ataupun kursus jangka masa pendek dan kursus jangka masa panjang kepada semua

    pendidik dan bakal pendidik yang berada di institusi pendidikan terutamanya di 27 Institut

    Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara. Seminar dan kursus seharusnya mengandungidan meliputi aspek pemahaman Dokumen Standart Prestasi, aspek pembinaan pentaksiran

    dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan pentaksiran yang berkesan. Bukan itu

    sahaja, penekanan terhadap pentaksiran ini juga boleh mula diterapkan pada semua bakal

    guru pelatih agar mereka tidak kekok apabila sudah mula bergelar guru di sekolah nanti.

    Pendekatan yang dilaksanakan ini perlulah berterusan. Menurut Edward Thorndike, beliau

    mengatakan bahawa sekiranya latihan yang berterusan dan berulang diberikan, proses

    mengingat dan proses sesuatu kemahiran akan mudah diperolehi. Sesuai dengan guru,

    sekiranya penerapan akan pentaksiran sentiasa ditekankan dan didedahkan kepada guru,

    mereka akan mendapat sesuatu kemahiran yang terbaik untuk diguna pakai semasa

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    8/13

    8

    menjalankan pentaksiran itu nanti. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

    peka terhadap penekanan pentaksiran dari akar umbi agar wang yang dibelanjakan untuk

    melaksanakan program ini tidak dibazirkan dengan begitu sahaja.

    Masalah pengunaan komputer dan capaian internet

    Selain itu, antara masalah lain yang telah dikenalpasti dihadapi oleh guru dalam

    melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah kurangnya kemahiran dalam

    penggunaan komputer dan internet oleh para guru khususnya golongan guru-guru veteran.

    Ini adalah satu bebanan besar yang dihadapi oleh guru terutamanya guru lama iaitu guru

    yang telah lama berkhidmat dan telah mengikuti pelbagai jenis kurikulum yang dilaksanakan

    oleh pihak kementerian pelajaran. Pelbagai perubahan terpaksa dilakukan oleh guru lama

    tetapi perubahan yang paling ketara ialah melalui perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR). Tekanan ini amat dirasa oleh para guru kerana mereka tidak mahir

    menggunakan komputer malahan ada yang tidak pernah menggunakan komputer.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah memerlukan segala-galanya menggunakan komputer dan

    internet untuk mengemaskini data dan memasukkan data secara atas talian. Perkara ini

    mustahil bagi seorang guru yang tidak mahir menggunakan kemudahan ini dapat

    mengakses dan memasukkan data murid seperti mana yang dikehendaki dan sepatutnya.

    Disamping itu, masalah juga timbul kepada para guru yang mempunyai kemahiran

    menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai capaian internet. Masalah capaian internet

    dapat dibahagikan kepada dua perkara utama iaitu tidak mempunyai capaian internet secara

    kemudahan dan tidak mempunyai internet secara menyeluruh. Bagi yang tidak mempunyai

    internet dari aspek kemudahan, mereka terpaksa mengeluarkan sedikit wang mereka untuk

    melanggan capaian internet sama ada melalui pakej streamyx mahupun melalui

    penggunaan broadband dari pengusaha telco komunikasi. Para guru terpaksa

    membelanjakan wang mereka minima sebanyak RM30 hingga RM140 sebulan untuk

    mendapatkan capaian internet ini bagi memudahkan tugas mereka. Bagi yang menghadapi

    masalah capaian internet secara menyeluruh pula, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Hal

    ini mungkin adalah kerana rumah guru tersebut terletak di kawasan yang mempunyai

    capaian rendah untuk mengakses internet. Rentetan daripada itu, guru tersebut terpaksa

    keluar ke tempat-tempat yang mempunyai capaian internet bagi mengakses ke capaian

    sistem atas talian.

    Bukan itu sahaja, antara masalah lain yang dikenalpasti ialah guru yang terpaksa

    bangun seawal 3 hingga 4 pagi semata-mata untuk memasukkan data murid kerana mereka

    beranggapan bahawa pada ketika itulah sistem penyelia perkhidmatan sistem atas talian

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat diakses dengan mudah tanpa sebarang gangguan.

