PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary...

13
246 PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN KINAYAH DALAM TEKS AL-QURAN NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN, NOORAIHAN ALI, NOOR ANIDA AWANG & ZULAZHAN AB. HALIM Abstrak: Isti’arah dan kinayah merupakan antara ungkapan figuratif yang terdapat dalam bahasa Arab. Isti’arah bermaksud penggunaan perkataan bukan dengan makna asalnya dan hubungan antara makna asal dengan makna majazi dibina atas dasar persamaan. Kinayah pula adalah kata-kata yang tidak dimaksudkan dengan pengertian yang zahir. Kedua-dua elemen ini banyak dibicarakan oleh pengkaji ilmu terutamanya dalam bidang pengajian al-Quran dan balaghah Arab. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh penterjemah Arab-Melayu dalam menangani kedua-dua elemen ini dalam teks al-Quran di samping melihat strategi penterjemahan yang paling sesuai bagi ungkapan isti’arah dan kinayah. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian diambil daripada Tafsir Pimpinan al-Rahman, tafsir al-Haramain dan Mushaf al-Farid. Lima ayat isti’arah dan lima ayat kinayah yang dipilih dianalisis berdasarkan strategi penterjemahan isti’arah yang disarankan oleh Majdi (2009). Analisis strategi penterjemahan dibuat antara padanan terjemahan dalam ketiga-tiga teks terjemahan Tafsir tersebut. Dapatan kajian menunjukkan tiga strategi yang paling kerap digunakan oleh penterjemah adalah strategi penterjemahan literal, strategi pentafsiran dan strategi penjelasan melalui nota kaki. Kajian ini juga mendapati ungkapan isti’arah sebaiknya ditangani dengan strategi penterjemahan literal dan strategi pentafsiran manakala gabungan strategi penterjemahan literal dan strategi penjelasan pula dilihat paling sesuai dalam menterjemah ungkapan kinayah. Kata kunci: istia’rah, kinayah, strategi penterjemahan. PENGENALAN Al-Quran adalah kitab suci yang menjadi puncak dan penutup wahyu Allah. Al-Quran merupakan hadiah istimewa daripada Allah untuk hamba-hambanya. Di dalamnya terkandung mutiara ilmu yang tidak terhitung , hikmah yang terulung dan hidayah yang teragung yang mampu memimpin manusia menelusuri liku-liku kehidupan ini. Sebagai sumber ilmu dan hidayah pasti pemahaman terhadap isi kandungan al-Quran ini seharusnya dapat dimiliki dan dinikmati oleh semua manusia. Justeru, usaha memindahkan pengertian al-Quran ke dalam bahasa lain haruslah dilakukan dengan teliti agar mesej yang terkandung di dalamnya dapat difahami dengan betul oleh semua manusia. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan memiliki ciri-ciri bahasa yang unik dan unsur retorik yang tinggi. Apa yang dimaksudkan dengan unsur retorik adalah ayat-ayat berbentuk figuratif atau bahasa kiasan yang mengandungi makna yang berbeza daripada makna asal perkataan tersebut seperti tashbih, isti’arah, majaz mursal, kinayah, tajsid, mubalaghah dan mathal. Selain daripada ungkapan figuratif, ungkapan ini juga dinamakan sebagai metafora dalam buku-buku terjemahan. Ungkapan-ungkapan seperti ini ada kalanya tidak boleh diterjemahkan secara kata demi kata kerana terdapat perbezaan unsur- unsur budaya dan semantik antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Hal ini lebih mencabar dalam menterjemah ayat-ayat al-Quran yang memiliki rahsia dan sebab-sebab penurunannya. Selain merujuk kitab tafsir, penterjemah mesti mengetahui kaedah dan strategi penterjemahan yang betul dan sesuai dalam menangani unsur metafora atau Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh © Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Transcript of PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary...

Page 1: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

246

PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN KINAYAH

DALAM TEKS AL-QURAN

NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN, NOORAIHAN ALI,

NOOR ANIDA AWANG & ZULAZHAN AB. HALIM

Abstrak: Isti’arah dan kinayah merupakan antara ungkapan figuratif yang terdapat dalam bahasa Arab.

Isti’arah bermaksud penggunaan perkataan bukan dengan makna asalnya dan hubungan antara makna asal

dengan makna majazi dibina atas dasar persamaan. Kinayah pula adalah kata-kata yang tidak dimaksudkan

dengan pengertian yang zahir. Kedua-dua elemen ini banyak dibicarakan oleh pengkaji ilmu terutamanya

dalam bidang pengajian al-Quran dan balaghah Arab. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi

yang digunakan oleh penterjemah Arab-Melayu dalam menangani kedua-dua elemen ini dalam teks al-Quran

di samping melihat strategi penterjemahan yang paling sesuai bagi ungkapan isti’arah dan kinayah. Kajian ini

berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian diambil daripada Tafsir Pimpinan

al-Rahman, tafsir al-Haramain dan Mushaf al-Farid. Lima ayat isti’arah dan lima ayat kinayah yang dipilih

dianalisis berdasarkan strategi penterjemahan isti’arah yang disarankan oleh Majdi (2009). Analisis strategi

penterjemahan dibuat antara padanan terjemahan dalam ketiga-tiga teks terjemahan Tafsir tersebut. Dapatan

kajian menunjukkan tiga strategi yang paling kerap digunakan oleh penterjemah adalah strategi

penterjemahan literal, strategi pentafsiran dan strategi penjelasan melalui nota kaki. Kajian ini juga

mendapati ungkapan isti’arah sebaiknya ditangani dengan strategi penterjemahan literal dan strategi

pentafsiran manakala gabungan strategi penterjemahan literal dan strategi penjelasan pula dilihat paling

sesuai dalam menterjemah ungkapan kinayah.

Kata kunci: istia’rah, kinayah, strategi penterjemahan.

