Penulisan Akademik

13
1.0 Pengenalan Dalam menghadapi era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Oleh itu, dasar pendidikan negara turut berubah untuk melahirkan modal insan yang kelas pertama dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah bidang Teknologi dan Maklumat (TMK). Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna termasuklah guru dan murid. Hal ini demikian kerana internet membekalkan pelbagai bahan dan informasi yang terkini kepada penggunanya. Bagi guru, bahan dari internet boleh digunakan dalam sesi PdP sebagai bahan bantu mengajar. Manakala bagi murid-murid pula, mereka boleh melayari internet untuk mencari maklumat, membuat latihan, ulang kaji dan sebagainya. 2.0 Proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian Menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Ia juga merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat. Enjin carian dicipta oleh pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. Sehubungan dengan itu, kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan. Saya mengambil contoh ingin mengetahui mengenai haiwan . Kita hanya perlu menaip kata kunci haiwan di dalam indeks pangkalan data kemudian tekan enter. Apabila kata kunci haiwan dijumpai, maka semua laman web yang berkaitan dengan haiwan akan terpapar. Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah enjin carian yang hanya akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, manakala terdapat sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang menggangap Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya, Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang search yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Page 1

description

BERBANTUKAN KOMPUTER

Transcript of Penulisan Akademik

1.0 Pengenalan

Dalam menghadapi era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Oleh itu, dasar pendidikan negara turut berubah untuk melahirkan modal insan yang kelas pertama dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah bidang Teknologi dan Maklumat (TMK). Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna termasuklah guru dan murid. Hal ini demikian kerana internet membekalkan pelbagai bahan dan informasi yang terkini kepada penggunanya. Bagi guru, bahan dari internet boleh digunakan dalam sesi PdP sebagai bahan bantu mengajar. Manakala bagi murid-murid pula, mereka boleh melayari internet untuk mencari maklumat, membuat latihan, ulang kaji dan sebagainya.

2.0 Proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian

Menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Ia juga merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat. Enjin carian dicipta oleh pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. Sehubungan dengan itu, kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Saya mengambil contoh ingin mengetahui mengenai haiwan. Kita hanya perlu menaip kata kunci haiwan di dalam indeks pangkalan data kemudian tekan enter. Apabila kata kunci haiwan dijumpai, maka semua laman web yang berkaitan dengan haiwan akan terpapar. Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah enjin carian yang hanya akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, manakala terdapat sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua iaitu direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang menggangap Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya, Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang search yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Antara perbezaan enjin pencari dengan direktori menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil spiders. Spider digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini, spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindeks ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna. Berikut merupakan proses-proses mencari bahan PdP Bahasa Melayu menggunakan enjin carian.

Langkah yang pertama, masukkan kata kunci mengenai bahan pengajaran yang diingini ke dalam indeks pangkalan data. Saya mengambil contoh pelajaran berkaitan kata kerja. Setelah memasukkan kata kunci, tekan enter lalu tunggu sehingga maklumat berkaitan dipaparkan.

Langkah yang kedua, guru memilih bahan yang paling sesuai antara pelbagai maklumat yang dipaparkan. Pangkalan data akan memberikan banyak maklumat dan bahan berkaitan kata kunci yang dimasukkan. Namun, bukan semua maklumat itu menepati kriteria yang guru kehendaki. Malah ada sesetengah maklumat itu ditulis dalam bahasa lain contohnya bahasa Indonesia. Oleh itu, guru perlulah menapis maklumat tersebut dan tentukan sama ada maklumat tersebut bertepatan dengan isi pelajaran.

Setelah memilih bahan yang menepati kehendak, klik pada tajuk tersebut dan tunggu sehingga maklumat laman web tersebut dipaparkan. Guru hendaklah membaca isi kandungan bahan tersebut dengan teliti sebelum menggunakan bahan tersebut di kelas.