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    9/13

    9

    Ini sedikit sebanyak menganggu waktu rehat guru yang telah seharian berkerja dengan

    melayan kerenah murid di sekolah dan melayan kerenah anak-anak di rumah. Keluhan

    daripada guru mengatakan bahawa sistem data yang dijalankan atas talian ini sering tidak

    dapat diakses pada waktu pada siang akibat daripada terlalu ramai guru yang ingin

    mengaksesnya pada waktu siang. Oleh itu, guru terpaksa bersengkang mata untuk bangun

    awal pada waktu pagi untuk menyiapkan tugas memasukkan data atas talian ini.

    Selain itu, antara masalah yang dihadapi oleh para guru juga adalah berkaitan

    dengan kurangnya kemahiran penggunaan komputer dan penggunaan internet. Hai ini

    berpunca daripada kurangnya minat dalam kalangan guru. Masalah guru kurang berminat

    akan penggunaan komputer sepatutnya dielakkan oleh para guru. Hal ini kerana, guru-guru

    perlu sedar akan pentingnya komputer pada zaman globalisasi ini kerana setiap perkara di

    zaman ini boleh diakses melalui komputer. Selain itu, untuk meningkatkan kemahiran

    komputer ini, pihak sekolah seharusnya merancang dan melaksanakan inisiatif sendiri

    dengan memberi peluang kepada guru-gurunya untuk belajar komputer di sekolah.

    Pembelajaran boleh dibuat pada masa lapang mahupun masa khas seperti hujung minggu

    dengan menjemput guru pakar dalam bidang it ataupun pentaksiran dan yang mempunyai

    kemahiran dalam bidang komputer untuk mengajar dan memberi kursus untuk guru-guru di

    sekolah. Dengan itu wujudnya peluang bagi guru-guru yang tidak pandai komputer untuk

    mempelajarinya dan ini akan menjadikan mereka tertarik untuk mengikuti kursus sebegini

    dan minat untuk mendalami pengunaan komputer.

    Selain itu, antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah capaian internet.

    Kemajuan internet dan komputer seiring membangun antara satu sama lain. Kemahiran

    komputer yang dimiliki oleh para guru tidak akan dapat membantu guru tersebut untuk

    melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dengan sebaiknya tanpa ada

    capaian internet. Kebanyakkan sekolah yang terletak di pedalaman masih lagi tidak

    mempunyai kemudahan internet bantuan daripada pihak kerajaan seperti school-net yang

    dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak kerajaan perlu meluaskan capaianinternet ini di semua sekolah di Malaysia tanpa mengira status sekolah berkenaan kerana

    dalam pendidikan, semua perkara yang berkaitan dan kemudahan yang diberikan mestilah

    adil dan saksama. Pihak swasta dan NGO juga perlu memainkan peranan mereka dalam

    menyumbang kepada arus pendidikan semasa. Antaranya dengan membekalkan

    kemudahan talian internet mengikut rangkaian telekomunikasi mereka masing-masing

    dengan kemudahan broadband. Tidak menjadi masalah sekiranya pembekal

    telekomunikasi berkenaan mengurangkan sedikit caj perkhidmatan yang akan diberikan

    dengan caj yang amat berpatutan kerana sekiranya caj yang diberikan berpatutan dan

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    10/13

    10

    berkesan, mereka akan mendapat keuntungan yang berganda dari pelanggan yang terdiri

    dari golongan guru ini semakin bertambah melanggan pakej yang mereka bekalkan.

    Bukan itu sahaja, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, perlu mengambil serius

    dalam menangani masalah yang dihadapi guru mengenai kemudahan sistem pusat iaituserver database yang begitu lambat dan sesak sehingga sukar untuk penguna mendaftar

    masuk (log in) . Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menaiktaraf sistem atas talian

    dengan menambah bilangan server agar para guru dapat melayari sistem untuk

    memasukkan data. Sekiranya kemudahan ini dapat ditambah, para guru yang terpaksa

    bangun seawal pukul 3 hingga 4 pagi semata-mata untuk memasukkan data muridnya akan

    selesa berehat dan tidak mengganggu masa rehat mereka pada waktu malam. Kepuasan

    pihak Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap perlaksanakan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah amat bergantung kepada kepuasan para guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran berasaskan pentaksiran tersebut. Mengikut Frederick Herzberg, beliau

    menyatakan bahawa hubungan seseorang individu dengan pekerjaannya merupakan suatu

    hubungan dasar dan sikapnya terhadap kerja akan menentukan kejayaan atau kegagalan

    individu itu. Herzberg mengemukakan bahawa kepuasan manusia terbahagi kepada dua,

    iaitu puas dan tidak puas. Ini bermakna sekiranya para guru puas mengajar ianya sekaligus

    menjadikan kepuasan yang mereka hadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    akan memberi kesan terhadap murid.