PENGENALAN

Al-Quran adalah kitab suci yang menjadi puncak dan penutup wahyu Allah. Al-Quran

merupakan hadiah istimewa daripada Allah untuk hamba-hambanya. Di dalamnya

terkandung mutiara ilmu yang tidak terhitung , hikmah yang terulung dan hidayah yang

teragung yang mampu memimpin manusia menelusuri liku-liku kehidupan ini. Sebagai

sumber ilmu dan hidayah pasti pemahaman terhadap isi kandungan al-Quran ini

seharusnya dapat dimiliki dan dinikmati oleh semua manusia. Justeru, usaha memindahkan

pengertian al-Quran ke dalam bahasa lain haruslah dilakukan dengan teliti agar mesej yang

terkandung di dalamnya dapat difahami dengan betul oleh semua manusia.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan memiliki ciri-ciri bahasa yang unik dan

unsur retorik yang tinggi. Apa yang dimaksudkan dengan unsur retorik adalah ayat-ayat

berbentuk figuratif atau bahasa kiasan yang mengandungi makna yang berbeza daripada

makna asal perkataan tersebut seperti tashbih, isti’arah, majaz mursal, kinayah, tajsid,

mubalaghah dan mathal. Selain daripada ungkapan figuratif, ungkapan ini juga dinamakan

sebagai metafora dalam buku-buku terjemahan. Ungkapan-ungkapan seperti ini ada

kalanya tidak boleh diterjemahkan secara kata demi kata kerana terdapat perbezaan unsur-

unsur budaya dan semantik antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Hal ini lebih

mencabar dalam menterjemah ayat-ayat al-Quran yang memiliki rahsia dan sebab-sebab

penurunannya. Selain merujuk kitab tafsir, penterjemah mesti mengetahui kaedah dan

strategi penterjemahan yang betul dan sesuai dalam menangani unsur metafora atau

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah

Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,

Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,

Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh

© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Page 2: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

247

ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej ayat dapat dipindahkan ke dalam bahasa

sasaran dengan jelas dan tepat.

OBJEKTIF DAN METODE KAJIAN

Penulisan ini bertujuan mengkaji strategi atau kaedah terjemahan yang digunakan dalam

menterjemah ayat-ayat yang mengandungi unsur isti’arah dan kinayah dalam al-

Quran.Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis

kandungan.Korpus kajian adalah tiga teks terjemahan al-Quran, iaitu Tafsir Pimpinan al-

Rahman, tafsir al-Haramain dan Mushaf al-Farid. Kajian ini hanya menumpukan kepada

terjemahan ayat-ayat yang mengandungi unsur isti’arah dan kinayah sahaja. Seterusnya

analisis terhadap strategi penterjemahan yang digunakan akan dilakukan dengan melihat

kepada ketepatan makna dan kesampaian mesej dalam terjemahan tersebut.

PENGERTIAN ISTI’ARAH

Al-Hashimi (t.th: 239) memberikan takrif isticarah sebagai: استعمال اللفظ في غير ما وضع له

لينة صارفة عن إرادة المعنى األصلعالقة المشابهة بين المعنى المنقول عنه والمعنى المستعمل فيه، مع قري .

(Menggunakan perkataan bukan mengikut makna asal kerana wujudnya hubungan

mushabahah (persamaan atau keserupaan) antara makna yang dipindahkan dengan makna

yang asal, disertai dengan adanya qarinah (penanda) yang menghalang penggunaan makna

asal itu).

Menurut Mohamad Syukri et al. (2012: 74), terdapat banyak definisi isticarah dari

segi istilah, namun maksudnya secara umum merujuk kepada asas yang sama sebagaimana

definisi di atas. Antara makna asal atau makna hakiki dengan makna tersirat terdapat

hubungan yang bersifat persamaan. Isti’arah merupakan majaz dari segi penggunaan

bahasa dan merupakan tashbih yang hanya mempunyai salah satu daripada dua rukun

utama, iaitu lafaz bandingan (mushabbah) dan lafaz yang dibandingkan (mushabbah bih).

Pada masa yang sama digugurkan sifat (wajh al-shabah) bagi mushabbah dan mushabbah

bih dan medium perbandingan (adat al-tashbih). Oleh yang demikian, tashbih merupakan

asas kepada isticarah dan isticarah pula merupakan cabang kepada tashbih.

PENGERTIAN KINAYAH

Menurut al-Hashimi (t.th: 272), kinayah ditakrifkan sebagai مع قرينة لفظ أطلق وأريد به الزم معناه

sesuatu perkataan yang disebut dengan tujuan menggambarkan) ال تمنع من إرادة المعنى األصلي

makna lain yang tersirat di sebalik perkataan tersebut namun ia juga boleh merujuk kepada

makna sebenar kerana tiada petunjuk yang menghalang daripada pengertian makna

asalnya).

Kinayah merujuk kepada suatu lafaz yang difahami dengan makna konotasi. Namun

struktur bahasanya juga boleh difahami dengan dengan makna denotasi (Abdul Basir dan

Ummi Syarah 2018: 173). Penggunaan kinayah dapat membantu seseorang untuk tidak

menggunakan bahasa secara langsung yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Selain itu, kinayah membolehkan seseorang ahli sastera menggambarkan apa yang ia

kehendaki tanpa mendedahkan dirinya kepada risiko yang mungkin timbul akibat

menggunakan bahasa secara berterus-terang (Maqbul & Dhikra 1990: 506).

Page 3: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

248

PENGERTIAN STRATEGI

Perkataan ‘strategi penterjemahan’ yang digunakan dalam analisis ini, pada asasnya

merujuk kepada prosedur terjemahan. Perkataan ‘prosedur’ dapat ditakrifkan sebagai cara

yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan

sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007: 1235). Dalam konteks terjemahan pula,

Newmark (1988: 81) menyatakan bahawa prosedur terjemahan digunakan untuk

menterjemah ayat dan unit bahasa yang lebih kecil seperti klausa dan perkataan. Perkataan

strategi pula bermaksud a plan that you use in order to achieve atau the act of planning

how to do or achieve (satu perancangan yang digunakan untuk mencapai

sesuatu)(NewOxford Dictionary 2012: 818). Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1525)

pula memberikan maksud strategi sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai

matlamat atau kejayaan.

