penulisan

9
1.0 PENGENALAN Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. 1

description

et

Transcript of penulisan

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada masa depan.

(Mahathir Mohamad, 1998)

2.0 Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Johan (2013), dalam kajiannya telah meyatakan mengikut statistik, terdapat 900,000 pengguna Internet di Malaysia, namun jumlahnya hanya kira-kira 8% daripada keseluruhan penduduk negara ini (Daily Express, 2007). Ini disokong oleh fakta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyatakan bahawa pada suku pertama tahun 2007 hanya 689,800 bilangan isi rumah yang melanggan perkhidmatan jalur lebar (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, 2007). Sementara itu, dapatan lain menyatakan bahawa hanya 30% daripada kira-kira 300,000 guru di negara ini memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% sahaja yang mempunyai akses Internet (The Star, 2007). Oleh hal demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi budaya sekolah yang berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif dan bijak berfikir.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada muridmurid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumatmaklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.

Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu, pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumatmaklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Toffler (1980) dan Naisbitt (1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian telah diberikan gelaran sebagai the wave of the future. Gelaran ini membawa kepada wujudnya istilah Information and Communication Technology (ICT). Semua negara terutamanya negara-negara membangun berlumba-lumba untuk menguasai bidang ICT yang dilihat sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan perkongsian maklumat yang lebih cepat dan tepat. Suasana ini menekan mana-mana kerajaan di negara membangun untuk memiliki pekerja-pekerja mahir dalam bidang ICT. Perubahan ini memaksa bidang pendidikan direncana semula agar dapat memenuhi keperluan negara.

Hilary (1991), menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kenyataan tersebut memperkukuhkan lagi keperluan guru untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Banyak kajian menyatakan kebaikan dalam penggunaan komputer dalam kelas, namun tidak semua kajian memberikan hasil dapatan yang positif.

Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Penggunaan simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik PdP serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira.

Mulitimedia interaktif juga adalah salah satu alat yang dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Menurut Pispa (1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Menurut Gayaski (1993), mendefinisikan multimedia sebagai suatu kumpulan media berasaskan komputer dan sistem komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dan sebagainya.

Menurut pandangan Ainiliyana (2012), penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Oleh yang demikian, semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologiteknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.

Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar

dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah seharusnya menjadi tempat untuk murid murid memperoleh kemahiran yang boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan, Dunia pendidikan dulu dan sekarang sudah berbeza. Murid murid sekarang begitu gemar menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003). Kemahiran ICT yang didedahkan kepada murid murid sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan masa akan datang. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan beberapa kekangan terhadap pihak guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru sepatutnya terlebih dahulu menguasi kemahiran ICT bagi memenuhi keperluan murid. Guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak. Suatu kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang agak rendah ( Bahagian Teknologi Pendidikan 1999). Manakala menurut Ely(1995) berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di sekolah.Sesungguhnya cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian mereka.

Masalah penggunaan ICT di dalam sekolah sangat biasa didengari dalam perbincangan mahupun mesyuarat di sekolah-sekolah. Kebiasaanya, guru-guru di sekolah sering mempersoalkan perisian-perisian yang perlu digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kerana peruntukan kewangan di sekolah tidak mencukupi untuk membiayai kos perisian yang mahal. Maka, guru-guru di sekolah hanya mampu menggunakan perisian yang sedia ada. Oleh itu, guru-guru yang terlibat untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka akan mengubah cara mengajar dengan cara tidak menggunakan ICT. Menerusi perkara ini, jelaslah bahawa penggunaan ICT akan melecehkan para guru untuk mengendalikannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Tambahan lagi, kemudahan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah tidak membantu sepenuhnya dalam mewujudkan budaya belajar menggunakan ICT. Hal ini kerana, terdapat segelintir guru-guru yang kurang mahir dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ini telah menjadi satu cabaran terhadap guru untuk memperkenalkan cara penggunaan ICT dengan sebaiknya. Malah, terdapat juga sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan seperti makmal komputer, komputer, internet, tetapi tidak boleh digunakan sebaiknya. Perkara ini menjadi isu di dalam sekolah apabila mendapat aduan guru-guru bahawa terdapat beberapa komputer yang tidak dapat berfungsi, internet tidak dapat digunakan dan penggunaan makmal sering bertindih dengan waktu pelajaran lain mahupun dengan guru-guru lain yang sedang mengendalikan kelasnya. Hal ini demikian menjadi halangan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT. Hal ini jelas ternyata dan terbukti disokong dalam penulisan sebuah buku yang menyatakan menurut Abd Rahman,(2000), guru kurang menggunakan teknologi dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT di bilik darjah. Sekolah yang terlibat dalam projek rintis sekolah bestari mempunyai kemudahan dan kelengkapan ICT serta guru menerima pendedahan lebih awal kepada pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding guru di sekolah biasa.

Sehubungan itu timbul persoalan sejauh manakah penguasaan guru sekolah bestari terhadap kemahiran asas ICT dan adakah mereka mengguna ICT untuk tujuan pengajaran di bilik darjah. Kualiti perkakasan yang dibekalkan juga menjadi pengganggu kepada proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di sekolah. Walaupun setiap masalah dilaporkan, namun proses penyelenggaraan akan mengambil masa yang lama. Hal ini pastinya mengganggu perancangan pdp yang telah pun disusun. Bagi satu sesi pengajaran, guru perlu mengambil masa pdp bagi menyediakan peralatan, apatah lagi jika peralatan mengalami kerosakan yang tak diduga. Sekiranya pdp melibatkan talian internet,kemungkinan pengajaran akan tergendala sekiranya talian terputus atau tempat itu memang tiada talian internet.

Kesimpulannya, penggunaan ICT bergantung kepada usaha-usaha daripada pihak sekolah mahupun guru-guru untuk mengendalikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kelebihan dan kekurangan penggunaan ICT memang jelas dan kita sebagai seorang guru perlu bijak menggunakannya dan juga bijak memberi idea mahupun menyelesaikan cara-cara untuk mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan. Sebagai seorang guru, kita perlulah sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai penggunaan ICT supaya dapat mengatasi cabaran-cabaran yang akan mendatang.

6