    Di samping itu, antara cadangan tambahan yang boleh dilaksanakan dalam

    menyelesaikan masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah merancang satu kursus

    memantapkan penguasaan teknologi, pemberian elaun tambahan, pendedahan terhadap

    kepentingan pentaksiran serta kursus atau program motivasi guru terhadap penerimaan

    pentaksiran boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang

    dihadapai oleh guru dalam pengurusan sistem pentaksiran ini. Menurut Pengarah Bahagian

    Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman, pihak

    kementerian perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagimeningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran sekali gus

    menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. Beliau juga menegaskan

    bahawa guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem pentaksiran ini kerana jika tidak

    memahami dengan baik pelbagai masalah akan timbul. Sekiranya ini berlaku, para guru

    yang terlibat dengan perkara ini akan merasai betapa pentingnya pentaksiran ini. Hal ini

    kerana, setelah mengikuti kursus dan mahir dalam teknologi serta mempunyai kesedaran

    mengenai kepentingan PBS, seseorang guru itu akan menjadi lebih bersemangat untuk

    melaksanakan PBS. Hal ini ditambah pula sekiranya para guru terlibat mendapat elaun khas

    perlaksanaan pentaksiran bagi membantu kewangan guru agar proses pentaksiran berjalan

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    11/13

    11

    lancar. Guru juga akan menyedari bahawa mereka mampu melahirkan modal insan setelah

    mengetahui sistem pentaksiran ini secara keseluruhan dan semuanya adalah bergantung

    kepada mereka.

    Kesimpulannya, terdapat beberapa masalah yang telah dapat dikenapasti di dalammelaksanakan Pentaksiran Berasakan Sekolah iaitu beban tugas guru yang banyak akan

    menganggu perlaksanaan pentaksiran, guru memerlukan kemahiran yang tinggi dalam

    melaksanakan pentaksiran dan masalah pengunaan komputer dan capaian internet.

    Kesemua masalah ini harus diatasi dengan sebaiknya agar dasar Kementerian Pelajaran

    Malaysia untuk melahirkan murid yang membangun secara holistik melalui perlaksanaan

    Pentaksiran Berasakan Sekolah akan tercapai dengan jayanya. Guru juga perlu mengikis

    segala tanggapan negatif terhadap cara baru yang dibawa oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia agar perlaksanaan pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi

    mencapai pembangunan modal insan kelas pertama.

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    12/13

    12

    Bibliografi

    Buku

    Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Choong Lean Keow, PhD. (2011). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana

    Muda Perguruan dengan Kepujian. Selangor . Penerbit Kumpulan Budiman Sdn.

    Bhd.

    Choong Lean Keow, PhD. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program

    Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

    Web

    Teori Birokrasi Max Weber; Pengenalan, Struktur, Objektif, Kekuatan dan Kelemahan.

    Diakses pada 16 Mac 2013 dari http://nikalila.wordpress.com/2012/03/24/teori-birokrasi-

    max-weber-pengenalan-struktur-objektif-kekuatan-dan-kelemahan-3/

    Rutin Harian Murid. Diakses pada 16 Mac 2013 dari http://www.mshalim.com/kanak-

    kanak/rutin-harian-murid-prasekolah/

    Pengenalan tentang Kepimpinan. Diakses pada 16 Mac darihttp://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/

    Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Untuk KSSR Tahun 1. Diakses pada

    16 mac 2013 dari http://mindapendidik.blogspot.com/2011/06/sistem-pengurusan-

    pentaksiran.html

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah Perlu Ditambah Baik. Diakses pada 16 mac 2013 dari

    http://mindapendidik.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

    Pentaksiran Berasakan Sekolah: Perlaksanaan dan cabaran. Diakses pada 16 mac 2013

    dari http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/06/pentaksiran-berasaskan-sekolah.html

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Diakses pada 16 mac 2013 dari

    http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

    Penilaian Berasaskan sekolah. Diakses pada 16 mac 2013 dari

    http://btpnperak.moe.edu.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=100:penila

    ian-berasaskan-sekolah&catid=57:artikel-pendidikan&Itemid=86

  • 7/28/2019 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Renew

    13/13

    13

    LAMPIRAN