Baker (1992: 7) menyebutkan, strategi merujuk kepada cara-cara untuk menangani

kesukaran dalam penterjemahan, iaitu menganalisis keseluruhan teks dengan menggunakan

strategi tersebut. Manakala Jaaskelainen (1991: 116) pula mendefinisikan strategi sebagai

satu set peraturan atau prinsip yang digunakan oleh penterjemah untuk mencapai matlamat

yang ditentukan oleh situasi terjemahan dalam cara yang paling berkesan.

Berdasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, perkataan strategi merujuk

kepada suatu perancangan yang teratur dan kemas, bagi menangani masalah dan mencapai

sesuatu matlamat atau tujuan, sedangkan perkataan prosedur pula hanya menunjukkan

kepada cara melakukan sesuatu. Dalam konteks kajian penterjemahan, perkataan strategi

dilihat lebih sesuai berbanding perkataan prosedur, untuk menunjukkan kepada suatu

tindakan atau usaha untuk menyelesaikan masalah, menangani halangan yang wujud dalam

proses penterjemahan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam hasil

terjemahan.

STRATEGI PENTERJEMAHAN UNGKAPAN FIGURATIF

Majdi (2009: 104-109) telah mengemukakan strategi penterjemahan isti’arah dalam

bukunya yang bertajuk الترجمة بين العربية والماليوية: النظريات والمباديء untuk diaplikasi ketika

menterjemah bahasa figuratif dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Strategi-strategi ini

disebut sebagai ارة أساليب ترجمة االستع . Beliau turut menyatakan bahawa strategi ini bukan

sekadar boleh dimanfaatkan dalam penterjemahan isticarah sahaja, bahkan juga boleh

digunakan dalam penterjemahan bentuk-bentuk figuratif lain seperti majaz mursal,

kinayah, mathal dan sebagainya. Strategi-strategi tersebut ialah:

a. Strategi penterjemahan literal

Strategi ini bermaksud menterjemahkan bahasa kiasan sumber ke dalam bahasa sasaran

dengan terjemahan harfiah atau terjemahan kata demi kata atau terjemahan literal. Proses

terjemahan ini dilakukan dengan mengemukakan perkataan bahasa sasaran yang

mempunyai makna denotasi yang sama dengan perkataan bahasa sumber tersebut.

Disyaratkan dalam penggunaan strategi ini perkataan berkenaan digunakan dengan maksud

dan mesej yang serupa dalam bahasa sasaran. Sebagai contoh, frasa ماء الوجه diterjemahkan

sebagai air muka dan شهو العسل diterjemahkan sebagai bulan madu (Muhammad Bukhari

1993).

Page 4: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

249

b. Strategi Penggantian

Strategi ini bermaksud menggantikan imej dalam bahasa sumber dengan imej yang biasa

digunakan dalam bahasa sasaran yang tidak bercanggah dengan budaya bahasa sasaran

(Newmark 1992: 138). Dengan kata lain, menggantikan kiasan dalam bahasa sumber

dengan kiasan bahasa sasaran yang berbeza pada lafaz tetapi mempunyai pengertian atau

makna yang sama. Strategi ini digunakan apabila terjemahan secara literal tidak sesuai atau

kedengaran janggal dalam bahasa sasaran. Oleh itu penterjemah boleh mencari bentuk

figuratif dalam bahasa sasaran yang memberikan pengertian yang sama dan boleh

menyampaikan mesej yang dikehendaki oleh teks sumber. Contoh aplikasi strategi ini

dapat dilihat dalam menterjemah peribahasa Arab, iaitu يمسي على حر ويصبح على بارد yang

bermaksud dia berpanas pada waktu petang dan bersejuk pada waktu pagi. Peribahasa

Arab ini boleh diterjemahkan kepada peribahasa Melayu sebagai hangat-hangat tahi ayam

(Azmi 2013: 198).

c. Strategi Pentafsiran

Strategi ini dilakukan dengan membuat penambahan huraian kepada bentuk gambaran

yang hendak dijelaskan itu. Menurut Asmah (2009: 110), pemindahan maklumat daripada

satu teks kepada teks bahasa yang lain dalam bentuk penjelasan secara parafrasa dan

ilustrasi tentang maksudnya, disebut sebagai pentafsiran. Oleh itu, istilah ‘strategi

pentafsiran’ digunakan bagi merujuk strategi ini.

Penterjemah boleh menggunakan strategi ini apabila mendapati strategi penggantian

tidak efektif dan tidak jelas (Saifulah et al. 2012: 189). Sebagai contohnya kiasan قراءة الكف

diterjemahkan dengan frasa menilik perkara ghaib (Mohd Sukki 2012: 109). Frasa والفنجان

goyang kaki pula diterjemahkan sebagai اليفعل شيئا (Majdi 2009: 107).

d. Strategi Simile

Kaedah ini dapat mengurangkan kesukaran mencari padanan isti’arah di samping

mengekalkan struktur asal. Hal ini adalah kerana simile lebih mudah difahami berbanding

metafora atau bentuk kiasan lain. Contoh penggunaan strategi ini dapat dilihat dalam

terjemahan ayat 99 surah al-Kahfi:

……….