Langkah keempat, setelah memastikan bahan tersebut berguna dan sesuai, guru perlulah menyimpan bahan tersebut dengan cara copy link tersebut dan paste ke Microsof Word sama ada dalam bentuk alamat internet ataupun katalog internet. Alamat internet merupakan fail yang menyimpan tajuk dan alamat web tersebut sahaja. Manakala katalog internet pula hampir sama dengan alamat internet, cuma tambahannya adalah mempunyai sinopsis mengenai bahan. Bahan ini disimpan dengan cara sedemikian untuk memudahkan guru mencari semula bahan tersebut dalam internet pada kemudian hari.

Klik pada alamat web, right click copy lalu paste di Microsoft Word.

Contoh Alamat Internet

Contoh Katalog Internet

2.1 Proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder

Proses mengkategorikan bahan adalah penting untuk membantu kita mencari semula bahan tersebut dengan mudah pada masa hadapan. Pengkategorian haruslah dibuat berdasarkan jenis bahan contohnya bahan kamahiran mendengar dan bertutur, bahan kemahiran menulis dan bahan kemahiran membaca. Dengan adanya sistem fail yang tersusun, kita akan mudah mencari maklumat semula dan dapat menjimatkan masa. Berikut merupakan contoh proses mengkategorikan bahan dan menyimpannya ke dalam folder.

Langkah pertama, kita haruslah membuat folder baharu mengenai pembahagi yang diinginkan dengan right click lalu pilih new dan folder. Kemudian, namakan folder-folder tersebut mengikut pembahagian yang kita inginkan.

6

Langkah kedua, kita cari semula bahan yang telah dimuat turun dalam folder download. Setelah menemui bahan tersebut, right click dan pilih perkataan copy. Selain copy, kita juga boleh memilih perkataan cut. Cut bermaksud kita telah pindahkan bahan tersebut daripada folder download ke folder baharu. Hal ini bermaksud bahan tersebut tidak akan wujud lagi di folder download. Sekiranya kita copy sahaja, bahan tersebut akan mempunyai dua salinan iaitu di folder download dan folder baharu.

Langkah ketiga pula ialah langkah mengenalpasti jenis bahan yang dimuat turun. Kita harus mengenalpasti jenis bahan tersebut agar mudah untuk letakkan bahan tersebut dalam satu folder yang sama jenisnya. Contohnya, bahan audio akan diletakkan dengan bahan audio sahaja, bukannya diletak bersama-sama dengan bahan grafik. Setelah kita mengenalpasti jenis bahan tersebut, kita akan pergi ke langkah empat iaitu paste bahan tersebut dalam folder yang sesuai jenisnya.

Bahan grafik diletakkan bersama dalam satu folder

2.2 Proses mencari semula atau mengesan semula bahan untuk kegunaan pengajaran

Selepas proses mencari bahan, biasanya kita akan menyimpan alamat laman web tersebut agar mudah untuk mengesannya semula. Kita boleh menyimpan alamat web tersebut dengan dua cara iaitu alamat internet atau katalog internet. Untuk mencari semula bahan atau laman web yang pernah diakses, kita buka semula microsoft word yang menyimpan alamat web tersebut, right click pada laman web dan klik open hyperlink. Kemudian, tunggu sehingga laman web tersebut muncul.

3.0 Pembelajaran Atas Talian dan Luar Talian

Pembelajaran atas talian merupakan suatu medium baru yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Menurut Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, 2012, pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet. Terdapat banyak kelebihan pengajaran secara atas talian, antaranya dapat mengakses bahan dengan cepat. Guru hanya perlu menekan kata kunci pada indeks pangkalan data, maka beribu-ribu maklumat yang berkaitan akan muncul. Contohnya, guru hendak mengajar salah satu Keajaiban Dunia iaitu Taj Mahal, guru boleh mencari gambar Taj Mahal di google images lalu tunjukkan kepada murid. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah memahami pengajaran dengan adanya bantuan gambar. Sekiranya murid hendak melihat gambar-gambar Keajaiban Dunia yang lain, guru boleh terus akses internet dan memperlihatkan gambar-gambar tersebut kepada murid. Secara tidak langsung, minat murid untuk belajar akan teransang.