Pada hari itu mereka Kami biarkan saling menghempas laksana gelombang

yang satu menimpa yang lain. (Nasimah dan Lubna 2016)

e. Strategi Pengguguran

Melalui kaedah ini, bentuk kiasan yang wujud dalam teks tidak diterjemahkan ke dalam

bahasa sasaran.. Penterjemah boleh menggugurkan kiasan yang wujud dalam teks, dengan

syarat bentuk kiasan tersebut merupakan elemen tambahan yang tiada nilai maksud dalam

teks (Majdi 2009: 109). Menurut Newmark (1992: 141), sekiranya metafora yang terdapat

dalam sesuatu teks itu tidak penting ia wajar dilesapkan, dengan syarat teks bahasa sumber

itu tidak bersifat pengumuman atau penyampaian maklumat.

Page 5: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

250

f. Strategi Penjelasan

Penterjemah menterjemahkan bentuk kiasan secara katawi atau literal, kemudian

memberikan penerangan dan penjelasan dalam bentuk nota kaki . Contohnya dalam

terjemahan ayat 29 surah al-Isra’:

و

Maksudnya: Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,

dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana

akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering

keputusan

Ayat ini telah diberikan huraian kepada terjemahannya di bahagian nota kaki, iaitu

Jangan kamu terlalu kikir, dan jangan pula terlalu pemurah (Majdi 2009: 108).

ANALISIS DATA

Data-Data Isti’arah

CONTOH 1

.……

(surah al-Baqarah: 187)

Ungkapan istia’rah: (الخيط األبيض ، الخيط األسود)

Maksud sebenar الخيط األبيض adalah benang putih dan الخيط األسود pula bermaksud

benang hitam. Kedua-dua frasa ini tidak digunakan dengan maksudnya yang sebenar dalam

ayat ini kerana benang putih dan hitam tidak dapat menentukan masa berpuasa. Kedua-dua

frasa ini merupakan istia’rah yang mengumpamakan putihnya cahaya siang seperti benang

putih dan hitamnya cahaya malam seperti benang hitam. Terjemahan yang diberikan untuk

frasa ini adalah seperti berikut:

Jadual 1

Tafsir Pimpinan al-Rahman Tafsir al-Haramain Mushaf al-Farid

Dan makanlah dan

minumlah sehingga nyata

kepada kamu benang putih

(cahaya siang) dan benang

hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

Makan dan minumlah

hingga jelas bagimu

(perbezaan) antara benang

putih dan benang hitam , iaitu fajar.

Dan makan dan minumlah

hingga jelas bagimu benang

putih dan benang hitam

Tafsir Pimpinan Al-Rahman menterjemahkan frasa tersebut sebagai ‘benang putih’

dan ‘benang hitam’. Dalam tafsir ini juga diberikan tafsiran bagi setiap frasa tersebut di

dalam kurungan iaitu ‘cahaya siang’ dan ‘kegelapan malam’selepas frasa itu disebut.

Strategi yang digunakan adalah strategi penterjemahan literal dan strategi pentafsiran.

Tafsir al-Haramain dan Mushaf al Farid pula menggunakan strategi penterjemahan literal

Page 6: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

251

dengan memberikan terjemahan harfiah sahaja iaitu ‘benang putih’ dan ‘benang hitam’.

Terjemahan yang diberikan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman dianggap dapat

memberikan pengertian yang jelas dan menyampaikan mesej ayat kepada pembaca

sasaran.

Contoh 2

…………… (surah al-Baqarah: 16)

Ungkapan isti’arah : (اشتروا الضاللة بالهدى)

Dalam ayat ini lafaz (اشتروا) merupakan isti’arah dan digunakan bukan dengan

maksudnya yang asal iaitu ‘membeli’ sesuatu. Hal ini demikian kerana الضاللة dan الهدى

merupakan dua perkataan yang bersifat abstrak dan tidak mungkin boleh disatukan dengan

perbuatan menjual atau membeli. Dalam ungkapan ini, pertukaran telah dibandingkan

dengan membeli. Al-Zamakhsyari (1987:69) menjelaskan اشتراء الضاللة بالهدى merupakan

isti’arah yang bermaksud memilih dan menukarkan kesesatan dengan petunjuk.

Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah seperti berikut:

Jadual 2

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

Mereka itulah yang

membeli kesesatan dengan

petunjuk

Mereka itulah yang

membeli kesesatan dengan

petunjuk

Mereka itulah orang-orang

yang membeli kesesatan

dan meninggalkan

petunjuk.

Ketiga-tiga terjemahan di atas menunjukkan strategi penterjemahan literal digunakan

dalam menterjemahkan ungkapan figuratif ini. Penterjemah mengekalkan maksud asal

perkataan yang menjadi isti’arah kerana padanan ini dianggap sudah dapat menjelaskan

maksud dan menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.

Contoh 3:

……. 245) (surah al-Baqarah:

Ungkapan isti’arah: يقرض هللا.

Perkataan قرضا -يقرض -أقرض bermaksud memberi pinjaman (Kamus Besar Arab-

Melayu Dewan 2006: 1860). Menurut al-Zamakhsyari (1987: 290) ungkapan يقرض هللا yang

bermaksud ‘memberi pinjam kepada Allah’ mempunyai unsur perbandingan. Melakukan

amalan yang baik dengan mengharapkan balasan pahala daripada Allah diumpamakan

seperti memberi pinjaman kepada Allah.. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini

adalah seperti berikut:

Page 7: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

252

Jadual 3

Terjemahan Abdullah

Basmeih

Tafsir al-Haramain Mushaf al-Farid

Siapakah orangnya yang

(mahu) memberikan

pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik.

Barangsiapa meminjamkan92

Allah dengan pinjaman yang

baik

Maksud meminjam ialah

menyedekahkan hartanya di

jalan Allah

Siapakah yang

mempunyai sesuatu

(mahu) memberikan

pinjaman kepada

Allah (menafkahkan

hartanya di jalan Allah)

Berdasarkan terjemahan di atas, ketiga-tiga teks terjemahan memberikan padanan

‘memberikan pinjam’ atau ‘meminjamkan’ kepada unsur isti’arah ini. Strategi

penterjemahan literal telah digunakan dalam ketiga-tiga terjemahan dalam menangani

unsur isti’arah ini. Walau bagaimanapun Tafsir al-Haramain menggabungkan dua strategi

penterjemahan iaitu strategi penterjemahan literal dan strategi penjelasan melalui nota kaki

yang menjelaskan pengertian sebenar ungkapan ‘meminjam’ adalah ‘bersedekah harta di

jalan Allah.’ . Mushaf al-Farid pula turut menggabungkan strategi penterjemahan literal

dan strategi pentafsiran dengan mendatangkan pengertian di dalam kurungan

(menafkahkan hartanya di jalan Allah)’. Kedua-dua terjemahan ini dianggap dapat

memberi kefahaman yang betul dan menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.

Contoh 4:

………..….. (al-Israa’: 12)

Ungkapan isti’arah: جناح الذل

Perkataan جناح berrmaksud sayap dan perkataan الذل bermaksud kehinaan (Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 348, 822). Sifat rendah diri dibandingkan dengan

burung, digugurkan mushabbah bih dan disimbolkan satu sifat kelaziman burung iaitu

sayap (Abdul Wahid et al 2016: 295). Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah

seperti berikut:

Jadual 4

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

Dan rendahkanlah dirimu

terhadap mereka berdua

dengan penuh kerendahan

diri.

Dan berbaktilah kepada

kedua-duanya dengan penuh

kasih sayang

Dan hendaklah engkau

merendah diri kepada

keduanya kerana belas

kasihan dan kasih sayangmu

Berdasarkan terjemahan di atas dapat diperhatikanTafsir Pimpinan al-Rahman dan

Mushaf al-Farid tidak mengemukakan padanan bagi frasa جناح الذل. Strategi pengguguran

kiasan digunakan oleh Tafsir Pimpinan al-Rahman dan Mushaf al-Farid dalam menangani

ungkapan isti’arah ini. جناح الذل. Manakala Tafsir al-Haramain pula memberikan padanan

‘berbaktilah’ kepada ungkapan tersebut. Terjemahan ini menggunakan strategi pentafsiran

dengan mendatangkan pengertian yang terkandung dalam isti’arah tersebut. Walau

bagaimanapun, padanan ini dilihat kurang tepat. Terjemahan yang diberikan oleh Tafsir

Page 8: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

253

Pimpinan al-Rahman dan Tafsir al-Haramain dilihat dapat memberikan kefahaman dan

menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.

Contoh 5:

(al-Haqqah: 11)

Ungkapan isti’arah: طغا الماء.

Perkataan طغا bermaksud melampaui batasan (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan

2006: 1450). Ungkapan ini mempunyai maksud figuratif kerana air tidak sesuai

dipadankan dengan perbuatan melampaui batas. Di sini, melimpah dibandingkan dengan

melampaui batas. Menurut Qatadah dalam (al-Qurtubi : 243) tinggi air yang

menenggelamkan tempat kaum Nabi Nuh itu sedalam 15 hasta daripada apa yang ada di

atas muka bumi. Perkataan طغى digunakan bagi menunjukkan betapa dalamnya air yang

membanjiri tempat kaum Nabi Nuh. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah

seperti berikut:

Jadual 5

Tafsir Pimpinan al-Rahman Tafsir al-Haramain Mushaf al-Farid

Sesungguhnya Kami- tatkala

air bah melampaui hadnya

(serta menenggelamkan

gunung-ganang)- telah

mengangkut serta

menyelamatkan nenek

moyang) kamu ke dalam

bahtera Nabi Nuh

Sesungguhnya ketika air

naik (sampai ke gunung) Kami membawa nenek

moyang kamu ke dalam

kapal Nabi Nuh.

Sesungguhnya ketika air

naik (sampai ke gunung),

Kami membawa nenek

moyang kamu ke dalam

kapal.

Terjemahan di atas menunjukkan Tafsir Pimpinan al-Rahman menterjemah

ungkapan ini dengan ‘melampaui hadnya’. Penterjemah menggunakan strategi

penterjemahan literal iaitu dengan mengemukakan padanan makna yang diberikan dalam

kamus iaitu ‘melampaui’. Manakala Tafsir al-Haramain dan Mushaf Farid memberikan

padanan ‘air naik hingga ke gunung’. Penterjemah menggunakan strategi pentafsiran

dengan mengemukakan maksud yang terkandung di dalamnya isti’arah tersebut.

Terjemahan ini dianggap lebih baik, dapat memberikan kefahaman yang betul dan

menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran.

DATA-DATA KINAYAH

Contoh 1:

(surah al-Qamar: 13)

Perkataan ألواح merupakan kata jamak bagi لوح yang bermaksud kepingan yang lebar

sama ada daripada kayu, tulang dan lain-lainnya (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2006:

2139). Perkataanدسر pula merupakan kata jamak bagi دسار yang bererti paku atau tali yang

digunakan untuk merapatkan bahagian kapal (Kamus Besar Dewan 2006: 737). Lafaz ini

Page 9: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

254

merupakan kinayah mawsuf kepada sebuah kapal.Menurut Muhammad Abu Musa

(1993:418) dalam ayat ini Allah menggambarkan kelemahan manusia dalam menghadapi

bala dan ujian Allah. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah seperti berikut:

Jadual 6

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

Dan Kami angkut dia

(Nuh)ke atas (kapal) yang

diperbuat daripada papan

dan pasak.

Dan Kami angkut dia (Nuh)

ke atas bahtera yang

diperbuat daripada papan

dan paku.

Dan Kami bawa naik Nabi

Nuh beserta pengikut-

pengikutnya) di atas

(bahtera yang dibina) dari

keeping-keping papan dan

paku.