Selain itu, pengajaran atas talian ini juga sangat berguna kerana ia meliputi pelbagai bahan. Pelbagai bahan bermakna ia merangkumi audio, video, teks, grafik dan sebagainya. Sekiranya murid sudah berasa bosan dengan bahan rangsangan berbentuk gambar, guru boleh memperlihatkan video pula kepada murid. Di samping itu, pengajaran atas talian ini turut dapat meningkatkan kemahiran ICT murid. Apabila murid memerhatikan cara guru mengakses internet, secara tidak langsung mereka juga akan belajar cara-cara untuk mencari maklumat sepertimana yang mereka nampak. Di rumah nanti, mereka boleh cuba untuk aplikasikan kemahiran yang mereka telah belajar secara tidak langsung untuk mencari maklumat.

Terdapat banyak maklumat dan bahan yang boleh didapat dalam talian. Bahan-bahan ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar guru ataupun bahan bantu belajar murid. Antara bahan-bahan tersebut adalah audio, gambar, teks, video, permainan dan sebagainya. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, guru boleh menarik minat murid untuk fokus dengan pengajaran guru. Bahan-bahan tersebut juga menjadikan sesi PdP menjadi lebih lancar dan menarik. Selain itu, bahan-bahan tersebut turut boleh dijadikan sebagai bahan rangsangan kepada murid. Contohnya, guru merangsang murid-murid membuat karangan bertajuk alam sekitar dengan menayangkan video mengenai alam sekitar ataupun memaparkan gambar alam sekitar terlebih dahulu kepada murid. Dengan adanya bahan rangsangan tersebut, murid-murid akan mempunyai lebih banyak idea untuk melengkapkan karangannya.

Saya mengambil satu lagi contoh pengajaran bertajuk Keselamatan di Jalan Raya yang menggunakan pengajaran atas talian. Untuk set induksi, guru boleh mencari gambar kemalangan jalan raya di google image. Kemudian, guru memilih gambar yang sesuai yakni gambar yang tidak mengerunkan sangat untuk dipertontonkan kepada murid. Sambil murid melihat gambar tersebut, guru bersoal-jawab dengan murid mengenai gambar tersebut dan meminta murid membuat perkaitan mengenai gambar tersebut dengan tajuk pelajaran yang ingin diajar. Akhir sekali guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari tersebut iaitu Keselamatan di Jalan Raya.

Untuk langkah pertama, guru mencari sebuah video di youtube mengenai langkah keselamatan di jalan raya. Video ini adalah sebuah video yang memberi pengenalan kepada murid mengenai pelajaran. Video ini juga haruslah tidak panjang sangat agar murid tidak bosan. Sebaliknya, video ini haruslah pendek tetapi padat. Setelah menonton video tersebut, guru bersoal jawab semula dengan murid-murid dan meminta murid menerangkan semula mengenai video tersebut. Pada masa yang sama, guru juga memberi penerangan kepada murid mengenai pelajaran pada hari tersebut.

Kemudian, langkah kedua diikuti dengan mencari artikel atau berita mengenai keselamatan jalan raya. Terdapat banyak artikel yang berkaitan contohnya mengenai kempen yang dijalankan oleh kerajaan, kempe yang dijalankan di sekolah-sekolah da sebagainya. Guru boleh mencari bahan artikel ini dengan menekan kata kunci artikel keselamatan jalan raya di indeks pangkalan data lalu memilih artikel yang bersesuaian. Setelah guru mendapatkan artikel yang sesuai, guru memberikan masa kepada murid untuk membaca artikel tersebut dan mencatatkan isi penting.