Berdasarkan terjemahan yang diberikan, didapati ketiga-tiga tafsir menterjemahkan

frasa tersebut sebagai bahtera atau kapal dan ditambah dengan penjelasan ‘yang dibina atau

diperbuat daripada papan dan paku’.Strategi penterjemahan yang digunakan di sini adalah

strategi pentafsiran iaitu mengemukakan makna yang tersirat di sebalik frasa kinayah

tersebut. Terjemahan ini dianggap dapat menyampaikan mesej ayat.

Contoh 2:

(surah al-Saaffaat: 48)

Ungkapan kinayah : قاصرات الطرف.

Perkataan قاصرات bermaksud perempuan pemalu dan tidak liar pandangan (Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1885). Menurut Ibn ‘Ashur (1997: 11/114) frasa yang

membawa pengertian menundukkan pandangan mata ini merupakan kinayah kepada sifat

‘iffah iaitu menjaga kehormatan diri. Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah

seperti berikut:

Jadual 7

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

Dan di sisi mereka ada

bidadari-bidadari yang

bermata indah dan

membatasi pandangan

(kecuali untuk suaminya)

Dan di sisi mereka ada

(bidadari-bidadari) yang

indah dan luas matanya

dan membatasi

pandangannya.

Sedang di sisi mereka ada

pula bidadari-bidadari

yang tidak menumpukan

pandangannya melainkan

kepada mereka, lagi yang

amat indah luas matanya.

Jadual di atas menunjukkan ketiga-tiga teks terjemahan memberikan padanan

‘bidadari yang membataskan atau menumpuikan pandangannya’ kepada frasa ini.Strategi

penterjemahan yang menjadi pilihan di sini adalah strategi penterjemahan literal kerana

penterjemah mendatangkan maksud denotasi bagi frasa tersebut sebagaimana yang

terkandung dalam kamus. Penterjemah tidak menjelaskan maksud tersirat di sebalik

kinayah tersebut iaitu menjaga kehormatan diri. Terjemahan dapat difahami namun tidak

menyampaikan mesej sebenar disebalik ungkapan tersebut.

Page 10: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

255

Contoh 3:

(surah al-Sad: 33)

Ungkapan kinayah: مسحا بالسوق واألعناق

Perkataan مسحا –يمسح –مسح bermaksud menyapu, membelai (Kamus Besar Arab-

Melayu Dewan 2006: 2201). Dalam ayat ini lafaz مسح digunakan dengan maksud kinayah.

Al-Baydawi (2003: 312) menjelaskan, secara zahirnya ayat ini bermaksud tangan Nabi

Sulaiman menyentuh (menyapu) betis dan tengkuk kuda, tetapi maksud di sebalik itu

adalah Nabi Sulaiman mengikat betis kuda seterusnya menyembelih tengkuknya. Kelekaan

baginda terhadap kudanya sehingga terlewat menunaikan sembahyang menjadi penyebab

kepada penyembelihan kuda tersebut. Kata kerja ‘menyembelih’ digantikan dengan

‘menyapu’ sebagai tanda hormat dan kasih terhadap kuda tersebut (Abdul Basir dan Ummi

Syarah 2018: 178). Terjemahan yang diberikan untuk frasa ini adalah seperti berikut:

Jadual 8

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

“Bawalah semua kuda itu

kembali kepadaku”. Lalu

dia mengusap-ngusap kaki

dan leher kuda itu.

“Bawalah semua kuda itu

kembali kepadaku.” Lalu

dia mengusap-ngusap kaki

dan leher kuda itu.752

Lalu dia memotong kaki dan

lehernya

(Kemudian Nabi Sulaiman

berkata kepada orang-

orangnya): “Bawa balik kuda

itu kepadaku”, maka dia pun

tampil menyapu betis dan

leher kuda itu (seekor demi

seekor).1527

Menandakannya menjadi

kuda yang diuntukkan bagi

mencapai keredhaan Allah

sebagai kaffarah

menghapuskan kesalahan

lekanya.

Daripada terjemahan-terjemahan yang ditunjukkan ketiga-tiganya memberikan

padanan ‘menyapu’ atau ‘mengusap’ kepada kinayah ini. Penterjemah menggunakan

strategi penterjemahan literal dalam menterjemah unsur kinayah ini. Tafsir Pimpinan al-

Rahman dan tafsir al-Haramain turut menggunakan strategi penjelasan melalui nota kaki.

Penjelasan yang diberikan dalam nota kaki tafsir al-Haramain dapat mengungkapkan

maksud yang tersirat dalam kinayah ini iaitu dengan huraian ‘memotong kaki dan

lehernya’. Namun nota kaki yang menjelaskan maksud ayat ini dalam Tafsir Pimpinan al-

Rahman dilihat kurang jelas dan tidak dapat menyampaikan mesej dalam kinayah tersebut.

Contoh 4:

............... (surah al-Maaidah: 64)

Ungkapan kinayah: يد هللا مغلولة

Page 11: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

256

Perkataan غال –يغل –غل memberi maksud menggari tangan atau tengkuk (Kamus

Besar Arab-Melayu Dewan 2006: 1695). Lafaz مغلولة merupakan isim fail kepada غل yang

memberi maksud digari atau dibelenggu. Jika diterjemah secara harfiah frasa ini

bermaksud ‘Tangan Allah digari atau dibelenggu’. Menurut al-Alusi (1994: 6/264) tangan

merupakan kinayah kepada pemberian dan penerimaan nikmat. Manakala ghull adalah

keadaan yang menghalang nikmat daripada sampai kepada yang berhak. Oleh itu frasa ini

merupakan kinayah kepada sifat bakhil atau kedekut. Terjemahan yang diberikan untuk

frasa ini adalah seperti berikut:

Jadual 9

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

Orang-orang Yahudi

berkata, “Tangan Allah

terbelenggu (sebagai

sindiran terhadap Allah)”,

sebenarnya tangan

merekalah yang

terbelenggu.

Dan orang-orang Yahudi

berkata”Tangan Allah

terbelenggu”. Sebenarnya

tangan merekalah yang

dibelenggu.285

Maksudnya adalah kedekut

(bakhil)

Dan orang-orang Yahudi itu

berkata, “Tangan Allah

terbelenggu (bakhil-

kikir)”, tangan merekalah

yang terbelenggu.

Ketiga-tiga terjemahan di atas menunjukkan frasa kinayah ini diterjemah dengan

menggunakan strategi penterjemahan literal dengan memberikan padanan berbunyi

‘Tangan Allah terbelenggu’. Tafsir Pimpinan al-Rahman turut mengabungkan strategi

pentafsiran bersama strategi penterjemahan literal dalam menangani terjemahan ungkapan

figuratif ini iaitu mendatangkan tafsiran ‘tangan terbelenggu’ sebagai ‘bakhil’ di dalam

kurungan. Manakala tafsir al-Haramain pula menggabungkan strategi penterjemahan

literal bersama strategi penjelasan melalui nota kaki. Penggunaan dua strategi ini dalam

terjemahan dianggap dapat menyampaikan mesej ayat dengan jelas kepada pembaca

sasaran.

Contoh 10

…………… (surah al-Baqarah :187)

Ungkapan kinayah: رفث

Perkataan رفوثا –رفثا –يرفث –رفث bermaksud bercakap kotor (Kamus Besar Arab-

Melayu Dewan 2006: 929). Maksud percakapan kotor di sini adalah kata-kata kurang elok

didengar seperti kata-kata lucah serta boleh membangkitkan syahwat (Ibn Manzur 2003:

4/193). Lafaz ini merupakan kinayah kepada persetubuhan kerana terdapat petunjuk pada

frasa ‘Dihalalkan bagi kamu pada malam hari Ramadhan’. Terjemahan yang diberikan

untuk frasa ini adalah seperti berikut:

Jadual 10

Mushaf al-Farid Tafsir al-Haramain Tafsir Pimpinan al-Rahman

Dihalalkan bagi kamu pada

malam hari bulan puasa

bercampur (bersetubuh)

dengan isterimu.

Dihalalkan bagimu pada

malam hari puasa

menggauli isterimu

Dihalalkan bagi kamu pada

malam hari bulan puasa

bercampur (bersetubuh)

dengan isteri-isteri kamu.

Page 12: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

257

Berdasarkan terjemahan di atas, dapat diperhatikan perkataan الرفث diterjemahkan

sebagai ‘bercampur’, ‘menggauli’ dan ‘bersetubuh’. Ketiga-tiga terjemahan menggunakan

strategi pentafsiran dalam menangani terjemahan unsur kinayah ini. Penggunaan strategi

ini dilihat dapat memberikan kefahaman yang jelas dan menyampaikan mesej ayat kepada

pembaca sasaran.

DAPATAN KAJIAN

Dalam penterjemahan ungkapan bahasa figuratif dalam al-Quran, ungkapan isti’arah dan

kinayah ditangani dengan menggunakan beberapa strategi penterjemahan iaitu strategi

penterjemahan literal, strategi pentafsiran, strategi penjelasan dan strategi pengguguran

kiasan. Analisis yang dijalankan menunjukkan strategi penggantian kiasan sasaran tidak

digunakan dalam menterjemahkan dua unsur figuratif ini. Terdapat tiga strategi

penterjemahan yang kerap digunakan oleh penterjemah dalam menangani unsur isti’arah

dan kinayah dalam teks al-Quran iaitu strategi penterjemahan literal, strategi pentafsiran

dan strategi penjelasan.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, didapati penggunaan strategi penterjemahan

literal dapat membantu memastikan terjemahan tidak tersasar atau menyimpang daripada

maksud yang sebenar. Penggunaan strategi penjelasan dan pentafsiran pula dapat

membantu memberikan pengertian yang sebenar kerana ayat-ayat al-Quran mengandungi

pengertian yang mendalam dan tersirat yang kadang-kadang tidak boleh difahami dengan

terjemahan secara harfiah.

Setengah ungkapan isti’arah dan kinayah boleh diterjemahkan dengan menggunakan

penterjemahan literal apabila ungkapan tersebut bersifat umum dan boleh difahami atau

diguna pakai dalam bahasa sasaran dan wujudnya unsur persamaan antara dua perkara

yang dibandingkan dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Contohnya terjemahan literal

seperti meminjamkan Allah…membeli kesesatan…air melampaui had….dapat

menyampaikan mesej ayat kepada pembaca sasaran. Namun bagi ungkapan yang

mempunyai ciri budaya bahasa sumber dan tiada imej dalam bahasa sasaran kebiasaannya

ungkapan ini memerlukan kepada pentafsiran dan penjelasan. Terjemahan literal seperti

‘yang mempunyai papan dan paku’…..’yang membataskan pandangan’….’tangan

terbelenggu’ tidak dapat difahami dengan maksud yang sebenar jika tidak diberikan

pentafsiran atau penjelasan. Penggunaan strategi penterjemahan literal yang digabungkan

bersama strategi pentafsiran atau strategi penjelasan melalui nota kaki dianggap sebagai

langkah yang paling selamat dalam menterjemahkan ungkapan figuratif dalam al-Quran.

terutamanya dalam menterjemahkan ungkapan kinayah. Sebaliknya, penggunaan strategi

penggantian dalam menterjemah teks al-Quran seharusnya dielakkan kerana dikhuatiri

membawa kepada kesilapan dalam memahami al-Quran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam konteks kajian ini, secara umumnya, ungkapan isti’arah dan

kinayah dalam al-Quran dapat ditangani dengan baik oleh penterjemah. Pemilihan strategi

penterjemahan yang sesuai amat penting untuk memastikan mesej dapat disampaikan

kepada pembaca sasaran dan mengelakkan fahaman yang salah terhadap ayat-ayat al-

Quran. Penterjemahan secara literal atau harfiah kadang-kadang tidak dapat

menyampaikan mesej, namun penterjemahan yang terlalu bebas atau komunikatif juga

boleh menghasilkan terjemahan yang menyimpang dari maksud sebenar. Justeru, proses

pemindahan makna atau penterjemahan ayat al-Quran ke dalam bahasa lain haruslah

Page 13: PENTERJEMAHAN ISTI’ARAH DAN DALAM TEKS AL …...International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018 247 ungkapan figuratif dalam al-Quran agar mesej

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

258

dilakukan dengan penuh bijak sana, amanah, bertanggung jawab dan teliti agar kalam

Allah yang mulia ini dapat difahami dengan jelas.