Langkah seterusnya, guru boleh mengakses portal utusan dan melihat soalan karangan mengenai artikel tersebut lalu meminta murid menulis sebuah karangan mengenai langkah-langkah keselamatan di jalan raya. Nescaya dengan adanya bahan-bahan rangsangan yang telah ditunjukkan, murid akan mempunyai banyak idea untuk melengkapkan karangan. Akhir sekali, guru mengakhiri pengajaran dengan sebuah pantun jalan raya. Guru meminta murid membaca pantun tersebut dengan intonasi yang sesuai. Kemudian, guru minta beberapa murid merumuskan pelajaran pada hari tersebut. Guru juga memuji sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh murid sepanjang sesi PdP dan mengingatkan semula kepada murid agar berhati-hati di jalan raya. Dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa bahan-bahan atas talian ini sangat berguna untuk membantu sesi PdP guru.

Bertentangan dengan pengajaran atas talian, pengajaran luar talian pula didefinisikan sebagai offline. Offline bermaksud tiada penggunaan internet secara langsung tetapi pengajaran yang dilaksanakan menggunakan bahan dari internet. Hal ini bermaksud bahan-bahan ini dapat digunakan dengan cara memuat turun bahan lalu disimpan ke dalam fail. Pengajaran offline selalunya berlaku di tempat yang tiada rangkaian talian. Walau bagaimanapun, kaedah ini sedikit sebanyak mempunyai kelemahan di mana guru tidak boleh terus mencari maklumat tambahan sekiranya memerlukan maklumat tambahan yang lain semasa mengajar.

Dari segi kelebihan pengajaran luar talian, guru boleh fokus mengajar murid-murid kerana bahan yang diperlukan telah tersedia awal dan bukannya baru mau dicari. Hal ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu guru mencapai objektif pengajaran dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, guru-guru juga mudah mengawal kelas kerana murid-murid tidak akan buat kerja lain sementara menunggu guru mencari maklumat sekiranya guru menggunakan pengajaran dalam talian. Guru juga akan mengalami masalah sekiranya jaringan internet tidak kuat dan menyukarkan proses mencari maklumat dalam pengajaran atas talian.

Saya mengambil semula tajuk pelajaran Keselamatan di Jalan Raya sebagai contoh untuk pengaplikasian pembelajaran luar talian. Sebelum sesi PdP bermula, guru sepatutnya sudah mencari bahan yang berkaitan dengan isi pelajaran. Untuk set induksi, guru boleh memaparkan video mengenai langkah keselamatan di jalan raya kepada murid. Video tersebut boleh disesuaikan mengikut kehendak guru contohnya guru mengubahsuai video dengan memendekkan tayangan video dan memaparkan isi penting sahaja. Ia merupakan salah satu kelebihan pengajaran luar talian dimana guru boleh mengubahsuai bahan sebelum sesi PdP berlangsung.

Kemudian, guru menayangkan beberapa grafik kepada murid iaitu gambar berkaitan keselamatan di jalan raya. Contoh gambar yang boleh ditayangkan adalah gambar jejantas, gambar tali keledar, gambar lampu isyarat dan sebagainya. Gambar tersebut merupakan bahan bantu mengajar guru untuk mengajar langkah-langkah keselamatan yang harus diaplikasikan oleh murid di jalan raya. Ia juga membantu murid memahami pelajaran dengan lebih jelas. Contohnya, murid di pedalaman tidak tahu mengenai jejantas kerana jalan raya di kawasan pedalaman tidak padat dengan kereta dan tidak mempunyai jejantas. Oleh itu, gambar tersebut berfungsi untuk memudahkan pemahaman dan penerimaan murid.

Seterusnya, guru boleh meminta murid membaca teks karangan yang dipaparkan kepada murid. Murid diminta untuk membaca senyap teks tersebut dan mencatat isi-isi penting di buku latihan. Selepas murid memahami teks, guru boleh bersoal jawab dengan murid dan menanyakan soalan yang bersifat aras tinggi agar minda murid berfikir dengan lebih kristis. Kemudian barulah guru menerangkan semula teks tersebut dengan lebih jelas.