Rujukan

Abdul Basir Awang dan Ummi Syarah Ismail. 2018. Faktor kepenggunaan kinayah dalam al-Quran al-Karim.

Jurnal e-Academia. 171-180.

Abdul Wahid Salleh. Mohd Shaifulbahri Abdullah Lazim Omar Ahmad Zubaidi A.Latif Nashaat Abdel Aziz

Baioumy. Roslan Ab.Rahman. 2016. al-Balaghah al-wafiyah: Ilmu balaghah lengkap (ma’ani, bayan

dan badi’). Selangor: Darul Syakir Enterprise.

Abu Musa, Muhammad. 1993. Al-Taswir al-bayani dirasah tahliliyyah li masail al-bayan. Ctk.3. Kaherah:

Maktabah Wahbah.

Al-Alusi, Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud. T.th. Ruh al-Ma’ani fi al-tafsir al-Quran al-azim wa al-sab’ al-

mathani. Tashih Muhammad Husain al-Arab. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

al-Baydawi, Abd Allah ibn Umar. 2003. Tafsir al-baydawi al-musamma anwar al-tanzil wa asrar al-takwil.

Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

al-Haramain Tafsir Ringkas Ayat-Ayat Pilihan. 2013. Selangor: Karya Bestari Sdn.Bhd.

al-Hashimi, al-Sayyid Ahmad. t.th. Jawahir al-Balaghah fi al-Macani wa al-Bayan wa al-Badic. Edisi ke-6.

Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

al-Mucjam al-Wasit. t.th. Anis, Ibrahim, Muntasir, cAbd al-Halim, al-Sawalihi cAtiyyah & Ahmad

Muhammad Khaf Allah. t.tp: t.pt.

al-Mucjam al-Wasit. t.th. Anis, Ibrahim, Muntasir, cAbd al-Halim, al-Sawalihi cAtiyyah & Ahmad

Muhammad Khaf Allah. t.tp: t.pt.

Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmadal-Ansori. T.th Al-Jami’ li ahkam al-Quran. T.tpt: Dar al-

Fikri.

Al-Zamakhsyari, Mahmud ibn Umar. 1987. Al-Kashshaf an baqa’iq al-tanzil wa ‘uyun al-aqawil fi wujuh al-

takwil. Cet.3. Kaherah: Dar al-Rayyan.

Asmah Hj Omar. 2009. Penterjemahan pemindahan sistem semiotik. Jurnal Penterjemah 2: 107-119.

Azmi Ahmad. 2013. Hubungan rentas budaya dalam penterjemahan Arab-Melayu. Prosiding Penterjemahan

Antarabangsa Ke-14, hlm. 192 – 206.

Baker, M. 1992. In Other Words: A Coursebook on Translation. London & New York: Routledge.

Ibn ‘Ashur, Muhammad al-Tahir. 1984.. Tafsir al-tahrir wa al-tanwir. Tunisia: Dar al-Tunisiyyahli al-Nashr.

Jaaskelainen, R. 1991. Investigating translation strategies. Dlm. Tirkkonen-Condit, S. (pnyt.). Selected Paper

on the TRANSIF Seminar, Savonlinna 1988. Tubinger: Narr.

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. 2007. Edisi ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majdi Ibrahim. 2009. al-Tarjamah bayna al-cArabiyyah wa al-Malayuwiyyah: Al-Nazariyyat wa al-Mabadi’.

Kuala Lumpur: IIUM Press.

Maqbul, Sacd Husayn cUmar & Dhikra, cAbd al-Majid Muhammad. 1990. al-Adab wa Al-Nusus wa al-

Balaghah. Jil. 1. Libya: Dar al-Kutub al-Wataniyyah.

Mohd Sukki Othman. 2012. Memahami faktor budaya dalam penterjemahan bahasa. Prosiding Nadwah

Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ke-3, hlm 108-110.

Muhammad Bukhari Lubis. 1993. Menerjemahkan idiom Arab ke bahasa Melayu: beberapa pengamatan.

Kertas kerja Seminar Terjemahan Arab-Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 27-29 Ogos.

Mushaf al-Farid Terjemahan Bertulis Jawi dan Perkata. 2017. Kuala Lumpur: Rimbunan Islamik Media

Sdn. Bhd.

Nasimah Abdullah dan Lubna Abd. Rahman. 2016. Terjemahan ayat figuratif dalam al-Quran: perbandingan

antara penterjemah individu dan berkumpulan. Jurnal KUIS.

Newmark, P. 1988. A Textbook of Translation. New York London: Prentice Hall.

Newmark, P. 1992. Pendekatan penterjemahan. Terj. Zainab Ahmad & Zaiton Ab. Rahman. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Saifulah Samsudin, Muhammad Fauzi Jumingan, Abdul Rauf Hassan & Muhd Zulkifli Ismail. 2012.

Terjemahan metafora dalam hadis rasulullah s.a.w. Prosiding Nadwah Bahasa dan Kesusasteraan

Arab Ke 3, hlm 187-192.

Shaykhun, Mahmud al-Sayyid. 1990. Al-Balaghah Al-Wafiyah. Kaherah: Maktabah al-Kuliyyat al-

Azhariyyah.

Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. T.th. Kuala Lumpur: Darul Fikir.