Untuk langkah keempat, guru boleh menayangkan gambar beberapa situasi di jalanraya lalu meminta murid menulis cara penyelesaian yang perlu diambil ketika berhadapan dengan situasi sebenar. Contohnya, gambar lampu hijau bermakna pejalan kaki tidak boleh melintasi jalan raya kerana kereta sedang bergerak. Akhir sekali sebagai penutup, guru meminta murid bersama-sama menyanyikan lagu jalan raya sebagai peneguhan terakhir untuk pelajaran tersebut.

Maka jelaslah bahawa pembelajaran luar talian berguna untuk membantu guru mencapai objektif pelajaran. Pendek kata, guru perlu kreatif dalam mengaplikasikan bahan-bahan yang diperolehi di atas talian untuk kegunaan sesi PdP. Pengajaran atas talian dan pengajaran luar talian mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Justeru itu guru haruslah bijak memilih cara pengajaran yang sesuai mengikut keadaan.

4.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan bahawa penggunaan internet sebenarnya memberi manfaat kepada guru mahupun murid. Walaupun internet dikatakan mempunyai keburukannya, namun semua itu terpulang kepada pengguna untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk kebaikan atau keburukan. Internet bukan sahaja berguna untuk pekerja, namun ia juga berguna untuk guru-guru dan murid. Hal ini demikian kerana internet membekalkan maklumat dan bahan yang berguna untuk pendidikan.

Selain itu, adalah penting agar kita mengetahui cara-cara mencari maklumat menggunakan enjin carian. Apabila kita sudah mendapat sesuatu bahan, kita haruslah menyimpan bahan tersebut dengan tertib melalui sistem folder untuk memudahkan kita mencari semula bahan tersebut kelak. Kita juga harus bijak dalam mengkategorikan jenis bahan tersebut agar kita tidak mencampur-adukkan semua jenis bahan dalam satu folder yang sama.

Pada masa yang sama, guru juga perlu mengetahui mengenai pembelajaran atas talian dan pembelajaran luar talian. Bagi sekolah yang mempunyai kelengkapan komputer dan mempunyai jaringan internet yang kuat, guru boleh mengaplikasikan pembelajaran atas talian. Sebaliknya sekolah yang kurang kelengkapan TMK boleh mengaplikasikan pembelajaran luar talian. Pengaplikasikan pembelajaran atas talian dan luar talian membantu guru menyampaikan pelajaran dengan lebih berkesan dan menarik berbanding mengajar menggunakan buku teks semata-mata. Hal ini demikian kerana bahan yang berada di internet lebih menarik dan terkini malah boleh didapati dalam pelbagai jenis contohnya audio dan video yang tidak terdapat dalam buku teks.

Oleh itu, guru haruslah lebih kreatif dan berkemahiran TMK agar semua kemudahan dan bahan yang terdapat di internet boleh digunakan untuk menjadikan sesi PdP tidak membosankan. Guru juga haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan sentiasa ingin memajukan diri agar guru sentiasa mempunyai idea yang baharu untuk menjadikan sesi PdP lebih menarik.

Bibliografi

Rujukan Buku

Muhammad Khairi Mohamed Nor dan Norhawanie Zulkilfi. 2012. Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Modul PGSR Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

Rujukan Internet

http://bmm3105shahidah.blogspot.com/2011/07/minggu-2-menggunakan-internet-enjin.html

http://www.ciktom.com/apa-itu-enjin-carian/

http://1cyber.blogspot.com/2010/03/jenis-jenis-enjin-carian.html

Laman web di atas diakses pada : 10 Februari 2015

http://jaserve.blogspot.com/2013/04/ge2123-sem-ii-2012-2013-pembelajaran.html

http://contohkarangan-oxfordfajar.blogspot.com/2012/11/kepentingan-internet-kepada-pelajar.html

Laman web di atas diakses pada : 15 Februari 2015

http://bmm3105shahidah.blogspot.com/2011/08/minggu-8-pengajaran-bahasa-melayu.html

http://bmm3105norfizah.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

http://www.slideshare.net/andrianodin84/pengajaran-dan-pembelajaran-bahasa-melayu-berbantukan-komputer

Laman web di atas diakses pada : 21 Februari 2015

Page 7